You are on page 1of 2

REFLEKSI Saya, Puan Norjana dan Puan Hajah Mariam mendapat soalan bagi pembentangan kumpulan daripada puan

Suzana pada interaksi yang ke 2. Soalannya agak mencabar minda iaitu BANDING BEZA ANTARA PSV KBSR DAN KSSR. Setelah mendapat soalan, kami membahagikan tugas mengikut subtajuk tugasan. Masing-masing mencari maklumat mengikut cara tersendiri. Kadang kala kami ada juga berhubung untuk mengetahui sejauh mana proses mendapatkan maklumat yang telah dilaksanakan. Setibanya hari pembentangan, saya telah membuat persediaan dengan menyediakan persembahan powerpoint. Namun, saya merasakan kekurangan kerana tiada hands out yang kami berikan kepada kawan-kawan. Maka Pembentangan tetap diteruskan. Apa yang menjadi kekurangan ialah rakan

saya Puan Hajah Mariam tertinggal pen drivenya di Semporna. interaksi akan dtang. Malangnya pada interaksi seterusnya kami masih lagi

pembentangan kami hanya setakat pengenalan sahaja dan disambung pada

tidak

berkesempatan menyudahkan pembentangan kami kerana kumpulan lain yang membentang dan masa yang suntuk. Sesungguhnya apa yang saya fikirkan setelah saya mengikuti program PPG ini adalah benar. Ianya memerlukan pengorbanan yang banyak dari segi masa, tenaga dan wang ringgit. Namun di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Kami satu kumpulan cuba untuk menyiapkan tugasan dengan sebaiknya. Alhamdulillah, akhirnya kami dapat melaksanakannya walaupun banyak rintangan yang melanda.

Adalah menjadi harapan saya agar pada masa mendatang pensyarah dapat memberikan tunjuk ajar yang lebih kerana kami tidak mempunyai modul untuk dijadikan rujukan dan kami harus menduduki peperiksaan bagi subjek ini. Apa yang diharapkan juga agar segala yang kami pelajari ini akan kami aplikasikan kelak.

NORSAIDAH SAIDIN 790515125224 BMM2.

You might also like