You are on page 1of 3

REFLEKSI KESELURUHAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Sewaktu melapor diri di SK Batu 22, saya berpendapat tugasan pengalaman berasaskan

sekolah ini satu tugasan yang agak mencabar. Namun setelah di beri beberapa taklimat daripada Encik Abdul Rasan bin HJ Ibrahim selaku Guru besar, Encik Jiplin bin Asin selaku Penolong kanan 1 saya telah mendapat gambaran awal tentang aktiviti yang bakal dijalankan dalam masa seminggu di sekolah ini. Encik Jiplin selaku Penolong Kanan 1 bagi sekolah itu dan juga sebagai pemudah cara untuk kami berurusan dengan pihak sekolah. Encik Jiplin telah menberikan masa untuk kami menbincangkan aktiviti yang ingin masa seminggu berada disekolah itu. Hasil perbincangan ini, saya mendapati kerjasama dalam organisasi amat penting bagi memajukan sesebuah kumpulan, hal ini saya dapat lihat ketika saya dan guru-guru pelatih yang lain berkongsi pendapat masing-masing dan semua memberi komitmen yang baik dalam menjalankan tugas ini. Pelbagai pengalaman yang saya peroleh semasa berada disekolah ini. Salah satunya Guru Besar membenarkan kami seramai 3 orang guru pelatih dari pelbagai institut pendidikan guru untuk memperkenalkan diri dihadapan murid-murid sekolah itu pada waktu perhimpunan pagi. Pada mulanya saya berasa segan dan malu, namun setelah melihat guru pelatih lain memperkenalkan diri dengan yakin, saya turut berusaha untuk menyakinkan diri saya agar dapat bercakap dihadapan murid-murid dengan baik. Dari aktiviti itu, saya dapat mempelajari sedikit sebanyak cara berkomunikasi dengan baik terhadap murid-murid dihadapan. oleh itu, seorang guru haruslah menanam sikap yakin pada diri bagi menghilangkan perasaan takut ketika berucap dihadapan khalayak ramai. dijalankan dalam

Secara keseluruhannya semua kakitangan dan murid-murid di sekolah itu menberikan komitmen yang baik. Ini menunjukkan kakitangan sekolah itu amat mengalu-alukan kedatangan kami ke sekolah itu. Kumpulan PBS saya juga diberikan tempat dalam bilik guru seperti guru-guru dalam SK Batu 22. Hal ini bertujuan menjalinkan nilai persaudaraan dalam diri guru pelatih dan guru sekolah itu. Selain itu, guru pelatih juga dapat berkongsi ilmu daripada guru yang berpengalaman dalam bilik guru tersebut. Seterusnya, kumpulan PBS saya telah membuat beberapa kolaburasi dengan guru-guru di sekolah itu bagi memdapatkan ilmu dan secara tidak langsung memudahkan perlaksanaan kerja yang diberikan untuk PBS kali ini. Pada hari kedua, Saya juga diberi peluang untuk menjaga kelas 2A sebagai guru ganti kerana guru yang sepatutnya tidak dapat menjalankan tugas disebabkan masalah tertentu. Dalam kelas tu saya mendapat sedikit pengalaman bagaimana menghadapi pelajar-pelajar yang baru darjah 2. Seperti yang kita tahu, pelajar-pelajar pada tahap ini, masih lagi memerlukan bimbingan yang sepenuhnya. Untuk memastikan kelas itu terkawal, saya telah membuat satu aktiviti teka teki agar mereka tidak menganggu proses pembelajaran dan pengajaran di kelas yang berdekatan. Aktiviti yang saya buat itu telah mendapat sambutan dari pelajar-peajar kelas itu. Melalui pengalaman yang saya dapati, memang sukar bagi seorang guru untuk mengawal kelas agar tidak menganggu kelas-kelas lain. Oleh itu, guru-guru haruslah bijak menarik perhatian pelajar-pelajarnya agar mereka dapat berfokus hanya pada guru itu sahaja. Temubual dengan guru bimbingan saya iaitu Encik Mostapah bin Hj Mahmud selaku guru panitia matematik di sekolah itu. Dalam temubual itu, saya mendapati betapa pentingnya amalan bilik darjah yang kondusif bagi memantapkan fokus dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Seterusnya, Kami telah mengadakan sesi bergambar dengan barisan pentadbir sekolah pada hari ketiga bagi menyimpan memori dan kenangan semasa berada di sekolah itu. Ia juga sebagai bukti kehadiran saya menjalankan PBS disekolah itu. Pada hari yang sama juga Kami telah diberi tugasan untuk menjaga pelajarpelajar tahun 1, 2 dan 3 kerana guru-guru lain sedang bermesyuarat di bilik gerakan. Ketika menjalankan tugasan itu, pelbagai karenah pelajar-pelajar yang perlu kami hadapi. Namun semua karenah pelajar itu tidak dapat melenturkan semangat kami sebagai guru pelatih. Daripada tugasan ini, saya medapat mempelajari betapa pentingnya sikap sabar dalam diri guru bagi menangani dan melayan karenah pelajar-pelajar tahap 1 yang baru berada di sekolah itu. Sebagai seorang guru yang profesional, kita haruslah menanam sikap sabar dalam diri supaya dapat mengelakkan situasi-situasi yang boleh menjejaskan imej kita sebagai seornag pendidik bangsa. Selama seminggu berada di SK Batu 22 ini, pelbagai manfaat dan pengalaman yang saya perolehi semasa menjalankan tugasan PBS kali ke-2 ini. Antaranya saya dapat mempelajari tentang nilai-nilai yang perlu ada dalam diri seorang guru. Selain itu saya juga dapat mempelajari sedikit sebanyak tentang pengurusan sekolah dan cara pihak sekolah meningkatkan prestasi ko-kurikulum sekolah ini. Melalui interaksi dan temuabual pihak sekolah ini turut menberi ruang untuk saya mengenali dengan lebih mendalam tentang profesion seorang guru. Saya juga diberi peluang menjadi guru ganti untuk menjaga sebuah kelas di sekolah itu. Melalui inilah saya mendapat pengalaman yang amat penting dalam hidup saya sebagai bakal guru. Saya berharap memori ini tidak akan hilang dalam ingatan saya. Oleh yang demikian, saya berharap agar pengalaman berasaskan sekolah akan mengajar saya tentang peranan guru dengan lebih mendalam lagi. Agar saya dapat memanfaatkan pengalaman saya ini pada masa akan datang kelak.

You might also like