You are on page 1of 1

Nama : Wan Nor Asiah bt Tun Wahab No.

Matrik : 217807

Sebelum kedatangan penjajah, pendidikan di Tanah Melayu berbentuk tidak formal iaitu sekolah pondok. Perkembangan sistem pendidikan telah berlaku semasa zaman penjajahan British. Walaubagaimanapun pendidikan di bawah kuasa British tidak

mempunyai dasar pendidikan kebangsaan. Pentadbiran pendidikan adalah berdasarkan 'pecah dan perintah'. Akibat dasar British ini wujudlah sistem pendidikan plural , sesuai dengan struktur masyarakat majmuk iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Sistem sekolah vernakular diperkenalkan apabila kerajaan Britiish memberi perhatian terhadap pendidikan di negerinegeri Selat. Sistem pendidikan ini dikendalikan dalam 4 aliran bahasa , iaitu Inggeris dan sekolah-sekolah vernacular dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil. vernakular menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar. Sekolah vernakular Melayu hanya memberi pendidikan kepada anak petani dan nelayan. Sekolah Melayu dibina di kawasan luar bandar Matlamat penubuhan sekolah Sekolah-sekolah

Melayu adalah untuk mengekalkan cara hidup tradisional orang Melayu.Tahap pendidikan hanyalah setakat darjah 6 sahaja. Pelajar-pelajar lepasan sekolah Melayu tidak berpeluang memegang jawatan tinggi hanya sekadar menjadi pelayan pejabat sahaja. Sekolah vernakular cina dikelolakan oleh masyarakat cina tempatan. Bahasa

pengantar mengikut dialek seperti Kongfu, Teochew dan Hokkien. Sukatan pelajaran, buku teks dan guru diimport dari negara China. Sistem pendidikan cina bertujuan untuk

memupuk semangat kesetiaan terhadap negara China. Pendidikan sekolah cina adalah di peringkat rendah, menengah rendah dan menengah atas. Sekolah vernakular Tamil dibina oleh pihak majikan dan Mubaligh Kristian. Sekolah Tamil didirikan di ladang-ladang getah. Sukatan pelajaran, buku teks dan guru diambil dari India. Pendidikan sekolah Tamil hanyalah diperingkat rendah sahaja. Pendidikan sekolah Tamil bertujuan untuk mengekalkan anak-anak pekerja menjadi buruh di ladang tersebut. Sekolah Inggeris ditubuhkan oleh Mubaligh Kristian, manakala sukatan pelajaran adalah mengikut system pendidikan England. Sekolah Inggeris terbuka kepada semua

kaum dan ditubuhkan di kawasan-kawasan bandar. Pendidikan Inggeris hingga di peringkat menengah. Sistem pendidikan di zaman British tidak dapat memupuk semangat integrasi di antara kaum. Orientasi pendidikan lebih menekankan taat setia rakyat pendatang kepada negara asal mereka. Pemerintahan kolonial tidak berminat untuk membangunkn rakyat melalui system pendidikan.

You might also like