You are on page 1of 46

PETA MIQAT

Bir Ali
Qarnul Manazil
Madinah
Makkah

45







Umrah pertama hukumnya wajib,(mazhab As-Syafie),dan
boleh dilakukan pada bila-bila masa mengikut
kemampuan masing-masing.
Haji secara Tamattu pula, ialah mengerjakan umrah
dahulu dalam bulan-bulan haji sekali atau berkali-kali
kemudian dikerjakan haji dalam tahun itu juga.
Bagi jemaah yang memasuki Madinah dahulu kemudian
ke Makkah akan berlaku niat Ihram Umrah di Madinah
atau di Bir Ali setelah berada di Madinah bagi tempoh
tertentu. Semasa berada di Madinah jemaah lelaki hanya
berpakaian biasa melainkan setelah tiba masa berangkat
ke Makkah akan berpakaian ihram.

Adapun jemaah yang ingin melaksanakan haji tamattu
dari tanah air yang akan terus ke Makkah dahulu akan
berlaku niat Ihram Umrah di dalam kapal terbang iaitu
sebelum tiba di Miqat Qarnul Manazil dengan berpakaian
ihram.

Oleh itu sunat-sunat sebelum ihram bagi jemaah yang
memasuki Madinah dahulu akan berlaku di tempat
penginapan di Madinah. Manakala bagi jemaah yang
terus memasuki Makkah dahulu sunat-sunat sebelum ihram
berlaku di tanah air.




PERJALANAN HAJI
SECARA TAMATTU


46




SUNAT-SUNAT SEBELUM BERNIAT IHRAM

1. Mengerat kuku.
2. Menanggalkan bulu ketiak, ari-ari, mengandam misai,
janggut dan rambut.
3. Mandi Sunat Ihram;

Sahaja aku mandi sunat ihram kerana Allah Taala.


4. Memakai minyak rambut dan bau-bauan di badan.
5. Memakai pakaian ihram berwarna putih dan baru.
6. Sembahyang Sunat Ihram;

Sahaja aku sembahyang sunat ihram dua rakaat
kerana Allah Taala.


7. Kemudian sembahyang pula dua rakaat Sunat
Musafir ketika di Madinah (bagi yang bermukim).


Sahaja aku sembahyang sunat safar dua rakaat
kerana Allah Taala.


47



DOA SAFAR (MUSAFIR)





.

Ertinya:

Ya Allah Ya Tuhanku! Engkaulah sebagai pengiring di
dalam perjalanan dan sebagai pengganti di dalam
menjaga keluarga, harta benda, anak pinak dan sekalian
rakan teman. Peliharalah aku serta mereka sekalian dari
segala bencana merbahaya. Ya Allah Ya Tuhanku! Aku
memohon kepadaMu kebajikan dan taqwa dalam
perjalananku ini dan memohon amalan yang boleh
meredhaiMu semata-mata. Ya Allah Ya Tuhanku!
Sesungguhnya kami memohon perlindungan kepadaMu
daripada segala mara bahaya dalam perjalanan dan
perkara-perkara yang mendukacitakan. Jauhilah buruk
pandangan. pada kaum keluarga, harta benda dan anak
cucu.



48



DOA KETIKA BERDIRI DI PINTU RUMAH (DI MADINAH)


`

.
Ertinya:
Dengan nama Allah aku bertawakkal kepada Allah.
Tiada kuasa dan kekuatan melainkan dengan Allah. Ya
Tuhanku! Aku mohon perlindungan daripada menjadi
sesat atau disesatkan, daripada menjadi hina atau
dihinakan, daripada menjadi penginiaya atau diiniayakan
dan daripada bodoh atau dibodohkan.


BACAAN SEMASA MENAIKI KENDERAAN


`
.
Maksudnya:
Maha suci Engkau Ya Allah yang telah
mempermudahkan kenderaan (perjalanan) ini untuk kami.
Sebenarnya kami sendiri tiada mempunyai kesanggupan
untuk mengendalikan. Sesungguhnya kami semuanya
akan kembali kepada Tuhan kami.



49








Berniat atau berihram umrah dibolehkan semasa
kenderaan mula bergerak dari tempat kediaman
Madinah, iaitu sebelum melepasi miqat atau berniat ihram
umrah di Miqat Bir Ali.

Jemaah dari Tanah Air yang akan terus memasuki Tanah
Suci Makkah, akan berniat umrah semasa berada di
dalam kapal terbang sebelum melepasi Miqat Qarnul
Manazil.

LAFAZ NIAT IHRAM UMRAH
(Berniat dalam hati - Rukun)

Sahaja aku mengerjakan umrah dan aku berihram
dengannya kerana Allah Taala.

LAFAZ NIAT
IHRAM BADAL UMRAH - Lelaki
(Berniat dalam hati - Rukun)

..........
Sahaja aku mengerjakan Umrah untuk sidan berihram
aku dengannya kepadanya kerana Allah Taala.

BERNIAT / BERIHRAM UMRAH DI
DALAM HATI - RUKUN


50



LAFAZ NIAT
IHRAM BADAL UMRAH - Perempuan
(Berniat dalam hati - Rukun)

...........
Sahaja aku mengerjakan Umrah untuk sidan berihram aku
dengannya kepadanya kerana Allah Taala.

SUNAT-SUNAT SELEPAS BERNIAT IHRAM


1. Selepas berniat/ihram, sunat bertalbiah tiga kali :


` . (3 KALI)


2. Kemudian bersalawat seperti dalam tasyahud akhir :

` `
` `
` `
` `
` ` .


51




3. kemudian berdoa:

.
Maksudnya:
Ya Allah ya Tuhan kami! Kami memohon keredhaanMu dan
syurga, dan kami mohon perlindunganMu daripada
kemurkaanMu dan juga neraka.

.
Maksudnya:
Ya Allah kerana Engkaulah yang telah berihram oleh diriku,
rambutku, buluku, kulitku, dagingku, dan darahku.


4. Selepas itu, bertalbiah sebanyak-banyaknya.


` .
Maksudnya:
Hambamu datang menyahut panggilanMu. Ya Allah
hambaMu datang menyahut panggilanMu, hambaMu datang
menyahut panggilanMu. Tuhan yang tidak ada sekutu bagiMu.
HambaMu datang menyahut panggilanMu. Sesungguh-nya
segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaanMu.
Tiada sekutu bagiMu.



52




5. Zikir melihat sesuatu yang ajaib atau yang
dibenci:


Maksudnya:
Hambamu datang menyahut panggilanMu, bahawa
penghidupan yang sebenarnya ialah penghidupan di
akhirat.

CATATAN TAMBAHAN

................................................................................

................................................................................

................................................................................

................................................................................

................................................................................

..

..............

..............



53








Sebaik sahaja seseorang itu berniat umrah, maka wajiblah
menjaga pantang larang ihram seperti berikut:

1. Menutup kepala atau sebahagian daripadanya
bagi lelaki, seperti memakai songkok, serban dan
sebagainya. Tetapi tidak menjadi larangan
sekiranya berteduh di bawah payung atau pokok.

2. Memakai pakaian bersarung sama ada berjahit
atau sebagainya, bagi lelaki seperti seluar,seluar
dalam, baju kemeja sarung kaki dan lain-lain.

3. Menutup muka bagi wanita.

4. Memakai sarung tangan.

5. Memakai bauan sama ada pada badan atau
pakaian atau pada makanan, minuman atau
menyedutnya ke dalam hidung.

6. Memakai minyak rambut pada kepala atau
janggut.

7. Menanggalkan rambut atau mana-mana bulu di
anggota badan.

8. Mengerat atau membuang kuku.

LARANGAN DALAM MASA IHRAM-
(Wajib Umrah)


54



9. Memotong, menebang dan mencabut pokok atau
tumbuhan di Tanah Haram.

10. Memburu binatang buruan yang halal dimakan
atau dibinasakannya, sama ada di Tanah Haram
atau di Tanah Halal.

11. Bersetubuh.

12. Melakukan perkara pendahuluan persetubuhan
seperti bercium, berkucup-kucupan atau
berpelukan yang menaikan nafsu syahwat.

13. Akad nikah, sama ada ijab atau qabul untuk diri
sendiri atau mewakili orang lain.

CATATAN:

Miqat Makani bagi jemaah haji dari Madinah ke
Makkah, ialah di Bir Ali (Zulhulaifah) manakala
Miqat bagi jemaah dari tanah air terus ke Makkah,
ialah di Qarnul Manazil.

Jemaah yang tidak berniat berihram di Miqat atau
sehingga melakukan rukun-rukun yang lain, maka
tidak sah umrah tersebut.

Mana-mana jemaah yang berniat ihram melepasi
Miqat seperti sengaja ingin melaksanakan niat
ihram (di Miqat Tan'im) dan telah melaksanakan
semua rukun-rukun umrah maka sah umrahnya,
berdosa dan wajib membayar dam.


55








Perjalanan dari Madinah ke Makkah sejauh 447 km
mengambil masa 6-8 jam secara menaiki bas. Sebelum
memasuki Bandar Makkah pemandu bas akan berhenti
rehat supaya jemaah dapat beristirehat dan
melaksanakan solat jika belum melakukannya.
Kemungkinan akan berlaku jemaah terpaksa melakukan
solat Subuh secara menghormati waktu sekiranya waktu
Subuh tersebut akan luput semasa jemaah masih berada
di atas kenderaan.

Bagi jemaah dari tanah air yang terus memasuki Makkah,
mengambil masa lebih kurang 2 jam dari Jeddah ke
Makkah secara menaiki bas.
Adab-adab memasuki Tanah Makkah adalah seperti
berikut:

1. Berdoa apabila melihat Bandar Makkah

Apabila sampai kawasan Tanah Haram Makkah dan
ternampak bangunan-bangunan Bandar Makkah maka
berdoalah:




ADAB SEBELUM MEMASUKI DAN
SEMASA DI MAKKAH


56



` `

` .

Ertinya:
Dengan nama Allah Yang Amat Pemurah lagi Amat
Mengasihi. Ya Allah kurniakanlah aku di sini tempat tinggal
yang tetap dan rezeki yang halal. Ya Allah! Sesungguhnya
Tanah Haram ini, negeri ini, ketenteraman yang ada di
dalamnya dan hamba yang ada padanya semuanya
kepunyaanMu. HambaMu ini telah datang menyahut
panggilanMu dari negeri yang jauh dengan membawa dosa
yang banyak dan amalan-amalan yang buruk. Aku
pohonkan kepadaMu sebagai permohonan orang yang
sangat berhajat kepadaMu dan takut daripada azabMu
supaya Engkau terimalah daku. Dengan limpahan
kemaafanMu dan masukkanlah aku ke kawasan syurgaMu
Jannatul Naim. Ya Allah! Sesungguhnya ini adalah Tanah
HaramMu maka haramkanlah dagingku, darahku dan
tulangku sendiku dari api neraka.

2. Meninggikan suara ketika bertalbiah bagi jemaah
lelaki.
3. Telah berniat ihram terlebih dahulu di Miqat
atau sebelum Miqat masing-masing (Bir Ali atau Qarnul
Manazil).
4. Tidak boleh berniat hendak melakukan
kesalahan (ilhad).
5. Tidak boleh mengambil barang-barang tercicir
kepunyaan orang lain (lukhotoh) kecuali bagi
tujuan untuk penghebahan.


57




6. Sentiasa bertalbiah/berdoa sebelum
melaksanakan tawaf umrah.
7. Melazimkan diri dengan sifat-sifat yang
mahmudah (terpuji) dan meninggalkan sifat-
sifat yang mazmumah (keji) kerana setiap
amalan di Tanah Haram mengikut pendapat
Hasan al-Basri digandakan 100 ribu kali.
8. Memahami perjalanan ini merupakan perjalanan
sebagai tetamu Allah demi mencari
keredhaaNya (spiritual journey). Maka
sayugialah ujian dan pengorbanan perlulah ditempuhi
dengan redha dan sabar.






Sebaik sahaja tiba di tempat penginapan jemaah akan
diuruskan memasuki bilik mengikut tingkat dan nombor
bilik yang tetapkan. Memandangkan keadaan yang
begitu sesak disebabkan jemaah tiba secara serentak,
dinasihatkan supaya mengikut arahan dan banyak
bersabar serta bertalbiah.

Semasa di bilik penginapan, pastikan tidak melanggar
larangan ihram. Jemaah akan dibawa oleh mutawwif
untuk mengerjakan Tawaf Umrah (bukan Tawaf Qudum),
kerana jemaah telah berniat ihram dengan umrah di
Miqat sebelumnya.

KETIBAAN DI MAKKAH
(PENGINAPAN)


58



Oleh itu sebelum ke Masjidil Haram, pastikan perkara-
perkara seperti berikut:

1. Memastikan badan bersih dan suci.
2. Pakaian ihram dan beg yang digalas bersih dan suci.
3. Mengambil wudhu secara lengkap.
4. Aurat ditutup dengan lengkap, seperti memakai
setokin yang tebal (selapis atau dua lapis) bagi
jemaah wanita.
5. Memastikan tidak memakai pakaian yang dilarang
dalam masa ihram, seperti jemaah lelaki memakai
kasut yang menutup penuh bahagian tumit dan jari
kaki, manakala jemaah haji wanita pula seperti
menutup muka dengan sesuatu yang dipanggil
penutup dan lain-lain larangan lagi.
6. Memakai sarong lengan dengan kemas (wanita).
7. Membawa buku doa dan kad hotel.
8. Memakai tanda nama dan gelang tangan dengan
lengkap.
9. Membawa sedikit wang tunai.
10. Memastikan kunci bilik ditinggalkan di kaunter
tempat penginapan.
11. Bergerak secara berkumpulan ke Masjidil Haram
serta bertalbiah beramai-ramai.
12. Membawa uncang kasut untuk mengisi kasut dan
ditempatkan di rak kasut seperti yang disediakan.



59




CATATAN :

Bagi jemaah wanita yang uzur (haid) wajib juga
berniat di Miqat permulaannya, tidak boleh
mengerjakan tawaf, sa'ie dan bergunting dan
perlulah berehat sehingga tempoh tertentu (suci).

Bagi jemaah yang menghadapi masalah kesihatan
untuk melaksanakan tawaf secara persendirian,
tidak perlu tergesa-gesa untuk melaksanakan tawaf
melainkan setelah mendapat kerehatan dan
dibantu secara berkerusi roda, sama ada diupah
atau dibantu oleh ahli keluarga terdekat.

Jemaah yang uzur tidak boleh mengupah orang
lain untuk melaksanakan tawaf dan sa'ie bagi
dirinya melainkan jemaah tersebut
melaksanakannya secara disorong.

CATATAN TAMBAHAN

................................................................................

................................................................................

................................................................................

................................................................................

................................................................................

................................................................................


60








JENIS-JENIS TAWAF

1. Tawaf Rukun (Umrah atau Haji)
2. Tawaf Qudum (Sunat)
3. Tawaf Sunat (Sunat)
4. Tawaf Nazar (Wajib)
5. Tawaf Tahiyat al-Bait (Sunat) -
6. Tawaf Wada` (Wajib) -

SYARAT-SYARAT TAWAF UMRAH (RUKUN)

1. Suci daripada hadas kecil dan besar.
2. Suci badan, pakaian, tempat tawaf daripada najis.
3. Menutup aurat.
4. Bermula dan berakhir pada sudut Hajar al-Aswad
dan berniat tawaf jika Tawaf Sunat, Tawaf Nazar
dan Tawaf Wada`.
5. Menjadikan Baitullah di sebelah kiri berjalan ke
hadapan.
6. Berjalan bertujuan tawaf bukan bertujuan yang
lain.
7. Cukup 7 kali pusingan dengan yakin.
8. Dilakukan dalam Masjidil Haram dan di luar dari Hijir
Ismail dan Syazarwan.


TAWAF-RUKUN, SUNAT DAN WAJIB
Mengelilingi Ka'bah dengan syarat-syaratnya.


61



SUNAT-SUNAT TAWAF UMRAH

1. Sunat lafaz dan berniat ketika tawaf umrah.
2. Berjalan kaki.
3. Beridtiba' bagi tawaf yang diiringi dengan Sa`ie
bagi jemaah lelaki.
4. Melakukan ramal (berlari-lari anak) pada 3
pusingan pertama bagi tawaf yang diiringi dengan
Sa`ie bagi lelaki sahaja.
5. Istilam Hajarul Aswad dan mengucupnya, Istilam
Rukun Yamani dan tidak mengucupnya (pastikan
bahu tidak terpesong dari Kaabah).
6. Berturut-turut 7 kali pusingan.
7. Berzikir dan berdoa ketika sedang tawaf, sebaik-
baiknya doa yang ma'tsur dari Nabi s.a.w. dan
sahabat atau berzikir secara membaca al-Quran.
8. Tawaf dengan khusyuk dan tawadhuk.
9. Sembahyang sunat tawaf 2 rakaat di belakang
Makam Ibrahim atau di mana sahaja di dalam
Masjidil Haram kemudian berdoa, seterusnya
minum air zamzam dan berdoa.

KETIKA MEMASUKI MASJIDIL HARAM MELALUI MANA-MANA
PINTU, BERDOALAH:




62




.
Ertinya:
Ya Allah ya Tuhanku! Ampunilah dosaku dan bukakanlah
pintu rahmatMu.

KETIKA MEMASUKI MELALUI PINTU BABUSSALAM,
BERDOALAH:

`

.

.
Ertinya:
Ya Allah! Engkaulah Yang bersifat sejahtera, dari-Mu lah
kesejahteraan maka kurniakanlah kami dengan kesejahteraan,
dan masukkanlah kami ke dalam syurga tempat yang selamat
sejahtera, Maha Suci dan Maha Tinggi Yang mempunyai
kebesaran dan kemuliaan, Ya Allah kurniakan daku rahmat dan
keampunanMu, masukkan daku ke dalamnya dengan nama
Allah, segala puji-pujian tertentu bagi Allah, selawat dan salam
ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w. .



63



ZIKIR & DOA KETIKA NAMPAK BAITULLAH


` .


. `
.
Ertinya:
Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung, Allah
Yang Maha Agung. Tidak ada tuhan yang disembah dengan
sebenarnya melainkan Allah yang Maha Esa, tidak ada
sekutu bagiNya sekali-kali Tuhan yang memerintah segala
sesuatu. Baginya segala pujian dan Dialah Tuhan yang
berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu.

Ya Allah tambahkanlah Baitullah ini dengan kemuliaan,
kebesaran, keagungan dan kebaikan dan tambahkanlah
kurniaMu kepada siapa yang memuliakannya (Baitullah) dan
membesarkannya dari kalangan yang mengerjakan haji dan
umrah dengan kemuliaan, kebesaran dan kebajikan.
Ya Allah! Engkaulah yang bersifat sejahtera. DariMulah
sahaja kesejahteraan maka hidupkanlah kami dengan
kesejahteraan.


64



LAFAZ TAWAF UMRAH

`
` ` .

Ertinya:
Ya Allah Ya Tuhanku! Aku hendak tawaf Baitullah 7 keliling
Tawaf Umrah. Maka permudahkanlah bagiku dan
terimalah dariku kerana Allah Taala.

DOA SEMASA DIPENJURU
HAJAR ASWAD

, ,
, ` `
.
Ertinya:
Ya Allah, aku beriman denganMu dan membenarkan
kitabMu (al-Quran), dan aku menunaikan janjiMu dan aku
turut sunnah Nabi Muhammad s.a.w.




65



DOA DI HADAPAN PINTU KAABAH
(MAKAM IBRAHIM)


.
Ertinya:
Ya Allah! Baitullah ini adalah rumahMu, dan tempat suci
ini tempat suciMu, tempat aman ini tempat keamananMu
dan inilah makam tempat seorang berlindung denganMu
dari neraka.


BERDOA DI PENJURU IRAQI

` ` ` ` `
.

Ertinya:
Ya Allah! Aku berlindung denganMu dari syak dalam
i`tiqad, syirik, bermusuh-musuhan sesama manusia,
munafik, buruk perangai dan buruk pandangan pada
harta benda, ahli dan anak pinak.




66



BERDOA DI KAWASAN HIJIR ISMAIL


`
.
Ertinya:
Ya Allah! Naungilah aku di bawah naunganMu di hari
yang tiada naungan selain dari naunganMu. Berilah aku
minum di piala minuman NabiMu s.a.w. dengan sepuas-
puasnya hingga aku tidak merasai dahaga selama-
lamanya. Ya Zaljalali Wal lkram.



BERDOA DI ANTARA RUKUN SYAMI
DAN RUKUN YAMANI



.



67




Ertinya:
Ya Allah, jadikanlah haji ini haji yang mabrur, dosa yang
diampun, usaha yang dipuji, amal soleh yang makbul, dan
perniagaan yang tidak rugi. Ya Tuhan yang Maha Mulia,
yang Maha Pengampun. Ya Allah! Ampunlah, kasihanlah,
maafkanlah aku dari kesalahan yang Engkau ketahui
kerana Engkaulah Tuhan yang Maha Mulia lagi Maha
Pemurah.
BERDOA DI PENJURU YAMANI

`
.
Ertinya:
Ya Allah! kurniakanlah keredhaanMu dan berkatilah
rezeki yang Engkau kurniakan kepadaku. Dari setiap yang
hilang gantilah untukku dengan kebaikan dariMu.

DOA DI ANTARA RUKUN YAMANI
DAN RUKUN HAJARUL ASWAD


.
Ertinya:
Ya Allah! Kurniakanlah kebaikan kepada kami di dunia
dan kebaikan di akhirat dan selamatkan kami dari azab
neraka.

68




ZIKIR DIBACA DI ANTARA DOA-DOA KETIKA TAWAF

.
SEMBAHYANG SUNAT TAWAF

Sahaja aku sembahyang Sunat Tawaf 2 rakaat kerana Allah Taala.


(Rakaat Pertama membaca Surah AI-Fatihah dan Surah
AI-Kafirun. Dan pada Rakaat Kedua membaca Surah AI-
Fatihah dan Surah Al-Ikhlas).

CATATAN :

Ketika Solat Sunat Tawaf jemaah lelaki makruh membuka
bahu kanan (Idtiba') .

DOA DIBACA SELEPAS
SEMBAHYANG SUNAT TAWAF


`
.


69




Ertinya:
Ya Allah! Aku hamba Engkau dan anak hamba Engkau.
Aku datang kepada Engkau dengan dosa-dosa yang
besar dan pekerjaan yang jahat. Dan inilah tempat
perlindungan dengan Engkau dari neraka. Maka
ampunilah aku, bahawasanya Engkau Maha Pengampun
dan Maha Penyayang.

BERZIKIR DAN DOA KETIKA
MINUM AIR ZAM-ZAM

`
.
Ertinya:
Ya Allah! Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu ilmu
yang manfaat, rezeki yang luas dan penawar bagi segala
penyakit.

CATATAN

Zikir dan doa ketika tawaf berdasarkan kitab-kitab
Mazhab Syafi'ie ( ) halaman 473.

Bagi jemaah umrah atau haji tamattu , setelah
berniat ihram umrah, tidak disunatkan
melaksanakan Tawaf Qudum ketika tiba di Makkah
dan hendaklah terus melaksanakan Tawaf Umrah
sahaja.


70




Sekiranya syak tentang pusingan ketika tawaf
tambahlah sehingga yakin tujuh pusingan. Sekiranya
syak tersebut datang selepas tawaf yang yakin tujuh
pusingannya, syak tersebut hendaklah ditolak.

Setelah selesai melakukan tawaf, jangan pergi
mengucup Hajr Aswad,dibimbangi menyentuh minyak
wangi yang berada di Hajr Aswad,sekiranya masih
berada di dalam ihram.

PERKARA MAKRUH KETIKA TAWAF

1. Bermain-main jari.
2. Menutup mulut.
3. Makan & Minum.
4. Bersembang.
5. Mengilas tangan ke belakang.
6. Meludah.

CATATAN TAMBAHAN
BAB TAWAF

................................................................................

................................................................................

................................................................................

................................................................................

................................................................................


71




LAKARAN BAITULLAH
































72










Setelah selesai dan sah mengerjakan tawaf umrah,
jemaah bolehlah melaksanakan sa`ie umrah. SebeIum
melaksanakan sa`ie hendaklah memastikan perkara-
perkara berikut:

1. Pastikan berada di bukit safa untuk memulakan sa`ie
kerana ramai jemaah haji yang tersilap bermula di
Bukit Marwah.


2. Bukit Safa tinggi dan berdekatan dengan kawasan
tiang lampu hijau, manakala Bukit Marwah kecil, dan
berjauhan dengan kawasan tiang lampu hijau.


3. Ketika berada di Bukit Safa, Baitullah berada di
sebelah kiri. Dan ketika berada di Bukit Marwah pula
Baitullah berada di sebelah kanan.


4. Memastikan tawaf yang dilaksanakan sah, kerana
tidak sah sa`ie jika tawaf tidak sah.




SAIE UMRAH RUKUN
Berjalan ulang-alik di antara Bukit Safa
dan Marwah dengan syarat-syaratnya


73



SYARAT-SYARAT SA`IE UMRAH (RUKUN):

1. Dilakukan selepas Tawaf Rukun (umrah) .
2. Bermula di Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah .
3. Cukup 7 kali saie dengan yakin.Dikira sekali daripada
Safa ke Marwah dan sekali daripada Marwah ke
Safa.
4. Hendaklah sampai ke penghujung tempat Sa`ie di
Safa dan Marwah.
5. Hendaklah Sa`ie di Batnul Wadi - tempat yang
termaklum.
6. Tidak berniat lain yang memesongkan tujuan Sa`ie.

SUNAT-SUNAT SA`IE UMRAH:

1. Sunat lafaz dan berniat sa'ie umrah.
(... )
2. Dilaksanakan sejurus selesai tawaf .
3. Keluar ke tempat sa`ie melalui Babul-Safa.
4. Menaiki Bukit Safa dan Marwah hingga sampai batu-
batu bukit.
5. Menghadap qiblat dan mengangkat kedua tangan
serta bertakbir (lafaz 3 kali) di Safa dan Marwah.
6. Berlari-lari anak bagi lelaki apabila sampai di tempat
bertanda lampu hijau atau tiang hijau.
7. Muwalat - (Berturut-turut).
8. Berwudhuk.
9. Berjalan kaki.
10. Berzikir dan berdoa, sebaik-baiknya mengikut yang
ma'tsur dari Nabi s.a.w. dan sahabat atau membaca
Al-Quran.
11. Beridtiba' pada semua pusingan (lelaki).


74



ZIKIR KETIKA HAMPIR KE BUKIT SAFA

:

` ` .

Ertinya:
Aku mulakan dengan apa yang dimulakan oleh Allah
dan RasulNya. Sesungguhnya Safa dan Marwah itu adalah
sebahagian daripada lambang-lambang kebesaran
Allah. Sesiapa yang mengerjakan Haji dan Umrah maka
tidak berdosa kepadanya jika hendak sa'ie di antara
keduanya. Sesiapa yang bersukarela mengerjakan
perkara-perkara kebajikan sesungguhnya Allah memberi
balasan pahala lagi maha mengetahui.

LAFAZ DAN NIAT SA`IE UMRAH

`
.
Ertinya:
Ya Allah aku hendak Sa`ie di antara Safa dan Marwah 7
kali Sa'ie Umrah kerana Allah Taala.




75



ZIKIR KETIKA TURUN DARI
BUKIT SAFA / MARWAH




` .

` .
Ertinya:
Allah yang maha besar, Allah yang maha besar, Allah
yang maha besar. Bagi Allah segala puji. Allah itu maha
besar terhadap petunjuk yang Dia berikan kepada kami
dan segala puji adalah milik Allah di atas kurnia yang
dikurniakan kepada kami. Tidak ada tuhan yang
disembah dengan sebenarnya melainkan Allah yang
Maha Esa, tidak ada yang sekutu bagiNya. BagiNyalah
segala pemerintahan dan bagiNyalah segala puji. Dia
yang menghidupkan dan mematikan. Di tanganNyalah
segala kebajikan. Dan Allah itu Maha Berkuasa di atas
tiap-tiap sesuatu. Tidak ada tuhan yang disembah dengan
sebenar-benarnya melainkan Allah. Dia menunaikan
segala janjiNya dan menolong hambaNya dan
menghancurkan segala pihak yang bersekutu dengan
sendiriNya.

76



Tidak ada tuhan yang disembah dengan sebenarnya
melainkan Allah. Tidak ada yang kami sembah melainkan
Dia (Allah). Kami taat kepada Allah terhadap agama
yang ikhlas, sekalipun tidak disukai oleh orang-orang kafir.

DOA DALAM PERJALANAN ULANG-ALIK
DI KAWASAN TIANG HIJAU

`
.
.
Ertinya:
Ya Allah! Ampunilah, rahmatilah dan maafkanlah segala
kesalahanku yang Engkau ketahui. Bahawasanya
Engkaulah Tuhan yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah.
Wahai Tuhan kami! Berilah kami di dunia ini kebaikan, di
akhirat juga kebaikan. Peliharalah kami dari azab neraka.

DOA KETIKA SA`IE
(Safa ke Marwah dan Marwah ke Safa)

1 - ` .

Ertinya:
Ya Allah wahai Tuhan yang membolak-balikkan semua
hati! Tetapkanlah hatiku di atas agama Engkau.



77




2 - `
.

Ertinya:
Ya Allah bahawasanya aku bermohon kepada Engkau segala
yang mewajibkan rahmat Engkau dan segala yang
meneguhkan keampunan Engkau dan kesejahteraan daripada
segala dosa dan memperoleh kejayaan dengan syurga dan
kelepasan dari api neraka.

3 - ` .
Ertinya:
Ya Allah! Bahawasanya aku bermohon kepada Engkau
petunjuk, taqwa, menjauhkan daripada perkara yang haram
dan memohon kekayaan.

4 - ` .
Ertinya:
Ya Allah! Tolonglah aku untuk mengingati Engkau dan
mesyukuri nikmat Engkau dan membaikkan ibadat terhadap
Engkau.

5 - `
`


78




.
.

Ertinya:
Ya Allah! Bahawasanya aku memohon kepada Engkau
semua kebajikan apa yang aku ketahui daripadanya dan
yang tidak aku ketahui. Dan aku berlindung diri dengan
Engkau dari semua kejahatan yang telah aku ketahui
daripadanya dan apa yang tidak aku ketahui. Aku
memohon kepada Engkau syurga dan yang
mendekatkan kepadanya, sama ada perkataan atau
perbuatan. Dan aku berlindung dengan Engkau dari
neraka dan yang mendekatkan kepadanya, sama ada
perkataan atau perbuatan.

CATATAN:

Zikir dan doa ketika sa'ie mengikut Mazhab Syafi'e seperti
dalam kitab al-Azkar, karangan Imam Nawawi.

DOA SETELAH TAMAT SA`IE






79





` .
Ertinya:
Ya Tuhan! Kami bermohon diterima doa kami. Afiatkanlah
dan ampunilah kami. Berilah pertolongan kepada kami
untuk taat dan bersyukur kepada Engkau. janganlah
membiarkan kami bergantung kepada yang lain selain
dari Engkau. Matikanlah kami di dalam iman dan Islam
yang sempurna, sedang Engkau redha kepada kami. Ya
Allah Ya Tuhan! Peliharalah diriku dengan meninggalkan
segala kejahatan selama hidupku dan peliharalah aku
supaya tidak membuat perkara yang tidak memberi guna
dan kurniakanlah kepada aku elok pandangan kepada
perkara-perkara yang membawa keredhaan Engkau
wahai Tuhan yang bersifat amat belas kasihan.

PERKARA MAKRUH KETIKA SAIE

1. Berhenti di pertengahan jalan kerana bersembang
tanpa uzur.
2. Sembahyang sunat selepas saie.


80



MARWAH AN SAFA DAN KEDUDUK

















81





Setelah selesai mengerjakan sa`ie umrah yang sah,
bolehlah bergunting atau bercukur iaitu dengan
menghilangkan rambut di kepala sekurang-kurang-
nya 3 helai dengan bercukur atau bergunting atau
dengan apa cara sekalipun.

Sunat amalan tersebut dilakukan di Bukit Marwah dan
afdhal bagi jemaah lelaki bercukur. Bagi jemaah
lelaki yang tidak berambut (botak) maka sunat
dilalukan pisau di kepalanya.

DOA BERCUKUR / BERGUNTING - SUNAT



. `
` `
` .

` .


BERCUKUR ATAU BERGUNTING
(UMRAH) -Rukun

82




Ertiya:

Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung,
Allah Yang Maha Agung. Ya Allah ya Tuhan kami!
Inilah hujung rambutku maka jadikanlah tiap-tiap
sehelai ini cahaya bagiku di hari kiamat dan
ampunkanlah dosaku. Wahai Tuhan yang amat luas
pengampunannya, amin. Segala puji-pujian tertentu
bagi Allah yang telah menyempurnakan ibadat-
ibadatku, kurniakanlah satu kebajikan dengan tiap-
tiap sehelai rambutku. Hapuskanlah dengannya satu
kejahatan. Angkatkanlah aku dengan-nya darjat.
Ampunilah aku serta orang-orang bercukur,
bergunting dan sekalian orang Islam. Ya Allah ya
Tuhanku! Tambahkanlah keimanan, keyakinan,
berikan taufik pertolongan kepadaku dan ampunilah
kami serta ibu bapa kami, dan anak-anak kami.
Selawat dan Salam ke atas penghulu kami
Muhammad s.a.w., keluarga dan sahabat-
sahabatnya sekalian.



83









Tertib umrah bermaksud mengerjakan rukun-rukun umrah
mengikut susunannya satu demi satu, iaitu bermula
dengan niat ihram, tawaf dan sa'ie dan disudahi dengan
bergunting.

CATATAN :

Setelah selesai bergunting atau bercukur maka
tamatlah amalan umrah yang pertama, dan
jemaah tidak lagi terikat dengan pantang larang
ihram (jemaah lelaki sudah boleh berpakaian
biasa).

Bagi jemaah yang ingin mengucup Hajarul Aswad
atau lain-lain amalan, eloklah berbuat demikian
kerana sudah tidak terikat dengan larangan ihram
lagi.

Jemaah boleh menggunting rambut jemaah lain
sebelum menggunting rambut sendiri. Tetapi yang
afdhalnya menggunting rambut sendiri kemudian
rambut orang lain.

Semasa mengerjakan umrah dalam bulan-bulan
Haji (1 Syawal 10 Zulhijjah) afdhal bergunting
sahaja bagi lelaki dan bercukur ketika mengerjakan
haji (selepas melontar Jamrah al-Kubra).



84


TERTIB UMRAH -Rukun








Sebelum tiba masa untuk berniat (ihram) haji pada 8
Zulhijjah nanti, jemaah tamattu dibolehkan melaksanakan
beberapa amalan mengikut kemampuan masing-masing,
seperti berikut:

1. Tawaf Sunat, iaitu melaksanakan tawaf 7 keliling
mengikut syarat-syarat dan sunat-sunatnya. Tawaf
Sunat tidak perlu ke Miqat, dan tidak perlu memakai
kain ihram bagi lelaki dan tidak perlu sa'ie serta
bergunting.

Lafaz niat tawaf sunat:

`
` ` .

Ertinya:
Ya Allah Ya Tuhanku! Aku hendak tawaf Baitullah 7 keliling
Tawaf Sunat. Maka permudahkanlah bagiku dan terimalah
dariku kerana Allah Taala.

2. Melaksanakan umrah sunat beberapa kali sama
seperti pelaksanaan umrah sebelumnya mengikut
rukun dan wajib dengan berniat ihram di Tanah Halal
seperti Ja'ranah, Tan'im atau Hudaibiyah. Lafaz
niatnya:


85


AMALAN DAN AKTIVITI SEBELUM
TIBA MASA WUQUF






Sahaja aku mengerjakan umrah dan aku berihram
dengannya kerana Allah Taala.

Lafaz niat ihram umrah bersyarat:

.

Sahaja aku mengerjakan umrah dan aku berihram dengannya
kerana Allah Taala jika aku terhalang oleh sesuatu ketika itu aku
menjadi halal.

Seperti:
Ditimpa penyakit yang kritikal, kedatangan haidh dan
sebagainya, sekira-kira amalan umrah tersebut tidak
dapat diselesaikan sehingga pulang ke tanah air.

3. Melaksanakan Umrah Badal kepada orang yang
telah meninggal dunia dan semasa hidupnya belum
diupah atau belum melaksanakan umrah. Sah
dilakukan Umrah Badal tersebut hanya sekali sahaja
kepada si mati.

4. Membuat lawatan (dalaman) ke tempat sejarah di
sekitar Makkah seperti Bukit Jabal Abi Qubais, Maulid
Nabi, Masjid As-Syajarah, Masjid Jin, Perkuburan
Mualla.


86



5. Membuat lawatan (luaran) ke tempat sejarah di
luar kawasan Makkah seperti Jabal Nur, Jabal Tsur,
Jabal Rahmah (Arafah), Masjid Muzdalifah, Mina
(Jamarat, Masjid Namirah) dan Masjid Ja'aranah.

6. Membuat lawatan ke tempat yang melebihi 2
marhalah seperti Masjid Terapung Jeddah, Taif,
Riyadh dan lain-lain (Wajib Tawaf Wadaq).

7. Menghadiri kuliah-kuliah agama di maktab masing-
masing.

8. Membayar dam jika melanggar perkara-perkara
wajib umrah dan membayar dam Tamattu.

9. Membayar wang untuk membuat korban
(hukumnya sunat).

10. Menziarahi jemaah haji yang sakit di hospital
Malaysia.

11. Berdoa di Multazam:


,
, `
,
,
` ` `


87




,
, `
` `
.
Ya Allah, yang memelihara Kaabah ini!
Merdekakanlah diri kami, bapa dan ibu kami,
saudara-saudara dan anak-anak kami dari seksa
neraka, wahai Tuhan yang Maha Pemurah yang
mempunyai keutamaan, kelebihan, anugerah dan
kebaikan. Ya Allah! Baikkanlah kesudahan segenap
urusan kami dan jauhkanlah dari kehampaan dan
kehinaan di dunia dan seksa di akhirat. Ya Allah!
Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak dari
hambaMu, tegak berdiri di bawah pintu KaabahMu
menundukkan diri di hadapanMu sambil
mengharapkan rahmat-Mu, kasih sayangMu, aku
takut akan seksaMu. Wahai Tuhan pemilik kebaikan
abadi! Aku mohon padaMu agar Engkau tinggikan
namaku, hapuskan dosaku, perbaiki segala urusanku,
bersihkan hatiku, berilah cahaya kelak dalam
kuburku. Berilah ampunan dosaku dan aku mohon
padaMu martabat yang tinggi di dalam syurga.



88




12. Melaksanakan amalan sunat yang lain-lain, seperti
membaca dan mengkhatam al-Quran, berpuasa
sunat, solat-solat sunat, qiamullail, tahlil, berdoa dan
sebagainya.

13. Berdoa di tempat-tempat yang makbul berdoa di
Tanah Suci seperti mengikut pendapat Imam An-
Nawawi: (Rujuk Kitab Fathul Mubin).

Di multazam ketika terbit fajar.
Hajar Aswad selepas gelincir matahari.
Belakang makam Ibrahim waktu sahur.
Bawah pancuran emas (mizab) waktu sahur.
Dalam Baitullah waktu Asar.
Telaga zam-zam waktu ghurub Matahari.
Atas bukit Safa waktu Zohor.
Tempat Sa'ie waktu Zohor.
Bukit Marwah waktu Asar.
Di bumi Arafah ketika Ghurub matahari.
Di Muzdalifah ketika tengah malam.
Di Mina ketika tengah malam.
Jamratul Ula (as-sughra) waktu Zohor.
Jamratul Wusta waktu Zohor.

CATATAN :
Jemaah yang membuat lawatan ke tempat yang
melebihi 2 marhalah (lebih kurang 91km dan lebih)
semasa berada di Tanah Suci wajib melaksanakan
Tawaf Wada'.

Begitu juga semasa berada di Tanah Suci
meninggalkan Makkah dan akan bermukim di luar
Tanah Haram selama 4 hari atau lebih atau
jaraknya kurang dari 2 marhalah sama ada

89



penduduk Makkah atau bukan maka wajib juga
melaksanakan Tawaf Wada'.

Sekiranya Tawaf Wada' tidak dilaksanakan,
berdosa dan wajib membayar dam.


CATATAN TAMBAHAN

................................................................................

................................................................................

................................................................................

................................................................................

................................................................................

................................................................................

................................................................................

................................................................................

................................................................................







90

You might also like