You are on page 1of 17

APA ITU DROPBOX?

Satu aplikasi yang menyediakan ruang simpanan untuk file anda secara online. Bagi pengguna baru yang belum berkesempatan mempunyai hosting sendiri, Dropbox boleh digunakan sebagai host kepada produk percuma anda yang ingin anda berikan kepada subscriber anda. Aplikasi Dropbox akan mencipta satu folder baru didalam komputer anda secara automatik dan folder itu sama macam folder dalam komputer anda. Bezanya ialah setiap kali anda masukkan fail ke dalam folder Dropbox, fail akan di upload secara automatik ke dalam folder anda yang terletak di dropbox.com. Maknanya anda boleh akses ke dalam folder anda walau dimana anda berada. (macam pen-drive versi online). Untuk mendapat link download produk percuma anda, anda hanya perlu masuk ke dalam folder public, right-click ke atas folder tersebut dan pilih copy public link. Selepas itu,link download anda akan dipaparkan. Inilah link download yang anda berikan kepada subscriber anda dan ianya PERCUMA sehingga 2GB.

Dropbox adalah satu perkhidmatan internet yang dilancarkan pada sekitar bulan Mei 2008 diguna pakai dengan integrasi aplikasi pada telefon pintar iPhone. Walau bagaimanapun, perkhidmatan ini telah dikembangkan kepada perisian desktop. Dropbox adalah aplikasi dan perkhidmatan yang membenarkan sinkronasi folder atau fail pada satu komputer dengan komputer lain dijalankan dengan mudah melalui hubungan internet. Selain itu, ianya turut menawarkan sambungan kepada telefon pintar seperti iOS dan Android

Pakej berbayar daripada Dropbox Pengguna yang memerlukan saiz storan yang lebih besar boleh melanggan beberapa pakej yang disediakan. Dropbox menawarkan perkhidmatan percuma kepada pengguna yang berdaftar dalam sistemnya.

Perkhidmatan percuma diberi ruangan storan sebanyak 2GB (yang cukup besar bagi saya).
Terdapat beberapa pakej berbayar yang menawarkan storan yang lebih besar. Perisian Dropbox yang ringan dan tidak membebankan sistem operasi boleh dimuat turun secara percuma Proses sambungan dan sinkronasi antara komputer, telefon pintar dan tablet dijalankan pada masa sebenar Fail-fail yang disinkronasi boleh diakses menerusi perisian pelayar tanpa memerlukan pemasangan aplikasi desktop di pasang.

Tambah menarik ia membenarkan kita untuk berkongsi sama ada folder atau fail tertentu dengan kenalan tertentu. Sinkronasi dijalankan secara atas talian setiap kali perubahan disimpan dan dimuat naik (konsep "cloud sharing")

Dropbox menyokong sinkronasi segala jenis fail atau folder termasuk fail aplikasi (.exe) dan lainlain sambungan tanpa sebarang had dan syarat (jauh lebih baik berbanding Google Docs atau pengehosan lain). Tiada had untuk sambungan peranti kepada satusatu akaun Dropbox

Apabila akaun kita didaftarkan dalam sistem, Dropbox akan membuka storan simpanan kepada pengguna. Dengan aplikasi yang diberikan oleh pihak Dropbox, ianya perlu dipasang (jika mahukan sinkronasi dilakukan dengan lebih mudah). Atau kita boleh muat naik sebarang fail terus ke dalam sistem Dropbox melalui web pelayan. Fail-fail atau folder yang dimuat naik dan direkod akan disimpan di dalam pelayan Dropbox. Pada masa yang sama, Dropbox akan menghantar signal kepada semua peranti yang disambungkan kepada akaun yang sama (telefon pintar, komputer atau tablet) untuk proses sinkronasi dijalankan.

Melalui cara ini, kadar penggunaan beban jalur lebar dapat diminimumkan dan tahap prestasi sambungan internet tidak akan terjejas. Aplikasi Dropbox juga akan melihat kekuatan dan kelajuan sambungan internet untuk penentuan penggunaan beban jalur lebar (bandwidth) Bagi pengguna yang tidak mempunyai langganan internet pada peranti (telefon atau tablet), sinkronasi akan dijalankan sebaik sahaja capaian Wifi diperolehi. Kes ini bagi pengguna yang mempunyai langganan internet tetap di rumah sahaja.

KEKURANGAN DROPBOX

Setiap kelebihan pasti ada sedikit kekurangan. Antara kekurangan dropbox ialah: Memerlukan capaian internet sekiranya versi fail terbaru diperukan. Ruangan storan terhad kepada 2GB sahaja bagi akaun percuma. Tetapi boleh ditingkatkan sehingga 16GB dengan menjalankan aktiviti promosi kepada kawan-kawan. Kelajuan proses sinkronasi tidak boleh diubah suai secara manual. Walaupun capaian internet sangat laju, tetapi proses sinkronasi agak perlahan.

Fail-fail dalam akaun tidak boleh dikongsi secara umum melalui pautan muat turun. Ini bagi menjaga polisi, terma dan syarat perkongsian fail dunia internet.

MULAKAN DENGAN DROPBOX

LANGKAH 2

LANGKAH 1 Pergi ke: http://www.dropbox.com

Masukkan semua butir diri dan maklumat yang diminta dan klik pada create account.

LANGKAH 3

LANGKAH 4

Proses downloading dropbox akan terpapar selepas creat account dipilih.

Klik pada Run untuk install dropbox didalam laptop/ destop.

LANGKAH 5

LANGKAH 6

Proses installation sedang berlaku Klik pada ruang Install

LANGKAH 7

LANGKAH 8

Dropbox setup dan klik next

Paparan Create your dropbox akan terpapar

LANGKAH 9

LANGKAH 10

Masukkan maklumat diri pengguna dan klik next

Pilih 2GB untuk free user dan klik next.

LANGKAH 11

LANGKAH 12

Akaun dropbox anda telah berjaya didaftarkan klik next

Klik next

LANGKAH 13

LANGKAH 14

Klik next

Klik next

LANGKAH 15

Akaun anda telah berjaya didaftarkan. Klik finish

DROPBOX

Fail dropbox didalam laptop/destop

Fail dropbox didalam wedsite http://www. dropbox.com

TAMAT

You might also like