You are on page 1of 1

Ayam Masak Lengkuas Kak KC Bahan-bahannya Ayam 1 ekor Santan kelapa (1 biji) 4 sudu makan cili giling Sos

tiram Gula merah Serbuk perasa Dua sudu rempah kurma Sedikit air asam jawa Bawang besar dihiris besar Cili besar -dihiris Bahan kisar Bawang merah 6 biji Bawang putih 6 ulas Halia 3 inci Lengkuas 500 gm Serai 4 btg

Cara membuatnya : 1. Potong ayam ke beberapa ketul. 2. Tumis bahan-bahan kisar tadi dan apabila dah naik bau masukkan cili giling, sedikit sos tiram gaulkan beberapa minit . 3. Kemudian masukkan rempah kurma yang telah di gaul dengan sedikit air dan biarkan sebentar. 4. Selepas itu masukkan ayam yang telah dipotong-potong, gaul sehingga rata dan kemudian masukkan sedikit gula merah, sedikit air asam jawa dan serbuk perasa. 5. Biarkan sebentar dan kemudian bolehlah dimasukkan santan. 6. Kecilkan api dan masak sehingga kuahnyu pekat. 7. Apabila telah masak masukkan hirisan bawang besar dan cili besar. 8. Resepi ini sedap/ elok dimasak semasa hari perayaan atau majlis perkahwinan. 9. Selamat mencuba

You might also like