You are on page 1of 11

PKP 3117

Disediakan oleh : Nor Baizura bt Mohamad Ainun Mardhiah bt Mamat Pensyarah : Pn. Jaimah bt Abdul Manaf

Lagenda dikenali sebagai dongengan sejarah kerana cerita lagenda selalunya mengenai seseorang tokoh yang terkenal pada sesuatu tempat. Masyarakat percaya bahawa tokoh tersebut pernah hidup dan wujud dalam sejarah. Kebenaran sejarah cuba dibuktikan dengan mengaitkan beberapa kesan di tempat yang wujudnya lagenda tersebut.

Tokoh lagenda merupakan tokoh seorang pahlawan yang tidak ada tolok bandingannya. Oleh itu, tokoh ini diberi sepenuh kebanggaan masyarakat setempat. Tokoh ini amat istimewa, mempunyai kelebihan yang tinggi,bersifat kudus dansuci.

Lagenda ialah sebuah pernyataan yang selalunya bercorak cerita, yang berlatarkan masa atau sejarah yang masih boleh diingat oleh masyarakat berkenaan; yang mungkin menghubungkan pengalaman masa lampau dengan yang terkini. Lagenda dipercayai benar oleh penyampainya dan oleh mereka yang menerima penyampaian cerita itu, terutama sekali apabila wujud tanda-tanda di muka bumi yang seolah-olah mensahihkan sesuatu cerita lagenda itu. Mohd Khalid Taib (1991: 261)

Lagenda Kepahlawanan
Terdiri daripada Hang Tuah, Tun Perak, Tun Bija Sura. Mereka merupakan tokoh pahlawanan terbilang zaman kerajaan mereka.

Lagenda Keagamaan
Tokoh Nabi dan alim ulama Islam. Nabi Khaidir, Nabi Yusuf, Sayyid Abdul Aziz

Lagenda Pejuang Negara


Datok Bahaman, Tok Janggut, Panglima Hitam, Dol Said Naning.

Lagenda Antarabangsa
Nabi Sulaiman, Iskandar Zulkarnain, Puteri Balkis, Saidina Ali.

Lagenda Pendosa
Si Tanggang, Nahkoda Manis, Malin Kundang.

Lagenda Lain-lain [setempat (nusantara)]


Puteri Saadong, Puteri Dayang Bunting, Mahsuri.

Cerita yang serius dan dipercayai benar Bersifat terbuka Latar lagenda berlaku dalam ruang geografi yang dapat dirujuk Peristiwa bergerak atas garis masa yang objektif Lagenda lebih kepada karya sejarah dan bersifat objektif

Untuk menguatkan / mengukuhkan kepercayaan anggota masyarakat terhadap sesuatu tokoh dan peristiwa yang bercorak sejarah. Sebagai kebanggaan dan dijadikan teladan dan panduan kepada masyarakat tentang kepahlawanan dan kegagahan. Misalnya, tokoh Hang Tuah menjadi kebanggaan bangsa Melayu; kata-kata Hang Tuah Tak Melayu Hilang Didunia menjadi sebutan orang Melayu. Untuk menyanjungi keturunan tokoh-tokoh legenda sebagai orang yang gagah dan mulia.

Untuk mengingati serta mengenang peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam masyarakat melayu seperti keagungan kesultanan Melayu Melaka. Untuk dijadikan sebagai idola/ model seorang pahlawan atau pemimpin bangsa untuk dicontohi oleh masyarakat. Untuk menguatkan keyakinan orang Melayu terhadap agama Islam (khasnya ceritacerita legenda pengaruh Islam disamping untuk menggantikan lagenda yang bersumber daripada kepercayaan hindubuddha).

Cerita tokoh lagenda dimasukkan dengan unsur-unsur mitos dan dongeng bertujuan untuk membesar-besarkan keistimewaan seseorang tokoh. Menunjukkan kelebihan tokoh sehingga menjadi kebanggaan bertujuan sebagai teladan dan panduan kepada masyrakat kemudian menjadi wira kebangsaan yang dibanggakan.

http://smsoskmkb3.blogspot.com/2010/05/ legenda.html http://jejakmihrabmimbar.wordpress.com/20 10/02/18/antara-mitos-dan-legenda/

You might also like