You are on page 1of 7

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI BALI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012 EKONOMI ASAS TINGKATAN 4 KERTAS 2

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B 2. Jawab tiga soalan daripada Bahagian A dan satu soalan di Bahagian B 3. Jawapan hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan 4. Markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan atau ceraian soalan ditunjukkan dalam kurungan 5. Penggunaan kalkulator saintifik yang tidak boleh di programkan adalah Dibenarkan.

Bahagian A [75 markah]

1. Encik Ismadi telah membeli tanah seluas 3 hektar di kampungnya dan beliau telah menanam 300 batang pokok kelapa di atas tanah tersebut dengan menggunakan teknik pertanian moden.

(a) Apakah masalah-masalah asas ekonomi yang telah dapat diselesaikan oleh Encik Ismadi? [6 markah] (b) Terima kasih Chen. Aku dengar di negara kau firma tidak bebas bersaing. Bagaimana dengan negara kamu Alif? Negara aku ada persaingan tetapi persaingan yang sihat. Kerajaan akan memastikan tiada golongan yang tertindas.

i. Berdasarkan Gambar 1 di atas, namakan sistem-sistem ekonomi yang diamalkan oleh negara Encik Chen, dan Encik Alif. [ 4 markah ] (ii) Bezakan tiga ciri sistem ekonomi yang diamalkan oleh Negara Encik Chen dan Encik Alif. [ 6markah ] (c) Bagaimanakah sistem ekonomi campuran menyelesaikan masalah asas : [ 2 markah ] [ 2 markah ] [ 5 markah ]

(i) Apakah barang yang hendak dikeluarkan. (ii) Berapa barang hendak dikeluarkan (iii) Bezakan tiga ciri-ciri barang ekonomi dan barang percuma.

2 (a) Selain daripada untung, nyatakan dan terangkan jenis-jenis pendapatan individu yang lain. [9 markah] (b) Jelaskan maksud perkara-perkara berikut: (i) Pendapatan boleh guna (ii) Pendapatan boleh cukai (iii) Upah benar [2 markah] [2 markah] [2 markah]

(c) Data di bawah ialah maklumat diri Cik Aina. Umur : 30 tahun Kelulusan : Ijazah Undang-undang Pekerjaan sekarang : Guru Tadika

Berdasarkan faktor pemilihan pekerjaan, mengapakah Cik Aina memilih kerjaya sebagai guru tadika walaupun berkelulusan undang-undang? [10 markah]

3. Encik Irfan ialah seorang pegawai kerajaan yang mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak yang masih bersekolah. Berikut merupakan maklumat kewangan Encik Irfan setiap bulan dalam tahun 2003 Pendapatan Gaji Faedah daripada simpanan tetap Sewa diterima Potongan wajib dan perbelanjaan Bayaran zakat Caruman KWSP Ansuran kereta Premium insurans nyawa Pelepasan Cukai Diri sendiri Isteri Anak (seorang) Caruman KWSP dan premium insurans nyawa (maksimum) Kadar cukai yang dikenakan oleh kerajaan RM2 500 pertama RM2 500 berikutnya RM5 000 berikutnya RM10 000 berikutnya 30 225 500 150 RM 8 000 5 000 800 5 000 RM 2 500 120 380

= 0% = 1% = 3% = 5%

(a) Hitungkan jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh Encik Irfan bagi tahun 2003. [ 9 markah] (b) Terangkan kesan apabila perbelanjaan individu melebihi pendapatan . ( c) Mengapa seseorang individu perlu membuat tabungan . [ 8 markah ] [ 8 markah ]

4 (a) Pendapatan yang diperolehi oleh seseorang individu adalah dari sumber produktif dan sumber bukan produktif . Jelaskan. [10 markah] (b) Maklumat berikut berkaitan dengan tabungan dan pelaburan Walaupun seseorang individu akan menerima pulangan melalui tabungan dan pelaburan,tetapi dari sudut ekonomi pulangan tabungan adalah berbeza dengan pulangan pelaburan

(i) Terangkan jenis-jenis pelaburan. (ii) Bezakan pulangan dari tabungan dan pelaburan. (c ) Bezakan kereta dengan nasi. 5 (a) Gambar menunjukkan perbualan antara seorang bapa dengan anaknya.

[ 5 markah ] [ 6 markah ] [ 4 markah ]

Terangkan masalah ekonomi yang dihadapi oleh keluarga itu. (b) Gambar 2 menunjukkan satu contoh barang dalam ekonomi.

[6 markah]

(i) Apakah jenis barang tersebut? (ii) Jelaskan lima ciri barang di 1(b)(i).

[1 markah] [5 markah]

(c) Maklumat berikut berkaitan dengan satu ciri sistem ekonomi negara X.
-Harga barang ditentukan oleh mekanisme harga -Kerajaan mengawal melalui cukai dan subsidi

(i) Apakah sistem ekonomi negara X? (ii) Huraikan dua ciri lain sistem ekonomi tersebut.

[ 1 markah] [ 6 markah]

d) Bezakan Sistem Ekonomi Kapitalis dengan Sistem Ekonomi Perancangan Pusat dalam menyelesaikan masalah asas ekonomi berikut: (i) Apa yang hendak dikeluarkan (ii) Bagaimana hendak dikeluarkan (iii) Untuk siapa dikeluarkan [2 markah] [2 markah] [2 markah]

BAHAGIAN B [25 Markah] Soalan ini wajib dijawab


6. Encik Jasme yang baru bersara pada awal tahun 2008 telah menerima wang ganjaran sebanyak

RM 150 000.00. Dengan wang ganjaran itu beliau bercadang untuk menjalankan perniagaan perabot jati dan kedai runcit. Walau bagaimanapun disebabkan masalah ekonomi yang dihadapinya beliau hanya boleh menumpukan kepada satu jenis perniagaan sahaja. Setelah membuat pertimbangan dengan keadaan pasaran semasa, beliau telah memilih untuk menjalankan perniagaan perabot jati. Dengan berbekalkan modal yang sedia ada Encik Jasme telah menjalan perniagaannya dengan jayanya. Didalam negaranya Encik Jasme bebas mengeluar dan memasarkan perabotnya tanpa campur tangan daripada pihak kerajaan. Perniagaan Encik Jasme telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengguna. Beliau bercadang untuk membesarkan lagi skala perniagaan dengan membuka cawangan baru. Walau bagaimanapun beliau menghadapi masalah dalam mendapatkan tambahan modal. Bagi menambahkan modal perniagaannya, beliau telah mendapatkan pinjaman daripada saudara mara.

Perkembangan ekonomi masa kini yang semakin baik telah menyebabkan taraf hidup dan pendapatan penduduk semakin meningkat dan seterusnya menggalakkan pengguna meningkatkan perbelanjaan mereka. Ini menyebabkan permintaan ke atas perabot jati meningkat secara mendadak. Situasi ini secara tidak langsung telah membantu perniagaan Encik Jasme meningkatkan keuntungannya. Berdasarkan situasi tersebut, jawab soalan-soalan berikut:

(a) Terangkan masalah ekonomi yang dihadapi oleh Encik Jasme. (b) (i) Nyatakan sistem ekonomi negara Encik Jasme. (ii) Terangkan 3 ciri sistem ekonomi di (b) (i) (c) (i) Adakah anda setuju dengan sumber pinjaman yang dibuat oleh Encik Jasme? Berikan dua alasan. (ii) Terangkan dua sumber lain pinjaman yang boleh diperoleh oleh Encik Jasme.

[ 6 markah ] [ 1 markah ] [ 6 markah ]

[ 3 markah ]

[ 4 markah ] (d) Terangkan tiga faktor lain yang menyebabkan peningkatan permintaan perabot jati. [ 5 markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT

Di sediakan oleh: (Sattiyavathi Munusamy)

Disahkan oleh: ...................... (Pn. Nor Izah bt Hamzah)

You might also like