You are on page 1of 3

OUIZ QMT 2 1. Apakah yang dimaksudkan dengan pengajaran yang efektif ?

Pengajaran didefinisikan sebagai interaksi yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan pelajar dan kemahiran dalam cara tertentu dan spesifik. Dalam konteks ini, pengajaran yang efektif bermaksud pengajaran yang merangkumi 7 elemen iaitu, memotivasikan pelajar, mengenalpasti perkaa yang sepatutnya dipelajari, mengingatkan pelajar tentang pengetahuan dan mengaplikasikannya, emmerlukan penglibatan aktif, menyediakan panduan dan maklum balas, menguji kefahaman, dan menyediakan pengayaan atau pemulihan dan bukannya dengan hanya menerbirkan laman web dan pautan dengan sumber digital yang lain tidak dapat membentuk pengajaran yang efektif. 2. Huraikan prinsip-prinsip reka bentuk pengajaran bagi mengoptimumkan pengajaran supaya ia menjadi efektif. Prinsip pertama ialah memotivasikan pelajar.Kita dapat memotivasikan pelajar dengan mengambil kira perspepsi menarik perhatian. Menarik perhatian dan diikuti dengan motivasi boleh merangsangkan naluri ingin tahu bagi menyelesaikan masalah, maklumat kontradiktori, atau misteri yang perlu diselesaikan. Selain itu, ia juga meningkatkan keyakinan pelajar agar dapat menyelesaikan kerja ynag diberi oleh guru. Penggunaan grafik, warna, animasi dan bunyi digunakan sebagai rangsangan luaran bagi memotivasikan pelajar.Prinsip kedua ialah mengenalpasti perkara yang sepatutnya dipelajari. Pelajar perlu diberitahu pada awal pembelajaran, apakah yang akan dipelajari atau dilakukan pada akhir pengajaran, kaedah penemuan atau penyelesaian masalah. Cara ini membantu pelajar memfokuskan factor pengajaran berdasarkan matlamat pengajaran. Prinisip ketiga ialah mengingatkan pelajar tentang pengetahuan lampau dan mengaplikasikannya. Ahli psikologi bersetuju bahawa untuk mengekalkan maklumat dalam memori jangka panjang, pelajar mesti menhubungkan atau berpaut kepada kaitan maklumat baru yang disimpan dalam ingatan memori jangka panjang.Prinsip keempat ialah memerlukan penglibatan aktif. Pelajar mesti terlibat secara aktif dan mempunyai kesedaran tentang maklumat yang dipersembah. Secara umumnya, pelajar yang aktif menjanakan pengetahuan secepat mungkin. Daripada pelajar pasif. Lapan strategi perlu untuk memastikan pelajar menghasilkan artifak terhadap pengetahuan yang diperoleh. Antara

strateginya ialah pelajar membuat bandingan, mengklasifikasikan, menginduksi, mendeduksi, menganalisis ralat, mengkonstruktivisi sokongan, membuat sokongan, membuat abstrak, atau menganalisis perspektif yang dihadapi dalam aktiviti mereka. Prinsip kelima ialah menyediakan panduan dan maklum balas. Ini dapat menyediakan panduan dana maklum balas kepada pengguna semasa perayauan web adalah penting. Ia juga dapat menyediakan pelajar dengan maklumat yang lengkap dan pelbagai pilihan alternatif. Prinsip keenam ialah menguji kefahaman. Untuk menetukan bahawa pelajar telah mengintegrasikan pengetahuan yang ditentukan, pembelajaran perlu diuji. Perkara ini boleh dilakukan sama ada di dalam atau di luar talian, melalui ujian objektif dan subjektif.Prinsip terakhir ialah menyediakan pengayaan atau pemulihan. Ini memperluas pengetahuan pelajar supaya pelajar menerima kerelevanan, maklumat spesifik yang sesuai yang sesuai dengan pengetahuan atau kemahiran tertentu. 3. Bagaimanakah anda mengaplikasikan pengajaran web? Semua prinsip-prinsip reka bentuk pengajaran boleh diaplikasikan dalam pengajaran web. Antaranya ialah, penggunaan grafik, warna, animasi dan bunyi digunakan sebagai rangsangan luaran bagi memotivasikan pelajar. Sesetengah laman web kelihatan estetik, inovatif dan kreatif. Selain daripada itu, pembinaan artifak boleh dilakukan secara talian jika pelajar boleh membangunkan laman web sendiri. Semua ketujuh tujuh prinsip sangat penting dalam pengajaran web. 4. Apakah isu teknikal yang perlu diambil kira dalam mereka bentuk PBW? Isu teknikal perlu diambil kira apabila mereka bentuk pengajaran berasakan web (Thomas),2000. Ini termasuk keperluan rangkaian, data saiz, kelajuan dan kebaikan serta kekurangan pelbagai program Internet. Selain aspek teknikal yang perlu diambil kira semasa mereka bentuk pengajaran berasaskan web dan di samping melihat penyampaian pengajaran melalui sudut objektivis, penggunaan Internet amat sesuai dengan aplikasi suasana pembelajaran konstruktivisme. Beberapa ciri konstruktivisme yang perlu diambil kira ialah integrasi pembelajaran dalam konteks realistik, relevan, pengalaman sosial, menyediakan pengalaman dengan proses pembangunan pengetahuan dan menyediakan pengalaman dengan apresiasi prinsip-prinsip reka bentuk pengajaran dalam

pelbagai perspektif. Permintaan pelbagai perspektif dan pengetahuan berselang-seli amat sesuai dengan suasana persekitaran Internet dalam mereka bentuk pengajaran berasaskan Web(PBW).

You might also like