Laporan Seminar 6 - Zul

You might also like

You are on page 1of 7

AMZ 6211 SEMINAR PERSEMBAHAN VI

NAMA: MOHD ZULHILMY BIN ZULKIFLI NO. MATRIKS: 20113054

1. MINI KONSERT PERMATA SENI KOIR (PSK)

Pada 14 Oktober 2012 yang lalu, iaitu pada hari Ahad, saya telah mengadakan persembahan bersama kumpulan Permata Seni Koir (PSK) sebagai pemain gitar akustik dan bass elektrik di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC). Persembahan ini merupakan persembahan yang ulung kalinya buat menampilkan kumpulan PSK sahaja kerana sebelum ini persembahan-persembahan PSK digabung dengan kumpulan Permata Seni yang lain seperti Permata Seni Muzik & Permata Seni Tari. Persembahan yang diadakan sebanyak dua sesi ini, iaitu pada jam 3 petang dan 8.30 malam telah dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Untuk memastikan persembahan berjalan dengan lancar, kami telah melakukan latihan 2 hari sebelum persembahan di dalam dewan untuk memastikan kami dapat membiasakan diri dengan keadaan dewan. Soundman dan juga krew telah memberikan kerjasama dengan hadir awal dan melakukan tugas masing-masing dengan baik. Barang keperluan yang diminta juga disediakan dengan segera. Sebelum persembahan sebenar bermula, para penonton yang menunggu di luar pintu masuk dewan telah dihiburkan dengan persembahan dua buah buah lagu, iaitu The Coconut Man dan Never Too Old To Be Loved oleh ahli-ahli baru kumpulan PSK dan diiringi oleh gitar akustik yang dimainkan oleh saya dan alat perkusi, iaitu shaker dan tamborin. Namun begitu, ruang di luar pintu masuk dewan yang sempit dan ibu bapa yang ahli PSK yang tidak sabar melihat persembahan mereka sedikit sebanyak telah menggangung konsentrasi di dalam persembahan kerana ibu bapa ini sanggup berhimpit di barisan hadapan untuk merakam persembahan anak-anak mereka. Selepas itu, penonton dibenarkan masuk ke dalam dewan dan persembahan dimulakan dengan ucapan oleh pengacara dan playback lagu Negaraku. Untuk persembahan kali ini, PSK akan menyanyikan sejumlah 20 lagu yang sebahagiannya merupakan gubahan semula oleh Fairuz Zamani, iaitu pemain piano PSK dan Lilian, seorang komposer di Malaysia. Repertoire lagu yang dipersembahkan merupakan gabungan lagu rakyat, pop dan lagu-lagu barat. Berikut adalah repertoire lagu untuk persembahan ini: 1) The Moon 2) Anak Rusa Nani

3) Pudar 4) Humpty Dumpty 5) The Syncopted Clock 6) Kuzcu 7) Take These Wings 8) Tepuk Amai-Amai 9) Main Dango-Dango 10) Sepuluh Budak Hitam 11) Zapin Fusion 12) On The Blue Danube 13) I Bought Me A Cat 14) Vous Sur Ton Chemin 15) Yakanaka Vhangeri 16) Feuerfest Op 269 17) Ben 18) Medley Ibu & Mama 19) Fireworks 20) Medley Pokok & Marabahaya Persembahan ini dibahagikan kepada 2 bahagian dengan sebuah intermission selepas lagu ke-11 selama 15 minit dan penonton disajikan dengan persembahan selingan oleh kumpulan Permata Seni Tari. Selepas itu persembahan disambung semula dan tamat selepaslebih kurang 1 jam 30 minit persembahan berlangsung. Kami mendapat reaksi positif dari penonton melalui tepukan merekan yang gemuruh. Melalui pengamatan saya, penonton lebih tertarik kepada lagu yang berentak rancak dan yang terkenal seperti Fireworks dan Medley Pokok & Marabahayadimana dapat dilihat penonton memberikan tepukan yang lebih gemuruh selepas lagu-lagu ini berbanding lagu-lagu yang lain. Selain itu, terdapat juga beberapa perkara yang kurang professional yang berlaku semasa produksi ini dijalankan. Salah satunya adalah orang yang terlibat untuk melakukan persembahan slide mengenai perjalanan hidup PSK tidak hadir dan akhirnya persembahan slide sebelum persembahan sebenar telah dibatalkan. Perkara ini juga telah mengganggu penata cahaya daripada melakukan tugas mereka kerana tidak pasti dengan kedudukan slide yang bakal dipancarkan.

Kami juga diberitahu bahawa pihak penganjur tidak mahu mengadakan promosi untuk produksi ini kerana gusar akan menyebabkan kehadiran penonton yang terlalu ramai sehingga membanjiri ruang dewan persembahan. Malang sekali, pendapat mereka tidak tepat dan akhirnya, bilangan penonton yang hadir kurang daripada setengah dewan dan hanya terdiri daripada ibu bapa dan ahli keluarga PSK sahaja. Pada pendapat saya, ianya sepatutnya sebaliknya di mana bilangan penonton yang terlalu ramai akan membuktikan bahawa usaha PSK di dalam menyemai semangat kerjasama di kalangan kanak-kanak melalui muzik koir mendapat sambutan dan menarik lebih banyak kanak-kanak untuk terlibat di dalam aktiviti yang sihat ini. Pada persembahan sesi malam pula, kami telah dikejutkan dengan kehadiran seorang perompak yang telah masuk dan mencuri barang-barang di dalam bilik make-up. Perompak ini akhirnya telah berjaya ditangkap selepas kehadirannya disedari oleh Cik Syafinaz sendiri dan dilaporkan kepada pegawai betugas. Namun begitu, saya berpendapat perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku dan pihak MaTiC perlu menyediakan kawalan keselamatan yang lebih ketat untuk mengelakkan kejadian ini daripada berulang. Ini adalah kerana, produksi ini melibatkan kanak-kanak yang berusia di bawah 12 tahun dan mereka sesungguhnya tidak mampu mempertahankan diri mereka sekiranya pihak perompak melakukan tindakan di luar jangkaan. Walau bagaimanapun, saya merasakan produksi ini berjaya namun boleh dipertingkatkan lagi mutunya sekiranya mendapat kerjasama penuh dari semua pihak.

2. KONSERT JELAJAH DIR KOIR KEBANGSAAN MALAYSIA 2012

Pada 10 November 2012, Sabtu saya telah menghadiri Konsert Jelajah DIR Koir Kebangsaan Malaysia yang disertai oleh seramai 24 orang ahli di bawah pimpinan Cik Syafinaz Selamat dan diadakan di Auditorium RTM, Kuantan, Pahang. Konsert ini bertujuan untuk mengingati pemergian Allahyarham Sudirman selepas 20 tahun belaiu meninggal dunia. Konsert ini bermula pada jam 8.30 malam dan tamat pada jam 10.00 malam. Konsert ini turut dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu isteri Tengku Mahkota Pahang. Sebelum konsert bermula, saya sempat mengamati suasana auditorium yang telah siap dihias dengan poster Allahyarham Sudirman. Ruang dewan auditorium juga dipenuhi penonton sehingga sukar untuk saya mendapatkan tempat duduk. Konsert ini dimulakan dengan lagu Seruling Bambu yang dinyanyikan oleh Allahyarham Sudirman melalui rakaman video muzik kemudian disambung nyanyiannya oleh kumpulan koir. Lagu ke-2 merupakan lagu Medley Basikal Tua & Horey Horey. Pada lagu ini, kumpulan koir telah menggunakan props basikal lama untuk menimbulkan lagi suasana lagu ini. Kemudian, lagu Mat Disko yang berentak rancak telah berjaya menarik perhatian penonton di dalam auditorium. Persembahan diteruskan dengan lagu Pelangi Petang, Hujan yang hanya mempamerkan keunggulan suara lelaki bahagian tenor, Planet Gringrenggrong sebuah lagu yang buat pertama kali saya dengari,Toyol, Mama, dan One Day In Your Life, iaitu sebuah lagu cover Michael Jackson yang telah dinyanyikan oleh Allahyarham Sudirman ketika beliau masih hidup di dalam albumnya, Twinkle Twinkle Little Star. Seterusnya, ahli koir kembali ke belakang pentas untuk berehat seketika dan persembahan selingan oleh artis jemputan, iaitu Aliff Satar dan JKKN Kuantan telah diadakan untuk menghiburkan penonton. Persembahan oleh ahli kumpulan koir disambung semula dengan lagu Medley Aku Penganggur, Punch Card & Pulang Dari Kilang. Lagu ini turut mempamerkan sedikit aksi lakonan dari ahli koir. Kemudian, persembahan diteruskan dengan lagu Medley Milik Siapakah Gadis Ini & Merisik Khabar yang dinyanyikan oleh ahli koir lelaki sahaja, dan Medley Takk Perlu Diucapkan & Aku Dan Perasaan Mu oleh ahli koir perempuan sahaja. Persembahan diteruskan dengan lagu Bimbang Terluka Lagi, namun secara solo oleh 8 orang ahli kor, One Thousand Million Smile juga merupakan lagu cover Michael Jackson yang dinyanyikan oleh beliau, dan Kulit oleh ahli koir perempuan sahaja. Persembahan diteruskan lagi dengan lagu Salam Terakhir yang

dipersembahkan secara duet bersama rakaman video Allahyarham Sudirman di mana terdapat bahagian yang dinyanyikan oleh ahli koir sahaja, Sudirman sahaja dan secara duet. Pada pendapat saya, ini merupakan suatu teknik yang kreatif kerana dapat menggabung suara nyanyian orang yang masih hidup dan telah meninggal dunia. Persembahan ditamatkan dengan persembahan lagu Bercanda di Pasiran Pantai dan Terasing. Pada pendapat saya, pemuzik sebenar tidak digunakan untuk mengiringi kumpulan koir kerana halangan kewangan, namun ianya masih berjaya kerana soundman telah berjaya mendapatkan keseimbangan bunyi di antara suara dengan muzik latar. Selain itu, penggunaan muzik latar juga dapat memberikan tumpuan yang lebih tinggi terhadap penyanyi berbanding pemuzik. Props yang disediakan ringkas dan sesuai dengan konsert ini dan juga tidak menggangu pergerakan ahli koir.

You might also like