You are on page 1of 2

KONSEP SENAMROBIK Aktiviti senamrobik merupakan senaman sesi memanaskan badan yang menarik sebelum melaksanakan aktiviti bersukan.

Melalui senamrobik, tahap kesediaan untuk melak ukan aktiviti daripada insentiti rendah ke tahap intensity tinggi akan lebih ter ancang di samping membantu merangsang otot dan tubuh badan secara teratur. Aktiv iti senamrobik merupakan senaman yang terancang yang boleh dilakukan beramai-ram ai untuk meningkatkan kecergasan di samping memperoleh keseronokan dan ketenanga n minda. Aktiviti fizikal seperti senamrobik merupakan salah satu cara senaman yang mampu meningkatkan prestasi paru-paru dan mengurangkan implikasi saluran darah tersum bat disebabkan kolesterol. Melalui aktiviti senamrobik,murid-murid dan guru-guru dapat meningkatkan kecergasan fizikal seterusnya mampu melakukan aktiviti sehar ian tanpa berasa letih. Keupayaan fizikal yang optimum melalui aktiviti senamrob ik meningatkan kecergasan serta kesihatan dan minda yang cergas terletak kepada tubuh yang sihat. Senamrobik adalah satu aktiviti yang amat sesuai dilakukan oleh semua lapisan ma syarakat dan peringkat umur. Aktiviti senmarobik amat penting dijadikan amalan k erana senamrobik : 1) Merupakan faktor utama dalam membantu mengurangkan tekanan dan stress se rta meningkatkan kekuatan fungsi otak. 2) Dapat meningkatkan daya tahan otot jantung dan mencegah daripada penyaki t jantung dan pembuluh darah. 3) Dapat meningkatkan keupayaan aerobic dan psikomotor. 4) Dapat menurunkan kadar lemak dalam badan serta mengekalkan berat badan y ang sihat.

SENAMROBIK 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia merupakan landasan bagi sekolah melak sanakan aktiviti senamrobik di sekolah sebagai aktiviti amalan sepanjang tahun d i semua sekolah seluruh negara. Aktiviti senamrobik ini juga boleh dilakukan dal am semua program di sekolah kerana ianya dapat menceriakan program yang dianjurk an dan berupaya memeriahkan aktiviti sukan di sekolah. Seterusnya aktiviti senam an yang menarik ini akan dapat mengekalkan lajakan berterusan pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan. Aktiviti senamrobik dapat dipraktikkan di dalam kehidupan seharian murid -murid sejak dari kecil sehingga dewasa dan seterusnya menjadikan amalan gaya hi dup sihat dan aktif kepada semua masyarakat. Akhir sekali adalah diharapkan muri d-murid dapat melibatkan diri dalam aktiviti sukan secara menyeluruh dan bersepa du bagi menjayakan Dasar 1Murid 1Sukan. MATLAMAT Matlamat mengadakan aktiviti senamrobik ini adalah untuk melahirkan generasi mur id yang cergas dan sihat dan membudayakan senaman sebagai amalan yang rutin sepa njang kehidupan mereka. Menerusi senamrobik,setiap murid akan tertarik untuk mel akukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Di samping itu, aktiviti senamrobik ini juga bertujuan membina keyakinan diri mu rid supaya yakin melibatkan diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan.

OBJEKTIF Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia dijadikan amalan di sekolah-sekolah bagi menc apai objektif berikut :

1) meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan murid dan guru untuk bersuka n melibatkan penyertaan semua murid. 2) Mengamalkan dan mempraktikkan gaya hidup sihat dan cergas. 3) Mengamalkan aktiviti kecergasan fizikal dengan cara yang betul. 4) Meningkatkan kesepakatan dan menyemarakkan semangat esprit de corp. LAGU DAN RENTAK SENAMROBIK Bagi tujuan mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records (MBR), tempoh masa minima yang ditetapkan adalah 30 minit. Sehubungan dengan itu,disediakan ca kera padat senamrobik bagi tempoh 35 minit bermula dengan tahap intensiti rendah kepada tahap intensiti tinggi untuk digunakan khusus pada Majlis Pelancaran Sen amrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia sebagai memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak Malaysia Book of Records (MBR). Walaubagaimanapun, bagi melaksanakan aktiviti senamrobik di sekolah selepas pelancaran ini, pihak sekolah boleh meng gunakan mana-mana cakera padat atau lagu dan rentak lain yang bersesuaian untuk melaksanakan aktiviti senamrobik di sekolah.

DOKUMENTASI PROGRAM SENAMROBIK 1MURID 1SUKAN 1 MALAYSIA 2012 TARIKH: 10 JULAI 2012 TEMPAT: DATARAN KEJAT,SK SENAI UTAMA

You might also like