You are on page 1of 1

TAJUK NOVEL : WIRA PERSONA AVATARI (SINOPSIS)

SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL


Pasukan Zamrud II yang dianggotai oleh Adeen, Anas, Pauline, Aina dan Anjali sudah bersiap sedia untuk meneruskan Pertandingan Avatari di peringkat akhir, yang akan bermula pada jam 3.00 petang. Adeen yang masuk dahulu ke bilik persalinan, diikuti oleh Anas, Aina, Zuriani, Pauline dan Anjali. Adeen terpandang dua lelaki yang mencurigakan di bilik persalinan itu,seorang lelaki India dan seorang lelaki Cina. Berlaku pergelutan antara mereka. Lelaki India berjaya diberkas oleh Adeen dan Anas, manakala lelaki Cina dapat meloloskan diri setelah dia menembak Aina. Aina akhirnya pengsan di atas pengkuan ibunya, Maizan. Aina merupakan seorang murid yang tekun dan tabah. Semasa waktu rehat, Aina masih di dalambilik darjahnya untuk menyiapkan kerja-kerja sekolahnya melalui jaringan internet. Zuriani, kawan baiknya datang dan memberitahu Aina tentang poster mengenai pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh yang ditampal di papan kenyataan. Semasa abangnya, Anas pulang, Aina segera memberitahu Anas tentang pertandingan tersebut. Pada sebelah malamnya, Anas dan Aina asyik melayari komputer untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Pertandingan Avatari itu. Mereka juga berbincang tentang bagaimana hendak mendapatkan sebuah komputer realiti maya dan perisian Avatari yang mahal harganya itu. Akhirnya mereka mendapatkan bantuan daripada Pak Cik Ho, rakan sepasukan ayah mereka semasa memenangi Pertandingan Avatari Pertama dulu. Mereka sudah ada empat orang dalam pasukan yang akan bertanding nanti. Mereka hanya memerlukan seorang Pasukan Zamrud II panas baran orangnya. Dia akhirnya menarik diri. Anas, Aina, Adeen, dan Pauline menjalani latihan fizikal di bawah bimbingan Cikgu Nisah. Pak Cik Ho juga datang memantau mereka berlatih permainan Avatari. Anas dan Pauline berbincang untuk mencari pengganti kepada Kumar. Akhirnya seorang gadis India, Anjali menyertai PAsukan Avatari II. Zuriani merajuk terhadap Aina yang begitu lama tidak mendampingi dirinya. Aina memujuk Zuriani untuk menyertai Pasukan Avatari II sebgai ahli pasukan simpanan. Hari pertandingan tiba. Pasukan Zamrud II menempuh pelbagai cabaran dan halangan sebelum muncul menjadi juara Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh. Salah satu halangan yang paling penting ialah sabotaj yang dilakukan oleh pihak musuh kepada Pak Cik Ho. Musuh itu ialah ketua samseng yang hendak membeli pusat permainan video Game Star milik Pak Cik Ho. Sebagai akibatnya, Aina telah ditembak. Kemudian, cip mikroelektronik mesin Avatari Pasukan Zamrud II telh dicuri oleh Anjali, ahli pasukan Zamrud II sendiri. Kejadian sabotaj ini menyebabkan Pasukan Zamrud II hampir terkeluar daripada pertandingan. Walau bagaimanapun, dengan kecekapan, kemahiran dan keberanian ahli-ahli Pasukan Zamrud II, semua halangan tersebut dapat diatasi dengan jayanya. Pasukan Zamrud II akhirnya muncul sebagai juara Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh.

You might also like