You are on page 1of 14

Bahasa

Melayu

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi Negara Malaysia Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Perpaduan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Komunikasi

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN


Bahasa merupakan tunggak jati diri bangsa. setiap negara perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu bahasa kebangsaan untuk dijadikan dasar bagi satu identifikasi kebangsaan. Bahasa kebangsaan melambangkan identiti negara, lambang penyatuan dan desakan semangat kebangsaan. Semua negara yang berdaulat mempunyai bahasa kebangsaan sendiri. Misalnya, bahasa Melayu di Malaysia, bahasa Inggeris di United Kingdom, bahasa Perancis di Perancis, bahasa Jepun di Jepun, dan bahasa Jerman di Jerman.

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN

Rasional bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan adalah disebabkan tiga faktor. bangsa Melayu merupakan golongan majoriti yang menduduki Malaysia. Jadi, bahasa Melayu yang merupakan bahasa komunikasi antara masyarakat Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan. faktor sejarah. Pada masa dahulu bahasa Melayu merupakan bahasa linguafranca dan bahasa pentadbiran pada abad ke-7 hingga abad ke13 pada zaman kerajaan Srivijaya . Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa pentadbiran kerana bahasa Melayu bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Tambahan pula, bahasa Melayu tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem bahasa yang mudah dipelajari.

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dibuktikan melalui kewujudan perenggan 152 Perlembagaan Malaysia seperti berikut: Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah digunakan dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen: Dengan syarat bahawa (a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa-bahasa asing; (b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam Persekutuan

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN

kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan terkandung dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan, iaitu sebagai Bahasa Rasmi dan Bahasa Pengantar yang tunggal di sekolah-sekolah atau di institusi-institusi pengajian. Usaha untuk mendaulatkan dan memperluaskan penggunaan Bahasa Melayu ini telah dijalankan dengan lebih giat melalui pelbagai aktiviti seperti minggu dan bulan bahasa, perjuangan politik bahasa, dan melengkapkan bahasa serta bukubuku ilmu pengetahuan dalam Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi bagi negara Malaysia.

Bahasa rasmi bermaksud bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi iaitu dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, perdagangan dan perusahaan, upacara rasmi, perundangan dan kehakiman.
Bahasa melayu juga dijadikan alat untuk tujuan tertentu. Pada 1969 bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa rasmi menggantikan bahasa Inggeris. Bahasa rasmi bagi sesebuah negara boleh terdiri lebih daripada satu bahasa. Bahasa Melayu, dan bukan bahasa lain, digunakan sebagai bahasa rasmi kerana beberapa sebab, Bahasa Melayu sudah menjadi bahasa kebangsaan dan berupaya mengambil alih fungsi Bahasa Inggeris, maka layaklah Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi. Bahasa Melayu juga dapat difahami oleh semua kaum di negara ini, maka dalam urusan rasmi, rakyat tidak menghadapi masalah menggunakan Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi termaktub dalam undangundang iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dalam acara rasmi. Peruntukan ini sebenarnya memperkukuh ketetapan dalam Perkara 152 (1). Butiran (6) Perkara 152 pula menyebutkan bahawa maksud rasmi ertinya apa-apa maksud Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam. Walaupun kedudukan bahasa Melayu sudah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan juga dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara Malaysia, namun disebabkan ketidaktekalan dan ketidaktegasan dalam pelaksanaannya, kita masih membicarakan usaha pemerkasaan bahasa ini selepas hampir 50 tahun mencapai kemerdekaan.

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Perpaduan


Bahasa Melayu merupakan bahasa perpaduan. Penyataan

ini bererti bahasa Melayu adalah agen penyatuan

masyarakat. Bahasa Melayu juga menimbulkan kecintaan dan semangat kebangsaan di kalangan masyarakat menerusi fungsinya sebagai bahasa perpaduan. Selain itu, asas kebudayaan dan bahasa kebangsaan mewujudkan bangsa Malaysia. Contoh negara lain ialah Cina menggunakan bahasa CIna, Manchuria dan Monggolia, British menggunakan bahasa Inggeris, Scottish, Wales dan Irish, Amerika Syarikat menggunakan berpuluh-puluh bahasa di bawa pendatang dan Indonesia menggunakan 300 bahasa serumpun. Pada tahun 1988, Mathiot dan Garvin menyatakan fungsi simbolik sesuatu bahasa standard ialah fungsi penyatuan.

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar


Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di

sekolah dan institusi pendidikan bermula selepas wujudnya Penyata Razak 1956, menggantikan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah di Malaysia. Proses ini dijalankan secara berperingkat. Sehingga kini, bahasa Melayu memainkan peranan yang penting sebagai bahasa pengantar di institusi pendidikan termasuk institusi pengajian tinggi.

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu


bahasa yang mampu menjadi perantaraan bagi penyampaian ilmu pengetahuan moden sehingga ke peringkat tinggi. bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa akademik, lengkap dengan laras-laras bahasa dan mampu memperkatakan pelbagai bidang keilmuan. bahasa Melayu mempunyai perbendaharaan kata, istilah dan bahasa yang sesuai untuk mengungkapkan konsep dan pemikiran yang abstrak dan kompleks. Ciri-ciri bahasa ilmu terbahagi kepada dua bahagian.
Pertama, keintelektualan bahasa yang bermaksud keupayaan sesuatu bahasa itu menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan. Keintelektualan bahasa boleh dicapai melalui perkembangan perbendaharaan kata (kosa kata) dan struktur kata. Contohnya perbendaharaan kata lebih banyak dan khusus, struktur kata yang kompleks dan asing bermakna senang menerima unsur baru, dan akhir sekali ialah pengimbuhan lebih kompleks dan ada imbuhan asing yang sudah mempengaruhi pembentukan kata bahasa Melayu. Ciri yang terakhir ialah kesempurnaan bahasa. Hal ini dicapai melalui kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahannya.

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu


Bahasa Melayu sekian lama telah menjadi bahasa pengantar di sekolah, maktab, politeknik dan universiti. Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan kemuncak bagi menentukan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Sehingga kini, universiti itu telah melahirkan ratusan ribu siswazah yang menerima pendidikan dalam bahasa Melayu. Ratusan tesis dan disertai pada peringkat ijazah sarjana dan kedoktoran ditulis dalam bahasa Melayu, dan puluhan, malahan ratusan, profesor telah menyampaikan syarahan perdana tentang pelbagai ilmu dalam bahasa Melayu. Semua perkara ini tidak terhad kepada orang Melayu sahaja, tetapi melibatkan semua kaum yang menjadi warganegara Malaysia.

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Komunikasi


Bahasa Melayu merupakan bahasa komunikasi yang juga

dikenali sebagai bahasa perhubungan. Tujuannya adalah melahirkan perasaan, menjana pemikiran dan menjelaskan sesuatu yang tersirat dalam bentuk pertuturan. Selain itu, penggunaan pelbagai laras bahasa mengikut situasi dan konteks (formal dan tidak formal) mengukuhkan penyataan sebelumnya bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi. bahasa Melayu telah menjadi bahasa perhubungan antara rakyat jelata kerana bahasa itu dapat dipelajari dengan senang dan telah sekian lama menjadi lingua franca penduduk kawasan ini. dalam perbualan sehari-hari, perhubungan antara rakyat pelbagai kaum dan antara orang Melayu biasanya dijalankan dalam bahasa Melayu Demikian juga, ahli politik Melayu yang berkempen dalam pilihan raya akan tetap menggunakan bahasa Melayu,

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Komunikasi


Dengan kata lain, pada abad ke-21, bahasa

Melayu kekal sebagai bahasa perhubungan masyarakat biasa, yang jauh lebih besar jumlahnya berbanding dengan jumlah masyarakat yang menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa campuran Inggeris-Melayu dalam perhubungan harian. Akhbar dan majalah dalam bahasa Melayu akan tetap laris. Siaran radio dan televisyen tetap ada dalam bahasa Melayu walaupun siaran dalam bahasa Inggeris dapat juga bertahan.

You might also like