You are on page 1of 20

Malaysian Study Title: What are the features of the Malayan Union.

Discuss the factors that brought about its dissolution

An Analysis by CHEONG KAH HOE WONG YEW MUN -----------------------------------------------------------------------------------------------------------Introduction Sebelum Malayan Union Selepas kekalahan Jepun, Tanah Melayu telah dikuasai oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Keganasan PKM 14 hari ini menimbulkan pelbagai masalah, iaitu kekosongan politik, huru-hara, merampas harta benda orang kampung dan lain-lain. Daerah penting dan bandar telah dikuasai PKM melalui Malayan Peoples Anti-Japanese Army (MPAJA) selama 14 hari di Tanah Malayu. Tentera MPAJA dikenali sebagai tentera Bintang Tiga, dan mereka menguasai balai polis, bandar dan pejabat kerajaan. Selain itu, MPAJA juga melaksanakan undang-undang sendiri dan jatuh hukuman terhadap sesiapa yang bekejasama dengan Jepun semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Cukai-cukai tinggi yang diperkenalkan kepada peduduk kampung adalah cukai harta,cukai kepala dan cukai tahan. Di samping itu, MPAJA juga membunuh sesiapa yang dianggap bersalah, contoh pertama ialah seorang penghulu telah dibunuh oleh PKM

di Batu Pahat kerana disyaki bersubahat dengan Jepun. Contoh kedua ialah seorang Pegawai Daerah dibunuh kerana cuba berunding dengan PKM. Pada waktu tengah malam, rumah di Kampung Bangkor, Sungai Manik, Perak telah dibakar. Surau dan Masjid di Jelebu juga dicemar oleh PKM. Seterusya, kebanyakan anggota PKM yang terdiri daripada orang Cina telah menyebabkan ketegangan kaum. Orang Melayu bagun menetang PKM dan Kiai Salleh Karim sebagai pemimpin mereka cuba menyerang orang Cina di Bandar Batu Pahat. Pada masa yang sama, Pegawai Daerah Batu Pahat Dato Ong Jaafar, menghalangkan serangan tersebut.

British telah memperkenallan Pentadbiran Tentara British (PTB) di Tanah Malayu yang diketuai oleh Ketua Pegawai Hal Ehwal Awam bernama Sir Ralkh Hone pada September 1945. PTB berjaya menghapuskan penguasaan PKM serta menyelamatkan keadaan huruhara dan ketegangan kaum. Selepas Tanah Melayu dikuasai oleh PTB, PTB mula menegakkan undang-undang untuk pengurusan Tanah Melayu. Kejayaan PTB adalah penghapusan penguasaan PKM selama 14 hari dan berjaya memujuk PKM dan MPAJA untuk menyerahkan senjata. Seterusya, pergaduan antara kaum di beberapa tempat di Tahan Melayu berjaya dikawal dan dihentikan. Keadaan aman dapat diwujudkan dan undang-undang berjaya ditegakkan. Setalah PTB berjaya mengamankan Tanah Malayu, British melaksanakan pentadbiran Malayan Union (MU). Pembentukan Malayan Union Selepas pelaksanaan Pentadbiran Tentera British (PTB), Malayan Union telah ditubuhkan untuk mengambil alih PTB sebagai pentadbiran baru di Tanah Melayu. Malayan Union merupakan sistem pentadbiran baru yang diisytiharkan oleh British pada 1 April 1946 dan pengisytiharan tersebut telah dijalankan di Kings House (Carcosa Seri Negara) Kuala Lumpur. Sir Edward Gent telah dilantik oleh Raja England sebagai Gabenor pertama bagi Malayan Union. Malayan Union bertujuan untuk mewujudkan kecekapan dan keseragaman dalam pentadbiran di Tanah Melayu. Sebelum Malayan Union, sistem pentadbiran di Tanah Melayu adalah tidak seragam dan mempunyai banyak kelemahan. Antara sistem pentadbiran lama tersebut adalah Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat. Dengan kewujudan Malayan Union, ketiga-tiga

sistem pentadbiran tersebut akan digabungkan menjadi satu unit di mana ia menjimatkan kos pentadbiran dan juga wujudnya pentadbiran yang lebih berkesan. Pembentukan Malayan Union juga berperanan dalam menjamin penguasaan British terhadap sumber ekonomi seperti bijih timah, getah dan sebagainya di Tanah Melayu. Di samping itu, ia memastikan sumber tenaga kerja oleh golongan imigran tidak terjejas dan ini akan mengalakkan pelaburan. Sistem pentadbiran baru ini juga bertujuan untuk menumpukan kesetiaan di kalangan golongan imigran. Selain itu, penubuhan Malayan Union juga berperanan sebagai pengukuhkan pertahanan British di timur serta menyediakan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri.

Berikut adalah ciri-ciri yang didapati pada Malayan Union. Pelaksanaan Malayan Union akan mengubah status Tanah Melayu dari negeri naungan kepada Tanah Jajahan Mahkota. Begitu juga, pentadbiran Malayan Union menggabungkan Negeri-negeri Bersekutu, Negeri-negeri Tidak Bersekutu dan juga Negeri-negeri Selat dalam satu unit pentadbiran. Tambahan pula, Majlis Eksekutif, Majlis Undangan dan Majlis Melayu dibentuk untuk menjalankan pentadbiran. Raja-raja yang merupakan ahli Majlis Melayu akan bertanggungjawab dalam soal agama Islam serta adat istiadat Melayu. Seterusnya, Malayan Union juga memperuntukkan kewarganegaraan sama rata melalui satu konsep iaitu prinsip jus soli. Dengan Malayan Union, Tanah Melayu akan diketuai oleh Gabenor British, dan setiap negeri akan diketuai oleh seorang Pesuruhjaya Negeri. Selain itu, undang-undang di Tanah Melayu akan diputuskan oleh Parlimen British.

Parlimen British

Gabenor

Majlis Eksekutif

Majlis Undangan

Majlis Melayu

Pesuruhjaya Negeri-Negeri

Bentuk Pentadbiran Malayan Union


Faktor Penentangan terhadap Malayan Union Pengenalan Malayan Union amat memanfaatkan pihak British. Dari segi penguasaan bahan mentah hingga pengaruh kuasa di Tanah Melayu, ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati dari banyak pihak terutamanya di kalangan Melayu. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan penentangan terhadap Malayan Union. Yang pertama sekali ialah kewujudan Malayan Union akan menghapuskan kedaulatan dan kuasa raja-raja Melayu. Sedangkan Malayan Union sebagai sistem pentadbiran baru, segala kuasa pentadbiran yang dipegang oleh raja-raja dan pembesar Melayu sebelum ini akan diambil alih oleh Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan. Raja-raja Melayu akan berada di Majlis Melayu di mana raja-raja hanya bertanggungjawab terhadap soal Islam dan adat istiadat Melayu sahaja. Berikutan itu, Raja Melayu kehilangan kuasa

pentadbiran asal dan seolah-olah kehilangan takhta dan maruah sebagai pelindung orang Melayu. Selain itu, kuasa pungutan zakat yang sebelum ini dipegang oleh pembesar Melayu telah pun diletak di bawah kuasa Gabenor British sejak munculnya Malayan Union. Faktor kedua ialah pengancaman tamadun orang Melayu oleh Malayan Union. Pembentukan Malayan Union akan menyebabkan terhakisnya sistem beraja, bahasa Melayu dan juga tulisan Jawi yang lama diwarisi sejak zaman dahulu. Ini telah mencabar ketuanan Melayu dan seterusnya menyebabkan orang Melayu bimbang akan kemungkinan kehilangan tanah air.

Faktor ketiga ialah kerakyatan jus soli yang terlalu liberal akan mengancam status quo orang Melayu sebagai peribumi. Prinsip jus soli yang menyenangkan imigran untuk mendapatkan kerakyatan Tanah Melayu akan mengakibatkan jumlah imigran melebihi jumlah orang Melayu. Faktor keempat pula ialah ketidakpuasan terhadap cara yang digunakan semasa mendapatkan persetujuan tentang penubuhan Malayan Union daripada Raja-raja Melayu oleh pihak British. Sir Harold MacMichael yang bertanggungjawab untuk mendapatkan tandatangan Raja-raja telah mengancam Raja-raja Melayu dengan mengemukakan ugutan penurunan takhta sekiranya tidak menerima Malayan Union. Selain itu, Raja-raja Melayu tidak diberikan masa yang cukup untuk berunding dengan penasihat ataupun Majlis Mesyaurat Negeri dan terpaksa membuat keputusan dalam masa yang singkat mengenai persetujuan terhadap penubuhan Malayan Union.

Pihak yang Menyokong Malayan Union Walaupun Malayan Union ditentang oleh orang Melayu, namun begitu terdapat juga golongan yang mengalu-alukan Malayan Union. Golongan ini kebanyakannya terdiri daripada golongan imigran dan juga golongan radikal. Terdapat juga parti-parti politik yang menyokong Malayan Union, antaranya ialah Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Malaya (BATAS). Berikut adalah sebab-sebab yang mendorong mereka untuk menyokong Malayan Union. Mereka bersetuju dengan penyatuan sistem pentadbiran di Tanah Melayu dan kerakyatan terbuka. Mereka juga menyokong penyatuan pentadbiran agama Islam bagi Tanah Melayu dan mempercayai bahawa British akan memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Selain itu, parti Malayan Democratic Union (MDU) di Singapura juga menyokong penubuhan Malayan Union. Parti tersebut bersetuju dengan kerakyatan terbuka serta mencadangkan supaya Singapura dimasukkan ke dalam Malayan Union dan bercantum dengan Tanah Melayu. Penubuhan UMNO Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ialah kongres Melayu pertama di Tanah Malayu dan dikenali sebagai United Malay National Organisation (UMNO). UMNO ditubuhkan secara rasmi pada 11 Mei 1946 dan parti ini wujud hingga sekarang iaitu selama 66 tahun. Dato Onn Jaafar merupakan Yang dipertua UMNO yang pertama.

Tujuan penubuhan UMNO pada tahun 1946 adalah menentang Malayan Union (MU) dan memajukan pendidikan orang Melayu. Selain itu, ia berperanan menyatukan orang Melayu, mewujudkan organisasi nasional, menjaga kepentingan politik dan keranan Melayu serta melindungi kepentingan orang Melayu sebelum bersedia untuk menuntut kemerdekaan. Pada tahun 1949 iaitu tiga tahun selepas 1946, tujuan UMNO adalah menjadi pelindung kedaulatan Tanah Melayu. Di samping itu, UMNO berperanan menuntut kemerdekaan negara, memajukan orang Melayu dalam siasah, kebajikan hidup dan kebudayaan iktisas. UMNO juga menjalankan fungsi sebagai sebuah parti siasah dengan politik dan pentabdiran di samping mendirikan sebuah kerajaan merdeka yang memerintah Tanah Melayu. Antara pejuangan tokoh UMNO terkenal adalah Dato Onn Jaafar Yang Dipertua UMNO pertama (1946-1951), Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmed Kamil dan Zainal Abidin Ahmad. Dato Onn Jaafar ialah pengasas UMNO dan mendapat pendidikan di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak dan di England. Selain itu, beliau ialah seorang wartawan terkenal dan pernah menjadi Pegawai Tadbir Johor.

Pada tahun 1946, beliau berjaya memulihkan keamanan di Batu Bahat semasa berlaku pergaduhan kaum yang dahsyat, justeru dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Di samping itu, Dato Onn Jaafar juga merupakan orang pertama yang menyeru orang Melayu supaya bersatu. Beliau juga mencadangkan supaya menentang Malayan Union dan berjaya menganjurkan Kongres Melayu pada thaun 1946 di Kuala Lumpur. Dato Panglima Bukit Gantang merupakan setiausaha Agung UMNO yang pertama, di mana nama sebenarnya adalah Abdul Wahab bin Abdul Aziz. Beliau mendapat pendidikan di Ipoh, Anderson School, dan Inner Temple, England. Seterusya, beliau menubuhkan Perikatan Melayu Perak dan menyokong Kongres Malayu untuk menumbangkan MU. Pada tahun 1948 hingga tahun 1953, beliau memegang jawatan sebagai Ketua Bahagain UMNO Perak. Dato Nik Ahamad Kamil menrupakan Ahli Jawatankuasa UMNO Pusat dan Ketua UMNO Kelantan. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Majlis Agama Islam, Kota Bharu dan Maktab Melayu Kuala Kangsar. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran di Lincolns Inn, London, England. Beliau pernah menjadi seorang peguam dan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri sebelum menjadi Menteri Besar Kelantan pada tahun 1948 hingga tahun 1955. Zainal Abidin Ahmad merupakan intelektual Melayu yang terlibat dalam Kongres Melayu dan berperanan menguruskan persidangan kongres. Beliau juga mencadangkan supaya perkataan National yang bermaksud kebangsaan dimasukkan ke dalam nama United Malays Organization, berikutan itu menjadi United Malays National Organization.

Bentuk Penentangan Terdapat beberapa jenis bentuk penentangan yang dilakukan oleh orang Melayu untuk menentang Malayan Union. Jenis penentangan pertama ialah melalui akhbar, iaitu akhbar Majlis, Utusan Melayu dan Warta Negara. Akhbar Majlis menyeru orang Melayu supaya menentang rancangan Malayan Union. Akhabar Utusan Melayu pula menyerukan Sultan supaya memikirkan akibat itu sekiranya Malayan Union dilasaknakan. Akhabar Warta Negara menyeru orang Melayu supaya menentang Malayan Union. Akhbar-akhbar ini berperanan penting dalam membangkitkan penentangan Malayan Union. Cara kedua adalah penetangan secara individu, seperti pemimpin Melayu menyeru orang Melayu akan kepentingan perpaduan. Contohnya Dato Onn Jaafar menyeru melalui akhbar Utusan Melayu tentang penubuhan kongres dan menubuhkan United Malays Organization (UMO) sebagai benteng menentang Malayan Union. Selain itu, bantahan Raja-raja Melayu seperti penghantaran surat oleh Sultan Johor kepada Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan adalah bertujuan untuk menentang Malayan Union. Bekas pegawaipegawai British juga menyokongkan orang Melayu, contohnya melalui akhbar The Times di London untuk menentang cadangan Malayan Union. Penentangan secara kolektif adalah lebih berkesan, di mana orang Melayu menguatkan suara untuk menolak Malayan Union. Di samping itu, demonstrasi secara aman diadakan di pelbagai tempat dan dihadiri ramai orang, iaitu 10,000 orang di Kota Bahru, Kelantan, 50,000 orang di Alor Star dan Johor Bahru. Demonstrasi ini juga membantahkan cara yand diguna oleh MacMicheal dalam usaha mendapatkan tandatangan Sultan,

membantah Malayan Union kerana menghapuskan kedaulatan negeri Melayu dan penghapusan kedudukan orang Melayu sebagai anak negeri. Pada 1 dan 4 Mac 1946, Kongres Se-Malaya telah berjaya diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur dan Kampung Baru hasil dari usaha Kesatuan Melayu Selangor dan Dato Onn bin Jaafar,. Kongres tersebut terdapat 107 perwakilan dan 56 pemerhati dari 41 buah persatuan di seluruh Tanah Melayu. Kongres ini mendesakan orang Melayu supaya berusaha dan bersatu untuk menentang Malayan Union. Selain itu, Kongres juga mencadangkan konsep menubuhkan sebuah pertubuhan Melayu yang dikuasai oleh orang Melayu di seluruh Tanah Melayu. Pada 29 dan 20 Mac 1946, Kongres Melayu SeMalaya Kedua telah dianjurkan di Kuala Lumpur untuk menbincangkan penubuhan pertubuhan Melayu tersebut. Akhirnya, lahirlah UMNO dalam Kongres Melayu SeMelaya Ketiga di Johor Bahru pada 11 Mei 1946, dan Datos Onn bin Jaafar merupakan pengasas dan Presiden pertama UMNO. Jenis penentangan Malayan Union juga melibatkan pemulauan terhadap upacara penubuhan Malayan Union dan perlantikan Gabenor British. Walaubagaimanapun, British tetap melaksanakan Malayan Union walaupun orang Melayu giat mencela dan menentang. Oleh itu, Kongres Kedua yang diadakan pada 30 hingga 31 Mac 1946 meminta Sultan-sultan serta Raja-raja Melayu supaya memulaukan perlantikan Sir Edward Gent sebagai gabenor Malayan Union pada 1 April 1946. Kongres tersebut juga meminta orang-orang Melayu yang dilantik oleh British bagi menganggotai Majlis Pentadbiran Malayan Union, supaya memulaukan perlantikan.

Selain itu, orang Melayu juga mengadakan perkabungan untuk menunjukkan betapa sedihnya perasaan mereka terhadap Melayan Union di mana lelaki Melayu memakai songkok yang dililit kain putih manakala wanita Melayu pula melilitkan kain putih di lengan baju. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 Malayan Union telah menerima penentangan hebat terutamanya daripada orang Melayu dan berikutan itu digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Terdapat banyak langkah yang terbabit dalam proses menuju ke arah Persetujuan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Bermulanya dengan pertemuan raja-raja Melayu dengan pihak British di Kuala Kangsar, di mana raja-raja Melayu mengemukakan pembantahan terhadap Malayan Union dan permintaan untuk memperbaharui sistem pentadbiran. Selain itu, UMNO juga menjalankan rundingan dengan British di Pulau Pinang. Ketegasan UMNO dan raja-raja Melayu menolak Malayan Union semasa rundingan telah menyebabkan British berputus untuk mengadakan rundingan rasmi bagi menyelesaikan masalahmasalah tersebut. Berikutan itu, sebuah memorandum yang menyatakan bantahan terhadap Malayan Union telah diserahkan secara rasmi kepada British. Selepas itu, diikuti pula dengan penubuhan Jawatankuasa Eksekutif yang dianggotai oleh pegawai kanan British, wakil raja Melayu serta wakil dari UMNO. Jawatankuasa tersebut dibentuk bagi menggubal perlembagaan yang ada pada Malayan Union. Satu perbincangan telah diadakan di Kings House dan beberapa tuntutan telah dikemukakan oleh pihak Melayu. Antara tuntutan tersebut ialah mewujudkan sebuah

persekutuan di seluruh Semenanjuang Tanah Melayu. Tuntutan kedua ialah penolakan kerakyatan yang berasaskan prinsip jus soli. Tuntutan ketiga pula ialah pemulihan status negeri Melayu sebagai negeri naungan British. Tuntutan seterusnya ialah supaya peranan raja-raja Melayu dikembalikan sebagai ketua negeri Melayu.

Selepas rundingan tersebut, pihak British telah bersetuju dengan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu di mana pembentukan ini akan menggantikan Malayan Union. British berbuat demikian kerana ini dapat mengelakkan orang Melayu daripada menentang British secara kekerasan. Selain itu, British juga tidak mahu orang Melayu dipengaruhi oleh Parti Komunis Malaya yang bersifat anti-penjajah asing. Lebih-lebih lagi, sikap sederhana yang ada pada orang Melayu semasa bekerjasama dengan British serta sikap pemimpin UMNO yang memilih rundingan secara aman telah berjaya mempengaruhi dasar kerajaan British. Keputusan British juga dipengaruhi oleh reaksi yang didapati oleh bekas-bekas pegawai British. Antara bekas-bekas pegawai seperti Frank Swettenham, Cecil Clementi, George Maxwell dan juga Richard Winstedt berpendapat bahawa penghapusan politik orang Melayu serta pelaksanaan penjajahan terhadap Tanah Melayu melalui Malayan Union akan menjejaskan hubungan baik antara orang Melayu dengan British malah berkemungkinan menyebabkan huru-hara dan mendorong orang Melayu supaya bersifat agresif. British juga dipengaruhi oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di mana PBB menggalakkan dasar dekolonisasi iaitu pemberian kemerdekaan kepada tanah jajahan. Rundingan oleh kedua-dua pihak tersebut berakhir dengan wujudnya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Ciri-ciri Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu Dalan perjanjian ini, konsep Raja Berperlembagaan telah diperkenalkan di mana Raja diiktiraf sebagai ketua negara dan kuasa Raja adalah terikat kepada perlembagaan negara.

Selain itu, Majlis Raja-Raja Melayu dibentuk untuk menggantikan Majlis Melayu yang wujud semasa pelaksanaan Malayan Union. Di samping peruntukan perlindungan istimewa kepada orang Melayu, syarat yang berkenaan dengan kerakyatan telah diperketatkan. Ini bermaksud golongan imigran akan menghadapi kesukaran untuk memperoleh kerakyatan sebagai rakyat Tanah Melayu. Perjanjian ini juga melibatkan gabungan sebelas buah negeri di Tanah Melayu, di mana Pesuruhjaya Tinggi British sebagai Ketua Pesekutuan akan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan dalam proses pentadbiran.

Perbezaan Pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu dengan Malayan Union Setelah Malayan Union digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu, sistem pentadbiran di Tanah Melayu telah mengalami perubahan yang agak banyak. Berikut merupakan perbezaan yang didapati pada pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu dengan Malayan Union. Mengenai aspek ketua pentadbiran, Pesuruhjaya Tinggi British dan Majlis Raja-Raja Melayu berperanan mengetuai pentadbiran manakala Malayan Union diketuai oleh Gabenor British. Selain itu, penguasaan di peringkat pusat Persekutuan Tanah Melayu dikuasai oleh Majlis Mesyuarat Eksekutif, Majlis Perundanan serta Majlis Raja-Raja Melayu manakala kuasa di peringkat pusat Malayan Union dipegang oleh Parlimen British. Mengenai penguasaan di peringkat negeri Persekutuan Tanah Melayu pula, Sultan dan Menteri Besar serta Majlis Mesyuarat Negeri memiliki kuasa pentadbiran manakala kuasa pentadbiran peringkat negeri semasa Malayan Union akan dipegang oleh Pesuruhjaya Negeri dan juga Majlis Mesyuarat Negeri. Seterusnya, Sultan dalam Persekutuan Tanah Melayu merupakan ketua agama Islam serta adat istiadat Melayu sedangkan Gabenor British pula yang campur tangan dalam hal agama Islam serta adat istiadat Melayu semasa pelaksanaan pentadbiran Malayan Union. Mengenai bahasa pentadbiran, kedua-dua bahasa iaitu Melayu dan Inggeris boleh digunakan dalam pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu manakala semasa pentadbiran Malayan Union, penggunaan bahasa Inggeris sahaja yang dibenarkan.

Kedua-dua cara mendapat kerakyatan iaitu secara kuatkuasa undang-undang dan secara permohonan telah mengalami perubahan jika membandingkan Persekutuan Tanah Melayu dengan Malayan Union. Bagi kerakyatan secara kuat kuasa undang-undang di Persekutuan Tanah Melayu, prinsip jus soli dibenarkan untuk rakyat Tanah Melayu dan rakyat British sahaja. Selain itu, kerakyatan juga boleh diberikan sekiranya pemohon didapati lahir di luar negeri dengan bapanya merupakan rakyat Tanah Melayu ataupun rakyat British. Berbanding dengan pentadbiran Malayan Union pula, kerakyatan melalui jus soli dibenarkan untuk pemohon yang lahir di Malayan Union, Singapura dan juga tanah jajahan British yang lain. Untuk kerakyatan secara permohonan di Persekutuan Tanah Melayu, pemohon hendaklah berumur 21 tahun dan tidak mempunyai rekod jenayah di samping bersetuju untuk menunjuk taat setia kepada Persekutuan Tanah Melayu. Mereka yang telah tinggal selama 8 daripda 12 tahun di Tanah Melayu dan mampu bertutur dalam bahasa Melayu atau Inggeris juga boleh memohon untuk menjadi rakyat Tanah Melayu. Berbanding dengan pentadbiran Malayan Union, pemohon yang telah tinggal selama 5 daripada 7 tahun dari tarikh permohonan ataupun sebagai anak angkat pemohon rakyat Malayan Union, dapat memohon untuk menjadi rakyat Malayan Union. Kesimpulan Kegagalan pelaksanaan Malayan Union di Tanah Melayu akhirnya membawa kepada pembentukan Persekutuan Tanah Melayu yang kemudian menyediakan Tanah Melayu menuju ke arah kemerdekaan. Dalam usaha menolak Malayan Union, golongan Melayu

dan UMNO telah memainkan peranan penting dan kejayaan tersebut adalah hasil daripada kegigihan dan semangat perpaduan yang ada pada mereka. Peristiwa sejarah ini mengingatkan kita semua bahawa pentingnya masyarakat kena bangun menentang penjajahan untuk mengekalkan kewibawaan dan hak asal yang kita miliki. Penentangan secara aman seperti mengadakan rundingan adalah lebih berkesan jika berbanding denan penentangan secara kekerasan. Kesimpulannya, kita haruslah bekerjasama dan bersatu padu tanpa mengira kaum untuk membangunkan dan mempertahankan negara kita supaya peristiwa dijajah kuasa asing tidak diulangi justeru mewujudkan keamanan dan kemakmuran negara.

Rujukan Cikgu Azid Dot Com, 2011. BAB 2 : MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU. [online] Available at: <http://www.cikguazid.com/nota-sejarah-ting-3/bab-2malayan-union-dan-persekutuan-tanah-melayu/> [Accessed: 4 July 2012].

Felda Besout , 2011. REAKSI PENDUDUK TEMPATAN TERHADAP MALAYAN UNION. [online] Available at: <http://idrismkbesout.blogspot.com/2011/01/notaulangkaji-bab-2-tingkatan-3.html> [Accessed: 30 June 2012].

Scribd, 2012. Sinopsis. [online] Available at: <http://www.scribd.com/doc/9646443/Malayan-Union> [Accessed: 4 July 2012].

Tuitionplaza.com, 2006. Sejarah MALAYAN UNION. [online] Available at: <http://www.tuitionplaza.com/bb/forum_posts.asp?TID=4755&PN=1> [Accessed: 3 July 2012].

Anon, n.d. Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu. [online] Available at: <http://cikgumahfuzah.files.wordpress.com/2011/07/21.pdf> [Accessed: 3 July 2012].

You might also like