You are on page 1of 1

BAHAGIAN C MENGULAS NILAI/PENGAJARAN/AMALAN BAIK

PENGENALAN o Soalan ini wajib dijawab. o Satu teks yang panjangnya lebih kurang 100 patah perkataan diberikan. o Calon dikehendaki mengulas nilai atau pengajaran yang terdapat dalam petikanyang diberikan. o Markah yang diperuntukkan ialah 20 markah. o Masa menjawab yang dicadngkan ialah 20 minit. KANDUNGAN TEKS o Teks yang diberikan terdiri daripada pelbagai jenis seperti cerita, dialog, puisi dan rencana. o Panjangnya jawapan ialah sama ada tidak lebih daripada 50 patah perkataan atau tidak kurang daripada 50 patah perkataan. o Calon perlu mengemukakan lima (5) nilai, pengajaran atau amalan baik yang terdapat dalam petikan berkenaan. PANDUAN MENJAWAB SOALAN o Baca dan fahami kehendak soalan. o Perhatikan kata kunci yang diberikan dalam arahan soalan, iaitu sama ada mengulas nilai, pengajaran atau amalan nilai. o Jangan tambah nilai, pengajaran atau amalan baik yang tidak terdapat dalam petikan. RUMUSAN o Jawab soalan dengan tepat. o Jangan tokok tambah nilai, pengajaran, atau amalan baik yang tidak terdapat dalam petikan. o Setiap nilai perlu ditulis dalam ayat yang lengkap. o Tulis jawapan dalam satu perenggan sahaja.
percikanbahasa.blogspot.com

You might also like