You are on page 1of 11

KEJOHANAN BOLA TAMPAR JEMPUTAN PIALA PUSINGAN LIGER 2013 ANJURAN KELAB BOLA TAMPAR LIGER AMPANG

UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
Pertandingan Bola Tampar ini akan dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Undang-undang Persatuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB) dan Peraturan Am yang ditetapkan oleh MAVA dengan pengecualian berikut : 1. NAMA KEJOHANAN
Kejohanan ini dinamakan KEJOHANAN BOLA TAMPAR JEMPUTAN PIALA PUSINGAN LIGER 2013

2.

TARIKH DAN TEMPAT


Kejohanan ini akan diadakan pada 26 & 27 Januari 2013 (Sabtu & Ahad) di STADIUM TERTUTUP PAROI, NEGERI SEMBILAN.

3.

TUJUAN
3.1. Memupuk semangat muhibah di kalangan pegawai dan peserta-peserta yang berbilang kaum. Mempopularkan permainan Bola Tampar pada masyarakat setempat Meningkatkan taraf dan prestasi permainan Bola Tampar. Meningkatkan taraf kejohanan setara dengan kejohanan masa kini.

3.2. 3.3. 3.4.

4.

PENYERTAAN
4.1. 4.2. Kejohanan ini hanya jemputan lelaki sahaja :Setiap pasukan mengandungi seorang pengurus, seorang jurulatih atau seorang penolong jurulatih/juruiring dan 12 orang pemain.

5.

KELAYAKAN PEMAIN
5.1. 5.2. 5.3. 5.4. Warganegara Malaysia atau penduduk bermastautin tetap. Pemain boleh mewakili satu pasukan sahaja. Pemain bagi setiap pasukan dibenarkan mendaftar hanya 3 orang pemain MAKSAK atau SUKMA, (Tahun 20092013). Pemain MAVA League, Negara Senior & Junior,AUG tidak dibenarkan sama sekali untuk bermain. Pemain yang berumur 40 tahun ke atas tidak termaktub dengan syarat kelayakan pemain. Pengesahan pemain akan dibuat setengah jam sebelum perlawanan pertama pasukan masing-masing di Urusetia. Pengurus pasukan dikehendaki mengumpulkan dokumen-dokumen yang boleh mengesahkan kelayakkan pemain.

5.3

5.3

6.

TARIKH TUTUP
Tarikh tutup penyertaan ialah pada 20 Januari 2013 (Ahad)

7.

MESYUARAT PENGURUS PASUKAN DAN CABUTAN UNDI


Tarikh : Masa : Tempat : 23 Januari 2013 (Rabu) 2.30 petang TBA (akan di beritahu)

8.

UNDANG-UNDANG KEJOHANAN
8.1. Selain daripada undang-undang pertandingan yang terkandung, kejohanan ini akan dijalankan mengikut undang-undang yang sedang dikuatkuasakan. Sebarang kejadian di luar dugaan yang tidak dinyatakan dalam peraturan pertandingan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola dan keputusannya adalah muktamad.

8.2.

9.

SISTEM PERTANDINGAN Sesuatu pertandingan hanya dapat dijalankan atau diadakan sekiranya terdapat 5 pasukan mengambil bahagian. Sistem pertandingan akan dijalankan secara Liga dan/atau Kalah Mati. 9.1 Cara Satu (1) Kumpulan 9.1.1 Sekiranya lima (5) pasukan mengambil bahagian, pertandingan akan dijalankan secara Liga Satu Kumpulan. Pasukan yang mendapat mata terbanyak akan dikira sebagai Johan, Kedua terbanyak menjadi Naib Johan dan seterusnya.

9.1.2

9.2

Cara Dua (2) Kumpulan 9.2.1 Pusingan Awal 9.2.1.1 Sekiranya enam (6) pasukan atau lebih mengambil bahagian pasukan akan dibahagikan kepada dua (2) Kumpulan A dan B dan pertandingan akan dijalankan secara Liga. Undian Kumpulan akan dijalankan untuk menentukan pasukan masing masing berada dalam kumpulan secara adil. Sekiranya berlaku penarikan diri sebelum jadual rasmi dijadualkan dalam mana-mana kumpulan dengan hanya dua (2) pasukan sahaja yang mengambil bahagian dalam pasukan berkenaan, maka pasukan terakhir dalam kumpulan lagi satu secara automatik dipindahkan ke dalam kumpulan yang kurang.

9.2.1.2

9.2.1.3

9.2.2 Pusingan Separuh Akhir

9.2.2.1

Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan ditempat dalam dua kumpulan iaitu kumpulan X dan Y seperti berikut:Kumpulan X Johan Kumpulan A Naib Johan Kumpulan B Kumpulan Y Johan Kumpulan B Naib Johan Kumpulan A

9.2.2.2 9.2.3 Pusingan Akhir

Pertandingan dijalankan secara KALAH MATI.

Pemenang Kumpulan X akan melawan Pemenang Kumpulan Y untuk menentukan Johan dan Naib Johan. 9.3 Cara Tiga (3) Kumpulan 9.3.1 Pusingan Awal 9.3.1.1 Sekiranya penyertaan terdiri daripada sembilan (9) pasukan, pertadingan akan dijalankan secara liga tiga kumpulan A, B dan C. Undian Kumpulan akan dijalankan untuk menentukan pasukan masing masing berada dalam kumpulan secara adil.

9.3.1.2

9.3.2 Pusingan Suku Akhir 9.3.2.1 Johan dan Naib Johan setiap kumpulan adalah layak untuk memasuki pusingan Suku Akhir. Johan A dan Johan B diberikan Bye seperti berikut:-

9.3.2.2

Johan A N. Johan C N. Johan B Johan C N. Johan A Johan B 9.4 Cara Empat (4) Kumpulan 9.4.1 Pasukan akan dibahagikan kepada empat (4) kumpulan (A, B, C dan D)

9.4.2

Setiap kumpulan mengandungi sekurang-kurangnya 3 pasukan Undian Kumpulan akan dijalankan untuk menentukan pasukan masing masing berada dalam kumpulan secara adil. Pasukan yang layak ke peringkat suku akhir kejohanan pada tahun sebelumnya akan diundi untuk mengisi kedudukan A2, B2, C2 atau D2. Lapan (8) pasukan akan dipilih untuk bertanding dalam Pusingan Suku Akhir seperti berikut:-

9.4.3

9.4.4

9.4.5

Johan A N. Johan C N. Johan B Johan D Johan C N. Johan A N. Johan D Johan B

9.5

Cara Lima (5) Kumpulan 9.5.1 Pasukan akan (A,B,C,D dan E) dibahagikan kepada (5) kumpulan

9.5.2

Setiap kumpulan mengandungi sekurang-kurangnya 3 pasukan Undian Kumpulan akan dijalankan untuk menentukan pasukan masing masing berada dalam kumpulan secara adil. Pasukan yang layak ke peringkat suku akhir akan diundi untuk berada dalam kedudukan A2, B2, C2, D2, E1 atau E2. Sepuluh (10) pasukan akan dipilih untuk pertandingan dalam Pusingan Kedua adalah seperti berikut:4

9.5.3

9.5.4

9.5.5.1

Johan A N. Johan E N. Johan B N. Johan C Johan D Johan B N. Johan D N. Johan A Johan E Johan C

9.6

Cara Enam (6) Kumpulan 9.6.1 9.6.2 9.6.3 Pasukan akan dibahagikan kepada (6) kumpulan (A,B,C,D,E dan F) Setiap kumpulan mengandungi sekurang-kurangnya 3 pasukan Undian Kumpulan akan dijalankan untuk menentukan pasukan masing masing berada dalam kumpulan secara adil. Pasukan yang layak ke peringkat suku akhir akan diundi untuk berada dalam kedudukan A2, B2, C2, D2, E1 atau F1. Dua belas (12) pasukan akan dipilih untuk pertandingan dalam Pusingan Kedua adalah seperti berikut:-

9.6.4

9.6.5

Johan A N. Johan B N. Johan C Johan E N. Johan F Johan D Johan C N. Johan E Johan F N. Johan D N. Johan A Johan B

9.7

Cara Tujuh (7) Kumpulan 9.7.1 Pasukan akan dibahagikan kepada (7) kumpulan (A,B,C,D,E, F dan G)

9.7.2 Setiap kumpulan mengandungi sekurang-kurangnya 3 pasukan 9.7.3 Undian Kumpulan akan dijalankan untuk menentukan pasukan masing masing berada dalam kumpulan secara adil. Pasukan yang layak ke peringkat suku akhir akan diundi untuk berada dalam kedudukan A2, B2, C2, D2, E1, F1 dan G1. Empat belas (14) pasukan akan dipilih untuk pertandingan dalam Pusingan Kedua adalah seperti berikut:-

9.7.4

9.7.5

Johan A N. Johan B N. Johan C Johan E N. Johan F N. Johan G Johan D

Johan C Johan G N. Johan E Johan F N. Johan D N. Johan A Johan B

9.8 Cara Lapan (8) Kumpulan 9.8.1 Pasukan akan dibahagikan kepada (8) kumpulan (A,B,C,D,E, F,G dan H) Setiap kumpulan mengandungi sekurang-kurangnya 3 pasukan Undian Kumpulan akan dijalankan untuk menentukan pasukan masing masing berada dalam kumpulan secara adil. Pasukan yang layak ke peringkat suku akhir akan diundi untuk berada dalam kedudukan A2, B2, C2, D2, E1, F1, G1 dan H1.

9.8.2 9.8.3

9.8.4

9.8.5 Enam belas (16) pasukan akan dipilih untuk pertandingan dalam Pusingan Kedua adalah seperti berikut:-

Johan A N. Johan B N. Johan C Johan H N. Johan F Johan E N. Johan G Johan D Johan C N. Johan H N. Johan E Johan F Johan G N. Johan D N. Johan A Johan B

10.

SISTEM PEMBERIAN MATA/CARA MENENTUKAN KEDUDUKAN


10.1. Pertandingan akan dijalankan secara volleython iaitu 31 mata di semua peringkat kumpulan dan pusingan kedua yang memenangi 31 mata dahulu dikira menang dan sekirannya hingga ke dius mata max. 33mata. Dalam peringkat Suku akhir pertandingan akan dijalankan dalam 3 set (25 , 25, dan 15) dan pasukan yang memenangi 2 set dikira menang. Manakala separuh akhir perlawanan 5 set (best of 5 25, 25, 25, 25,15). Pertandingan tempat ketiga / keempat dan akhir akan berlangsung 5 set (Best of 5). 10.2. Yang menang Yang kalah Lucutan teknikal/ menarik diri 10.3. Sekiranya masih terdapat keadaan seri :Z = Jumlah mata yang menang (Semua perlawanan) Jumlah mata yang kalah Pasukan yang nisbah matanya lebih tinggi menduduki tempat teratas. ---------2 mata 1 mata 0 mata

10.4. Diperingkat yang dijalankan secara liga, jika terdapat dua atau lebih pasukan yang mempunyai mata yang sama: C = Jumlah set yang menang Jumlah set yang kalah (Semua perlawanan)

Pasukan yang nisbah setnya lebih tinggi menduduki tempat teratas. 10.5. Sekiranya keadaan seri masih berlaku antara 3 pasukan atau lebih :N = Jumlah set menang (perlawanan antara pasukan terlibat) Jumlah set kalah Pasukan yang nisbah set yang lebih tinggi menduduki tempat teratas. 10.6. Sekiranya masih terdapat keadaan seri antara 3 pasukan atau lebih :R = Jumlah mata menang (perlawanan antara pasukan terlibat) Jumlah mata kalah Pasukan yang nisbah mata yang lebih tinggi menduduki tempat teratas. 10.7. Sekiranya masih terdapat keadaan seri antara dua pasukan, keputusan perlawanan antara dua pasukan yang berkenaan akan diambilkira. Pasukan yang menang perlawanan itu menduduki tempat atas. 10.8. Sekiranya keadaan masih berlaku cabutan undi akan dibuat untuk menentukan kedudukan akhir.

11.

PAKAIAN SERAGAM
Semua pasukan mesti berpakaian jersi seragam. 11.1. Jersi hendaklah bernombor yang berukuran 15 cm tinggi di tengah-tengah hadapan dan 20 cm di belakang. 11.2. Nombor jersi mestilah dari 1 hingga 18. 11.3. Pasukan yang tidak berpakaian seragam tidak akan dibenarkan bertanding.

12.

PERTUKARAN PEMAIN
Pertukaran/ Penambahan pemain boleh dilakukan di urusetia satu jam sebelum perlawanan pertama dimulakan. Selepas itu, segala pertukaran/penambahan tidak akan dibenarkan.

13.

PEMBATALAN (WALKOVER)
13.1. Tiap-tiap pasukan mesti berada di gelanggang setengah jam sebelum masa yang ditetapkan untuk perlawanan. Pasukan yang lewat 10 minit selepas masa yang dijadualkan tanpa sebab yang munasabah akan dianggap sebagai telah memberi kemenangan percuma kepada lawannya. 13.2. Pasukan yang memberi kemenangan percuma dianggap telah menarik diri dari kejohanan dan tidak dibenarkan menyertai perlawanan-perlawanan seterusnya

dan semua keputusan pertandingan diperolehi oleh pasukan itu akan dibatalkan. 14. PENGADIL
Pengadil-pengadil yang mengadili pertandingan ini terdiri daripada Calon Pengadil Negeri dan ke atasnya.

15.

PENGANTUNGAN
Pemain yang disingkirkan dalam sesuatu perlawanan akan dengan automatik digantung bermain dalam satu perlawanan yang berikut sehingga Jawatankuasa Tatatertib telah membuat keputusan.

16.

BANTAHAN/ RAYUAN
16.1. Pasukan yang ingin membuat bantahan semasa perlawanan berjalan, mesti memberitahu pengadil secara lisan. Walau bagaimanapun perlawanan akan diteruskan Under Protest. Hanya Ketua pasukan dibenarkan membuat bantahan. 16.2. Sekiranya selepas perlawanan pasukan masih ingin membantah, pengurus pasukan mesti menulis perkataan Ingin Membantah di ruang catatan dalam kertas skor dan menandatanganinya. Bantahan secara bertulis mesti disertakan dengan wang tunai RM 300.00 sebagai wang cagaran dalam masa jam selepas tamatnya perlawanan. 16.3 Wang cagaran ini tidak akan dipulangkan jika didapati bahawa bantahan itu tidak munasabah. 16.4 Sekiranya bantahan diterima maka wang cagaran akan dikembalikan hanya RM 250.00 sahaja. RM 50.00 akan dikenakan sebagai Yuran Proses.

17.

JURI RAYUAN
Juri Rayuan akan diketuai oleh Pengerusi J/K Pengelola atau wakilnya. Ahli-ahli Juri Rayuan akan terdiri daripada Ketua Pengadil Kejohanan dan 2 orang pengurus pasukan yang tidak terlibat dalam rayuan itu. Juri Rayuan akan bersidang dalam masa 1 jam sebaik sahaja menerima bantahan bertulis.

18.

YURAN 18.1 Kategori Lelaki Sahaja - RM 250.00/ 1 pasukan

19.

HADIAH :
19.1. Piala pusingan akan dihadiahkan kepada pasukan Johan sahaja 19.2. Hadiah wang adalah seperti berikut :19.2.1 Johan RM 1,500.00 N/Johan RM 1,000.00 Ke-3 RM 500.00 Ke-4 RM 300.00

19.2.2 Medal Johan, N.Johan dan Separuh Akhir

19.3. Pasukan yang berjaya menjadi Johan dan memiliki Piala Pusingan adalah bertanggungjawab untuk menyerah kembali kepada pihak penganjur selepas kejohanan.

10

19.

PERKARA AM :
19.1. Jawatankuasa Pengelola Kejohanan mempunyai hak untuk mengambil sebarang keputusan jika timbul sesuatu kemusykilan dalam kejohanan ini yang tidak dinyata dalam peraturan pertandingan ini dan keputusan adalah muktamad. Pihak Jawatankuasa Pengelola Kejohanan juga berhak meminda sebarang undangundang kejohanan jika didapati perlu. 19.2. Tiap-tiap perlawanan akan dijalankan mengikut masa yang telah dijadualkan, tetapi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan ini berhak meminda susunan atau masa perlawanan jika perlu. 19.3. Selain daripada pegawai-pegawai yang bertugas, pemain-pemain yang terlibat dan jurukamera rasmi, tidak sesiapa pun dibenarkan masuk ke dalam gelanggang bila sesuatu perlawanan sedang dijalankan. 19.4. Ahli-ahli sesuatu pasukan yang dibenarkan menduduki atas bangku pemain pengganti yang disediakan pada masa perlawanan adalah berikut :a) b) c) d) Pengurus Pasukan Ketua Jurulatih Penolong Jurulatih/Juruiring 6 orang pemain pengganti

19.5. Disiplin dan kebajikan ahli sesuatu pasukan adalah tanggungjawab pengurus pasukan masing-masing dan diharap semua pengurus pasukan akan memberi kerjasama kepada pihak pengelola kejohanan supaya kejohanan boleh dijalankan dengan licin.

20.

PERTANYAAN :
Segala pertanyaan dan surat menyurat hendaklah disalurkan kepada :-

No12, Jalan Kencana 26 Taman Kencana, 56100 Kuala Lumpur. ( u.p. : En. Mohd Fadzly Yusof )

No Telefon Bimbit E-mail

: : :

017-9996779 / 011-15760376 fadzly880304@yahoo.com ligervc@gmail.com

11

You might also like