You are on page 1of 5

Kemahiran Membaca Jam (Bahagian I) Bidang:Akademik - Matematik Jenis Ketidakupayaan:Disleksia/Pemulihan Peringkat Pendidikan:Rendah Tahap 2 Aras:2 (Sederhana) Domain:Adaptif Sukatan

Pelajaran: 9.1 Menamakan waktu dalam sehari. 9.1.1 Konsep waktu dalam satu hari. 9.1.2 Aktiviti harian mengikut waktu. Deskripsi Pelajaran Hari Ini: Membaca jam dalam sistem 12 jam dan menulis masa dalam sistem 12 jam. Penulis: Wee Mei Kyn Objektif: Pada akhir pengajaran ini, murid dapat: 1. Menyebut masa dalam sistem 12 jam dengan betul setiap kali apabila ditunjukkan jam model yang berlabel bacaan bagi jam. 2. Menulis masa dalam sistem 12 jam dengan betul bagi kesemua soalan yang diberikan dalam lembaran kerja. Kemahiran Sedia Ada: Murid sudah mengenali sistem nombor serta jenis waktu dalam sehari (pagi, petang, malam). Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 1. Kenal jenis waktu iaitu pagi, petang dan malam. 2. Jam terdiri daripada sistem nombor iaitu mempunyai 12 nombor. 3. Jam mempunyai jarum pendek dan jam panjang. 4. Jarum pendek mewakili jam. 5. Jarum panjang menunjukkan minit. 6. Arah jarum panjang dan pendek berpusing. 7. Menyebut masa (jam) dalam sistem 12 jam. 8. Menulis masa (jam) dalam sistem 12 jam.

Bahan Bantu Mengajar: Jam dinding sebenar, jejalur kertas, kertas pinggan, pen berwarna, jam model, kotak ajaib, kad gambar bersertakan perkataan, simbol matahari, simbol bulan dan paku tekan.

1. Guru menyuruh murid seorang demi seorang untuk melekatkan kad gambar yang mengandungi perkataan pada ruangan yang sesuai. Contohnya, sarapan di ruangan pagi. 2. Guru meminta murid-murid untuk membacakan setiap kad gambar yang dilekatkan pada waktu pagi, diikuti waktu petang dan malam. 3. Guru memberi sejalur kertas kepada setiap murid. Pada jejalur kertas tersebut telah ditandakan sebanyak 12 garisan menegak yang telah dijarakkan sebanyak 2 cm setiap satu. 4. Guru meminta murid untuk menulis nombor 1 hingga 12 di bawah garisan menegak tersebut dan kemudian melekatkan kedua-dua penjuru tersebut dengan syarat nombor-nombor menghadap ke luar.

Jejalur kertas. 1. Apabila guru telah selesai menekankan bahawa jarum pendek adalah menunjukkan jam, guru akan menerangkan pula bahawa jarum panjang adalah untuk menunjukkan minit. 2. Guru menerangkan kepada murid-murid bahawa mereka akan belajar untuk menunjukkan pukul 1, pukul 2, pukul 3, dan seterusnya sehinggalah pukul 12 dengan menggunakan kedua-dua jarum jam panjang dan pendek. 3. Guru meminta seorang murid untuk memusingkan jarum jam pendek ke pukul 4 dan kemudiannya guru memusingkan jarum jam yang panjang ke nombor 12 lalu memberitahu murid bahawa jam sedang menunjukkan tepat pukul 4. 4. Kemudian, guru menunjukkan contoh-contoh yang lain lagi dengan meminta murid lain untuk memusingkan jarum jam dan minit itu. 5. Seterusnya, guru menunjukkan cara menulis pukul 4 iaitu 4.00 di atas papan hitam. Begitu juga dengan setiap contoh lain yang telah ditunjukkan sebentar tadi.

6. Guru memodelkan kedudukan jarum pada jam 6 dan meminta murid untuk menyebut masa yang terpapar pada model jam tersebut. Kemudian, guru menggunakan semula simbol-simbol yang telah digunakan pada set induksi iaitu gambar untuk pagi, petang, dan malam. 7. Guru melekatkan simbol pagi serta menyebut 6 pagi dan menuliskan perkataan 6.00 pagi di atas papan hitam. 8. Murid dikehendaki menulis perkataan 6.00 pagi dan cara sebutannya di atas buku latihan. 9. Pada masa yang sama, guru menanyakan murid tentang aktiviti yang mereka selalu lakukan pada pukul 6.00 pagi, contohnya bangun pagi. Hal ini akan menyedarkan murid bahawa dalam sehari terdapat 24 jam iaitu jarum jam akan berputar mengelilingi muka jam dengan lengkap sebanyak 2 kali. 10. Langkah 1 hingga 3 diulangi bagi jam-jam seterusnya sehinggalah balik semula ke pukul 6 pagi. Tetapi, bagi waktu malam, simbol bulan akan digunakan. Kad gambar aktiviti Deskripsi: 1. Guru menyuruh murid untuk duduk dalam bentuk semibulatan dan menghadap ke arah papan hitam. 2.Guru membahagikan papan hitam kepada tiga ruang dan menulis perkataan pagi, petang, dan malam di setiap ruangan tersebut. 3. Guru menunjukkan sebuah kotak ajaib kepada murid-murid. 4. Guru menyuruh murid untuk mengambil satu kad setiap seorang daripada kotak ajaib tersebut. Kotak Ajaib 1. Guru memberikan satu kertas pinggan, satu pen warna hitam, satu paku tekan, satu anak panah pendek dan panjang kepada setiap murid. 2. Guru menyuruh murid untuk menulis nombor 1 hingga 12 dengan menggunakan pen hitam di atas kertas pinggan yang telah ditandakan sebanyak 12 garisan menegak oleh guru sebelum ini.

3. Guru menyuruh murid untuk meletakkan pepenjuru rata kedua-dua anak panah di atas titik tengah yang telah ditandakan guru sebelum ini dan kemudian menekannya dengan menggunakan paku tekan. 1. Seterusnya, guru menunjukkan jam dinding sebenar kepada murid. 2. Guru bertanya kepada murid-murid tentang ciri-ciri yang terdapat pada sebuah jam iaitu nombor 1 hingga 12, jarum pendek, dan jarum panjang. 3. Guru menjelaskan bahawa pada hari ini murid akan mempelajari cara untuk membaca jarum jam pada masa yang tepat sahaja. Model Jam Guru memberikan bimbingan kepada murid untuk mengerakkan jarum jam dan cara sebutannya semasa proses pembelajaran dan pengajaran sekiranya mereka tidak dapat melakukannya dengan sendiri. Guru memberikan lembaran kerja 1, 2, dan 3 kepada murid. Lembaran tersebut diedarkan secara berperingkat-peringkat iaitu dari mudah ke susah. Kemahiran membaca jam bahagian 1. 1. Guru menggunakan jam sebenar yang tidak mempunyai bateri untuk menunjukkan masa pada jam yang tepat dan meminta murid-murid untuk memberitahu masa yang tertera pada jam tersebut. 2. Kemudian, guru memberitahu murid bahawa kebolehan untuk membaca adalah sangat penting kerana ia dapat membantu kita untuk mengetahui masa dengan tepat misalnya kita dapat mengikuti rancangan TV kegemaran dengan tepat setiap hari serta bangun pada masa yang sesuai setiap pagi supaya tidak lewat ke sekolah. 1. Guru melekatkan model jam di papan hitam dan memodelkan kepada murid arah jarum bergerak. 2. Murid ulangi langkah 1. 3. Guru menjelaskan bahawa jarum pendek (hitam) merujuk kepada jam manakala jarum panjang (merah) merujuk kepada minit. 4. Guru menggunakan jarum jam yang pendek untuk menunjukkan nombor 1, 2, 3, dan seterusnya hinggalah nombor 12 sambil meminta murid-murid untuk membacakan nombor yang ditunjukkan itu.

5. Guru juga menerangkan bahawa apabila jarum jam pendek menunjukkan kepada nombor tersebut, maka masa jam adalah seperti yang ditunjukkan oleh jarum tersebut. 6. Guru meminta murid untuk menunjukkan jam 5 pada model jam mereka sendiri dengan menggunakan jarum jam pendek sahaja. Kemudian, guru mengemukakan contoh-contoh yang lain sehingga murid-murid sudah boleh menunjukkan masa dengan menggunakan jarum jam pendek dengan betul. Model jam. Murid boleh memberitahu masa bagi aktiviti-aktiviti yang dilakukan setiap hari, contohnya, masa rancangan TV kegemaran mereka disiarkan, masa bangun pagi, masa sekolah bermula, masa sekolah berakhir, dan sebagainya.

~TAMAT~

You might also like