You are on page 1of 4

BAB 1 PENDAHULUAN

1. PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang mempunyai penduduk sejumlah 28.3 juta (menurut Banci 2010 1 ). Kaum Bumiputera (67.4 peratus) merupakan kumpulan penduduk yang terbesar di Malaysia, di mana 56.4% terdiri daripada kaum Melayu dan 11% dari bumiputera lain. Kaum Cina (24.6 peratus) merupakan kaum yang kedua besar dan diikuti oleh India (7.3 peratus). Kepelbagaian etnik juga ditunjukkan dalam bahasa yang dituturkan di Malaysia. Rakyat Malaysia bertutur sejumlah 139 bahasa, yang mana 137 bahasa daripadanya hidup dan 2 bahasa sudah tiada penutur2. Antara bahasa-bahasa tersebut yang ada di Malaysia, bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil merupakan bahasa yang tersebar digunakan oleh ketiga-tiga kaum yang terbesar di negara ini. Sebagai kaum yang terbesar di Malaysia, bahasa kaum Melayu iaitu bahasa Melayu telah dimartabatkan sebagai bahasa rasmi dan juga bahasa kebangsaan Malaysia sejak 19633. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi juga adalah termaktub dalam Perkara 152 mengikut Perlembagaan Malaysia. Bahasa Melayu kini bukan sahaja dituturkan oleh kangsa Melayu untuk komunikasi tetapi juga banyak digunakan dalam perkhidmatan awam, pengajaran sekolah rendah atau universiti, dan juga sebagai bahasa diplomatik. Selain daripada bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil juga luas dituturkan dalam masyarakat bangsa Cina dan India. Kedua-dua bahasa ini juga digunakan dalam pendidikan di sekolah jenis kebangsaan. Di Malaysia banyak terdapat orang Melayu atau India pandai cakap bahasa Cina, atau orang Cina dan Melayu pandai cakap bahasa Tamil, ini satu keistimewaan di masyarakat Malaysia.

AU YEONG HOW. 2011. Banci 2010: Penduduk Malaysia Kini 28.3 Juta Orang (atas talian). http://intranet.stats.gov.my/media/GN/mStar_Online_29_Julai_2011.pdf (31 October 2012) 2 Lewis, M. Paul (ed.), 2009. Ethnologue: Languages of the World, Sixteenth edition. Dallas, Tex.: SIL International. Online version: http://www.ethnologue.com/. 3 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 1

Bagi bahasa Inggeris, ia kekal sebagai bahasa kedua selepas kemerdekaan Malaysia. Bahasa Inggeris juga digunakan sebagai bahasa perantaraan dalam komunikasi rakyat daripada kaum yang berbeza. Dalam kelas atasan masyarakat, bahasa Inggeris disanjung tinggi. Menurut dasar PPSMI, iaitu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia pada 2002, bahasa Inggeris telah menggantikan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan.4 Sejak kemerdekaan pada 1957, kerajaan Malaysia sudah berusah dengan sekuat tenaga untuk menjadikan Malaysia sebagai satu negara bangsa. Dalam negara yang berbilang kaum ini, perpaduan antara kaum-kaum amat penting bagi membangunkan dan memajukan negara. Dalam negara yang terdiri daripada beberapa kaum yang mengamalkan pelbagai budaya dan menganuti pelbagai agama, susahlah untuk mencapai sasaran tersebut. Kerana sukar untuk menjalin komunikasi yang aktif antara satu bangsa dengan bangsa yang lain. Rakyat tidak dapat saling memahami dan menghargai setiap perbezaan yang ada antara kaum sendiri dengan kaum yang lain, perpaduan susahlah didapati. Dalam konteks ini bahasa Melayu harus dikukuhkan sebagai bahasa kebangsaan dan juga diperkakaskan bukan sahaja dalam komunikasi tetapi juga dalam pengajaran.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengajaran_dan_Pembelajaran_Sains_dan_Matematik_dalam_Bahasa_Inggeris 2

BAB2 DADAR BAHASA DI MALAYSIA


1. PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIA
Menurut Wikipedia, bahasa Melayu didefinisikan seperti yang berikut: "Bahasa Melayu ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia, Indonesia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu5. " Bahasa Melayu yang kita menyebut hari ini merupakan bahasa yang luas digunakan di Kepulauan Melayu, termasuklah Malaysia, Indonesia, Singapura dan juga Negara Brunei Darussalam. Tetapi di Indonesia, bahasa Melayu rasminya dipanggil bahasa Indonesia, dan begitu juga di Malaysia di mana bahasa Melayu rasminya dipanggil sebagai bahasa Malaysia. Asal usul bahasa Melayu di Semenanjung Tanah Melayu kini masih kabur. Bukti-bukti yang terawal dijumpai ialah batu-batu bersurat 683M didapati di Palembang. Ada juga tinggalan zaman yang lain yang dihasilkan dalam zaman Srivijaya, iaitu Batu Bersurat Gandasuli (832 M) yang didapati di Gandasuli, Jawa Tengah. Bahasa Melayu dituliskan di atas batu bersurat tersebut merupakan bahasa Melayu kuno yang lebih jauh berbeza daripada bahasa Melayu moden. Pengaruh daripada bahasa Sanskrit ke dalam Bahasa Melayu kuno banyak dapat dikesan di dalam batu bersurat tersebut. Setelah agama Islam bertapak dan berkembang di rantau ini pada abad ke-13, bahasa Arab dan agama Islam sangat mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu. Zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman penting dalam perkembangan bahasa Melayu. Dalam zaman ini, bahasa Melayu ditarafkan sebagai bahasa pentadbiran dan juga bahasa perantaraan utama. Bahasa Melayu luasnya menyebarkan ke kepulauan Melayu. Bahasa Melayu juga mendapat tulisan yang baharu iaitu tulisan Jawi.

Source: http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu 3

Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada 1511 menyebabkan unsur-unsur bahasa Portugis telah menyesap ke bahasa Melayu. Di dalam bahasa Melayu kini juga memperlihatkan kesan-kesan bahasa Portugis, seperti perkataan bola(Bahasa Portugis: bola) dan juga kerusi(Bahasa Portugis: kursi). Pada abad ke-19, penjajahan British menggantikan kerajaan Portugal dan mendatangkan pengaruh bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Pengaruh Inggeris merupakan pengaruh yang paling penting dan meluas masa kini. Pengaruh Inggeris boleh dikesan dalam beberapa bidang seperti perkataan pinjaman, persuratan dan juga kedudukan bahasa Melayu. Setelah bahasa Inggeris menyebar di Semenanjung Tanah Melayu, ia dianggap sebagai bahasa rasmi di bawah pentadbiran kerajaan British pada zaman penjajahan. Selepas Perang Dunia Kedua, kedudukan serta peranan bahasa Melayu mula terancam. Kerajaan Inggeris hendak memperkenalkan bahasa Inggeris serta nilai-nilai Barat ke dalam masyarakat. Tetapi bangsa Melayu telah membangun dan memperjuangkan untuk bahasa ibunda mereka. Perjuangan ini juga disertai oleh perjuangan dalam politik untuk membebaskan tanah Melayu daripada penjajahan British. Dalam beberapa tahun setelah mencapai kemerdekaan, kesan-kesan bahasa Inggeris dalam kerajaan baru Malaysia masih wujud lagi. Bahasa Inggeris masih digunakan sebagai bahasa rasmi sehinggalah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu, yang menyebut bahawa: "Bahasa kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-udang Parlimen." Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

You might also like