You are on page 1of 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Benar apa yang cikgu nyatakan di atas.. Dasar pendidikan percuma yang dilaksanakan di negara kita Malaysia sedikit sebanyak dapat membantu golongan-golongan miskin dalam menimba ilmu pengetahuan di peringkat asas, iaitu sehingga tingkatan 5. Bagaimanapun, apa salahnya jika pendidikan secara percuma ini diteruskan hingga ke peringkat universiti. Di peringkat universiti, penghapusan yuran dan subsidi buku rujukan boleh dilaksanakan. Pelajar hanya perlu mengeluarkan belanja untuk menguruskan diri tanpa memerlukan bantuan sesiapa. Jika ini dapat dijalankan pastinya lebih ramai rakyat Malaysia yang berpendidikan tinggi seterusnya melahirkan golongan yang berilmu dan berakhlak mulia. Dasar Pendidikan Percuma memudahkan pelajar dari golongan sederhana dan berpendapatan rendah mendapat pendidikan sepanjang hayat. Adakalanya disebabkan kemiskinan dan kos belajar tinggi menyebabkan ramai penduduk yang miskin tidak mampu memberi pendidikan yang berkualiti kepada anak-anak mereka. Senario ini banyak berlaku di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Akibatnya banyak anak-anak kecil telah tercicir daripada arus pendidikan. Selaras dengan Dasar Pendidikan Percuma, kerajaan telah memansuhkan yuran peperiksaan PMR, SPM dan STPM serta yuran bagi Sijil Tinggi Agama Malaysia. Pada tahun 2008, yuran tahunan sekolah rendah dan menengah turut dimansuhkan. Skim Pinjaman Buku Teks juga diberi kepada semua pelajar tanpa mengira pendapatan isi rumah dan bilangan anak.Selain daripada itu, Pinjaman PTPTN, Pemberian Biasiswa, Rancangan Makanan Tambahan, Skim Insurans Pelajar (TAKAFUL), Kumpulan Wang Amanah Murid Miskin (KWAMP ) telah banyak membantu dalam pembangunan modal insan secara adil dan menyeluruh. Seterusnya kerajaan juga telah mengumumkan bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah dalam usaha mengurangkan beban ibu bapa. Dasar Pendidikan Percuma telah memberi kesan yang sangat baik kepada semua pelajar tidak kira kaum, agama mahupun dari segi taraf hidup. Oleh itu usaha kerajaan mewujudkan Dasar Pendidikan Percuma diharap dapat merealisasikan dasar Wawasan 2020.Saya juga berpendapat bahawa Dasar Pendidikan Percuma ini banyak membawa kesan yang positif dalam pembangunan modal insan. Pendidikan ilmu bukan sahaja hanya dikhaskan untuk golongan yang berkemampuan sahaja tetapi ia juga merupakan hak asasi bagi semua kanak-kanak di dunia ini.

Namun Kita semua maklum bahawa kos sara hidup sentiasa meningkat, telah mewujudkan satu jurang bagi sesetengah golongan dalam bidang menuntut ilmu ini . Perlaksanaan dasar pendidikan percuma ini dapat meringankan beban ibu bapa. Cuba kita bayangkan jika sebuah keluarga mempunyai empat atau lima orang anak yang bersekolah. Pasti ketua keluarga perlu menyediakan banyak belanja untuk menyekolahkan anak-anak tersebut. Mereka yang berada di dalam golongan berpendapatan rendah akan mendapati anakanak mereka sukar untuk mendapat ilmu yang sewajarnya. Dengan cara ini dapatlah melahirkan anak rakyat yang berilmu dan semangat cintakan negara, menjadikan masyarakat yang berpekerti mulia, berhemah tinggi dan mempunyai kekuatan dari segi rohani dan jasmani untuk menghadapi cabaran dunia yang semakin mencabar. Sekian terima kasih.

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia Dasar Pendidikan Percuma dapat membangunkan modal insan dengan secara menyeluruh dan adil. Kementerian Pelajaran telah melaksanakan beberapa program bantuan penting antaranya termasuklah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Objektif SPBT ialah meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga yang kurang mampu dan memastikan murid daripada keluarga yang kurang mampu tidak tercicir dalam persekolahan mereka. SPBT diperluaskan kepada semua murid warganegara Malaysia tanpa mengira pendapatan isi rumah dan bilangan anak yang layak di semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan Sekolah Menengah Agama Rakyat telah berkuatkuasa mulai 1 Januari 2008. Selain itu, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) bertujuan untuk memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid yang keluarga mereka dari golongan yang berpendapatan rendah supaya mereka dapat mengatasi pelbagai masalah dari segi pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga serta menolong pencapaian akademik yang lebih baik. Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) bertujuan untuk membantu golongan ibu bapa murid yang berpendapatan rendah yang tidak berkemampuan untuk menghantar anak mereka ke sekolah dengan harapan berupaya mengurangkan jurang peluang pendidikan di antara bandar dan luar bandar.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berfungsi untuk menguruskan pembiayaan kewangan dan pinjaman pelajaran pengajian tinggi kepada para siswa dan siswi yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia. Kerajaan bertanggungjawab menyediakan pendidikan berkualiti dan percuma kepada rakyat. Dasar Pendidikan Percuma mampu mengurangkan beban rakyat yang dihambat dengan peningkatan kos sara hidup. Dasar Pendidikan Percuma ini memberi peluang sama rata kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mendapat pendidikan lebih baik tidak mengira bangsa dan keturunan.

You might also like