You are on page 1of 24

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

SKSJ 3123 POLITIK AMERIKA

Tajuk: Soalan 3: Autonomi Negeri Menjadikan Undang-Undang Antara Negeri Di Amerika Syarika Tidak Seragam. Bincangkan Dalam Konteks Death Penalty Yang Diiktiraf Dan Tidak Diiktiraf Di Beberapa Negeri

Disediakan oleh: Nur Syahidah binti Shahabuddin A132768

Pensyarah: Encik Russli Bin Kamarudin

Amerika Syarikat merupakan salah satu negara barat yang dikagumi dari segi pemerintahan politiknya yang mengagungkan demokrasi telus yang telah menjadi sistem politik utamanya. Berpegang kepada konsep demokrasi ini, setiap negeri dalam negara tersebut mempunyai autonomi tersendiri dalam membentuk undang-undang tanpa mendapat campur tangan kerajaan persekutuan. Hal ini dikupas lebih lanjut dalam persoalan hukuman death penalty di mana dapat dilihat setiap negeri mempunyai perbezaan dari segi perspektif dan perlaksanaan hukuman ini.

1.1 Definisi death penalty Merujuk kepada definisi yang dibawa oleh Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, istilah death penalty bermaksud hukuman mati. Hukuman ini juga dikategorikan sebagai hukuman yang paling berat dikenakan kepada penjenayah dan di Malaysia misalnya meletakkan hukuman mati ini sebagai mandatori iaitu hukuman yang tidak punya pilihan ke atas perlaksanaannya. Perlaksanaan hukuman ini sepertimana yang telah disentuh dalam pengenalan, berbeza di setiap negeri di Amerika iaitu terdapat negeri yang mengamalkannya selain terdapat juga negeri yang melihat hukuman ini sebagai tidak berkesan untuk menyelesaikan masalah jenayah di negeri mereka.

1.2 Autonomi negeri Pemberian autonomi kepada negeri merupakan salah satu langkah untuk Amerika meletakkan semak dan imbang dalam perlaksanaan sistem demokrasinya. Hal ini turut ditekankan oleh James Madison dalam Federalist Paper iaitu The powers delegated by the proposed Constitution to the federal government are few and defined. Those which are to remain in the State government are numerous and definite. (John R.Wood.2011) Oleh itu, tidak menjadi satu perbezaan atau fenomena baru jika perlaksanaan hukuman mati ini tertakluk sebagai pilihan kepada bidang kuasa undang-undang negeri untuk melaksanakan hukuman mati seperti yang telah ditetapkan dalam Artikel 3 dan Artikel 4 Perlembagaan Persekutuan Amerika. Dalam peruntukan Artikel-artikel ini, negeri mempunyai kuasa untuk melaksanakan masalah jenayah yang berlaku

dalam negeri mereka dan boleh menggunakan panduan kehakiman negeri dalam melaksanakan perbicaraan dan jatuhan hukuman. Section. 1. The judicial Power of the United States shall be vested in one supreme Court, and in such inferior Courts as the Congress may from time to time ordain and establish. The Judges, both of the supreme and inferior Courts, shall hold their Offices during good Behaviour, and shall, at stated Times, receive for their Services a Compensation, which shall not be diminished during their Continuance in Office. Section. 2.The judicial Power shall extend to all Cases, in Law and Equity, arising under this Constitution, the Laws of the United States, and Treaties made, or which shall be made, under their Authority; to all Cases affecting Ambassadors, other public Ministers and Consuls; to all Cases of admiralty and maritime Jurisdiction; to Controversies to which the United States shall be a Party; to Controversies between two or more States; between a State and Citizens of another State [Modified by Amendment XI]; between Citizens of different States; between Citizens of the same State claiming Lands under Grants of different States, and between a State, or the Citizens thereof, and foreign States, Citizens or Subjects. In all Cases affecting Ambassadors, other public Ministers and Consuls, and those in which a State shall be Party, the supreme Court shall have original Jurisdiction. In all the other Cases before mentioned, the supreme Court shall have appellate Jurisdiction, both as to Law and Fact, with such Exceptions, and under such Regulations as the Congress shall make. The Trial of all Crimes, except in Cases of Impeachment, shall be by Jury; and such Trial shall be held in the State where the said Crimes shall have been committed; but when not committed within any State, the Trial shall be at such Place or Places as the Congress may by Law have directed. Section. 3.Treason against the United States shall consist only in levying War against them, or in adhering to their Enemies, giving them Aid and Comfort. No Person shall be convicted of Treason unless on the Testimony of two Witnesses to the same overt Act, or on Confession in open Court. The Congress shall have Power to declare the Punishment of Treason, but no Attainder of Treason shall work Corruption of Blood, or Forfeiture except during the Life of the Person attainted. Article. IV.

Section. 1. Full Faith and Credit shall be given in each State to the public Acts, Records, and judicial Proceedings of every other State. And the Congress may by general Laws prescribe the Manner in which such Acts, Records and Proceedings shall be proved, and the Effect thereof. Section. 2.The Citizens of each State shall be entitled to all Privileges and Immunities of Citizens in the several States. A Person charged in any State with Treason, Felony, or other Crime, who shall flee from Justice, and be found in another State, shall on Demand of the executive Authority of the State from which he fled, be delivered up, to be removed to the State having Jurisdiction of the Crime. No Person held to Service or Labour in one State, under the Laws thereof, escaping into another, shall, in Consequence of any Law or Regulation therein, be discharged from such Service or Labour, but shall be delivered up on Claim of the Party to whom such Service or Labour may be due [Modified by Amendment XIII]. Section. 3.New States may be admitted by the Congress into this Union; but no new State shall be formed or erected within the Jurisdiction of any other State; nor any State be formed by the Junction of two or more States, or Parts of States, without the Consent of the Legislatures of the States concerned as well as of the Congress. The Congress shall have Power to dispose of and make all needful Rules and Regulations respecting the Territory or other Property belonging to the United States; and nothing in this Constitution shall be so construed as to Prejudice any Claims of the United States, or of any particular State. Section. 4. The United States shall guarantee to every State in this Union a Republican Form of Government, and shall protect each of them against Invasion; and on Application of the Legislature, or of the Executive (when the Legislature cannot be convened), against domestic Violence. (The Constitution For The United States Of America)

1.3 Kronologi awal death penalty Execution atau perlaksanaan hukuman mati ini adalah berbeza bergantung kepada kesesuaian masyarakat negeri-negeri tersebut. Semenjak tahun 1976, sebanyak 33 negeri yang mengamalkan hukuman mati ini selain dari 17 buah negeri yang menolak
4

hukuman mati dan menggantikannya dengan hukuman yang dilihat lebih bersesuaian dengan tuntutan hak asasi manusia. Penukaran perlaksanaan di sesetengah negeri ada kaitannya dengan galakan kerajaan Persekutuan Amerika yang menolak kepada hukuman mati selain dari kes Furman v Georgia Supreme Court pada tahun 1972 yang telah menyebabkan beberapa negeri meneliti semula undang-undang negeri mereka dan menukarkannya kepada alternatif yang lain selain wujud negeri yang terus mengekalkan hukuman tersebut. Hal ini dapat dilihat di California apabila pada tahun 1972, negeri ini telah menghentikan perlaksanaan hukuman bagi jenayah berat namun kembali melihat kerelevanan perlaksanaannya lima tahun kemudian iaitu pada tahun 1977. Bagaimanapun, jumlah perlaksanaan hukuman mati ini tidaklah menunjukkan angka yang tinggi meski majoriti negeri memilih untuk mempunyai hukuman ini dalam enakmen undang-undang mereka. Satu kajian yang dibuat oleh Death Penalty Information Center menunjukkan terdapat 1307 kes telah melibatkan hukuman mati dan jumlah ini merupakan angka dari tahun 1976 sehingga tahun 2012. Kajian ini ditulis ketika 26 September 2012. Dalam masa yang sama, harus diketahui bahawa tidak mustahil jumlah ini bakal menunjukkan perubahan kerana mengikut rekod dari sumber yang sama, masih ramai lagi pesalah yang berada dalam death row menunggu giliran mereka untuk menjalani hukuman mati tersebut. Terdapat lebih kurang 3198 dianggarkan masih berada dalam aturan itu ketika 1 Januari 2012. Misalnya di Connecticut, terdapat pesalah yang menunggu masa mereka untuk dijatuhkan hukuman meski negeri tersebut telah memansuhkan hukuman mati ini. Situasi yang sama turut dilihat di New Mexico dan punca kepada kedua-dua situasi ini ialah negeri-negeri tersebut baru sahaja membuat keputusan untuk memansuhkan hukuman tersebut maka kes-kes awal sebelum pemansuhan akan melalui hukuman sebelum garis masa terbaru itu. Kronologi ini tidak lengkap andai satu lagi pembuktian berkaitan perubahan jumlah negeri yang mengiktiraf perlaksanaan hukuman mati ini selain dari terdapat juga negeri yang masih kekal mengamalkannya sebagai salah satu perlaksaan keadilan jenayah di kawasan mereka. Dengan itu, graf seterusnya akan menjelaskan hujah ini dengan lebih lanjut.

Kronologi waktu perlaksanaan death penalty dari tahun 1972 hingga 2012

Notes and Sources: 1. The chart above shows the reinstatement or abolishment of the death penalty at the end of the specified calendar year, Dec. 31. 2. The following 10 states declared capital punishment illegal before the June 29, 1972 Furman v. Georgia ruling and have not changed their laws: Alaska (1957), Hawaii (1957), Iowa (1965), Maine (1887), Michigan (1846 except for treason; 1963 for all crimes), Minnesota (1911), North Dakota (1915 except for treason and murder by inmates; 1973 for all crimes), Vermont (1965 except murder of correctional officer; 1987, except treason), West Virginia (1965), and Wisconsin (1853).
6

3. Washington, DC is not included in the chart above. DC reenacted the death penalty in 1973, but it was repealed by the DC Council in 1981. 4. New York has declared portions of the state death penalty laws unconstitutional, and Oregon's Governor West placed a moratorium on state executions in 2011. The Department of Justice includes these two states in its "Capital Punishment" reports because the death penalty laws have not been abolished or repealed so the states remain listed as having legal capital punishment. (www.deathpenalty.procon.org.2012)

2.1 Kategori jenayah yang membawa kepada hukuman mati Dalam bahagian ini, kategori jenayah yang mampu dibawa ke perlaksanaan hukuman mati akan dilihat dari segi undang-undang persekutuan dan undang-undang negeri. Hal ini kerana undang-undang negeri masih mempunyai peruntukan tersendiri mengenai kategori jenayah berat yang mungkin pada pandangan persekutuan tidak mempunyai hukuman yang bertepatan atau setimpal.

a) Undang undang Persekutuan Undang-undang hukuman mati ini dibentuk di peringkat persekutuan sebagai satu pelan sandaran bagi negeri yang tidak mempunyai undang-undang sebegini. Dalam erti lain, sekiranya berlaku kes berat yang memerlukan perbicaraan dan perlaksanaan hukuman mati, negeri yang tidak mempunyai peruntukan hukuman tersebut akan melepaskan kes terbabit kepada pihak persekutuan. the federal death penalty is used to attain death sentences against defendants in states where the death penalty is not available (www.deathpenalty.procon.org.2012)

Berikut merupakan senarai jenayah yang diletakkan bawah kategori jenayah jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati. Bahan ini merupakan hasil kajian pada tahun 2009 oleh Bureau of Justice Statistics: Capital Punishment.

342

Murder related to the smuggling of aliens.

18 U.S.C. 32-34

Destruction of aircraft, motor vehicles, or related facilities resulting in death.

18 U.S.C. 36

Murder committed during a drug-related drive-by shooting. Murder committed at an airport serving international civil aviation. Retaliatory murder of a member of the immediate family of law enforcement officials.

18 U.S.C. 37

18 U.S.C. 115(b)(3) [by cross-reference to 18 U.S.C. 1111]

18 U.S.C. 241, 242, 245, 247 18 U.S.C. 351 [by cross-reference to 18 U.S.C. 1111]

Civil rights offenses resulting in death.

Murder of a member of Congress, an important executive official, or a Supreme Court Justice.

18 U.S.C. 794

Espionage.

18 U.S.C. 844(d), (f), (i) Death resulting from offenses involving transportation of explosives, destruction of government property, or destruction of property related to foreign or interstate commerce. Murder committed by the use of a firearm during a crime of violence or a drug-trafficking crime. Murder committed in a Federal Government facility.

18 U.S.C. 924(i)

18 U.S.C. 930

18 U.S.C. 1091 18 U.S.C. 1111 18 U.S.C. 1114

Genocide. First-degree murder. Murder of a Federal judge or law enforcement official.

18 U.S.C. 1116 18 U.S.C. 1118 18 U.S.C. 1119

Murder of a foreign official. Murder by a Federal prisoner.

Murder of a U.S. national in a foreign country. Murder by an escaped Federal prisoner already sentenced to life imprisonment.

18 U.S.C. 1120

18 U.S.C. 1121

Murder of a State or local law enforcement official or other person aiding in a Federal investigation; murder of a State correctional officer. Murder during a kidnapping. Murder during a hostage taking. Murder of a court officer or juror.

18 U.S.C. 1201 18 U.S.C. 1203 18 U.S.C. 1503

18 U.S.C. 1512

Murder with the intent of preventing testimony by a witness, victim, or informant. Retaliatory murder of a witness, victim, or informant. Mailing of injurious articles with intent to kill or resulting in death. Assassination or kidnapping resulting in the death of the President or Vice President.

18 U.S.C. 1513 18 U.S.C. 1716

18 U.S.C. 1751 [by cross-reference to 18 U.S.C. 1111]

18 U.S.C. 1958

Murder for hire.

18 U.S.C. 1959

Murder involved in a racketeering offense.

18 U.S.C. 1992

Willful wrecking of a train resulting in death.

18 U.S.C. 2113

Bank-robbery-related murder or kidnapping.

18 U.S.C. 2119

Murder related to a carjacking.

18 U.S.C. 2245

Murder related to rape or child molestation.

18 U.S.C. 2251

Murder related to sexual exploitation of children.

18 U.S.C. 2280

Murder committed during an offense against maritime navigation.

10

18 U.S.C. 2281 Murder committed during an offense against a maritime fixed platform.

18 U.S.C. 2332

Terrorist murder of a U.S. national in another country.

18 U.S.C. 2332a

Murder by the use of a weapon of mass destruction.

18 U.S.C. 2340

Murder involving torture.

18 U.S.C. 2381 Treason.

21 U.S.C. 848(e) Murder related to a continuing criminal enterprise or related murder of a Federal, State, or local law enforcement officer.

49 U.S.C. 1472-1473

Death resulting from aircraft hijacking.

(www.deathpenaltyinfo.org.2012)

b) Undang undang negeri


11

Mengikut tuntutan Perlembagaan Amerika Syarikat, negeri mempunyai pilihan sama ada meneruskan hukuman mati atau memansuhkannya. Oleh itu, setiap negeri mempunyai budi bicara sendiri dalam soal mejalankan institusi kehakiman dan undang-undang mereka yang mana negeri negeri ini telah menyenaraikan kategori kes yang dilihat setimpal dijatuhkan hukuman mati kepada pesalah yang bersabit. Tidak semua negeri berkongsi kategori jenayah yang sama malahan terdapat negeri yang meletakkan hukuman mati bagi jenayah selain membunuh. Pertama sekali sebelum mengupas lebih dalam mengenai persoalan awal, jadual di bawah ini bakal menunjukkan jenis-jenis jenayah yang dikategorikan sebagai jenayah berat serta negeri yang mempunyai hukuman mati untuk kategori tersebut.

Crime punishable by death: Treason (fighting against your own country) Aggravated Kidnapping Willfully causing a Train Wreck Perjury (lying under oath) which led to an execution Hijacking a Plane Sex Crimes against a victim younger than 14 by a repeat offender Sex Crimes against a victim younger than 11 by a repeat offender Rape of a victim younger than 13 Capital Sexual Battery Murder during an act of Terrorism

Jurisdiction: Federal and Military courts, AR, CA, CO, GA, LA CO, GA, ID, KY, SC CA CA, ID

GA, MS OK

SC

LA FL NJ

12

Capital Drug Trafficking

FL, NJ

(www.deathpenaltyinfo.org.2012) Rujukan: AR (Arizona), CA (California), CO (Colorado), GA (Georgia), LA (Los Angeles), ID (Idaho), KY (Kentucky), SC (South Carolina), MS (Mississippi),OK (Oklahoma), FL (Florida), NJ (New Jersey)

c) Kategori jenayah selain membunuh

13

Subtajuk ini merupakan rungkaian dari hujah awal iaitu terdapat negeri yang turut mengkategorikan kesalahan selain membunuh sebagai kesalahan yang jatuh bawah kategori hukuman mati. Kesalahan ini kebanyakannya berkaitan pengkhianatan terhadap negeri atau negara, penyeludupan dadah, rampasan kapal terbang, dan beberapa kesalahan lain.

STATE Arkansas California Colorado Florida

CRIME (statute) Treason ( 5-4-104) Treason (CA Penal Code 37-38) Treason ( 18-11-101) Drug Trafficking ( 921.142) Hijacking an aircraft ( 16-5-44) Treason ( 16-11-1) Treason (R.S. 14:113) Aircraft Piracy ( 97-25-55) Treason ( 97-7-67) Treason ( 576-070) Espionage ( 20-12-42) Treason (13 V.S.A. 3401) Treason ( 9.82.010) (www.deathpenalty.procon.org.2012)

Georgia

Louisiana

Mississippi

Missouri New Mexico Vermont Washington

Jadual di atas merupakan senarai kesalahan mengikut negeri yang meletakkan hukuman mati selain kesalahan membunuh tersebut dan dapat dilihat terdapat persamaan dari segi kesalahan pengkhianatan yang mana majoriti negeri di atas meletakkan pengkhianatan terhadap negeri dan negara merupakan kesalahan yang relevan dijatuhkan hukuman mati. Berhubung hal ini, meskipun setiap negeri
14

meletakkan kesalahan yang sama namun harus diketahui faktanya perlaksanaan hukuman masih mengikut undang-undang negeri dan bukannya undang-undang bersama.

2.2 Metod death penalty Hukuman mati di Amerika sememangnya berbeza dengan hukuman gantung mandatori di Malaysia iaitu di Amerika sudah menolak penggunaan tali gantung kecuali di New Hampshire dan Delaware namun hanya berlaku pada situasi tertentu dan tentu juga berbeza dengan perlaksanaan hukum hudud iaitu pancung sebaliknya negeri-negeri ini mengambil pendekatan akal dengan mengiktiraf lima metod yang telah digunakan secara meluas sebagai langkah perlaksanaan. California, Florida, Georgia dan beberapa negeri lain menggunakan iaitu suntikan dadah dengan dos yang boleh membunuh, penggunaan kerusi elektrik, ruang gas beracun, gantung sampai mati dan menggunakan skuad menembak. Perkara ini mendapat pelbagai reaksi dari pihak-pihak akademik, NGO dan kerajaan sendiri. Isu itu akan dikupas di bab seterusnya.

a) Suntikan dadah merbahaya Mengikut rekod yang dikeluarkan oleh sebuah badan khusus kajian hukuman mati di Amerika iaitu Death Penalty Information Center, penggunaan suntikan merupakan jenis hukuman paling banyak dilaksanakan dengan mencatatkan rekod sebanyak 1113 kes diikuti 157 kes penggunaan kerusi elektrik, 11 menggunakan ruang gas beracun, 3 kes gantung dan juga 3 kes menggunakan perlaksanaan skuad menembak. Texas sebagai salah satu negeri yang mencatatkan rekod perlaksanaan hukuman mati paling tinggi sememangnya menggunakan metod ini sebagai metod utama dalam perlaksanaan hukuman mati. 35 States plus US government use lethal injection as their primary method. Some states utilizing lethal injection have other methods available as backups. Though New Mexico and Connecticut have abolished the death penalty, their laws were not retroactive, leaving prisoners on the statess death row and their lethal injection protocols intact. (www.deathpenaltyinfo.org.2012) Suntikan ini turut berbeza mengikut negeri-negeri tertentu seperti mana terdapat negeri mempunyai tiga protokol dadah beerti tiga kali suntikan kepada pesalah selain terdapat juga negeri yang mempunyai sekali sahaja proses suntikan. Proses tiga kali suntikan itu melibatkan suntikan pertama ialah anastetik, suntikan kedua pancuronium
15

bromide yang mana akan melumpuhkan keseluruhan tubuh pesalah dan suntikan terakhir melibatkan potassium chloride iaitu menghentikan fungsi jantung pesalah. Hal ini berbeza pula dengan penggunaan metod sekali suntikan iaitu dengan meletakkan dos tinggi anastetik untuk menghentikan fungsi penafasan dan kesedaran pesalah. Florida merupakan antara negeri yang memilih untuk menggunakan sistem tiga kali suntikan dengan alasan anastetik itu akan mengelakkan kesakitan dan kesengsaraan kepada pesalah semasa melalui proses perlaksanaan hukuman. Hal ini berikutan, perlaksanaan tersebut masih perlu menjaga hak asasi pesalah tersebut. Setiap proses perlaksanaan akan dilakukan secara berperingkat dan dilakukan oleh pelaksana yang berpengalaman dan mempunyai kemahiran mengendalikan bahan kimia serta perlu meletakkan dos yang tepat. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan para pelaksana boleh dihadapkan ke mahkamah.

b) Penggunaan kerusi elektrik Perlaksanaan hukuman melalui penggunaan kerusi elektrik menunjukkan jenis perlaksanaan yang kedua tertinggi selepas suntikan. Kerusi elektrik ini awalnya diperkenalkan oleh Thomas Edison dengan melakukan kajian ke atas binatang seperti monyet dan juga binatang kajian terbesarnya ialah seekor gajah bagi membuktikan bahawa metod ini paling sesuai untuk mengadili sesuatu kes berat. Hasilnya metod ini sememangnya digunakan ketika awal sistem undang-undang Amerika sekitar 1903an. Kini, terdapat negeri yang mempunyai dua jenis metod suntikan dan kerusi elektrik sebagai pilihan dan pesalah turut boleh memilih di antara dua dan sekiranya pesalah tidak memilih maka perlaksanaan jenis utama digunakan mengikut perintah mahkamah. Bagaimanapun, perlaksanaan hukuman melalui kerusi elektrik ini kurang digunakan malahan Mahkamah Agung di Georgia pada 5 Oktober 2001 meletakkan penggunaan kerusi elektrik ini sebagai kejam dan tidak bermoral bagi negeri yang menggunakan metod ini. Kentucky walau bagaimanapun mempunyai pendapat yang berbeza apabila negeri ini akan menjatuhkan hukuman menggunakan kerusi elektrik bagi kes-kes sebelum 31 Mac 1998 kerana selepas tarikh tersebut, negeri ini telah memilih bertukar ke prosedur suntikan. Nebraska juga sebelum bertukar ke suntikan, turut menjadikan penggunaan kerusi elektrik ini sebagai satu-satunya metod menjatuhkan hukuman kepada pesalah. Bagaimanapun menurut catatan rekod sejarah undang undang negeri ini pada tahun 2008, Mahkamah Agung Nebraska telah menghentikan prosedur ini dengan alasan tidak sesuai dengan perlembagaan. Hal ini berbeza pula dengan Alabama dan Florida iaitu merupakan negeri yang memberi kebebasan kepada pesalah untuk memilih
16

antara kerusi elektrik atau suntikan. Meskipun itu, kedua-dua negeri ini masih menjadikan metod suntikan sebagai utama kecuali terdapat permintaan dari pesalah. Sekalipun terdapat isu pilihan istimewa atau sebagainya, umumnya mengikut penyelidikan terhadap sumber rujukan hampir kesemua negeri memilih untuk menjadikan penggunaan suntikan sebagai prosedur utama mereka dan penggunaan kerusi elektrik dilihat tidak lagi relevan sebagai prosedur menghukum pesalah. Oleh itu, termaktub kebanyakan negeri lebih gemar memilih prosedur suntikan berbanding kerusi elektrik dan perkara ini juga mempunyai faktor penyebab lain selain disebabkan melanggar hak asasi manusia, kejam dan tidak relevan dengan perlembagaan.

3.1 Perlaksanaan death penalty Kewujudan hukuman mati ini hakikatnya mendapat pelbagai reaksi dari rakyat malah ahli- ahli kongres Amerika Syarikat sendiri dengan ada pihak yang melihat adalah perlu kepada perlaksanaan hukuman sebegini selain pihak kontra yang menolak sepenuhnya. Dalam masa yang sama, terdapat badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang berusaha memperoleh sokongan rakyat untuk memperkukuh suara mereka bagi menghapuskan hukuman ini. Tidak kurang juga muncul pelbagai laman web yang mengetengahkan kepentingan hukuman ini diteruskan. Setiap dari satunya mempunyai agenda tersendiri dan alasan yang disesuaikan dengan penghapusan hukuman ini selain ramai yang tampil dengan cadangan kepada hukuman alternatif. Bahagian ini bakal merungkai dengan lebih mendalam melalui dua pembahagian iaitu kepada pihak yang pro dan pihak yang kontra akan kewujudan persoalan hukuman ini.

a) Pro death penalty Bahagian ini akan meletakkan dilakukan secara perbandingan antara pihak yang menyokong penerusan perlaksanaan hukuman mati dengan pihak yang ingin memansuhkannya. Oleh itu, bahagian pertama ini merupakan bahagian bagi menjelaskan faktor kepada persetujuan pihak yang menyokong hukuman ini.

I.

Relevan dengan masyarakat negeri terlibat

Pertama sekali, pihak yang menyokong kewujudan hukuman ini melihat faktor kepada kerelevanan masyarakat dan keperluan untuk hukuman ini diteruskan. Dalam sebuah artikel yang ditulis oleh Justin C.Gearty dan Jr, pihak negeri yang menguruskan hal legislatif dan masalah jenayah mereka maka hanya mereka yang

17

tahu perkara yang perlu dan tidak perlu dalam kehidupan masyarakat dan komuniti mereka. The States handle their own criminal matters because the legislature is accountable to the people and because they are in the best position to know what their citizens want and what is the best for them.Elected State officials create criminals laws based on the needs of the State and/or their local district. (www.deathpenalty.procon.org.2012) This means that the law would be based on the needs and wants of the majority of the country rather than needs and wants of the individual States. (www.deathpenalty.procon.org.2012)

Dalam hal ini kita melihat logik kepada pendapat penulis artikel Federalizing the Death Penalty ini kerana Amerika Syarikat merupakan negara yang besar dan berpegang kepada prinsip kebebasan memilih, mustahil kesemua negeri mampu mencapai keputusan yang kolektif dari segi keperluan masyarakat negeri tesebut. Hal ini juga turut disokong dengan kedudukan daerah negeri-negeri tersebut yang jauh maka adalah perlu para pemerintah negeri membuat keputusan tersendiri dengan melihat kepada keperluan masyarakat negeri terlibat. Dalam masa yang sama, hakikatnya tidak banyak bezanya andai negeri tersebut mempunyai peruntukan undang-undang ini di negeri mereka sendiri kerana jika berlaku kes yang tertentu, kes ini tetap dibawa ke peringkat persekutuan untuk diadili. the States may turn capital cases over to the federal government for them to prosecute. This is decision that each State can make on a case by case basis. (www.deathpenalty.procon.org.2012)

II.

Setimpal dan diyakini tidak berulang

Perlaksanaan hukuman mati ini sebenarnya merupakan satu hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah misalnya jenayah pembunuhan dibalas dengan hukuman mati kepada pesalah. Hal ini merupakan satu bentuk keadilan yang dapat diberi kepada pelaku jenayah tersebut. Sebuah jenayah yang berat hanya

18

mampu menemui pengadilan andai dibalas dengan perlaksanaan yang berat kerana hanya dengan itu, proses pengadilan mampu menjadi stabil dan tidak berat sebelah. Selain itu, meskipun masyarakat melihat perlaksanaan hukuman tersebut kejam dan tidak berperikemanusiaan namun jatuhan hukuman tersebut merupakan cara untuk pihak mahkamah dan komuniti mahkamah mendapatkan pembelaan bagi si mati dan keluarganya. Umumnya, keluarga akan berdendam dan inginkan hukuman yang berat diberikan kepada pelaku yang melakukan penganiayaan kepada mangsa dan hukuman berat sebegini bakal memuaskan hati pihak-pihak yang terlibat. Selain itu, hukuman sebegini mengelakkan keluarga mangsa membuat tuduhan mahkamah gagal menjalankan tugasnya dengan berkesan. Di samping itu, perlaksanaan hukuman ini akan memastikan jenayah tidak akan berulang dari penjenayah yang sama. Kebanyakan kes selalunya melibatkan penjenayah yang sememangnya mempunyai rekod dalam kes tersebut atau mungkin melibatkan kes rogol atau pembunuhan bersiri maka dengan cara menghapuskan ancaman sebegini bakal memastikan jenayah tidak akan berulang dari individu yang sama. Perkara ini merupakan pertimbangan matang dan munasabah mahkamah. Tidak kurang juga hukuman berat seperti ini bakal menakutkan penjenayah yang turut melakukan kesalahan yang sama atau berniat melakukan jenayah tersebut. Dengan itu, jenayah dapat dikurangkan dan masyarakat mampu dijamin keselematan mereka.

b) Kontra death penalty Diakui melalui sumber sumber yang telah dirujuk untuk mendapatkan bahan bagi kajian penulisan ini, pandangan menolak kepada hukuman mati ini lebih banyak berbanding kumpulan yang menyokong. Hal ini boleh muncul dari pengalaman peribadi dan golongan aktivis hak asasi manusia. Pengalaman peribadi ini merupakan pengalaman ahli keluarga yang cuba membantu keluarga mereka yang disabit dan ditahan selain dari perspektif masyarakat akan ketulenan keadilan apabila terdapat kes mereka yang disabit sebenarnya teraniaya dan menjadi mangsa.

I.

Bersifat perkauman

Golongan yang menolak perlaksanaan hukuman mati ini tampil dengan pendapat bahawa perlaksanaan hukuman ini mempunyai unsur perkauman iaitu warna kulit apabila terdapat data yang membuktikan pendapat mereka itu. Melalui satu data yang diperoleh, terdapat lebih 75 peratus kes bunuh yang mangsanya melibatkan golongan kulit putih akan dijatuhkan hukuman mati walau 50 peratus dari mangsa bukanlah warganegara Amerika. Setelah dianalisa data tersebut, mangsa kulit putih meliputi 76
19

peratus carta pai, kulit hitam 15 peratus, hispanik 6 peratus manakala lain-lain sebanyak 3 peratus. Hal ini menunjukkan ketidakrelevanan hukuman ini diteruskan apabila badan kehakiman masih bias tentang standart antara golongan kulit putih dan golongan kulit berwarna. Carta pai ini dapat dirujuk pada lampiran 1. Selain itu, di California misalnya meletakkan peratusan 3 kali ganda dijatuhkan hukuman mati bagi defendan yang disabit membunuh golongan kulit putih berbanding golongan yang membunuh kulit gelap dan empat kali ganda dari golongan yang membunuh mangsa berbangsa latin. Situasi yang sama dikongsi di beberapa negeri lain seperti Louisiana dan North Carolina. Perkara ini dapat juga dilihat dalam kajian yang dilakukan oleh Prof. Jack Boger dan Dr.Isaac Unah pada tahun 2001, peningkatan sebanyak 3.5 kali bagi yang menerima hukuman mati dalam kalangan defendan berkulit putih. Tidak kurang juga, Profesor Badrus pada tahun 1998 turut melaporkan terdapat satu trend di 96 peratus negeri-negeri yang mempunyai diskriminasi kaum ini dan hukuman mati.

II.

Merugikan negeri dan negara

Masyarakat melihat perlaksanaan hukuman mati ini merugikan mereka dan negara selain sebagai satu bentuk pembaziran bagi duit cukai yang telah dikeluarkan oleh mereka. Hal ini kerana perlaksanaan hukuman mati ini memerlukan kos yang banyak misalnya dari segi perlantikan pelaksana hukuman kepada penyediaan peralatan seperti penggunaan suntikan dan penggunaan gas beracun. Oleh itu, masyarakat melihat kerajaan negeri sepatutnya menyalurkan kewangan tersebut untuk kebajikan negeri mereka berbanding penyaluran dana besar terhadap perlaksanaan sebegini dan juga penempatan mereka yang disabit sementara menunggu tarikh jatuhan hukuman. Urban Institute pada tahun 2008, menjadikan Maryland sebagai kawasan kajian dan negeri tersebut dalam datanya telah membelanjakan kos lebih kurang 3 juta dolar untuk perlaksanaan hukuman mati ini menyebabkan pembayaran cukai terkumpul untuk kes-kes tersebut dari 1978 hingga 1999 di negeri tersebut ialah sebanyak 186 juta dolar. Dalam masa yang sama jumlah ini tidak berbaloi dengan catatan perlaksanaan hukuman hanya sebanyak lima. Masalah yang sama dikongsi di Florida apabila penguatkuasaan hukuman mati ini telah memakan sejumlah 1 juta dolar setahun di mana dana ini disalurkan untuk menghukum kesemua kes pembunuhan tahap pertama dengan penjara sepanjang hidup tanpa parol. Mengikut rekod yang terkumpul sejak tahun 1976, sebanyak 44 kes perlaksanaan dicatat dan setiap satu perlaksanaan telah memakan kos 24 juta dolar. Perkara ini jika dilihat dengan teliti, mampu menjatuhkan ekonomi masyarakat dan merugikan setiap individu dalam komuniti.

20

Perkara sebegini telah menyebabkan rakyat mendesak akan pemansuhan hukuman mati ini kerana mereka tidak melihat positif yang mampu mengatasi negatif kerana keseluruhan bukti mampu meyakinkan mereka bahawa hukuman sebegini tidak membawa sebarang kepentingan yang meningkatkan masyarakat mereka.

III.

Tidak membawa kesan kepada graf jenayah

Selain senarai di atas, rakyat Amerika rata-rata melihat perlaksanaan hukuman mati ini tidak membawa sebarang kesan kepada pengurangan kes bunuh dan seumpamanya. Kes-kes berterusan berlaku dan perlaksanaan hukuman ini tidak memberi impak seperti yang diharapkan atau seperti teori yang digambarkan oleh pihak yang menulis rang tersebut. Tambahan lagi, seramai 88 peratus masyarakat mengatakan tidak kepada persoalan adakah perlaksanaan hukuman ini mengurangkan kes bunuh. Di sini dapat dilihat, ketidakpercayaan masyarakat terhadap keberkesanan perlaksanaan seperti ini. Hal ini bukan sahaja dipersetujui oleh masyarakat malah dalam kalangan pegawai polis mengatakan hukuman mati merupakan pilihan terakhir untuk mengurangkan jenayah berbentuk keganasan selain turut menyokong fakta awal bahawa perlaksanaan hukuman mati ini merupakan langkah paling tidak efisien untuk membelanjakan pembayaran cukai rakyat. Di samping itu, keadaan sosial masyarakat bakal menjadi gangguan kepada penguatkuasaan undang-undang yang efektif. Kewujudan hukuman mati tidak mampu membendung permasalahan jenayah yang telah sebati dengan masalah sosial kawasan tertentu misalnya masalah salah guna dadah atau alkohol masih lagi gagal diselesaikan. Isu ini menjadi punca awal kepada jenayah yang lebih besar. Selain itu, terdapat kes pembunuhan yang melibatkan mereka yang mempunyai masalah ketidakstabilan mental dan perkara sebegini masih lagi berlaku namun perlaksanaan hukuman mati mustahil menyelesaikan isu begini terutama apabila hukuman ini tidak dilaksanakan ke atas golongan tidak waras atau mengalami gangguan jiwa. Hal ini dapat dilihat dalam kes melibatkan Atkins melawan Virginia, Mahkamah Agung membuat keputusan adalah tidak munasabah jika hukuman dijatuhkan kepada defendan dengan kekurangan terencat akal.1 Berdasarkan perspektif tersebut, masyarakat melihat hukuman mati ini merupakan pilihan yang tidak tepat bagi menyelesaikan masalah jenayah dan seharusnya terdapat alternatif lain bagi menggantikan hukuman sebegini. Bahagian seterusnya bakal membincangkan alternatif yang dirasakan sesuai oleh masyarakat yang menolak perlaksanaan hukuman mati.

www.deathpenaltyinfo.org.2012

21

4.1 Altenatif kepada death penalty Penolakan kepada hukuman mati ini telah menjadi satu gelombang baru. Sememangnya peratusan menunjukkan persetujuan kepada pemansuhan dan mereka tampil dengan cadangan baru untuk menghukum penjenayah yang disabit kesalahan. Peratusan tertinggi sebanyak 39 peratus menyokong penjenayah dikenakan penjara seumur hidup tanpa parol juga ditambah dengan khidmat komuniti. Perkara ini secara moralnya ingin memberi masa kepada penjenayah sepanjang hidup untuk menyesali perbuatannya dan kembali berkhidmat kepada komuniti walaupun sebagai tahanan. Dalam soal selidik tersebut, dapat dilihat keseluruhan sememangnya berharap kepada keberkesanan tahanan tanpa parol meski masih ada yang menyokong hukuman mati ini diteruskan. Malahan, pada tahun 2010, Lake Research Partners menemui suara penuh masyarakat sebanyak 61 peratus yang melihat bahawa pelaku kes pembunuhan sepatutnya diberi peluang untuk hukuman yang berbeza berbanding hukuman mati. Faktanya, persoalan perlu dan tidak perlu kepada hukuman ini sebenarnya masih dalam pertimbangan masyarakat kerana terdapat ahli masyarakat yang memilih atau tidak mampu memberi pendapat tepat. Hal ini munasabah kerana pro dan kontra akan isu ini masih banyak yang harus diteliti sebelum keputusan muktamad dicapai.

22

5.1 Kesimpulan Satu rumus penuh dapat dicapai adalah melalui pemerhatian yang dilakukan terhadap Perlembagaan Amerika Syarikat, sememangnya terdapat sempadan yang jelas mengenai pemberian autonomi kepada negeri-negeri untuk menjalankan urusan negeri tanpa mendapat campur tangan kerajaan persekutuan dan dalam persoalan kali ini ialah mengenai perlaksanaan death penalty. Hal ini merupakan perkara yang tepat membuktikan kedemokratikan pembahagiaan kuasa yang diamalkan di negara kuasa besar tersebut. Perkara ini pada pandangan penulis merupakan tindakan yang tepat dengan mengambil kata-kata sumber iaitu hanya pemerintah negeri yang tahu pergerakan dan keperluan masyarakat negeri yang ditadbir mereka. Dalam masa yang sama, penulisan ini telah meletakkan garis jelas antara bidang kuasa berkaitan perlaksanaan undang-undang ini dipihak persekutuan dan antara negeri-negeri. Selain itu, penulisan ini turut telah mendedahkan negeri yang mengiktiraf perlaksanaan hukuman ini selain negeri yang memilih untuk menolak dan memansuhkannya bersama dengan alasan kepada penerimaan dan penolakan itu. Bersama dengan contoh dan bukti negeri-negeri tersebut, turut ditekankan jenis metod yang diamalkan di negeri-negeri terpilih bagi menunjukkan keberkesanan serta liputan perlaksanaan hukuman tersebut. Hal ini bagi menjelaskan kepentingan hukuman tersebut dilaksanakan atau kesan kepada tidak dilaksanakan. Penulisan ini juga turut meletakkan pendapat masyarakat secara positif dan negatif terhadap pilihan negeri-negeri tertentu atas perlaksanaan hukuman mati dengan menyenaraikan sebab dan akibat bagi mengukuhkan hujah serta menjawab persoalan. Bagi memastikan pandangan negatif masyarakat tidak menjadi sekadar pandangan namun mempunyai cadangan, bahagian terakhir telah menampilkan pilihan alternatif yang diwujudkan masyarakat bagi menggantikan hukuman ini bersama dengan bukti kes. Bagaimanapun, penulisan ini secara sepenuhnya telah mencapai objektif kepada persoalan autonomi negeri dengan melihat kepada persoalan hukuman mati.

23

Rujukan Tocqueville A.D. 1945. Democracy in America. New York: Alfred A. Knopf. Heywood.A. 1992. Political Ideologies: An Introduction. London: MacMillan Press LTD. Bell&Price. 1980. California Government Today: Politics of Reform. USA: The Dorsey Press. John R.Wood. 2011. Taking Sides: Clashing Views in States and Local Government Issues. New York: Mc Graw-Hill Companies. Kevin B.Smith & Amanda Balzer (pngr). 2012. State and Local Government 20112012. Washington: CQ Press. Loren E. Lomansky. 1987. Persons, Rights, and the Moral Community. New York: Oxford University Press. Beryl E. Pettus & Randall. W.Bland. 1979. Texas Government Today: Structures, functions, political procesess. Illinois: The Dorsey Press.

Elektronik http://deathpenalty.procon.org. [ 4 Oktober 2012. 11.33pm] http://prpm.dbp.gov.my. [4 Oktober 2012. 11.28 pm] http://www.prodeathpenalty.com . [4 Oktober 2012. 11.45pm] http://www.constitution.org. [4 Oktober 2012. 11.15pm] http://www.antideathpenalty.org.[ 4 Oktober 2012. 10.30pm] http://www.crimemuseum.org [4 Oktober 2012. 10.58 pm]

24

You might also like