You are on page 1of 18

1.0 DEFINISI LINGUISTIK Kata linguistik (linguistics-Inggeris) berasal dari bahasa Latin lingua yang bererti bahasa.

Dalam bahasa Perancis langage-langue; Italia lingua; Sepanyol lenguadan Inggeris language. Kesemuanya mempunyai makna yang sama walaupun berlainan bahasa mengikut negara masing-masing. Linguistik adalah salah satu disiplin utama ilmu Sains Sosial yang meneliti, menghurai dan menjelaskan perilaku bahasa dan hubungannya dengan masyarakat. Bahasa adalah penggunaan kod yang merupakan gabungan fonem sehingga membentuk kata dengan aturan sintaks untuk membentuk kalimat yang memiliki erti. Akhiran ics dalam linguistics berfungsi untuk menunjukkan nama sebuah ilmu, yang bererti ilmu tentang bahasa, sebagaimana istilah economics, physics dan lain-lain. Linguistik ialah suatu sains yang mengkaji bahasa (Abdullah Hassan, 1984: 2) Linguistik ialah pengkajian sains mengenai bahasa kerana linguistik memenuhi syarat yang diperlukan seperti pengkajian sains yang lain. Linguistik dikatakan saintifik kerana kaedah yang digunakan empirikal berdasarkan sesuatu yang dilihat, dirasa, didengar. `

2.0 PERBANDINGAN DUA ZAMAN PERKEMBANGAN ILMU LINGUISTIK 2.1 Zaman Yunani

Kebudayaan Yunani Purba mempunyai pengaruh yang kuat pada bahasa, politik, sistem pendidikan, falsafah, sains, kesenian dan seni bina pada dunia moden. Ilmu linguistik merupakan salah satu cabang ilmu pendidikan yang dikaji pada zaman ini. Ilmu linguistik pada zaman ini bermula sejak 500SM. Bahasa pada zaman ini melambangkan ketinggian tamadun dan mengkaji tentang alam sekeliling. Unsur bahasa pula seperti kata dan makna dikaji bagaimana kewujudannya samaada secara semulajadi atau kebiasaan. Jika bahasa itu terbentuk secara semulajadi maka kita haruslah menerimanya sebagaimana ia terbentuk, tetapi jika ia terbentuk menurut kebiasaan, maka kita boleh memperbaikinya jika ada kekurangan (O.Jespersen,1959).

Pada zaman ini tokoh yang terkenal ialah Plato. Beliau telah menghasilkan karya yang berjudul Crystalus yang mengkaji tentang hubungan benda dengan nama benda samada bersifat tabii atau sepakat. Perkataan ayat pada zaman ini ialah Logos. Manakala maksud ayat pada zaman ini ialah rentetan kata yang mempunyai idea yang sempurna iaitu mempunyai maksud yang logik berdasarkan apa yang hendak diterangkan. Logos pula terbahagi kepada dua jenis iaitu onoma (benda) dan rhema (cerita). Benda disini bermaksud menerangkan tentang kata nama yang wujud di dalam sesuatu ayat manakala cerita ialah dikaitkan dengan kata kerja kata kerja atau perbuatan yang dilakukan. Pada zaman ini juga telah wujud cara mengenali bunyi konsonan geseran dan letupan. Ini menunjukkan pada zaman Yunani telah wujud penggunaan fonetik yang teratur.

Kaum Stoik merupakan salah satu kaum yang wujud pada zaman Yunani iaitu 300SM. Stoik ialah perkataan Yunani yang bererti serambi (stoa). Kaum Stoik ini telah membuat perbezaan diantara bentuk dan makna. Selain itu juga, mereka telah membuat pembahagian kata kepada empat jenis iaitu kata nama, kata kerja, kata hubung dan artikel iaitu kata nama khas dan kata ganti nama. Apabila wujudnya pembahagian kata ini, maka kaum ini lebih mudah untuk menyusun ayat yang betul di dalam kehidupan seharian mereka. Selain itu juga, kaum ini telah mengklasifikasikan unsur-unsur fleksi dalam bahasa Inggeris seperti perkataan (go, went, gone ). Hal ini menunjukkan penggunaan sesuatu perkataan tersebut akan mengikut situasi masa dan keadaan pada masa itu. Kaum Stoik juga telah memperkenalkan perbezaan bentuk aktif dan pasif dan di antara kata kerja transitif dan tak transitif. 2

Oleh yang demikian terdapat beberapa kelebihan yang wujud di dalam tamadun Yunani ini iaitu merupakan pelopor utama sejarah perkembangan ilmu linguistik. Kaum ini telah mengganggap bahasa ialah lambang ketinggian sesebuah tamadun dan dikaji untuk menerangkan segala kejadian alam. Ini menunjukkan jika sesebuah tamadun itu mempunyai bahasa mereka sendiri maka tamadun tersebut mempunyai nilai yang tinggi di dalam kehidupan sesama masyarakat mereka.

Selain itu juga terdapat kekurangan yang wujud di dalam amadun ini iaitu mereka menganggap bahasa Yunani adalah bahasa yang mulia dan bersifat semulajadi dan harus dipatuhi oleh penuturnya jika inginkan taraf dan kemuliaan di dalam kehidupan mereka. Akibat dari perkara ini menyebabkan bahasa itu dianggap tetap atau tidak boleh berubah dan tidak boleh dibaiki oleh sesiapapun.

2.2 Zaman Iskandariah

Bandar Iskandariah telah dibina oleh Raja Mecedonia yang bernama Iskandar Agung pada tahun 332 Sebelum Masihi di mana pada masa tersebut ia merupakan ibu negara Mesir sebelum berlaku pembukaan kawasan Islam. Alexanderia merupakan salah satu tanah jajahan Yunani sejak permulaan abad ke-3 dan menjadi pusat penyelidikan. Masyarakat pada zaman ini mepercayai bahasa yang dicatitkan di dalam teks daripada bukti-bukti yang wujud merupakan paling tulin , betul dan murni berbanding dengan bahasa koloquil mereka seharian. Malahan bahasa yang ditulis orang-orang Attik adalah lebih tulen dan sempurna dari bahasa pertuturan mereka ketika itu. Anggapan seperti ini tidak betul sama sekali melainkan terdapat sesuatu bahasa yang dipilih sebagai paling standard.

Tokoh pada zaman ini ialah Dionysius Thrax yang telah menghasilkan karya yang berjudul Techne Gramatike iaitu mengkaji berdasarkan bahasa yang betul seperti yang digunakan oleh Homer di dalam puisinya. Beliau telah mengajar ilmu bahasa ini di Rhodes dan Rom. Selain itu juga asas di dlam buku tersebut juga telah menjadi asas penulisan tatabahasa Eropah kita. Hal ini menunjukkan kajian tokoh pada zaman ini masih digunapakai sehingga ke abad ini. Dionysius telah menggolongkan kata kepada 8 jenis iaitu kata nama, ganti nama, kata kerja, kata adjektif, kata adverb, kata sendi, kata partikel, dan kata seru. Manakala di dalam bidang fonetik pula beliau telah membezakan maksud bunyi dengan maksud bentuk contohnya 3

membezakan bunyi huruf r I. Bidang sintaksis juga merupakan bidang yang dikaji iaitu ayat sebagai unit yang deskriptif yang terdiri dari urutan perkataan yang mempunyai maksud pelengkap.

Terdapat juga kelebihan yang wujud pada zaman ini iaitu Zaman Iskandariah merupakan pusat penyelidikan kesusasteraan dan linguistik sejak abad ke-3. Ini menunjukkan bidang kesusasteraan dan linguistik sangat penting di dalam kehidupan seharian kita kerana telah dikaji sejak zaman-berzaman.

Manakala kelemahan yang terdapat di dalam zaman ini ialah kerja-kerja mencari asal teks dari bukti-bukti yang ada menyebabkan timbulnya kepercayaan bahawa bahasa yang dicatitkan di dalam teks mereka adalah yang paling tulen, betul, dan murni. Selain itu, pada zaman ini hanya mengfokuskan kajian mengenai bahasa bertulis sahaja. Mereka tidak berusaha untuk membezakan secara tetap antara bunyi dengan huruf yang melambangkan bunyi itu.

3.0 PENJELASAN MENGENAI BIDANG LINGUISTIK 3.1 Psikolinguistik PENGENALAN

Psikolinguistik adalah bidang linguistik yang menyelidiki fenomena linguistik seperti bagaimana manusia menggunakan kecekapan linguistik serta pengetahuan bahasa mereka untuk menghasilkan dan memahami bahasa.Selain itu,psikolinguistik adalah berkaitan operasi mental dan otak yang berhubung dengan bahasa. Otak manusia bukan sahaja mamapu memperoleh dan menyimpan maklumat tatabahasa,bukan setakat mampu memperoleh dan menyimpan maklumat tatabahasa amlah mampu untuk mengakses data linguistik yang sedia ada itu untuk membolehkan kita bertutur dan juga memahami pertuturan.

Apabila kita bertutur kita akan mengakses tatabahasa minda kita untuk memilih dan menentukan penggunaan perkataan yang bukan hanya betul malah tepat dan bersesuaian dengan konteks perbualan. Selain itu, penghasilan bunyi bahasa bagi menyampaikan mesej yang hendak kita sampaikan. Apabila kita mendengar dan memahami pertuturan orang lain daan kita juga mengakses tatabahasa minda untuk membolehkan kita memproses ujaran itu iaitu menyesuaikan makna dengan bunyi yang kita dengar itu untuk membina pemahaman. Mereka bukan sahaja hanya secara meniru atau menyimpan ayat dalam minda semata-mata malah dengan cara membina kata-kata menjadi frasa dan seterusnya ayat-ayat.

Psikolinguistik ini dapatlah dinyatakan juga sebagai tatabahasa minda. Tatabahasa minda ini adalah berkaitan dengan bunyi dan makna serta mengandungi unit-unit dan peraturan bahasa yang membolehkan pengahasilan dan pemahaman ujaran berlaku. Tatabahasa itu diterima bagi membolehkan pertuturan dan pemahaman berlaku. Bunyi-bunyi yang dihasilkan berdasarkan bunyi bahasa yang ditentukan dengan melihat jenis getaran dan bentuk gelombang yang dikelanl pasti hasil daripada kesan pita suara apabila udara keluar melaluinya.

DEFINISI DAN KONSEP

Psikolinguistik ini adalah anatara disiplin dan dikaji oleh pengkaji daripada beberapa aspek ilmu iaitu psikologi,sains kognitif dan linguistik. Kajian ini melibatkan pengecaman kata, pemahaman, pemerolehan bahasa dan proses yang terlibat dalam penguasaan bahasa.

DEFINISI

Psikolinguistik disebut sebagai psikologi bahasa. Bidang ini menggabungkan usaha ahli linguistik dan ahli psikologi yang cuba menerangkan sama ada hipotesis tertentu tentang pemerolehan bahasa dan kecekapan seperti yang disarankan dalam teori linguistik semasa mempunyai asas yang kukuh dari segi persepsi, ingatan, kecegasan atau motivasi. Psikolinguistik berkaitan dengan faktor-faktor psikologi dan neorubiologi yang membolehkan manusia memperoleh, memahami dan menggunakan bahasa. Pada awal kajian psikolinguistik merupakan penyelididkan falsafah disebabkan kekurangan data yang konkrit tentang bagaimana otak berfungsi.

Berdasarkan kajian dari segi pembelajaran bahasa psikolinguistik merupakan proses yang membolehkan penjanaan ayat-ayat yang bertatabahasa dan bermakna dari segi perbendaharaan kata dan struktur tatabahasa serta proses yang membolehkan pemahaman perkataan, ayat, preposisi dan teks. Selain itu, psikolinguistik perkembangan adalah kajian tentang bagaimana kanak-kanak memperoleh dan mempelajari bahasa. Bidang ini tururt memberikan tumpuan terhadap keupayaan linguistik yang dinamakan perfomance serta

kecekapan linguistik yang dinamakan competence yang terlibat dalam penghasilan dan pemahaman ujaran.

Selain itu, eksperemental psikolinguistik merupakan penyelidik unit, tahap dan proses yang terlibat dalam keupayaan linguistik. Beberapa teknik eksperemental telah membuktikan hal ini sebagai contoh dalam uji kaji keputusan leksikal subjek dimnta untuk memberikan respons pada ujaran atau tulisan dengan menekan butang jika mereka menerima rangsangan tersebut merupakan perkataan yang betul. Ujian tersebut menunjukkan bahasa yang lama diperlukan untuk memahami ujaran yang kabur, tidak gramatis dan bentuk ujaran yang tidak bermakna.

Kajian dalam psikolinguistik ini banyak mengambilkira kajian tentang tingkah-laku dalam kajian mereka. Pada masa kini semenjak munculnya kaedah tidak evasif teknik pembedahan otak merupakan cara yang digunakan oleh penyelidik bahasa untuk memahami bagaimana bahasa bertindak di dalam otak manusia. Pada masa kini kaedah tidak evasif ini telah maju iaitu kajian psikoloinguistik telah menggunakan teknologi tinggi dalam kajian mereka iaitu seperti teknik pengimejan otak. 6

KONSEP

Dalam psikolinguistik ini terdapat beberapa unsur-unsur kecil dalam kajian iaitu teori bahasa. Teori bahasa ini adalah kajian bagaimana bahasa itu wujud dalam sesuatu bangsa. Teori bahasa ini juga merupakan kajian bagaimana bahasa bertindak dalam otak manusia dan bagaimana manusia mengaitkan isyarat atau bunyi-bunyi bahasa. Selain itu, teori ini juga

mengkaji bagaimana manusia menggunakan sintaksis dan bagaimana mereka dapat menyusun perkataan untuk menghasilkan dan memahami katan-kata berurutan yang disebut ayat.Dalam kajian ini adalah cuba mengaitkan bagaimana bunyi dengan makna yang terbina adalah berbeza daripada bahasa haiwan.

Dalam kajian psikolinguistik ini terdapat empat teori pemerolehan bahasa yang telah menjadi teras kepada kajian oleh ahli-ahli bahasa. Pertamanya teori tradisional, teori aliran struktural, teori transformasi generatif dan teori aliran pragmatik. Seterusnya kita melihat pula kepada teori aliran tradisional. Aliran tradisional ini lebih menjurus kepada dua isi utama iaitu kata dan perbuatan. Nama dalam aliran tradisional ini sebagai kata yang berfungsi sebagai subjek dalam ayat manakala perbuatan pula membayangkan tindakan. Dalam kajian lairan tradisional ini ayat telah didefinisikan sebagai ucapn yang menggandungi fikiran yang lengkap. Pada aliran ini telah membahagikan ayat kepada empat iaiatu ayat penyata, ayat tanya, ayat seru dan ayat perintah. Secara kesimpulannya, kajian aliran tradisional ini lebih melihat kepada permukaan sahaja dan bukan kepada makna ayat tersebut.

Seterusnya, aliran struktural adalah aliran yang pernah dikaitkan dengan linguistik empiris yang dianggap sebagi linguistik ilmian dai Amerika. Aliran struktural ini wujud hasil daripada penentangan terhadap aliran tradisional. Aliran ini pertama kalinya wujud pada abad ke-20.Aliran struktural ini juga dikenali sebagai tatbahasa struktural yang berusaha untuk mejelaskan tatabahasa sesuatu bahasa berdasarkan analisis struktur ayat. Antara tokoh terkenal yang merupakan pengkaji tentang teori ini adalah Leonard Bloomfield (18871949),Edward Sapir (1884-1939) kedua-dua tokoh ini merupakan tokoh yang popular dalam kajian aliran tradisional ini.

Seterusnya, aliran tranformasi generatif juga merupakan antara cabang kecil dalam teori bahasa yang terdapat dalam kajian psikolinguistik. Tranformasi generatif ini juga dikenali 7

sebagai tatabahasa generatif. Tatabahasa generatif ini dipelopori oleh Noam Chomsky. Dalam kajian ini menyatakan bahawa seseorang penutur asli sesuatu bahasa mempunyai kecekapan berbahasa. Dalam kajian tatabahasa generatif ini mengandaikan terdapat dua peringkat struktur ayat iaitu struktur ayat dan peringkat struktur dalaman. Kedua-dua peringkat itu diterbitkan oleh dua jenis hukum atau rumus tatabahasa iaitu rumus struktur dalaman dan rumus struktur transformasi.

Selain itu, yang terakhir adalah teori aliran pragmatik iaitu ahli-ahli kajian linguistik daripada mazhab ini memandang mazhab tradisional, strukturalis dan tranformasi generatif gagal untuk menganalisis bahasa dengan sempurna. Pada pendapat pengkaji bagi aliran ini ketiga-tiga aliran diatas tidak terfikir tentang erti sebenar sesuatu ujaran. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2007:3-9) perkara ini berlaku kerana aliran tradisional hanya melihat secara luaran. Manakala aliran strukturalis pula menganalisis kalimat berdasarkan pembahagian unit-unit kecil dan seterusnya aliran transformasi generatif melihat dan menekankan kepada rantaian simbol dan menentukan keberkesanan ayat.

Seterusnya kita melihat pula kepada teori pemeroleha bahasa. Teori pemerolehan bahasa dapat dibahagikan kepada empat iaitu teori pelaziman klasik, teori pelaziman operan, teori pelaziman instrumen dan teori kod kognitif. Teori pelaziman klasik ini adalah merupakan teori yang dipopularkan oelh Ivan Pavlov iaitu seorang ahli fisiologi, psikologi dan ahli fizik berbangsa Rusia. Teori ini lebih melihat kepada rangsangan terlazim dan rangsangan tidak terlazim yang akan membentuk sesuatu perbuatan atau ujaran.

Seterusnya, teori pelaziman instrumen diperkenalkan oleh Thorndike ahli psikologi Amerika Syarikat. Thorndike memperkenalkan istilah celik akal iaitu sesuatu benda melakukan sesuatu berdasarkan daya pemikiran sendiri tanpa memerluaknan rangsangan. Pada pendapat Thorndike kanak-kanak memperoleh bahasa secara sedik demi sedikit dalam pembelajaran seharian iaitu secara formal atau tidak formal.

Seterusnya. teori pelaziaman operan ini adalah salah satu teori yang dibina oleh Thorndike tetapi telah dikonsepsikan oleh skinner. Dalam kajain ini skinner meyatakan bahawa manusia tidak dapat membentuk idea dan pendapat sendiri tetapi hanya membiasakan gerakan balas terhadap rangsangan. Seterusnya dalam pembelajaran bahasa kanak-kanak perlu diberikan peneguhan positif berbandaing dengan hukuman. 8

Disamping itu juga, teori kod kognitif iaitu yang juga dikenali sebagai teori mentalis yang mengkaji tentang fikiran dan operasi mental. Teori ini diperkenalkan oleh Kohler iaitu ahli psikologi Jerman yang mengaplikasikan teori gestalt yang berhubung kait dengan minda. Kohler berpendapat manusia belajar melalui celik akal dan bukan melalui rangsangan semata-mata.

Berdasarkan teori pemerolehan bahasa ini dapat dinyatakan bahawa kanak-kanak adalah lebih mudah memperoleh bahasa pertama jika dibandingkan dengan orang dewasa yang mempelajari bahasa kedua.

Psikolinguistik atau psikologi bahasa ialah kajian faktor-faktor psikologi dan neurobiologi yang membolehkan manusia memperoleh, menggunakan, dan memahami bahasa.

Psikolinguistik ialah berkenaan dengan proses pemikiran yang membolehkan penjanaan ayatayat yang bertatabahasa dan bermakna dari segi perbendaharaan kata dan struktur tatabahasa, bagaimana proses memahami sesuatu penyataan, perkataan, teks, dan sebagainya. Psikolinguistik perkembangan mengkaji keupayaan bayi-bayi dan kanak-kanak untuk memperolehi sesuatu bahasa.

Behaviorisme adalah suatu aliran psikologi yang cukup berpengaruh dewasa ini. Aliran behaviorisme menggunakan pendekatan ilmiah dalam penilaiannya. Secara umum, teori ini menyatakan bahwa perilaku organisme seharusnya dapat diukur dan dihitung. Ahli-ahli psikologi Behavoris berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkahlaku. Perubahan tingkah laku semasa proses pembelajaran adalah kerana wujudnya perhubungan rangsangan (stimuli) dengan tindak balas(respon) organisma. Berasaskan perlaziman (conditioning), perkaitan rangsangan dan tindak balas akan membentuk sesuatu perhubungan baru. Apabila tindak balas terhadap sesuatu rangsangan wujud maka satu proses pembelajaran akan berlaku. Proses pembelajaran ini dapat diteruskan jika unsur motivasi diselitkan.

Fokus utama dalam teori pembelajaran behaviourisme adalah perspektif tingkah laku dan pengaruhnya terhadap persekitaran luaran dalam membentuk tingkah laku individu. Menurut Skinner, pengajaran bermaksud penyusunan sesuatu yang mungkin berlaku di mana pelajar belajar. Pelajar belajar tanpa pengajaran, tetapi pengajaran menyediakan sesuatu yang

istimewa mungkin berlaku (merujuk kepada keadaan persekitaran yang membentuk tingkah laku individu di mana ianya mempercepatkan pembelajaran.

Berdasarkan dari kajian yang telah saya lakukan terdapat lima aspek yang dapat di nilai di dalam psikolinguistik pemerolehan bahasa kanak-kanak peringkat umur 2-4 tahun. Aspek pertama ialah fonologi iaitu bagaimana kanak-kanak melahirkan bunyi, perkataan dan ayat. Semua kanak-kanak akan mempunyai corak perkembangan fonologi tidak kira dalam bahasa apa-apa sekalipun. Bagi kanak-kanak berumur 2-4 tahun mereka akan menggunakan gabungan penyebutan tiga perkataan dan menggunakan strategi sebutan bagi sebutan yang susah seperti uit untuk duit dan idung untuk hidung.

Aspek yang kedua pula ialah morfologi iaitu kanak-kanak mempelajari perkataan baru apabila mereka mengetahui bahawa gabungan-gabungan bunyi mempunyai makna. Pada kebiasaannya mereka dapat mempelajari perkataan-perkataan baru pada usia 18 bulan. Kanakkanak dapt menyebut ayat gabungan tiga perkataan seperti adik saying mama. Selain itu juga mereka dapat menggunakan sifat nama dan kata bilangan dalam membentuk ayat.

Aspek yang ketiga pula ialah sintaksis iaitu kajian tentang ayat. Kanak-kanak pada awalnya hanya dapat menguasai perkataan sahaja dan akan berkembang kepada ayat apabila umur mereka semakin meningkat. Pada umur 12-18 bulan kanak-kanak akan menggunakan perkataan dengan intonasi yang berbeza dan ayat dua perkatan digunakan seperti rambut adik, saying mama. Hal ini menunjukkan pada umur 12-18 bulan kanak-kanak telah dapat menghasilkan ayat pendek.

Manakal aspek yang keempat pula ialah semantic berkaitan dengan kajian mengenai makna. Ini dapat diertikan apabila sesorang kanak-kanak dapat memahami apa yang dituturkan kepadanya. Kanak-kanak dapat memperluaskan perbendeharaan kata mereka dengan cepat sekali. Hal ini dapat dibuktikan apabila kanak-kanak mencapai umur 2 tahun mereka dapat mempelajari konsep konkrit kepada konsep abstrak dan seterusnya menyusun makna perketaan mengikut tatabahasa. Namun begitu pada peringkat ini kanak-kanak tidak dapat menggunak tatabahasa dengan cukup sempurna.

Aspek yang terakhir ialah pragmatik iaitu bagaimana kanak-kanak menggunakan bahasa berdasarkan situasi atau persekitaran mereka. Kanak-kanak pada umur 2-4 tahun telah 10

dapat bergaul dengan kawan-kawan mereka di sekolah dan dapat menggunakan daftar bahasa yang mudah seperti bye-bye.

Berdasarkan kelima-lima aspek ini saya dapat membuat kesimpulan bahawa proses pemerolehan bahasa kanak-kanak 2-4 tahun sangat baik sekali dan semakin matang. Kanakkanak akan mempelajari sesuatu bahasa dari tingkah laku yang dilakukan oleh orang lain atau melalui peniruan. Ini menunjukkan semakin banyak perkara yang di lihat oleh kanak-kanak maka semakin cepat pemerolehan bahasa mereka.

11

3.2 Sosiolinguistik PENGENALAN

Sosiolinguistik ini adalah salah satu kajian dalam bahasa yang wujud sejak pada awal abad ke-20, lagi iaitu dengan tokoh De Saussure (1916) telah menyebutkan bahawa bahasa adalah salah satu bidang dalam kemasyarakatan, yang sama dengan lembaga kemasyarakatan lain, seperti perkawinan, pewarisan harta peninggalan, dan sebagainya. Selain itu, sosiolinguistik ini juga dalah satu kajian yang melihat penggunaan bahasa melalui tahap sosial dan bahasa dalam setiap peringkat sosial adalah berbeza. Secara akademiknya istilah sosiolinguistik ini muncul pada tahun 1952, dalam karya Haver C. Currie yang menyarankan perlu adanya penelitian dengan hubungan antara perilaku ujaran dengan status sosial. Fishman sendiri dalam bukunya yang terbit tahun 1970, menggunakan nama sosiolinguistik , tapi pada tahun 1972 menggunakan nama sociology of language. Haliday seorang linguis inggeris , yang banyak memperhatikan segi kemasyarakatan bahasa , dalam bukunya The Linguistic s Science and Language Teacing. Selain itu, sosiolinguistik juga merupakan salah satu bidang daripada bahasa yang mengkaji bahasa dan pemakaiannya dalam konteks sosial dan kebudayaan.

Selain itu, sosiolinguistik ini juga dapat dilihat sebagai subdisplin bahasa atau bidang yang mempelajari faktor-faktor sosial yang berperanan dalam penggunaan bahasa. Perkara ini dapat kita lihat melalui pertuturan dan penggunaan bahasa kita dalam kehidupan seharian. Bahasa yang digunakan dalam kehidupan seharian ini adalah kita gunakan sebagai alat pertuturan, menyampaikan hasrat,mengeratkan hubung silaturahim dan menyampaikan sesuatu berita atau maklumat. Sosiolinguistik ini juga melihat bagaimana seseorang itu bercakap, cara menyebut perkataan, keterangan dan perbincangan. Melalui cara percakapan, perbincangan, perbualan dan sebagainya akan dapat kita kenali latar belakang seseorang itu secara kasar seperti asal, taraf sosial, tempat dilahirkan dan sebagainya yang mempunyai ciriciri sosial tempat tinggal seseorang itu. Seperti yang diketahui dalam kajian sosiolinguistik ini ada menyatakan bahawa sosial seseorang itu akan dapat mempengaruhi linguistik atau bahasa seseorang itu.

Seterusnya, Sosiolinguistik ini juga selain mengkaji tentang cara pertuturan seseorang itu malah juga mengkaji juga sistem ganti nama,sistem panggilan dan sistem gelaran dalam sesebuah masyarakat seperti dalam masyarakat melayu aku, patik, beta, engkau, anda, pak cik, mak cik, abang, adik, encik, tuan, puan, dato, tan sri, puan sri dan 12

seumpamanya. Gelaran seperti ini hanya wujud dan dapat dilihat dalam kalangan kaum Melayu sahaja di Malaysia. Perkara ini berlaku kerana sosiologi masyarakat malaysia sejak dari dulu seperti tersebut dan semua masyarakat melayu menerima kata gelaran itu walaupun berada pada tempat yang berbeza dan tahap kedudukan atau sosial mereka adalah berbeza tetapi telah diterima gelaran tersebut secara universal oleh setiap warga melayu.

Akhir sekali, sosiolinguistiki ini kita dapat lihat melalui kajian yang dilakukan pada kebiasaannya melibatkan pengambilan populasi sampel dan menemubual individu untuk mengenalpasti proses merealisasikan sesetengah pembolehubah sosiolinguistik.

Pembolehubah sosiolinguistik yang ideal seharusnya mempunyai frekuensi yang tinggi, imuniti daripada expresi sedar dan merupakan sebahagian daripada struktur yang lebih besar dan mudah dikuatkuasakan pada skala linear. DEFINISI DAN KONSEP DEFINISI UMUM

Sosiolinguistik, namanya berasal daripada gabungan perkataan sosio dan linguistik, menunjukkan bahawa bidang ilmu ini adalah perpaduan sosiologi dengan linguistik. Ada pula yang menyebutnya sebagai linguistics plus. Kita mudah dapat menyemak bahawa perbahasan pokok dalam ilmu ini adalah masyarakat dan bahasa. Kita boleh mengatakan sosiolinguistik adalah ilmu interdisiplineri yang membincangkan dan menyusun teori-teori tentang perhubungan masyarakat dan bahasa. Sosiolinguistik juga merupakan salah satu bidang yang berkait rapat dengan bidang sosiologi bahasa. Perbezaan antara sosiolinguistik dan sosiologi bahasa ialah sosiolinguistik memfokuskan kesan masyarakat kepada sesuatu bahasa manakala bidang sosiologi bahasa memfokuskan kesan bahasa kepada masyarakat.

Selain itu, sosiolinguistik juga, berhubung dengan kajian-kajian mendalam mengenai penggunaan bahasa sebenarnya. Beberapa contoh dapat dilihat dalam misalnya: pemerian pola-pola penggunaan bahasa dan dialek dalam budaya tertentu yang menyangkut bentukbentuk peristiwa ujaran (speech events), pilihan-pilihan yang dilakukan oleh penutur, topik pembicaraan dan seting pembicaraan (Fishman 1970: 6 dan Labov 1977: 183-184).Perkaraperkara ini merupakan indicator-indikator dalam sosiolinguistik dan umumnya perkara inilah yang dikaji oleh sarjana sosiolinguistik. Sosiolinguistik dapat dibahagikan kepada lima perkara utama dalam sosiolinguistik iaitu dapat dilihat melalui pertamanya iaitu bagi menguruskan 13

ujaran kita yang diorentasikan kepada tujuan-tujuan sosial. Dalam kenyataan ini terdapat struktur-struktur pembicaraan dan interaksi seperti pambicaraan melalui telefon, begurau, berbual kosong dan sebagainya. Seseorang yang meminati biidang ini disebut

ethnomethodologisis iaitu mereka yang mempelajari cara-cara dan alat yang digunakan oleh kelompok-kelompok sosial.

Selain itu menurut Ferdinand de Saussaure menyatakan bahawa bahasa ialah polapola umum dalam pertuturan sesuatu komuniti dan sebagai kegiatan bercakap atau bertutur seseorang individu dalam suasana tertentu.

ASPEK DALAM SOSIOLINGUISTIK a. Komuniti Bahasa b. Bahasa Baku c. Bahasa Kebangsaan d. Bahasa Rasmi e. Kepelbagaian Bahasa f. Dialek

g. Laras Bahasa h. Kesantunan Bahasa

Sosiolinguistik adalah salah satu bidang utama dalam disiplin linguistik. Sosiolinguistik terbentuk daripada dua istilah, iaitu sosio (singkatan daripada sosiologi-disiplin yang meneliti masyarakat) dan linguistik-disiplin yang meneliti bahasa. Sosiolinguistik adalah bahagian pengajian (studies) dan pengkajian (research) yang menggabungkan dua disiplin, iaitu sosiologi dan linguistik. Pada awal abad ke-20, De Saussure (1916) telah menyebutkan bahwa bahasa adalah salah satu lembaga kemasyarakatan, yang sama dengan lembaga kemasyarakatan lain, seperti perkawinan, pewarisan harta peninggalan, dan sebagainya.

Menurut Fishman (1972) , Sosiolinguistics is the study of the caracteristics of language varieties, the carakteristics of their functions,and the characteristics of their speakers as these three constlantly interact, change and change one another within a speech community, ( Sosiolinguistik adalah kajian tentang ciri khas variasi bahasa, fungsifungsi variasi bahasa, dan

14

pemakai bahasa karena ketiga unsur ini selalu berinteraksi, berubah, dan saling mengubah satu sama lain dalam satu masyarakat. Sociolinguistyiek is de studie van tall en taalgebruik in de context van maatschapij en kultuur, (Sosiolinguistik adalah kajian mengenai bahasa dan pemakaiannya dalam konteks social dan kebudayaan. (Rene appel , Gerad Hubert , Greus Meijer 1976:10).

Berdasarkan dari kajian yang telah saya buat mengenai penggunaan bahasa dalam kalangan masyarakat tempatan di daerah saya, saya dapati mereka kebanyakkannya menggunakan dialek daerah sebagai bahasa mereka. Kebanyakkan orang yang lebih tua akan menggunakan dialek yang kurang difahami berbanding orang mudah yang menggunakan dialek yang bunyinya seakan-akan Bahasa melayu. Ini menunjukkan masyarakat tua lebih mengetahui dialek mereka berbanding orang muda. Orang muda hanya menggunakan dialek yang bercampur dengan Bahasa Melayu sahaja.

Selain itu juga, di musim perayaan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini saya dapati amalan ziarah-menziarahi antara satu rumah ke satu rumah masih diamalkan lagi. Ketika menziarahi sesebuah rumah, amalan tahlil dan menikmati juadah diterapkan juga. Amalan tahlil menunjukkan penggunaan Bahasa Arab sangat penting di dalam masyarakat setempat dan sering digunapakai pada setiap masa. Kebanyakkan masyarakat akan bertanya khabar dan bercerita mengenai hal di kawasan perkampungan tersebut. Selain itu juga, masyarakat setempat akan memohon maaf antara satu sama lain dan bersyukur diatas limpahan rezeki yang telah diberikan oleh tuhan yang maha esa. Penggunaan bahasa yang sopan-santun

digunakan ketika memohon maaf antara satu sama lain. Hal ini menunjukkan bahawa Bahasa Melayu mempunyai kesantunannya sendiri dan boleh digunakan di dalam pelbagai keadaan.

Manakala didalam rumah saya sendiri Bahasa Melayu digunapakai untuk memohon maaf di antara satu sama lain ketika di pagi raya. Orang yang muda akan memohon maaf kepada orang tua begitu juga sebaliknya. Manakala di masjid masyarakat di daerah saya akan bertakbir raya menggunakan Bahasa Arab sebelum sembahyang raya. Hal ini menunjukkan dengan penggunaan bahasa Arab orang ramai dapat bersama-sama merasai kenikmatan menyambut satu syawal. Tidak kira tua atau muda akan bersama-sama melaungkan takbir raya dengan penuh tawaduk.

15

Kesimpulan yang dapat saya lihat mengenai penggunaan bahasa yang digunapakai di daerah kampung saya ialah kebanyakkan masyrakat tua masih mengekalkan penggunakan bahasa dialek dan bahasa rojak atau bahasa yang dicampur diguna oleh golongan muda. Bahasa yang digunakan masih boleh difahami oleh segelintir masyarakat dan masyarakat luar mungkin tidak dapat mengetahui apa yang diperkatakan oleh masyarakat di daerah ini. Namun begitu warisan dialek yang digunakan haruslah dikekalkan kerana ini menunjukkan bahawa negara Malaysia kaya dengan bahasanya sendiri dan harus dijaga supaya tidak ditelan zaman.

16

4.0 Keintelektuaan dan kesempurnaan bahasa menurut Havranek di dalam garvin (1984)

Menurut Havranek, di dalam Garvin (1984), sesuatu bahasa yang mencapai taraf sebagai bahasa ilmu perlu mempunyai dua ciri penting iaitu keintelektualan dan kesempurnaan bahasa. Hal ini demikian kerana, keintelektualan bahasa tersebut mestilah mempunyai keupayaan untuk menyampaikan sesuatu hujah atau idea yang berkesan dan baik yakni mampu menyampaikan kesinambungan dan masalah fikiran tanpa melalui pelbagai rintangan. Hal ini dapat di lihat apabila rakyat di negara ini mempunyai pelbagai bangsa yang berbilang kaum yang dapat hidup di dalam keadaan yang harmoni hampir 55 tahun kemerdekaan.

Apabila sesuatu bahasa itu mempunyai nilai keintelektualnya maka rakyat juga akan lebih bersatu padu walaupun berlainan agama dan kepercayaan kerana penggunaan Bahasa Melayu dapat diterima pakai oleh semua kelompok masyarakat. Ini menunjukkan Bahasa Melayu dapat menjadi medium pengantaraan yang baik antara kaum dan tiada rintangan yang berlaku ketika sesuatu maklumat itu hendak disampaikan.

Kesempurnaan bahasa pula bermaksud satu bahasa yang akan berfungsi sebagai bahasa ilmiah harus mempunyai sistem dan peraturan bahasa yang lengkap iaitu mempunyai sifat-sifat kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan. Perkara ini dapat di lihat di dalam Bahasa Melayu itu sendiri, apabila terdapat unit bahasa sperti fonem, morfem, sintaksis, frasa dan lain-lain lagi. Hal ini menunjukkan bahawa Bahasa Melayu mempunyai kesempurnaan bahasanya sendiri kerana mempunyai sistem dan peraturan bahasa yang lengkap merangkupi semua aspek. Bahasa melayu juga sering dikaji dan diperbaharui dari masa ke semasa oleh pakar-pakar bahasa agar Bahasa Melayu itu mempunyai kepelbagaian dan kestabilan dengan bahasa-bahasa lain.

Kesempurnaan Bahasa Melayu telah wujud sejak zaman berzaman kerana ramai pengkaji-pengkaji bahasa sering mengkaji bagaimna untuk meluaskan lagi kaedah penggunaan Bahasa Melayu itu sendiri. Kita dapat melihat dengan wujudnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Bahasa Melayu dapat dijadikan satu platform kepada orang tempatan dan orang asing untuk meluaskan lagi penguasaan mereka terhadap bahasa ini. Selain itu juga terdapat banyak buku-buku dan kamus seperti Kamus dewan yang telah mempunyai beberapa siri telah diterbitkan bagi memudahkan masyarakat mengenali bahasa Melayu itu sendiri.

17

Sebagai anak Malaysia kita haruslah berbangga kerana negara Malaysia mempunyai bahasanya sendiri walaupun berabad dijajah oleh penjajah asing. Kita juga harus berbangga kerana pada suatu ketika dahulu Bahasa Melayu telah digunapakai sebagai bahasa pengantaraan (Lingua Franca) di kepulauan melayu oleh pedagang-pedagang asing dan

masyarakat temapatan ketika itu. Hal ini menunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah diterima umum sejak zaman dahulu lagi dan mudah digunakan serta dipelajari oleh semua masyarakat di dunia.

18

You might also like