You are on page 1of 3

BAB 7 NILAI BERKAITAN DENGAN KEAMANAN DAN KEHARMONIAN

Unit 34 Malaysia Yang Bersatu Nilai: Hidup bersama secara aman Definisi: Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya Perisian Akademik: 1. Pihak-pihak yang bertanggungjawab mewujudkan keharmonian negara: - Rakyat, agensi kerajaan dan NGO 2. Peranan dalam mewujudkan perpaduan dan keharmonian a. Rakyat: - tidak menyentuh isu-isu sensitif yang boleh memecahbelahkan rakyat -berkawan dengan semua orang secara ikhlas tanpa prasangka b. Kerajaan: - melaksanakan pelbagai dasar perpaduan melalui kementerian dan jabatan - Menyokong segala usaha yang dilakukan untuk menyatupadukan rakyat c.NGO - menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan pelbagai kaum dan agama - merancang dan menaja program perpaduan masyarakat - menaja aktiviti pelbagai kaum

3. Semua pihak perlu melibatkan diri dalam usaha menyatupadukan rakyat kerana: - Menyatupadukan rakyat bukan usaha satu pihak tetapi melibatkan usaha secara kolektif daripada rakyat dan kerajaan - Memupuk persefahaman kaum - Dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian hidup 4. Contoh aktiviti yang boleh dibuat untuk mengeratkan perpaduan: - Gotong royong, - sukaneka /sukan, - aktiviti kokurikulum, - pertandingan dan persembahan kebudayaan, rumah terbuka hari perayaan. 5. Sikap yang perlu ada untuk mengeratkan perpaduan: - Bersatupadu - Prihatin - Saling mengambil berat antara satu sama lain - Bermasyarakat - Tolong-menolong - Hormat-menghormati - Toleransi

BAB 7 NILAI BERKAITAN DENGAN KEAMANAN DAN KEHARMONIAN

Unit 35 Wawasan 2020, kita jayakan bersama Nilai : Saling membantu dan bekerjasama Definisi: Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peingkat individu, komuniti atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat Perisian Akademik: 1. Peningkatan taraf hidup rakyat tanggungjawab bersama 2. Ciri-ciri masyarakat Malaysia mengikut konsep wawasan 2020: -masyarakat yang bebas, tenteram, maju, bermoral dan beretika, libral, bertolak ansur, saintifik dan progresif,penyayang, adil dalam ekonomi dan berdaya saing. 3. Matlamat Wawasan 2020: - Mengenai hala tuju masa depan negara dan peranan dimainkan oleh rakyat untuk menjadikan Malaysia sebagai negara perindustrian dan negara maju pada 2020 4. Sikap yang perlu dimiliki oleh masyarakat Malaysia untuk menyahut cabaran wawasan 2020: - Memiliki keyakinan diri - Berani menghadapi pelbagai cabaran - Berusaha mencapai kecemerlangan dalam semua bidang - Mempunyai jati diri dan nilai agama yang kukuh supaya tidak terpengaruh oleh anasir negatif - Mengamalkan toleransi terhadap adat, kebudayaan dan kepercayaan agama pelbagai kaum - Mempunyai semangat setiakawan - Bekerjasama - Mempunyai kesetiaan yang tidak bebelah bagi kepada negara

5. Peranan seorang pelajar merealisasikan wawasan 2020: - Belajar bersungguh-sungguh - Menjadi pelajar yang bertanggungjawab - Menjadi pelajar yang cemerlang, mahir dan berpengalaman - Menjadi pelajar contoh dalam pelbagai bidang - Menjadi pelajar yang berbudi pekerti mulia dan bermoral - Bersikap penyayang dengan membantu pelajar yang kurang bernasib baik - Bertlak ansur dengan rakan pelbagai kaum 6. Kelebihan wawasan 2020 terhadap masyarakat dan negara; - Masyarakat maju dalam pelbagai bidang - Masyarakat menguasai pelbagai bidang - Taraf kehidupan masyarakat bertambah baik 7. 9 cabaran wawasan 2020 - Mewujudkan negara Malaysia yang bersatu dan mempunyai matlamat yang dikongsi bersama - Mewujudkan sebuah masyarakat yan berjiwa bebas, tenteram dan maju - Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang - Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika - Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur - Mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif - Mewujudkan masyarakat penyayang - Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi - Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental

BAB 7 NILAI BERKAITAN DENGAN KEAMANAN DAN KEHARMONIAN

Unit 36 Keistimewaan Dasar Luar Malaysia Nilai: Saling menghormati antara negara Definisi: Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat Perisian Akedemik: 1. Dasar Malaysia dihormati dunia 2. Dasar Berkecuali Malaysia: - Tidak campur tangan dalam urusan negara lain - Ingin menjalinkan hubungan yang baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi

You might also like