You are on page 1of 3

Kata Prafrasa & Kata Pascafrasa

.Kata prafasa meliputi: a)kata bantu b)kata penguat c) kata penegas d)kata nafi e)kata pemeri f)kata sendi nama a)Kata bantu: - Kata bantu meliputi kata bantu aspek dan kata bantu ragam. - Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa, iaitu masa lampau, masa kini dan masa hadapan. - Contoh: masa lampau (telah, sudah dan pernah), masa kini (sedang dan masih), masa hadapan (akan dan belum) - Kata bantu ragam pula menyampaikan maksud ragam perasaan - Contoh: hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dan dapat

b)Kata Penguat - perkataan yang hadir di hadapan frasa atau kata adjektif untuk menguatkan maksudnya. paling, agak, terlalu, amat, sangat dan sungguh - contoh: i. Pelajar itu sungguh rajin ii. Karangan Anita agak baik iii.Roslina sangat gemarkan masakan ibunya. iv.Azman terlalu rajin bekerja sehinggakan dia tidak sempat mmenjengah keluarganya di kampung c)Kata Penegas -sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. -terdapat dua jenis kata penegas, iaitu: i.yang menegaskan hanya frasa predikat atau bahagiannya. Contoh kata penegas jenis ini ialah -kah, -tah dan -lah. ii.yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu frasa nama sebagai subjek atau sebahagiannya atau frasa predikat atau bahagian-bahagiannya. iii.Contoh kata penegas jenis ini ialah juga, jua, pun, sahaja, lagi, hanya, dan memang. Contoh: i. Itulah ibu pejabat persatuan kami ii. Hanya Ali yang telah sampai ke rumah

d)Kata Nafi - Hadir di hadapan frasa predikat untuk menafikan maksud yang terkandung dalam frasa tersebut. - Terdapat dua kata nafi, iaitu tidak dan bukan, dengan peraturan tertentu tentang penggunaannya. Contoh: i.Amirul tidak sesekali akan mencuri barang i. ii.Samsiah bukanlah seorang yang jelita seperti yang diheboh-hebohkan.

e) Kata Pemeri - unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. - terdapat dua jenis kata pemeri iaitu: 1. Ialah, yang hadir di hadapan frasa nama dalam predikatnya. Contoh: Projek yang baru dirasmikan itu ialah salah satu projek membasmi kemiskinan. 2. Adalah, yang hadir dihadapan predikat yang terdiri daripada frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh: a) Dengan predikat frasa sendi nama i. Sumbangan yang terbesar adalah daripada penduduk-penduduk kampung tersebut. b) Dengan predikat frasa adjektif ii. Cadangan para pelajar itu adalah sangat baik. f) Kata Sendi Nama - perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. - contoh: di, ke, daripada, kepada, dari, pada. bagi, demi, untuk, tentang, seperti. umpama, sejak, terhadap, akan, oleh. hingga, untuk, antara, dengan, dalam. g) Kata Bilangan - sejumlah perkatan yang menjadi penerang jumlah kepada frasa nama. - contoh: dua, lima belas, semua, segala, ketiga-tiga, masing-masing, separuh. Kata Pascafrasa - hadir selepas perkataan dengan tugas-tugas tertentu. - terdapat dua subjenis kata pascafrasa, masing-masing ditandai dengan perkataan -nya, iaitu: 1. kata penekan - yang memberikan penegasan contoh: sesungguhnya, bahawasanya, nampaknya. 2. kata pembenda - yang menukar perkataan bukan kata nama menjadi kata

nama. contoh: lajunya, sakitnya dan datangnya.

You might also like