You are on page 1of 9

Pelaksanaan Xtvt P&P

Kontekstual kaedah pembelajaran mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka

Pengajaran-pembelajaran kontekstual menegaskan konsep pengajaran dan pembelajaran membolehkan guru menghubungkan kandungan mata pelajaran dengan situasi sebenar. Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila murid memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga mereka memahami maksud.

Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on (aktiviti) dan pemikiran, iaitu minds-on. Modul yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), menegaskan pembelajaran kontekstual, murid akan melalui satu atau lebih daripada bentuk pembelajaran yang berikut; R : (relating/menghubung kait), iaitu murid belajar dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup.

E : (experiencing/mengalami), iaitu murid belajar dalam konteks penerokaan, penemuan dan reka cipta. A : (applying/mengaplikasikan), iaitu murid belajar dalam konteks bagaimana pengetahuan atau informasi boleh digunakan dalam situasi lain. C : (cooperating/bekerjasama), iaitu murid belajar dalam konteks bekerjasama, memberi maklum balas dan berkomunikasi. T : (transfering/memindahkan), iaitu murid belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada dan menggunakan atau membina daripada apa yang diketahui.

Umumnya, pembelajaran kontekstual membolehkan: (i) pengajaran dan pembelajaran lebih menarik; (ii) meningkatkan minat; (iii) pembelajaran realistik, praktikal; (iv) pengalaman konkrit, penglibatan langsung murid; dan (v) menyuburkan pemikiran kreatif.

Kelebihan

(i)P&P menarik (ii)Meningkatkan minat (iii)Pembelajaran yang realistik dan praktikal (iv)Pengalaman konkrit (v)Penglibatan langsung murid (vi)Menimbulkan pemikiran kreatif

Kelemahan pendekatan kontekstual (i) tahap kefahaman dan kesediaan guru (ii) kekangan masa - persediaan dan mencapai matlamat (iii) sukar mendapatkan situasi pembelajaran sebenar bagi item pengajaran dan pembelajaran; (iv) kawalan aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid menjadi semakin kompleks; (v) hanya sesuai dalam kalangan murid-murid yang mempunyai tahap pencapaian tinggi

You might also like