You are on page 1of 126

TERAJU KEJAYAAN BAHASA MELAYU UPSR

KERTAS 1 - 011 KERTAS 2 - 012


SELAMAT BERTEMU

GARIS PANDUAN & TEKNIK JAWAB SOALAN UPSR BAHASA MELAYU 012

T E RAJ U K E JAYAAN BAHASA MELAYU UPSR

CEMERLANG UPSR
KEJAYAAN TIDAK BOLEH DICAPAI TANPA USAHA, KESUNGGUHAN DAN SEMANGAT YANG TINGGI. KEJAYAAN TIDAK BOLEH DICAPAI DALAM MASA YANG SINGKAT, KEJAYAAN MEMERLUKAN PERANCANGAN YANG RAPI DENGAN LATIHAN YANG BERTERUSAN. UNTUK BERJAYA KITA PERLU TEKUN, RAJIN DAN JUJUR.

TERAJU KEJAYAAN

TEKUN
RAJIN JUJUR

- untuk berjaya dalam pendidikan kita mesti tekun ( usaha bersungguh-sungguh )


- buat dengan bersungguh-sungguh ( kerapkali ) - tulus ikhlas ( lurus hati ) serta jujur pada diri sendiri.

CERIAKAN HARI ANDA. BERIKAN TUMPUAN BUKAN SUSAH NAK LULUS DAN BUKAN SENANG LULUS TETAPI TIDAK MUSTAHIL

KONSEP SOALAN-SOALAN UPSR BERKISAR KEPADA;KELUARGA & MASYARAKAT

SEKOLAH

DIRI

Setelah mengikuti program TERAJU KEJAYAAN ini, anda akan dapat :Mengenalpasti skop dan teknik menjawab soalan Bahasa Melayu Kertas 2 - Penulisan

KERTAS 2
MASA : 1 jam 15 minit

PENGENALAN
Terbahagi kepada tiga bahagian Bahagian A Memindahkan maklumat / Mentafsir bahan grafik

BENTUK

Masa 1 jam 15 minit

Bahagian C Membuat ulasan

Bahagian B Menulis karangan

UPSR (BAHASA MELAYU)


KERTAS 2

Markah. Markah penuh : 60 markah Bahagian A Bahagian B Bahagian C : 10 markah : 30 markah : 20 markah

BAHAGIAN A Mentafsir Bahan Grafik

BAHAGIAN B Karangan 40 minit

BAHAGIAN C Membuat Ulasan

15 minit

20 minit

(Memindahkan maklumat dalam gambar)


BAHAGIAN A Mentafsir Bahan Grafik

10 markah 5 ayat sahaja. Ayat berdasarkan bahan grafik yang diberikan

APA ITU BAHAN GRAFIK ?

Gambar - Tunggal @ Bersiri Carta Graf Jadual Peta Pelan

Contoh : Gambar Tunggal

SOALAN BAHAGIAN A - Cadangan masa menjawab 15 minit

-Wajib dijawab

-Soalan berdasarkan grafik yang diberi


-Mungkin terdiri daripada gambar bersiri atau gambar tunggal. -Ayat yang dibina mestilah berdasarkan apa yang terdapat dalam gambar sahaja.

5 ayat yang betul dikira cemerlang 4 ayat yang betul dikira baik 3 ayat yang betul dikira sederhana 2 ayat yang betul dikira tahap minimum Jika terdapat ayat mengikut urutan tetapi waktu/masa berbeza-beza masih boleh diterima. Calon boleh menulis nama watak ,Pak Cik ,Mak Cik pada gambar yang telah ditetapkan . Jangan menulis isi yang berulang-ulang bagi setiap ayat .

PASTIKAN SASARAN KITA DI BAHAGIAN A ADALAH UNTUK MENDAPAT MARKAH 6/10.

PANDUAN UNTUK MENJAWAB BAHAGIAN A


1. Baca dan fahamkan arahan. - Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar. - Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar/situasi di bawah. - Gambar di bawah menunjukkan . Tulis lima ayat yang lengkap tentang ..tersebut. 2. Perhatikan bahan grafik. Kaitkan kehendak soalan dengan bahan grafik yang diberi. Cari maklumat yang terdapat dalam bahan grafik seberapa banyak yang ada dan tandakan atau senaraikan maklumat tersebut.

3. Buat lima ayat sahaja, walaupun terdapat banyak maklumat dalam bahan grafik yang diberi. a. Bina ayat berdasarkan kehendak soalan. i. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktivitiaktiviti yang terdapat dalam gambar . - Maknanya calon dikehendaki menulis lima ayat tentang aktiviti yang melibatkan kata kata kerja sahaja.

ii. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar / situasi di bawah. - Maknanya calon boleh membina apa saja perkara

yang terdapat dalam bahan grafik, tidak kira sama ada melibatkan kata kerta atau situasi yang ada dalam bahan grafik yang diberi.

iii. Boleh gunakan nama watak, tempat, atau apa saja yang sesuai asalkan ayatnya baik tanpa kesalahan ejaan, tanda baca dan struktur ayat.

iii.

- Maknanya calon mesti menulis ayat berhubungkait

Gambar di bawah menunjukkan aktiviti gotong-royong. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gotong-royong tersebut.
dengan segala aktiviti/perkara yang ada kaitan dengan gotong-royong yang terdapat dalam gambar tersebut.

iv. Ayat yang ditulis berfokus kepada aktiviti ataupun situasi yang terdapat dalam gambar sahaja.

BAHAGIAN A 10 MARKAH

PENSKORAN
CEMERLANG ( 9 -10 ) BAIK (78)

KRITERIA
i. Menggunakan ayat yang gramatis & menepati bahan grafik. ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang meluas serta sesuai dengan bahan grafik. iii. Penggunaan ejaan & tanda baca yang betul i. Menggunakan ayat yang jelas dan menepati bahan grafik. ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan bahan grafik. iii. Terdapat beberapa kesalahan dalam tanda baca & ejaan tetapi tidak menjejaskan ayat. i. Menggunakan ayat yang mudah & ringkas sesuai dengan bahan grafik. ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata tetapi terhad dan sesuai. iii. Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca & ejaan i. Ayat tidak sesuai atau tidak berkaitan dengan bahan grafik. ii. Penggunaan perkataan yang terhad & tidak sesuai dengan bahan grafik. iii. Tidak menguasai kemahiran tanda baca & ejaan.

MEMUASKAN (46)

PENCAPAIAN TAHAP MINIMUM (13)

Tuliskan lima ayat tentang gambar di bawah.

CARA MENULIS AYAT SIAPA KATA KERJA APA MANA/TUJUAN/ OBJEK/PERKARA

SIAPA - BERKAITAN DENGAN WATAK/PELAKU YANG TERDAPAT DALAM GAMBAR. - Aminah, Seorang budak lelaki, Ali.. KATA KERJA AKTIVITI ATAU PERBUATAN YANG DILAKUKAN. - mencuci, mengelap, mengupas

APA OBJEK ATAU BENDA YANG DIPEGANG ATAU APA SAHAJA YANG BERKAITAN DENGAN GAMBAR. - pinggan mangkuk, bawang, menyiang . MANA TEMPAT PERISTIWA/SUASANA DALAM GAMBAR. - di dapur, atas meja, singki . TUJUAN SEBAB DAN UNTUK APA. - supaya bersih, .. OBJEK BENDA YANG TERDAPAT ATAU YANG DIPEGANG. - pisau, kain buruk, sudip

PERKARA PERLUASAN AYAT/KESAN/HASIL/PERASAAN. - dengan berhati-hati

APA YANG PERLU DITULIS


INGAT -

1.
2.

SIAPA/KATA KERJA
APA

3.

MANA/TUJUAN/OBJEK/ PERKARA.

TULIS AYAT DALAM BENTUK AYAT LENGKAP.

4. Kalau gambar bersiri, pastikan ayat yang dibina seimbang.


Tiga ayat daripada gambar pertama atau dua ayat daripada gambar pertama.

Dua ayat daripada gambar kedua atau tiga ayat daripada gambar kedua.

5. Bagi mendapat markah dalam Bahagian A ini, anda seharusnya:a. Membina ayat yang sesuai dengan gambar yang diberi. b. Jangan bina ayat yang tiada kaitan dengan gambar dan arahan yang diberi. c. Elakkan daripada membina ayat yang tersirat. d. Bina ayat dengan menggunakan kosa kata yang sesuai dan menarik. Elakkan membina ayat yang mudah.

Ayat yang dibina boleh ditulis dalam bentuk:a. Urutan nombor; 1. . 2. ...... b. Urutan abjad; a. b. c. Simbol ( -, /, * dan seumpamanya) d. Perenggan

GAMBAR DI BAWAH MENUNJUKKAN SUASANA DI SEBUAH HOSPITAL. TULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP TENTANG SUASANA DI HOSPITAL TERSEBUT.

GAMBAR DI BAWAH MENUNJUKKAN SUASANA DI SEBUAH HOSPITAL. TULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP TENTANG SUASANA DI TEPI PANTAI TERSEBUT.

Mandi-manda

berenang Bermain layang-layang

Membina istana pasir


Membaca surat khabar Berbual-bual

Membuang sampah

SIAPA

KATA KERJA

APA

MANA/TUJUAN/ OBJEK/PERKARA

SIAPA
Aminah

KATA KERJA
membuang

APA
sampah

MANA/TUJUAN/ OBJEK/PERKARA
Ke dalam tong sampah

Aminah membuang sampah ke dalam tong sampah.

SIAPA
Pak Ali

KATA KERJA
membaca

APA
surat khabar

MANA/TUJUAN/ OBJEK/PERKARA
di kerusi

Pak Ali membaca surat khabar di kerusi.

SIAPA
Lim dan Tan

KATA KERJA
membina

APA
istana pasir

MANA/TUJUAN/ OBJEK/PERKARA
di pantai.

Lim dan Tan membina istana pasir di pantai

SIAPA
Atan

KATA KERJA
bermain

APA
layang-layang

MANA/TUJUAN/ OBJEK/PERKARA
di pantai.

Atan bermain layang-layang di pantai.

SIAPA
Ajet dan kawan-kawan

KATA KERJA
Bermandimanda

APA
-

MANA/TUJUAN/ OBJEK/PERKARA
di laut.

Ajet dan kawan-kawan bermandi-manda di laut.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar dibawah

menelefon

memerah tebu

embuang sampah membaca

berpimpin tangan berpayung memasukkan

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar dibawah

SIAPA

KATA KERJA

APA

MANA/TUJUAN/ OBJEK/PERKARA

Tuliskan lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah.

1. Pada hari Sabtu yang lalu, Mimi sekeluarga telah pergi berkelah di pantai Port Dickson.
2. Ibu dan kakak menyusun makanan di atas tikar, manakala saya membantu ayah mengeluarkan barang dari kereta. 3. Saya menolong ibu dan ayah mengemas barang. 4. Saya dan kakak mandi-manda sambil menunggu ibu menyiapkan makanan.

5. Kami datang ke sana untuk berehat sambil bergembira dan boleh mengeratkan silaturrahim sesama keluarga.

- Kami sekeluarga pergi berkelah di sebuah pantai yang indah dan permai. - Saya dan adik sedang menolong ayah mengangkat barang keperluan untuk berkelah.

- Ibu sedang menyusun makanan di atas tikar.


- Ayah mengambil barang yang perlu untuk berkelah.

- Kami sekeluarga berkelah dengan penuh kegembiraan.

Maria dan keluarganya berkelah di tepi pantai. Mereka membawa peralatan untuk berkelah. Ibu membawa makanan dan minuman untuk berkelah.Maria dan keluarganya sangat gembira dapat berkelah bersama-sama.Maria dan ibunya menyediakan makanan untuk Azman dan ayahnya.

Seorang budak lelaki sedang menolong ayahnya mengangkat barang keperluan berkelah
Seorang ibu pula sedang menyusun makanan di atas tikar manakala anak perempuannya menghulurkan makanan kepada ibunya. Mereka berkelah di sebuah pantai yang indah dan menarik. Mereka berkelah berhampiran sebuah pohon yang rendang. Mereka sekeluarga berasa sangat gembira dan seronok berkelah bersama-sama.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

GAMBAR DI BAWAH MENUNJUKKAN SUASANA DI SEBUAH HOSPITAL. TULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP TENTANG SUASANA DI HOSPITAL TERSEBUT.

Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan situasi yang terdapat dalam gambar.

TULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP TENTANG GAMBAR DI BAWAH

2006 TULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP TENTANG GAMBAR DI BAWAH.

2007
GAMBAR DI BAWAH MENUNJUKKAN PERSIAPAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN. TULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP TENTANG PERSIAPAN TERSEBUT.

BAHAGIAN B KARANGAN

30 markah Tidak kurang 80 patah perkataan Diberikan tiga buah karangan. Pilih dan jawab satu karangan sahaja.

Karangan Berformat

Karangan Tidak Berformat

BAHAGIAN B
Tiga tajuk karangan diberi. Jawab SATU soalan

FORMAT

Masa cadangan 40 minit

Pilihan soalan mungkin soalan berformat / tidak berformat

Jumlah perkataan tidak kurang 80 patah perkataan

BENTUK SOALAN

BERFORMAT

Corak karangan yang diuji mungkin

TIDAK BERFORMAT

Apa dia karangan berformat dan karangan tidak berformat ? Contoh ..?????

Karangan Berformat :Karangan yang mesti ditulis mengikut cara yang tertentu. Apabila ditulis tidak mengikut Format yang ditetapkan, ia boleh menjejaskan markah. Karangan Tidak Berformat :Karangan yang ditulis tanpa mengikut sesuatu cara yang tetap dan khusus.

Karangan Berformat: -

Karangan Tidak Berformat:

Surat Kiriman Rasmi - Cerita Surat Kiriman Tidak Rasmi - Melengkapkan cerita Syarahan - Keperihalan gambaran Dialog - Fakta Laporan - Auto biografi Berita - Biografi Ucapan - Gambar Perbahasan Catatan Harian

PANDUAN MERANGKA KARANGAN, PENULISAN BAHASA MALAYSIA UPSR. KARANGAN TIDAK BERFORMAT. CERITA / CEREKA / SITUASI / MELENGKAPKAN CERITA /

a. Tulis secara ringkas tentang kehendak tajuk. b. Nyatakan masa kejadian tarikh atau masa. c. Apa yang berlaku yang dilihat atau didengari. d. Peristiwa atau kejadian seterusnya. e. Kesan atau akibat kejadian atau peristiwa tersebut. f. Tindakan yang diambil bagi mengatasinya. g. Kesimpulan atau pengajaran peristiwa / kejadian itu.

BIOGRAFI ( Riwayat Hidup Seseorang ) a. b. c. d. e. f. Ringkasan diri nama. Tarikh dan tempat lahir. Asas pendidikan / Sebab-sebab menyukainya. Kerjaya atau tugas / Hobi atau kegemaran. Jasa / Pengorbanan / Kebaikan yang dilakukannya. Kesimpulan perasaan terhadapnya.

KEPERIHALAN. a. Nyatakan secara ringkas bila dan di mana anda pergi ke sana. b. Tujuan ke sana dengan keluarga atau rakan-rakan. c. Nyatakan keadaan orang ramai sesak atau bising. d. Nyatakan keadaan fizikal tempat itu cantik, besar, unik dan sebagainya. e. Perasaan anda kagum, seronok dan sebagainya.

FAKTA / PERBINCANGAN. a. b. c. d. e. f. Tulis secara ringkas tentang kehendak tajuk / maksud tajuk. Nyatakan beberapa pendapat atau hujah serta contoh. Nyatakan kesan atau akibat berkaitan tajuk. Nyatakan beberapa kebaikan atau keburukan serta contoh. Nyatakan beberapa saranan atau cadangan serta contoh. Kesimpulan tajuk.

AUTOBIOGRAFI ( Riwayat Hidup Sesuatu Benda ) a. b. c. d. e. f. g. Nyatakan nama dan asal-usul dilahirkan Rupa bentuk keistimewaan fizikal. Kesimpulan perasaan menjadinya Cara penghantaran tempat dihantar. Dibeli harga nama tuan baru. Perasaan tuan terhadapnya - tugas setiap hari yang perlu dilakukan Kejadian-kejadian yang dialami sama ada gembira atau sedih Kesudahan nasib diri sama ada gembira atau sedih.

BIOGRAFI ( Riwayat Hidup Seseorang ) a. b. c. d. e. f. Ringkasan diri nama. Tarikh dan tempat lahir. Asas pendidikan / Sebab-sebab menyukainya. Kerjaya atau tugas / Hobi atau kegemaran. Jasa / Pengorbanan / Kebaikan yang dilakukannya. Kesimpulan perasaan terhadapnya.

KARANGAN BERFORMAT. SURAT KIRIMAN RASMI. a. Pengenalan diri. b. Nyatakan tujuan surat dihantar. c. Isi-isi berkaitan tujuan / kehendak soalan.Contoh : - tarikh, masa dan tempat. - masalah yang dihadapi. - bantuan yang diperlukan. - tindakan yang perlu diambil. - susulan yang diharapkan. d. Kerjasama yang diharapkan. e. Ucapan penghargaan. f. Terima kasih.

SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI. a. Bertanya khabar. b. Nyatakan tujuan surat dihantar. c. Isi-isi berkaitan tujuan / kehendak soalan. Contoh : - sebab-sebab tujuan. - perkembangan diri sama ada kesihatan, pelajaran dan sebagainya. - masalah yang dihadapi. - bantuan yang diperlukan. - tindakan yang perlu diambil. - susulan yang diharapkan. d. Kerjasama yang diharapkan. e. Semoga berjumpa lagi f. f. Terima kasih.

CATATAN / DIARI. a. Tarikh atau masa. b. Kehendak soalan : - isi berkaitan. - isi berkaitan. - isi berkaitan. . LAPORAN. a. b. c. d. e. f. g. Tuliskan tajuk laporan. Tarikh, masa, tempat peristiwa atau majlis diadakan. Tujuan peristiwa atau majlis diadakan. Penglibatan orang ramai atau murid. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Faedah atau kesan majlis diadakan. Harapan pada masa hadapan.

PANDUAN MENJAWAB
1. 2. 3.

4. 5.

6. 7.

8. 9.

Baca soalan dengan teliti. Pilih tajuk atau soalan yang benar-benar dikuasai. Fahami tajuk soalan dan kenal pasti sama ada jenis berformat atau sebaliknya. Garisi kata kunci atau kehendak soalan. Buat rangka karangan. Pilih mana-mana kaedah yang mudah bagi mencari isi. (kaedah peta minda, kaedah soalan, kaedah perkataan atau kaedah rangka) Susun rangka karangan. Tulis karangan mengikut format yang dikehendaki. Setiap satu isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta dengan contohnya sekali. Semak tatabahasa. Pastikan tulisan kemas dan bersih.

YANG PALING PENTING PENULISAN BAHAGIAN B IALAH :-1. 2. 3. 4. IDEA / ISI - BERAPA ?

MENEPATI TUGASAN SESUAI/TIDAK? PANJANG KARANGAN JANGAN KURANG 80 pp MEMATUHI FORMAT

5.
6.

PERENGGAN PERLU ADA & BERAPA?


LARAS BAHASA

STRATEGI MENULIS KARANGAN

Setiap karangan perlu terdiri daripada tiga komponen :-

PENDAHULUAN

KARANGAN

ISI

PENUTUP

Jangan tulis lebih daripada satu perenggan

Jelas Tepat
2 3 ayat Teruskan bicara tentang tajuk
PENDAHULUAN

Jangan libatkan isi

Sekurang-kurangnya empat isi Ada isi pokok Ada huraian Huraian lanjut ISI Satu isi Satu perenggan

Kosa kata yang baik


Ada contoh

Jelas & tepat (memenuhi kehendak soalan

Isi-isi penting dalam karangan hendaklah disusun mengikut urutan yang betul. Setiap isi penting hendaklah ditulis dalam perenggan. Ini diikuti oleh isi-isi sampingan sebagai huraian lanjutan atau contoh kepada isi-isi penting.

BAGAIMANA HENDAK MENCARI ISI. INGAT


APA? PERKARA ATAU PERISTIWA YANG BERLAKU BILA? MASA DAN TEMPOH MASA PERISTIWA SIAPA? SIAPA TERLIBAT/NAMA/JUMLAH DI MANA? TEMPAT PERISTIWA BERLAKU

MENGAPA? SEBAB BERLAKU


BAGAIMANA? PERJALANAN AKTIVITI/URUTAN CERITA

Contoh;SEKOLAH KAMU TELAH MENGADAKAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN. GURU KELAS TELAH MEMINTA KAMU MENULIS LAPORAN TENTANG MAJLIS TERSEBUT. TULIS LAPORAN KAMU SELENGKAPNYA.

1.

KENAL PASTI KUNCI SOALAN Apa kehendak soalan berformat atau tidak. Apa yang perlu ditulis. KENAL PASTI IDEA / ISI Ayat utama - Hari Anugerah Kecemerlangan Ayat Huraian Apa - Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sek. Keb. Sri Budiman Bila - 23 September 2007 / 8.00 pagi 1.00 petang

2.

Siapa

- 85 orang murid-murid Tahun 1 -6 yang berjaya dan terlibat.

Di mana
Mengapa

- Dewan sekolah.
- Meraikan murid-murid yang berjaya dalam pelajaran/aktiviti.

Bagaimana - Aturcara majlis/Harapan/Penutup (sebelum semasa selepas)

3. KENAL PASTI FORMAT


4. PERENGGAN Pendahuluan/Isi/Penutup

Memberi saranan umum atau pandangan

Menyatakan pendirian Pantun/ peribahasa

Satu perenggan PENUTUP 2 3 ayat

Memberi kesimpulan atau rumusan keseluruhan karangan

BAHAGIAN B 30 MARKAH
PENSKORAN KRITERIA
i. - Penyampaian atau persembahan yang jelas & menarik untuk dibaca. - Pengolahan idea yang sangat baik menggunakan pelbagai ayat yang gramatis bertepatan dengan tema. ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang meluas serta sesuai dengan tema. iii. Penggunaan ejaan & tanda baca yang betul berdasarkan jenis karangan. i. - Penyampaian atau persembahan yang jelas untuk dibaca. - Pengolahan idea yang baik dengan menggunakan ayat yang gramatis dan bersesuaian dengan tema. ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan tema. iii. Terdapat beberapa kesalahan ejaan & tanda baca tetapi tidak menjejaskan karangan. i. - Penyampaian atau persembahan yang mudah & ringkas. - Menyatakan isi dengan menggunakan ayat dasar berdasarkan tema. ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata tetapi terhad dan sesuai. iii. - Penggunaan tanda baca yang terhad (huruf besar, noktah koma) - Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca & ejaan. i. - Penyampaian atau persembahan yang tidak sesuai dengan tema - Isi tidak tepat, tidak berkaitan dengan tema atau sukar difahami. ii. Penggunaan perkataan yang terhad dan tidak sesuai dengan tema. iii. Tidak menguasai kemahiran tanda baca dan ejaan.

CEMERLANG ( 24 -30 )

BAIK ( 17 23 )

MEMUASKAN ( 11 16 )

PENCAPAIAN TAHAP MINIMUM ( 1 10 )

Memilih Tajuk atau Soalan

Mencari Kunci Soalan

PETUA MENULIS KARANGAN

Menyediakan Rangka Karangan

Menyemak Karangan

MEMILIH TAJUK ATAU SOALAN


Pemilihan tajuk karangan yang tepat merupakan kunci utama ke arah kejayaan seseorang pelajar. Pilihlah satu tajuk karangan yang tepat dan sesuai dengan pengetahuan & pengalaman anda. Jangan sesekali memilih tajuk karangan yang sangat mencabar dan di luar pengetahuan serta pengalaman kita. Pastikan anda faham dan tahu serta dapat membezakan antara karangan berformat dan karangan tidak berformat. Anda perlu mahir dan mematuhi format setiap jenis karangan.

PETUA MEMILIH TAJUK

Mesti mempunyai pengetahuan tentang :-

Perlu memahami kehendak tajuk

- Bentuk / format karangan itu - Isi-isinya - Laras bahasanya

Catatkan apa saja yang Anda tahu tentang tajuk karangan yang dipilih untuk dijadikan isi atau fakta.

Kumpulkan isi-isi dan fakta yang diperoleh.

LANGKAH-LANGKAH MERANGKA KARANGAN

Susun isi-isi dan fakta itu mengikut kepentingan dalam bentuk perenggan

Mula menulis apabila sudah yakin dengan isi dan fakta yang ada

Contoh : Tuliskan sepucuk surat kepada kawan kamu untuk menceritakan keadaan tempat tinggal kamu yang baru

PENUTUP
Isi 4 Perasaan & harapan. Gembira dengan suasana baru. Jemput kawan datang.

- Ucapan terima kasih


- semoga jumpa lagi

Surat kepada kawan menceritakan tempat baru

PENDAHULUAN Kata hadap Bertanya khabar

Isi 1
Isi 3 - Kemudahan yang terdapat - Sekolah, masjid, kedai dsbnya -Tujuan menulis surat - Berpindah ke tempat baru - Bapa bertukar tempat kerja

Isi 2 Cerita suasana tempat baru - Keadaan sekolah, kawan-kawan, guru-guru

CONTOH

Pendahuluan - Kata menghadap surat - Bertanya khabar

Isi

- Tujuan menulis surat - Bapa bertukar kerja - Cerita suasana tempat baru - Kemudahan yang terdapat - Perasaan & harapan
- Ucapan terima kasih - Semoga jumpa lagi

Penutup

CONTOH

PENDAHULUAN
Bagaimana dengan kata menghadap surat ? Bagaimana dengan keadaan kesihatan penerima ? ISI Mengapa tulis surat ? Bagaimana keadaan sekolah baru ? Bagaimana guru, kawan dan suasana di tempat baru ? Apakah kemudahan yang terdapat ? Apakah perasaan dan harapan di tempat baru ? Adakah rasa gembira dengan suasana baru ? PENUTUP Apa yang perlu diucapkan ? Apa harapan di lain masa ?

MENYEMAK KARANGAN
Selepas selesai menulis karangan, semak dahulu karangan untuk memastikan tiada isi penting yang tertinggal. Semak aspek bahasa, iaitu dari segi tatabahasa, ejaan, tanda baca. Kemaskan tulisan yang kurang jelas sehingga mudah dibaca

Pastikan juga had jumlah perkataan yang terdapat dalam karangan anda tidak terlalu kurang atau terlebih.

Ketika sedang bermain-main bersama rakan kamu, rakan kamu telah terjatuh dan tercedera. Ceritakan tindakan kamu bagi membantu rakan kamu itu.

Tuliskan sebuah karangan tentang orang yang anda sayangi.

Setiap insan di dunia ini mempunyai insan yang mereka sayangi. Saya juga tidak terkecuali. Insan yang saya sayangi di dunia ini memang amat bermakna dalam hidup saya. Siapa lagi yang saya sayangi di dunia ini kalau bukan ibu bapa saya.

SIAPA YANG KITA SAYANGI

KENAPA KITA MENYAYANGINYA

ORANG YANG SAYA SAYANGI


JANJI KITA TERHADAP ORANG YANG DISAYANGI

HARAPAN TERHADAP ORANG YANG KITA SAYANGI

FORMAT KARANGAN

LAPORAN
T

PENDAHULUAN ISI (sebelum/semasa/ selepas) Apa? Bila? Siapa? Di mana? Bagaimana? Mengapa?

ABS DBM TT T

PENUTUP

SEBELUM Persediaan sebelum berlangsung aktiviti. Tujuan diadakan aktiviti.

SEMASA
Aktiviti

sebelum ucapan perasmian Ucapan perasmian oleh. Isi ucapan perasmian harapannya. Aktiviti yang dilangsungkan

SELEPAS

Para pemenang/olahragawan/tokoh Keputusan keseluruhan Sambutan / kehadiran /sokongan Penyampaian hadiah Jamuan
PENUTUP

Tujuan

tercapai Majlis bersurai/tamat/berakhir pada.

Contoh;Kamu telah menyertai pertandingan merentas desa antara rumah-rumah sukan sekolah kamu. Tulis sepucuk surat kepada rakan kamu untuk menceritakan pengalaman kamu menyertai pertandingan merentas desa tersebut.
Surat Kiriman Tidak Rasmi

77, Jalan Melati, Kampong Budiman, Meru, 41050 Klang, Selangor Darul Ehsan.

15 Julai 2007. Menemui saudara Fadzli yang kini berada di Meru, dengan selamat sejahteranya. Saudara, Apa khabar saudara? Tujuan saya .

Isi surat

apa bila siapa di mana bagaimana mengapa

Sekian dahulu yang dapat saya coretkan dalam bingkisan ini. Semoga bertemu lagi di lain lembaran, sambutlah salam manis daripada saya. Yang benar, Shamsuddin

BAHAGIAN C
MEMBUAT ULASAN
Cadangan masa menjawab Bahagian C 20 minit

Membuat Ulasan
20 markah Ulasan yang dibuat berpandukan soalan kepada situasi yang diberikan. Tidak lebih 40 patah perkataan.

Bahagian C ini mengandungi satu teks cerita/ pernyataan/puisi/dialoq/rencana yang mengandungi banyak pengajaran/amalan baik atau nilai-nilai murni. Soalan ini wajib dijawab dan markah bagi soalan ini ialah 20 markah.

BAHAGIAN C

Bahagian ini amat penting . Perlu memahami dan meneliti dengan jelas petikan yang diberi. Calon tidak digalakkan mencatat atau menyalin semula . Pastikan nilai-nilai murni yang perlu dikaitkan berdasarkan petikan yang disediakan.

Pastikan mengikut arahan soalan . Nilai murni yang disampaikan boleh dicampur-aduk . Nilai yang negatif tidak boleh diterima. Jawapan yang disampai dalam satu perenggan. Jawapan yang mempunyai lebih daripada satu perenggan tidak diterima . Penggunaan watak contoh nama orang , saya , kita boleh diterima.

JENIS SOALAN : NILAI-NILAI MURNI

Baik hati Berdikari Berhemah tinggi Hormat Kasih sayang Keadilan Kebebasan Keberanian Kejujuran

Toleransi Kesyukuran Harmoni Berdisiplin Berwawasan Semangat bermasyarakat Patriotisme Rasional Kesederhanaan Kerjasama Kerajinan

BAHAGIAN C 20 MARKAH

PENSKORAN
CEMERLANG ( 17 -20 )

KRITERIA
i. Ulasan jelas & tepat menggunakan ayat yang gramatis berdasarkan bahan rangsangan. ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang meluas serta sesuai dengan bahan rangsangan. iii. Penggunaan ejaan & tanda baca yang betul i. Ulasan jelas & tepat menggunakan ayat yang gramatis berdasarkan bahan rangsangan. ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan bahan rangsangan. iii. Terdapat beberapa kesalahan dalam tanda baca & ejaan tetapi tidak menjejaskan ayat. i. Ulasan tepat menggunakan ayat mudah & ringkas. ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata tetapi terhad dan sesuai. iii. Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca & ejaan i. Ulasan tidak menepati bahan rangsangan. ii. Penggunaan perkataan yang terhad & tidak sesuai dengan bahan rangsangan. iii. Tidak menguasai kemahiran tanda baca & ejaan.

BAIK ( 12 16 )

MEMUASKAN ( 6 11 ) PENCAPAIAN TAHAP MINIMUM (15)

Cara Menjawab Soalan


Baca dan fahami situasi. Gariskan amalan baik dalam soalan. Sediakan rangka karangan. Catatkan nilai-nilai murni atau pengajaran yang terdapat dalam teks. Tulis karangan pendek lebih kurang 5 hingga 10 ayat sahaja. Panjang jawapan tidak lebih daripada 40 patah perkataan

Penanda wacana

Contoh

Contoh Soalan Membuat Ulasan


Setiap hari selepas sekolah, Siva akan berjalan kaki pulang ke rumah. Ibu bapa Siva tidak dapat mengambilnya kerana bekerja. Namun, mereka tahu Siva pandai menjaga diri sendiri. Ketika Siva hendak melintasi sebatang jalan raya, Siva ternampak seorang perempuan buta ingin melintas jalan. Siva berasa simpati dengan perempuan buta itu dan segera memberi bantuan. Perempuan buta itu mengucapkan terima kasih kepada Siva. Perempuan buta itu telah memberikan wang kepada Siva tetapi Siva menolak pemberiannya dengan baik.

Senaraikan nilai murni/pengajaran/ amalan baik yang terdapat dalam petikan


1. Siva akan berjalan kaki pulang ke rumah. - berdikari
2. Ibu bapa Siva tidak dapat mengambilnya kerana bekerja. - bertanggungjawab

3. Siva pandai menjaga diri sendiri. - berdikari

Senaraikan nilai murni/pengajaran/ amalan baik yang terdapat dalam petikan

4. Siva berasa simpati dengan perempuan buta itu dan segera memberi bantuan. - prihatin 5. Perempuan buta itu mengucapkan terima kasih kepada Siva. - berbudi bahasa / bersopan santun 6. Perempuan buta telah memberikan wang kepada Siva - menghargai 7. Siva menolak pemberiannya dengan baik. - ikhlas / bersopan

CARA-CARA MENULIS NILAI MURNI YANG BETUL


PENANDA WACANA KATA GANTI NAMA KATA BANTU NILAI KATA SENDI HURAIAN

BAHAGIAN C Cara menulis.

Kita mestilah bertanggungjawab seperti ibu bapa Siva tidak dapat mengambilnya kerana bekerja. Kita mestilah berdikari seperti Siva pandai menjaga diri sendiri. Kita mestilah prihatin seperti Siva berasa simpati dengan perempuan buta itu dan segera memberi bantuan. Kita mestilah berbudi bahasa seperti perempuan buta itu mengucapkan terima kasih kepada Siva. Kita mestilah ikhlas seperti perempuan buta itu telah memberikan wang kepada Siva tetapi Siva menolak pemberiannya dengan baik.

Tulis beberapa nilai-nilai murni/pengajaran yang terdapat dalam cerita di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Seperti mana biasa, Sazwan akan membantu ibunya menyapu sampah di hadapan rumahnya sehingga bersih. Sebelum keluar bermain, Sazwan menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh gurunya. Ketika di sekolah Sazwan sering menolong Cikgu Samsudin membawa buku-buku yang telah dikumpulkan ke bilik guru. Walaupun Sazwan datang daripada keluarga berada, dia tidak pernah memilih kawan. Sikap tersebut sentiasa diamalkannya. Setiap hari Sazwan akan menyimpan sebahagian daripada belanja sekolah.

- Membantu ibu menyapu sampah di hadapan rumah sehingga bersih. Rajin / menjaga kebersihan - Sebelum keluar bermain Sazwan menyiapkan kerja rumah yang diberi gurunya. Rajin /bertanggungjawab

- Menolong cikgu membawa buku ke bilik guru Prihatin / rajin - Walaupun datang daripada keluarga berada Sazwan tidak memilih kawan. Merendah diri/berhemah tinggi - Sazwan akan menyimpan sebahagian daripada belanja sekolahnya. Berjimat cermat

CARA-CARA MENULIS NILAI MURNI YANG BETUL


PENANDA WACANA KATA GANTI NAMA KATA BANTU NILAI KATA SENDI HURAIAN

CARA-CARA MENULIS NILAI MURNI YANG BETUL


PENANDA WACANA KATA GANTI NAMA KATA BANTU NILAI KATA SENDI HURAIAN

Kita

mestilah

Menjaga kebersihan

seperti

Sazwan akan membantu ibunya menyapu sampah di hadapan rumahnya sehingga bersih. sebelum keluar bermain, Sazwan menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh gurunya.

Selain itu,

Kita

hendaklah

bertanggungja wab

seperti

Di samping itu,

Kita

mestilah

rajin

seperti

Sazwan sering menolong Cikgu Samsudin membawa buku-buku yang telah dikumpulkan ke bilik guru.

Akhirnya,

Kita

hendaklah

berjimat cermat

seperti

Sazwan akan menyimpan sebahagian daripada belanja sekolah.

ULASAN LENGKAP
Kita mestilah menjaga kebersihan seperti Sazwan akan membantu ibunya menyapu sampah di hadapan rumahnya sehingga bersih. Kita mestilah bertanggungjawab seperti sebelum keluar bermain, Sazwan menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh gurunya. Kita mestilah rajin seperti Sazwan sering menolong Cikgu Samsudin membawa buku-buku yang telah dikumpulkan ke bilik guru. Kita mestilah berjimat-cermat seperti Sazwan akan menyimpan sebahagian daripada belanja sekolah.

Ahmad bangun lewat pada pagi itu kerana dia menonto televisyen hingga larut malam. Dia tidak sempat bersarapan. Dia terus mencapai basikalnya untuk pergi ke sekolah tanpa sempat bersalam dengan ibu dan bapanya. Tiba di persimpangan jalan, dia tidak menghiraukan lampu merah lalu terus memecut ke sekolah. Mujurlah tiada kenderaan ketika itu. Sesampainya di hadapan sekolah, murid-murid telah berada di tapak perhimpunan. Dia terus berlari ke tapak perhimpunan tanpa mengunci basikalnya. Sedang semua murid menyanyi lagu Negaraku, dia masih lagi berlari untuk masuk ke dalam barisan. Ketika hendak pulang ke rumah, dia mendapati bahawa basikalnya telah hilang. Dia telah diberi tumpang oleh rakan untuk pulang ke rumah.

1. Tidur larut malam 2. Membuang masa menonton televisyen 3. Tidak bersarapan 4. Tidak menghormati ibu bapa 5. Tidak mematuhi peraturan jalanraya 6. Tergesa-gesa 7. Tidak menjaga keselamatan harta sendiri 8. Tidak menghormati lagu kebangsaan 9. Menolong orang yang dalam kesusahan.

Menghargai masa

Aminah sedang membaca buku sambil menunggu bas sekolahnya. Tiba-tiba beliau dihampiri seorang pengemis. Pengemis itu

meminta wang daripada Aminah. Aminah telah


memberikan wang syiling baki wang sakunya kepada pengemis itu. Pengemis itu mengucapkan terima kasih sebelum pergi.
Menghargai jasa Pemurah

Berdisiplin

Apabila bas sekolahnya tiba, Aminah beratur sebelum menaiki bas. Dia memberikan peluang

kepada murid-murid yang lebih kecil untuk

Bertimbang rasa

menaiki bas dahulu. Ketika berada di dalam bas, dia ternampak seorang murid tahun dua

membuang sampah melalui tingkap bas. Dia telah


menegur budak itu dan memberitahunya bahawa perbuatan itu tidak wajar dilakukan kerana boleh menimbulkan berbagai-bagai kesan.
Bertanggungjawab

CONTOH ULASAN YANG LENGKAP


Nilai murni dan pengajaran yang diperoleh daripada petikan ialah kita

mestilah menghargai masa dengan melakukan aktiviti yang berfaedah.


Selain itu, kita perlulah mempunyai perasaan belas kasihan kepada orang orang lain kerana kita akan sentiasa disayangi dan dihormati. Di samping itu, kita hendaklah sentiasa berdisiplin ketika menaiki bas agar kita tidak

ditimpa kemalangan. Seterusnya , kita juga harus menghargai jasa orang


yang telah membantu kita supaya apabila kita ditimpa kesusuahan ,orang lain pula akan membantu kita. Akhir sekali, kita patut berasa simpati kepada orang seperti Aminah memberikan murid-murid kecil menaiki bas dahulu.

Untuk mendapat lulus dalam bahagian C ini, anda mestilah: 1. 2. 3. 4. Membuat ulasan yang jelas dan tepat. Menggunakan ayat yang lengkap/gramatis Berdasarkan bahan rangsangan yang diberi. Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang sesuai dan menarik. 5. Pastikan ejaan dan tanda baca serta imbuhan yang digunakan betul. 6. Pastikan penggunaan penanda wacana yang betul dan sesuai bagi mengaitkan ayat yang dibina. Kenalpasti penanda wacana.

Setiap petang adik akan memastikan kerja sekolah yang diberi oleh guru sekolahnya siap. Setelah penat menyiapkan kerja sekolahnya, adik berehat sebentar. Bagi menghilangkan rasa bosannya, adik bermain-main dengan kucing kesayangannya di dalam bilik. Ketika bermain, tanpa disedari adik telah memecahkan cenderamata kesayangan kakak. Kakak merasa sedih melihat cenderamata yang diperolehi daripada sahabat karibnya telah pecah. Emak memarahi adik kerana tidak berhati-hati ketika bermain. Adik rasa bersalah dan meminta maaf kepada kakak.

Tulis lima nilau/pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada Petikan di bawah, Azizul : Apa khabar Rahim? Rahim : Khabar baik. Gembiranya saya melihat kamu datang hari ini. Azizul : Bukankah kita sudah lama berkawan. Saya bimbang apabila mendapat tahu kamu sakit. Oh, ya! Kawan-kawan di sekolah berkirim salam kepada kamu. Ini, saya ada bawakan karipap kegemaran kamu. Rasalah. Rahim : Terima kasih, Azizul. Saya hanya sakit perut biasa saja. Tak perlulah awak bimbang. Azizul : Syukurlah. Walau bagaimanapun, kamu mestilah makan ubat mengikut nasihat doktor supaya cepat sembuh. Lain kali pilihlah gerai makanan pyang bersih. Jangan makan makanan yang tercemar. Rahim : Betul cakap kamu tu Azizul. Eh, Azizul, rindu pula saya pada kawankawan di sekolah. Azizul : Ya, kami semua rindukan kamu. Cikgu Siti pun kirim salam dan berpesan supaya kamu menyiapkan kerja sekolah sepanjang kamu tidak hadir. Rahim : Terima kasih. Kamu memang sahabat sejati saya. Azizul : Hari dah hampir petang. Saya pulang dulu. Nanti emak saya bimbang pula. Rahim : Hati-hati mengayuh basikal di jalan raya itu. Azizul : Terima kasih kerana mengingatkan saya.

Kesilapan yang biasa dilakukan oleh calon semasa menjawab soalan peperiksaan
. Tidak benar-benar memahami kehendak soalan 1 dan memahami arahan, . - Kurang teliti membacajawapan yang dituliskan. kehendak soalan dan 2. Jawapan yang diberikan tidak terancang dan tidak tersusun dengan kemas. - tidak mempersembahkan jawapan dalam bentuk format yang teratur dan betul.

SELAMAT BERJAYA
Rahsia terbesar KEJAYAAN ialah memberi tumpuan sepenuhnya ketika guru sedang mengajar. Kita ke sekolah untuk belajar dan untuk memahami sepenuhnya apa yang diajar oleh guru. Oleh itu tumpukan sepenuh perhatian kepada apa yang diajar oleh guru. Jika tidak kita hanya membuang masa sahaja.

BERUSAHALAH UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN. RAJIN & USAHA TANGGA KEJAYAAN.

TERIMA KASIH DAUN KELADI PANJANG UMUR JUMPA LAGI. SUNGAI KLANG SUDAH BERSIH SEKIAN TERIMA KASIH.

ORANG YANG GAGAL IALAH ORANG YANG MAINMAIN KETIKA BELAJAR. ORANG YANG BERJAYA IALAH ORANG YANG BELAJAR KETIKA MAIN-MAIN.

You might also like