You are on page 1of 4

Ramai yang bijaksana tetapi tidak bersederhana.

Merupakan inisiatif penting dalam usaha meningkatkan kecekapan pengurusan didalam perkhidmatan awam serta menjamin akauntabiliti awam pada tahap yang lebih cemerlang dan gemilang. Berhemat ertinya berjimat-cermat, tidak boros. Boros atau pembaziran adalah dikutuk, dikatakan sahabat syaitan. Dalam kajian yang dibuat di Amerika tentang mereka yang mantap kedudukan kewangannya, satu faktor yang sentiasa terdapat pada setiap mereka ini adalah berhemat dalam perbelanjaan mereka, yakni tidak pernah melebihi pendapatan. Di tempat kerja, amalan berhemat dapat dipraktikkan dalam pelbagai situasi. Misalnya dalam penggunaan alat tulis, dan elektrik. Kertas yang telah dipakai pada sebelah halaman boleh digunakan sebagai scratch paper; lampu bilik air ditutup selepas digunakan; kipas dan hawa dingin elok ditutup semasa waktu rehat. Oleh yang demikian antara sifat yang perlu dipupuk bagi menjayakan usaha berhemat ialah: (i) tidak membazirkan harta kerajaan (ii) bertanggungjawab terhadap harta kerajaan (iii) menggunakan harta kerajaan mengikut keperluan Di samping itu, janganlah pula bakhil. Bakhil ialah enggan mengeluarkan belanja pada perkara-perkara yang diperlukan. Natijahnya ialah prestasi akan menurun dan produktiviti terjejas.

Isu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan memang sudah perkara biasa. Sebagai pengguna kita terpaksa menerima hakikat tersebut. Kita mempunyai banyak pilihan untuk mengurangkan kesan tekanan ekonomi keluarga akibat kenaikan harga.

Islam telah menyediakan garis panduan yang sesuai menghadapi situasi ini. Ia cara hidup yang dianjurkan oleh Islam sepanjang masa. Antara perkara yang sentiasa diberi penekanan dalam Islam ialah:

- Berjimat. Berjimat adalah cermat atau teliti dalam mengurus perbelanjaan. Kita perlu mengutamakan nilai tambah dalam setiap perbelanjaan. Barang yang dibeli mungkin boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Meningkatkan hayat penggunaan atau memberi kesan maksimun bagi setiap perbelanjaan juga melibatkan unsur berjimat.

Sikap berjimat memperlihatkan unsur kebijaksanaan. Orang yang bijak berbelanja mengikut keperluan dan bukannya mengikut nafsu. Sebelum berbelanja difikirkan dahulu rasionalnya. Kebijaksanaan akal membawa kepada kebaikan dan kerakusan nafsu membawa keburukan.

Biar pun jimat cermat dituntut, tetapi tidaklah pula hingga tidak membelanjakan langsung rezeki yang diperoleh. Rezeki dianugerahkan Allah perlu digunakan dan dengan itu akan melahirkan rasa syukur.

- Berhemah. Berhemah bermakna mengawal perbelanjaan dan penggunaan mengikut keperluan. Ia mengelak daripada berbelanja kepada perkara tidak diperlukan dan membazir. Perbelanjaan tanpa kawalan menyebabkan sumber kewangan tidak dapat menampung keperluan semasa.

Rezeki diperoleh perlu dihargai dengan cara memaksimakan manfaatnya. Ketika memperoleh pendapatan lebih, tidaklah pula bermakna melebihkan perbelanjaan. Sebaliknya amalan menabung dianggap satu langkah bijak sebagai persiapan untuk kegunaan masa depan.

Sabda Rasulullah bermaksud: ?Simpanlah sebahagian daripada harta kamu untuk kebaikan masa depan kamu, kerana itu jauh lebih baik bagimu.? (Hadis riwayat Bukhari).

Sikap berhemah dalam menguruskan keperluan hidup seharian penting diamalkan bagi memastikan kebahagiaan hidup berterusan. Rezeki yang dikurniakan Allah mungkin ditarik balik bila-bila masa. Ramai orang kaya muflis disebabkan gagal menguruskan harta dimiliki.

Nabi Muhammad sentiasa berhemat dan melihat jauh ke hadapan bagi memastikan keperluan keluarga tidak terjejas. Diriwayatkan Rasulullah pernah membeli kurma yang genap untuk bekalan setahun bagi keluarganya.

Namun, ketika mana kurma itu diperlukan untuk disedekahkan kepada orang miskin dan saudara mara yang memerlukan makanan, Rasulullah mengutamakan sedekah sebagai satu keperluan utama.

- Bersederhana. Bersederhana adalah langkah bijak bagi kesejahteraan berterusan. Kita tidak perlu berbelanja lebih semata-mata untuk memaksimukan kepuasan. Kepuasaan sebenarnya bergantung kepada cara mana kita menghargai setiap apa yang dimiliki dan dirasai.

Firman Allah bermaksud: ?Dan orang yang apabila membelanjakan (harta) mereka tidak berlebihlebihan dan tidak pula kedekut, tetapi sederhana (mengikut keperluan).? (Surah al-Furqan, ayat 67).

Syaitan sentiasa menbisikkan perasaan melampau, sama ada terlampau boros atau kedekut. Kedua-dua sikap itu ditegah. Firman Allah bermaksud: ?Syaitan menakut-nakutkan kamu, kalau-kalau kamu akan menjadi miskin, dan menyuruh kamu melakukan kejahatan.? (Surah al-Baqarah, ayat 219).

- Elak pembaziran. Islam melarang sebarang bentuk pembaziran. Sifat pembaziran dikaitkan dengan amalan syaitan yang mendatangkan keburukan. Pembaziran berlaku apabila membelanjakan wang untuk tujuan tertentu melebihi apa yang diperlukan.

Perbelanjaan itu secara dasarnya memang mendatangkan kebaikan, tetapi disebabkan terlalu banyak menyebabkan tidak terguna sepenuhnya. Sebab itu, buatlah anggaran penggunaan yang diperlukan sebenar untuk mengelak pembaziran.

- Elak perbelanjaan tidak perlu. Wang yang dimiliki perlu dibelanjakan kepada perkara yang mendatangkan kebaikan. Islam menegah umatnya berbelanja secara sia-sia. Ia dianggap satu pembaziran yang mana termasuk amalan syaitan.

Lebih malang lagi jika wang digunakan kepada perkara mendatangkan keburukan. Individu yang dikuasai syaitan membelanjakan wang untuk membunuh diri sendiri seperti minum arak, ketagih dadah dan perbuatan yang jelas membahayakan.

- Tingkatkan produktivi. Islam sememangnya amat mementingkan soal meningkatkan produktiviti agar memperoleh sesuatu yang lebih baik. Melipatgandakan usaha dan memaksimukan pengguna sumber tenaga, fikiran dan kemahiran dapat meningkatkan produktiviti, sekaligus memberi peluang memperoleh pendapatan lebih.

Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang gigih melakukan pekerjaannya. Sabda Rasulullah bermaksud: "Sesungguhnya Allah amat mengasihi seseorang apabila melakukan satu kerja, dilakukan dengan penuh tekun dan sebaik mungkin." (Hadis riwayat Baihaqi).

Sesiapa yang melakukan seperti apa dianjurkan dan menjauhkan apa yang dilarang agama, pasti mampu menghadapi cabaran hidup dengan lebih tenang. Setiap permasalahan ada jalan penyelesaiannya.

CEMERLANG DALAM PENGURUSAN KEWANGAN Sesebuah organisasi itu dapat mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang diterima pakai menerusi Akta Perbendaharaan, Surat-surat Pekeliling dan sebagainya.

You might also like