You are on page 1of 6

8.

0 VARIASI BAHASA Variasi bahasa bermaksud perbezaan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan bagi maks ud yang sama berdasarkan situasi tertentu. Variasi bahasa merupakan suatu pengka jian terhadap fitur bahasa yang berbeza secara semantik apabila kita membandingk an kumpulan penutur berbeza atau suatu kumpulan penutur yang sama dalam keadaan yang berbeza. Menurut Noriah Mohamed (2003), variasi bahsa merupakan kepelbagaia n bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa yang membabaitkan sebutan, kosa kata dan tatabahasa. Lazimnya, variasi bahasa merujuk kepada kelainan bahas a. Sebagai konsepnya, bahasa boleh dianggap sebagai sebuah sistem terbuka yang terk andung beberapa bahagian. Bahagian-bahagian dalam sisitem disebut variasi bahasa . Kegunaan variasi bahasa adalah untuk maksud yang sama dengan berdasarkan situa si tertentu. Halliday (1968) mendasarkan perbezaan yang terdapat dalam bahasa ke pada dua aspek iaitu pengguna (orang yang menggunakan sesuatu bahasa) dan penggu naan (kesesuaian jenis bahasa yang digunakan dengan keadaan atau situasi bahasa itu digunakan). Aspek ini lebih menekankan kepelbagaian daerah untuk bahasa yang sama dan bukann ya perbandingan fitur antara dua bahasa. Variasi bahasa ditentukan oleh faktor t eknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa. Bahasa ialah kepunyaan m asyarakat yang menuturkannya. Makin besar jumlah penuturnya, makin luas daerah p enyebaran bahasa itu, dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi pengg unaannya. Demikian juga halnya dengan Bahasa Melayu. Dalam konteks Malaysia, di Semenanjun g Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagai-bagai dialek, seperti dialek Kelan tan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Johor. Selain itu, t erdapat variasi-variasi bahasa Melayu yang wujud oleh sebab faktor-faktor sosial , seperti latar belakang pendidikan, jenis pekerjaan, dan kedudukan sosioekonomi penutur yang berbeza-beza penggunaannya (Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa, Abdul Hamid Mahmood, 2002). Hakikat bahasa dan variasi-variasinya sudah lama diakui oleh ahli-ahli bahasa. N amun apabila mereka merujuk sesuatu bahasa tertentu, misalnya bahasa Melayu atau bahasa Inggeris, mereka mempunyai gambaran tentang satu kesatuan bahasa, yang w alaupun mempunyai berbagai-bagai kelainan, masih terdiri daripada satu keseluruh an. Daripada beberapa variasi satu bahasa, satu variasi tertentu dipilih sebagai mewakili bahasa tersebut dan variasi inilah yang menjadi ukuran apabila kita me rujuk sifat umum bahasa tersebut. Dalam bidang ilmu bahasa, variasi yang dipilih untuk mewakili satu bahasa secara menyeluruh itu disebut bahasa standard atau b ahasa baku. Bahasa Melayu baku ialah variasi yang digunakan apabila orang-orang daripada ber bagai-bagai dialek di negara ini berkumpul dan berbincang. Tujuannya supaya muda h difahami. Tiap-tiap pihak harus gugurkan ciri-ciri kedaerahan masing-masing da n guna sedikit sebanyak variasi bahasa yang bersifat bahasa Melayu umum, yang da ri segi sejarahnya berasaskan dialek bahasa Melayu Johor Riau. Variasi ini, yang sekarang dikenal sebagai bahasa Melayu baku, ialah variasi yang digunakan dalam sistem pendidikan (bahasa sekolah), dalam semua situasi rasmi seperti dalam uca pan-ucapan, mesyuarat dan persidangan dan dalam media massa. Terdapat 3 jenis va riasi iaitu variasi daerah, sosial dan stilistik.

8.1 Variasi Bahasa (Dialek) Perkataan 'dialek' berasal daripada bahasa Yunani iaitu 'dialektos' iaitu perkat aan yang pada mulanya digunakan dalam hubungannya dengan bahasa Yunani pada wakt u itu. Dialek merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh pengguna dalam sesuatau masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geograf

i. Variasi bahasa ini dikenali sebagai dialek. Dialek, menurut Hartman dan Stork (1972), ialah sejenis kelainan bahasa, yang be rbeza dari segi sebutan, tatabahasa dan kosa katanya daripada bahasa baku. Semen tara itu, Collins (1986:197) pula mentakrifkan dialek sebagai satu ragam bahasa yang dibezakan secara tegas daripada ragam-ragam lain berdasarkan ciri-ciri peny ebutan, kosa kata dan tatabahasa. Nyata, daripada kedua-dua takrif di atas, sala h satu kelainan antara dialek yang dapat dikesan adalah pada kosa kata yang digu nakan dalam dialek tersebut (S.Nathesan, 2008:113). Dialek wujud apabila sesebuah kelompok manusia menunjukkan persamaan pertuturan dalam kelompok mereka, tetapi pada masa yang sama menunjukkan perbezaan dengan k elompok lain sewaktu menggunakan bahasa yang sama (Noriah Mohamed, 2003). Di Mal aysia dapat dilihat dengan jelas perbezaan sebutan kosa kata dialek-dialek Melay u mengikut negeri. Menurut Asmah Hj. Omar (1977), dialek-dialek bahasa Melayu terbahagi kepada empa t kelompok seperti yang berikut : a. Kelompok barat laut (Kedah, Perlis, Perak Utara, Pulau Pinang). b. Kelompok timur laut ( Kelantan). c. Kelompok timur (Terengganu). d. Kelompok selatan (Johor, Melaka, Selangor, Perak Selatan) Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarak at bahasa. Dialek mempunyai bentuk tertentu, dituturkan dalam kawasan tertentu d an berbeza daripada bentuk yang standard atau baku dari segi sebutan, tatabahasa , dan penggunaan kata-kata tertentu, tetapi perbezaannya tidaklah begitu besar u ntuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain (Abdul Hamid Mahmood, 2006). 8.2 Variasi Daerah Dialek daerah ialah perbezaan bahasa pengguna berdasarkan daerah atau faktor geo grafi dalam pertuturan. Dialek goegrafi didefinisikan dengan cara mengaitkan den gan ruang tempat dialek berkenaan dituturkan, khususnya geografi atau perbezaan ciri-ciri linguistik seperti kosa kata, sebutan dan nahu. Dialek geografi juga d idefinisikan sebagai variasi bahasa yang wujud disebabkan kawasan pertuturan yan g berbeza. Misalnya, di Malaysia, jika seseorang dibesarkan di Perak, maka bahas a Melayu yang dituturkannya berbeza dengan bahasa Melayu yang dituturkan oleh in dividu yang berasal dari Kedah (Adenan Ayob, Mohd Rashid Md Idris, mohd Rain Shaa ri, 2010:51). 8.3 Idiolek Idiolek ialah variasi bahasa khusus bagi individu. Idiolek merupakan perbezaan s ebutan antara indivisu dengan indivisu yang lain. Menerusi konsep agregat, ahli linguistik menggunakan aspek idiolek sebagai landasan mereka untuk membentuk kon sep dialek. Setiap individu mempunyai idiolek yang berlainan. Namun begitu, perb ezaan cara bertutur dua individu yang menuturkan bahasa yang sama tidaklah sanga t ketara. Oleh yang demikian, dapatlah dikatakan bahawa manusia yang menuturkan dialek yang sama memiliki idiolek yang hampir sama (Noriah Mohamed, 2003). Dalam hal ini, kelompok individu menuturkan idiolek hampir seragam dikatakan membentu k sekelompok penutur yang menuturkan satu dialek yang sama.

Rajah : Konsep Agregat bagi Penentuan Dialek

8.4 Isoglos Garisan yang digunaka untuk memisah kawasan berdasarkan ciri-ciri linguistik dis ebut isoglos. Dengan perkataan lain, isoglos adalah sempadan antara dua kawasan yang berbeza dari segi ciri linguistik tertentu. Ciri-ciri linguistik berkenaan mungkin kosa kata, sebutan, nahu dan aspek tatabahasa yang lain. Pengaruh sesuat u dialek semakin kurang jika semakin hampir dengan isoglos. Sebagai contoh yang boleh dilihat ialah sempadan linguistik melibatkan dialek antara Terengganu den gan Kelantan. 8.5 Dialek Sosial Menurut Adenan Ayob et.al (2010), dialek sosial bermaksud bahasa yang terhasil d aripada aspek penggunaan. Dialek sosial dikaitkan dengan penggunaan bahasa yang berbeza mengikut kumpulan sosial dan situasi. Misalnya dalam majlis rasmi, orang akan menggunakan bahasa yang formal. Contoh-contoh yang dikatakan dialek sosial ialah seperti bahasa baku, bahasa formal, bahasa tidak formal, bahasa halus, ba hasa kasar, bahasa istana, bahasa pasar dan bahasa slanga. 8.5.1 Bahasa baku Sesuatu bahasa itu mempunyai beberapa dialek. Salah satu daripada yang dipilih m ewakili bahasa untuk melicinkan pentadbiran. Dialek yang dipilih akan diberikan status rasmi dalam pentadbiran, bahasa sekolah, bahasa perhubungan dan bahasa ke susasteraan. Dialek yang dipilih menjadikan bahasa rasmi sebagai dialek bahasa b aku atau bahasa standard. Bahasa baku juga disebut kelainan bahasa yang diterima oleh anggota komuniti bahasa sebagai satu bahasa perhubungan. Dari segi kod bah asa, bahasa baku berpedomankan peraturan-peraturan atau norma-norma yang pada am nya diakui oleh pengguna bahasa sebagai standard dari segi sebutan, nahu dan perbe ndaharaan kata (Asmah Haji Omar 2004). Selain itu, bahasa baku merupakan ragam b ahasa yang dijadikan acuan norma bahasa dan penggunaannya, sama ada secara lisan ataupun tulisan (Kosasih, 2003). Contoh bahasa melayu baku adalah seperti berikut : Saya percayakan awak. Jadi apakah yang hendak awak lakukan terhadap saya? 8.5.2 Bahasa halus Bahasa halus ialah bahasa yang digunakan secara beradat dan bersopan-santun sert a menggunakan segala strategi untuk melunak dan memaniskna percakapan. Bahasa ha lus juga kadang-kala digunakan dalam persuratan apabila kata-kata yang sopan dig unakan. Bahasa halus wujud kerana pertimbangan terhadap orang yang dilawan bertu tur. Kedudukan, pangkat, umur dan keakraban orang yang dilawan bertutur mempenga ruhi pemilihan perkataan dan kata ganti nama. Antara ciri-ciri utama bahasa halus adalah penggunaan kata ganti tertentu, pengg unaan kata-kata terpilih bagi peristiwa-peristiwa tertentu, penggunaan imbuhan y ang lebih teratur daripada penggunaan orang biasa dan pembendaharaan kata lebih besar dengan banyak kata yang berasal daripada bahasa Arab (Adenan Ayob & Mohd R ashid Md Idris, 2010: 52). Kata ganti nama diri merupakan ciri-ciri penting sepe rti penggunaan anakanda, ayahanda, adinda, kakanda, bonda dan nenda. Selain itu, bahasa kiasan dan peribahasa digunakan dengan meluas untuk menyatakan sesuatu s ecara halus atau tidak berterus-terang, contohnya buang air besar, dan berbadan dua.

8.5.3 Bahasa kasar atau basahan Bahasa kasar disebut bahasa yang tidak sopan dalam pertuturan. Kesan bahasa kasa r kepada orang lain adalah subjektif kerana adakalanya bahasa yang dianggap kasa r di kawasan tertentu dianggap gurauan atau bahasa cakap mulut di kawasan lain. Bahasa halus Bahasa kasar atau basahan Buang air kecil kencing Berbadan dua mengandung 8.5.4 Bahasa istana Bahasa istana dimaksudkan bahasa halus atau bahasa dalam. Bahasa diraja digunaka n dalam golongan diraja atau perhubungan rakyat dengan golongan diraja. Bahasa d iraja digunakan dalam komunikasi yang formal, sama ada dalam upacara rasmi mahup un dalam hubungan sosial. Jikalau kita hendak beristerikan sama anak raja, raja yang lain adalah: yang kit a kehendaki barang yang tiada pada raja-raja lain, itulah yang hendak kita peris teri. Akan sekarag kita hendak menyuruh meminang Puteri Gunung Ledang; Laksamana dan Sang Setialah kita titahkan. (Sulalatus Salatin, 213) Contoh penggunaan bahasa dalam bahasa istana adalah seperti berikut : Bahasa istana Bahasa biasa santap Makan bersiram Mandi murka marah 8.5.5 Bahasa mesra Bahasa mesra digunakan untuk bercakap dengan anggota kerabat keluarga sendiri. B ahasa ini hanya boleh digunakan apabila berinteraksi sesama sendiri dan di dalam kawasan rumah keluarga (Abdullah Hassan, Aripin Said dan Ainon Mohd, 2004). Sel ain itu, bahasa mesra juga digunakan semasa bercakap dengan rakan sebaya. 8.5.6 Bahasa pasar Bahasa pasar disebut bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bu kan Melayu. Pelat sebutan dipengaruhi oleh pelat bahasa ibunda penutur. Selain i tu, bahasa pasar tidak gramatis kerana mengabaikan hukum DM dan penggunaan penjo doh bilangan. Penggunaan gua menggantikan saya (ganti diri orang pertama) dan lu (gant i diri orang kedua). Bahasa pasar menggunakan perkataan banyak sebagai kata pengua t. Contohnya, banyak cantik. Saya mahu cakka taippusam punya pass. Taippusam pagi-pagi kitta baung rumma, kasi mandi, baju pakke, kasi anna-anna mandi, baju baru-baru pakke. Taippusam besso, inni mallam mau pigi, naik keretapi turun Klumpo. Contoh penggunaan bahasa pasar 8.57 Bahasa slanga / bahasa kutu Bahasa slanga ialah bahasa yang dianggap tidak baku. Kosa katanya pula dianggap bahasa percakapan. Bahasa ini biasanya digunakan oleh sekelompok masyarakat tert entu, misalnya golongan muda-mudi, mahasiswa, mahasiswi dan sebagainya. Oleh yan g demikian, kumpulan sosial tersebut mencipta perkataan khusus untuk berkomunika si antara satu sama lain (Nathesan, 2008). Perbezaan kosa kata dialek ini dengan bahasa Melayu ialah sebahagian kata tersebut diberikan makna khusus dan difaham i oleh kelompok yang menggunakannya sahaja (Noriah Mohamed, 2003). Dalam Kamus D ewan Edisi Keempat, terdapat banyak kata slanga yang disenaraikan. Antaranya ial

ah awek, cinabeng, cowok, cun, gabra, kamceng, lepak, mangkuk, mengancam dan nga m. Contoh variasi bahasa Melayu Slanga Gua caya sama lu. Habis lu nak bikin apa sama gua? Gua tangkap lentok. Contoh : bahasa slanga 8.5.8 Bahasa formal Bahasa formal digunakan dalam situasi rasmi. Bahasa formal mempunyai imbuhan, ta tabahasa dan binaan ayat yang tersusun, lengkap dan teratur. Bahasa formal tidak mengandungi kesalahan bahasa, malah disampaikan dengan tepat, jelas dan berkesa n. Contoh bahasa formal adalah seperti bahasa baku dan bahasa istana. 8.5.9 Bahsa tidak formal Bahasa tidak formal tidak mementingkan tatabahasa dan imbuhan, selain terdapat p ercampuran kod. Bahasa ini juga dikenali sebagai bahasa bebas.

8.6 Rumusan Variasi bahasa ialah perbezaan bentuk-bentuk bahasa iaitu merupakan kepelbagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa seperti sebutan, kosa kata, dan tatabahasa. Variasi bahasa lazimnya juga dirujuk sebagai dialek atau kelaina n bahasa. Bahasa boleh dianggap sebagai sebuah sistem terbuka yang dalamnya terk andung beberapa bahagian. Kegunaan variasi bahasa adalah untuk maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu. Dengan kata lain, sesebuah bahasa secara ilmiah ti dak seragam dan ketidakseragaman itu digambarkan menerusi kewujudan dialek atau variasi bahasa. Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek yang berbeza dari segi sebutan, pembendaha

raan kata dan tatabahasa. Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yan g dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa. Dialek d aerah ialah perbezaan bahasa pengguna berdasarkan daerah atau faktor geografi da lam pertuturan. Dialek geografi pula didefinisikan dengan cara mengaitkan dengan ruang tempat dialek berkenaan dituturkan, khususnya ruang geografi atau menerus i perbezaan ciri-ciri linguistik seperti kosa kata, sebutan dan nahu. Ideolek ialah variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu iaitu perbeza an sebutan antara individu dengan individu yang lain. Dengan menggunakan konsep agregat, ahli linguistik menggunakan aspek ideolek sebagai landasan untuk memben tuk konsep dialek. Garisan yang digunakan untuk memisahkan kawasan berdasarkan c iri-ciri linguistik dinamakan isoglas. Oleh yang demikian, variasi bahasa wujud disebabkan adanya dialek, dialek daerah, idiolek, isoglas dan dialek sosial. Fak tor-faktor yang menimbulkan dialek adalah terdiri daripada faktor geografi, poli tik, penjajahan, perdagangan, masa dan seumpamanya. Dialek-dialek tempatan di Se menanjung Malaysia sebenarnya merupakan variasi daripada bahasa Melayu yang dike nali sebagai bahasa standard.

You might also like