Professional Documents
Culture Documents
KEMAHIRAN TEKNIKAL 76
Cetakan 2011
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengubah mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun tanpa mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
KANDUNGAN
BIL
1 2 3 4 5 6 7 8 9 PENDAHULUAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN MATLAMAT MATA PELAJARAN OBJEKTIF MATA PELAJARAN OBJEKTIF PENTAKSIRAN TAFSIRAN KERANGKA STANDARD PRESTASI PERNYATAAN STANDARD KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL STANDARD PRESTASI KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL
PERKARA
MUKA SURAT
1 2 3 3 4 5 6 7 8
PENDAHULUAN
Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal merangkumi komponen Reka Bentuk dan Teknologi, Kemahiran Teknikal serta Perniagaan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran teras Tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Rendah. Mata pelajaran ini yang digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan kemahiran teknologi dan keusahawanan dalam usaha membangun modal insan melalui program pendidikan yang berkualiti dan holistik. Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Pentaksiran Sekolah dalam bentuk pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir proses pembelajaran. Pentaksiran Pusat dijalankan berdasarkan jadual yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan yang mempunyai standard, panduan dan peraturan, instrumen dan kaedah menganalisis yang akan disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran ini dibina dengan komponen teras iaitu Reka Bentuk dan Teknologi dan komponen elektif iaitu Kemahiran Teknikal sebagai panduan untuk guru membimbing murid dan seterusnya mendapatkan maklumat tentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan. Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
MATLAMAT
Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.
(Dipetik daripada Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1 hingga 3 (semakan) Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003)
OBJEKTIF PENTAKSIRAN
Berdasarkan matlamat dan objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) mata pelajaran yang dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan murid dalam mempamerkan; OP1 OP2 OP3 OP4 OP5 OP6 OP7 Kebolehan berdikari dalam menjalankan kerja buat sendiri Kenal faham terhadap teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian Kenal faham terhadap ekonomi untuk kehidupan harian Kebolehan mengaplikasikan kemahiran bagi menghasilkan sesuatu projek / produk Kebolehan bagi mengaplikasikan kreativiti untuk mereka bentuk dan menghasilkan sesuatu produk / projek Mengamalkan cara bekerja yang sistematik, bijaksana dan dengan teknik yang betul dengan yakin diri Kebolehan mendokumentasikan maklumat secara bersistem
(Dipetik daripada Dokumen Format Pentaksiran Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal, Lembaga Peperiksaan. Kementerian Pelajaran Malaysia. 2005)
TAFSIRAN
o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu. o Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang individu. o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran. o Descriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai. o o Evidence (murid) ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat bagi sesuatu descriptor. Evidence (bahan) ialah bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak dan laporan. o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi dan ujian amali. o Pentaksiran Sekolah merupakan pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah berdasarkan tugasan, instrumen pentaksiran, peraturan dan penskoran yang dibangunkan oleh sekolah merujuk kepada Dokumen Standard Prestasi yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.
6
5
4
3
2
1
Tahu
Faham
Tahu
Faham
Tahu
Faham
Faham Faham
Boleh buat
PERNYATAAN STANDARD
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara berinisiatif Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara sistematik Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan Mengetahui dan memahami tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan Mengetahui tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan
BAND 1
10
B1D6 Mengetahui tentang kaedah pembiakan tanaman hiasan. B1D7 Mengetahui tentang elektrik.
B1D7E1 Menyatakan rumus rintangan dalam litar selari. B1D7E2 Menyatakan nama empat bahagian utama meter pelbagai. B1D7E3 Menyatakan tiga komponen pada unit kawalan utama bekalan elektrik domestik.
B1D8E1 Menyatakan satu jenis pergerakan mekanikal. B1D8E2 Menyatakan tiga jenis gear.
11
BAND 2
12
B2D2E1 Menerangkan proses kemasan menggunakan syelek. B2D3E1 Menerangkan fungsi tiga alatan tangan termasuk pena ujian. B2D4E1 Menerangkan fungsi tiga paip yang disambung ke tangki simpanan air. B2D4E2 Menerangkan fungsi enam jenis penyambung paip.
13
B2D6 Mengetahui dan memahami tentang medium semaian tanaman hiasan. B2D7 Mengetahui dan memahami tentang elektrik.
B2D6E1 Menerangkan nisbah campuran medium semaian. B2D7E1 Menerangkan dua perbezaan antara litar siri dan litar selari. B2D7E2 Menerangkan fungsi tiga komponen pada unit kawalan utama bekalan elektrik domestik.
B2D8 Mengetahui dan memahami tentang pergerakan mekanikal. B2D9 Mengetahui dan memahami tentang perniagaan.
14
BAND 3
15
B3D2 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik. B3D3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang kerja penyenggaraan perpaipan. B3D4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang mesin jahit. B3D5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang penyemaian tanaman hiasan.
B3D4E1 Menjahit kertas tanpa benang pada garisan lurus, berpenjuru dan melengkung. B3D5E1 Menyemai keratan batang dalam medium semaian.
16
B3D6E2 Mengukur voltan dalam litar siri. B3D6E3 Mengira jumlah rintangan dalam litar selari. B3D6E4 Mengira jumlah rintangan dalam litar siri.
17
BAND 4
18
B4D4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang elektrik secara sistematik. * Peraturan * Prosedur * Urutan * Betul : : : :
Lakaran mesti menggunakan pensel, tidak boleh menggunakan pembaris, lakaran mesti dalam bentuk oblik atau isometrik. Mengikut langkah kerja yang betul. Susunan yang teratur. Mengikut langkah kerja dan berfungsi.
19
BAND 5
20
21
BAND 6
22
23
Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 1, 2, 5 15, Blok E11, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya Tel. : 03-88843787 Faks : 03-88843783 Web : http://www.moe.gov.my/lp e-mel : weblpm@moe.gov.my
24