You are on page 1of 17

Minit Mesyuarat Pengurusan Pejabat Daerah Kubang Pasu Kali 8/2012

Tarikh: 21 November 2012 (Rabu) Masa:9.30 pagi Tempat:Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Kubang Pasu Kehadiran:1. Y.Bhg Dato Abdul Aziz bin Hj Abd Ghani, DSDK., AMK., BCK. - Pengerusi Pegawai Daerah Kubang Pasu

2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12.

Encik Afizudin bin Dato Paduka Mohd Saad Penolong Pegawai Daerah [Pentadbiran] Encik Azizi bin Haji Abdullah Penghulu Mukim Jeram Encik Ahmad bin Ali, PCK., BKM. Penghulu Mukim Temin Tuan Haji Mohamad Ali Mustaza bin Mohamed, PCK., BKM. Penghulu Mukim Naga/Malau Encik Nor Afdzal bin Ahmad Noor, PCK., Penghulu Mukim Keplu/Pering Encik Mohd Azlan bin Jusoh Penghulu Mukim Gelong Encik Sulaiman bin Hashim, PCK. Penghulu Mukim Tunjang Encik Mohd Zamkhoshari bin Ahmad, PCK. Penghulu Mukim Putat/Ah Encik Mohd Amran bin Hanafiah Penghulu Mukim Padang Perahu Encik Hasnizam bin Jahari Penghulu Mukim Sungai Laka Encik Azahari bin Shafie Penghulu Mukim Kubang Pasu/Hosba

13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28.

Encik Mohamad Amin bin Hj Yahya Penghulu Mukim Sanglang Encik Mohd Zaini bin A.Rashid, PCK. Juruteknik Kanan Encik Ahmad Sobri bin Abd Razak, PCK Pembantu Tadbir [KUP] Puan Hajjah Rogayah binti Haji Baharom Pembantu Tadbir [KUP] Puan Kasma binti Bakar Pembantu Tadbir [KUP] Encik Muhamad Jamili bin Che Nor, PCK. Juruteknik [KUP] Puan Norzita binti Marzuki Pembantu Tadbir [Kewangan] Puan Rosmina bt Abu Bakar Pembantu Tadbir Encik Afiffuddin bin Ismail Juruteknik Komputer Puan Faridah bt Othman Pembantu Tadbir Puan Hasnah bt Awang Kechik Pembantu Tadbir Cik Sabariah bt Shafiee Pembantu Tadbir Puan Anizah bt Arshad Pembantu Tadbir Puan Azura bt Ahmad Pembantu Tadbir Puan Nuraziah bt Abd Hamid Pembantu Tadbir Puan Nur Ashikin bt Abd Hamid Pembantu Tadbir
2

29. 30. 31. 32. 33. 34. 35. 36. 37. 38. 39. 40. 41. 42. 43. 44.

Puan Siti Hajar binti Jamaluddin Pembantu Tadbir Encik Abdul Mutalib bin Hashim Pembantu Tadbir Encik Subri bin Ismail Pembantu Tadbir Encik Azizan bin Mat Pembantu Tadbir Puan Siti Muniroh bt Man Pembantu Tadbir Encik Ilias bin Darus Pembantu Tadbir Puan Roslina bt Abu Pembantu Tadbir Puan Fatin Syamimi bt Jamaludin Pembantu Tadbir Encik Muhamad Afiq Fitri bin Izham Pemandu Kenderaan Encik Zahrul Shafri bin Zakaria Pemandu Kenderaan Encik Ismail bin Din Pembantu Pejabat Encik Mohd Yusri Naim b Yusoff Pembantu Pejabat Encik Zainol bin Mat Pekerja Rendah Awam Encik Ishak bin Goi, PPL. Pekerja Rendah Awam Encik Nazrul Hisyam b Nordin Pekerja Rendah Awam Encik Shaiful Anuar b Abd Manaf Pekerja Rendah Awam
3

45. 46. 47. 48.

Encik Farmizie bin Ani Pekerja Rendah Awam Puan Nor Hasila bt Yaakob Pekerja Rendah Awam Encik Mulya Arfan Encik Anwar bin Mat Isa Pembantu Tadbir BACAAN DOA 1.1 Bacaan doa disampaikan oleh Encik Hasnizam bin Jahari, Penghulu Mukim Sungai Laka. Pencatat Minit

1.0

2.0

ALUAN PENGERUSI Y.Bhg Dato Pengerusi mengucapkan salam serta terima kasih kepada semua yang dapat hadir ke mesyuarat pada pagi ini. 2.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa setiap kakitangan disediakan dengan Senarai Tugas dan diharap dapat melaksanakan tugas dengan cekap. Mesyuarat dimaklumkan bahawa Istiadat bagi Persidangan Pembentangan Bajet 2013 sedang berjalan mulai 20 22 November 2012. Titah ucapan YTM Tunku Bendahara sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah perlu dihayati bagi membangunkan Negeri Kedah dimasa hadapan. Penguatkuasaan peraturan dari semasa ke semasa:Pekeliling Mengenai Kad Perakam Waktu - Kad Perakam Waktu hendaklah dirakam semasa datang dan pulang daripada pejabat. Buku Kedatangan hendaklah dicatit sekiranya tiada Mesin Perakam Waktu disediakan, terutamanya di Pejabat Penghulu Mukim. Sekiranya didapati tidak hadir 7 hari berturut-turut, tindakan pertama ialah mengeluarkan surat tunjuk sebab. Mesyuarat dimaklumkan supaya diwujudkan Buku Kedatangan di setiap Pejabat Penghulu Mukim. Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) hendaklah memantau perkara ini.

2.2

2.3

Manakala di Pejabat Daerah Kubang Pasu pula, Kad Perakam Waktu akan dipantau oleh Penolong Pegawai Daerah [Pentadbiran]. Tindakan:KPPD[Pembangunan] & PPD[Pentadbiran] 2.4 Ketrampilan Diri Mesyuarat dimaklumkan bahawa kakitangan yang bertugas di kaunter dan Pemandu Kenderaan hendaklah berpakaian kemas dan bersesuaian semasa bertugas. Tindakan:Pemandu Kenderaan/Petugas Kaunter Sehubungan, Pemandu Kenderaan dan kakitangan yang bertugas dikaunter akan dibimbing mengenai tatacara berpakaian dan grooming oleh Penolong Pegawai Daerah [Pentadbiran] kerana tugas hakiki mereka adalah melayani pelanggan. Tindakan:PPD[Pentadbiran] 2.5 Mesyuarat juga dimakluman supaya Penghulu Mukim sentiasa membaca/meneliti akhbar harian bagi mengetahui masalah yang dihadapi rakyat dalam mukim dan mengambil tindakan yang perlu bagi menyelesaikan permasalahan tersebut. Tindakan:Semua Penghulu Mukim 2.6 Penghulu Mukim disaran supaya mendapatkan data di mukim masing-masing mengenai isu dan masalah siput gondang emas dan tanah jerlus. Tindakan:Semua Penghulu Mukim

3.0

SOROTAN SEMINGGU 3.1 Aktiviti Seminggu Yang Lalu Sepertimana paparan

4.0

MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU Minit Mesyuarat Pengurusan Kali 7/2012 bertarikh 21 Oktober 2012 yang lalu dicadang sah oleh Encik Sulaiman bin Hashim, Penghulu Mukim Tunjang dan disokong oleh Encik Ahmad bin Ali, Penghulu Mukim Temin dengan pindaan daripada:Mesyuarat dimaklumkan mengenai aktiviti Dewan Orang Ramai Kg Telaga Tongka, Alor Biak, Mukim Naga yang beroperasi pada setiap hari Isnin. kepada Mesyuarat dimaklumkan mengenai Dewan Orang Ramai Kg Telaga Tongka, Alor Biak, Mukim Naga yang beroperasi pada setiap hari Isnin. Tindakan:Makluman

5.0

LAPORAN BAHAGIAN Bahagian Pembangunan 5.1.1 Penghulu Mukim Jitra Kejadian ribut pada 13 September 2012 melibatkan rumah runtuh, kepunyaan Encik Jamaludin bin Ali di Kg Sungai Baru, Mukim Jitra. Penghulu Mukim Jitra memaklumkan bahawa tuan rumah telah membaiki sendiri rumah tersebut. Mengenai CSR, mesyuarat telah dimaklumkan bahawa nama-nama badan korporat sedang dikumpulkan. Selain daripada itu Penghulu Mukim Jitra juga pohon mencadangkan supaya tapak RC [Reserve Certificate] pejabat penghulu disewa untuk menampung tabung CSR yang berkenaan.

Y.Bhg Dato Pengerusi juga mencadangkan supaya sewa Dewan Utama dinaikkan bagi menampung bayaran utiliti yang semakin meningkat. Tindakan:KPPD[Pembangunan]/PPD/Ketua Penghulu 5.1.2. Penghulu Mukim Jerlun 2 buah rumah di Mukim Jerlun terlibat dalam kejadian ribut. Mesyuarat diberi maklum bahawa anggaran kos telah disediakan dan peruntukan telah dipohon kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah. Belum terima peruntukan. Akan diadakan mesyuarat bagi membentuk J/Kuasa dalam kalangan Penghulu Mukim bagi merealisasikan CSR. Tindakan:KPPD[Pembangunan]/PPD/Ketua Penghulu 5.1.3 Penghulu Mukim Pering/Keplu Terdapat 2 buah rumah untuk pembaikan yang diluluskan peruntukan, Chik binti Daud-Bukit Kalong dan Othman bin Abdullah Kg Stesyen, Mukim Keplu Chik binti Daud dan Kg Stesyen, Mukim Keplu, belum dapat dilaksanakan lagi. Pembaikan dibawah gotong royong yang tidak dapat dilaksanakan dan dipindah ke PDKP untuk dilaksanakan oleh kontraktor. Mesyuarat diberi maklum bahawa inden kerja telah dikeluarkan. Kerja-kerja pembaikan telah siap disempurnakan, bayaran telah selesai. Gugur daripada minit mesyuarat Tindakan: Makluman Permohonan pembaikan rumah oleh Encik Ahmad Zambri bin Napiah kepada PDKP. Anggaran kos untuk pembaikan ialah sebanyak RM12,000, permohonan peruntukan telah dipohon kepada UPEN dan telah daftar e-Sinar.
7

Telah dapat kelulusan peruntukan dan telah dilaksanakan. Tindakan:Makluman 5.1.4 Penghulu Mukim Jeram Peruntukan diluluskan tetapi tidak dapat dilaksanakan yang mana perlaksanaan kelulusan ditarik balik peruntukan untuk 2 orang sebanyak RM5,000 [pembelian mesin jahit]. Catatan: Peruntukan Projek TAHAP [infrastruktur] untuk pembelian bekalan [tidak dibenarkan]. Mesyuarat telah mengambil ketetapan bahawa pembelian ini akan diambil kira dalam J/Kuasa yang akan dibentuk [ CSR ].
Tindakan:KPPD[Pembangunan]/PPD/Ketua Penghulu

Kejadian ribut/puting beliung pada 14 Oktober 2012 melibatkan 9 buah rumah di Permatang Gelok yang mana 3 buah mengalami kerosakan teruk dan selebihnya kerosakan kecil. Kejadian ribut pada tarikh yang sama melibatkan 1buah rumah di Kg Matang Pinang. Mesyuarat diberi maklum bahawa daripada 10 buah rumah tersebut, 8 buah rumah telah siap diperbaiki dan 2 buah rumah lagi sedang dibaiki dengan menggunakan peruntukan daripada Akaun Pegawai Daerah, bekalan dihantar dulu oleh pembekal. Permohonan peruntukan telah dihantar ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah. Y.Bhg Dato Pengerusi mencadangkan supaya pihak kontraktor memberi sumbangan ikhlas ke dalam Tabung Bencana Daerah [CSR]. Tindakan:KPD[Pembangunan]/Juruteknik Kanan

5.1.5 Penghulu Mukim Naga/Malau Y.Bhg Dato Pengerusi menyarankan supaya ditubuhkan J/Kuasa Bencana Peringkat Mukim, supaya dapat memberi pelajaran/pendidikan kepada penduduk agar dapat berdikari semasa banjir/bencana berlaku.
8

Modul Pengurusan diimplementasikan.

Menghadapi

Banjir

juga

boleh

Selain daripada itu J/Kuasa Bencana Peringkat Mukim juga berperanan dalam menyediakan maklumat [laluan aliran air banjir] dalam bentuk slide dan juga menyenaraikan Pusat Pemindahan mangsa banjir. Mesyuarat diberi maklum bahawa slide telah dikemaskini sepertimana kehendak Puan KPPD[Pembangunan], mengikut aliran sungai seperti dalam peta dan juga senarai Pusat Pemindahan Banjir. Gugur daripada minit mesyuarat Tindakan: J/Kuasa Bencana Daerah Mesyuarat dimaklumkan bahawa Penghulu Mukim Naga telah menerima aduan daripada penduduk kampung mengenai penutupan jalan mini tar dan pemindahan laluan elektrik di Kg Baru, Tanjung Pauh, telah dimajukan aduan tersebut kepada Pentadbir Tanah Daerah Kubang Pasu untuk tindakan seterusnya. Belum terima maklumat balas daripada pihak Pentadbir Tanah Daerah Kubang Pasu Tindakan:Pentadbir Tanah Daerah Kubang Pasu Pada 30 Oktober 2012 telah berlaku kejadian rumah terbakar, tuan punya rumah Encik Tajudin bin Jaafar [ sakit mental]. Laporan polis telah dibuat. Pusat Khidmat Dun Air Hitam dan MKK Mukim Naga telah memberi sumbangan segera. Pihak JKM telah turun padang mengadakan tinjauan dan menyediakan laporan, bantuan belum diperolehi.

Penghulu Mukim pohon supaya tindakan bersesuaian dapat dilaksanakan[menulis surat kepada JKM]. Tindakan:KPPD[Pembangunan] Pihak Ceramic World Alor Setar telah mengadakan Hari Mesra Pelanggan White Horse Ceramic di Kawasan
9

Perusahaan Mergong 11, pada 10 November 2012, dan menjemput semua warga Mukim Naga ke majlis tersebut bagi memberi sokongan. Kehadiran seramai 50 orang Gugur daripada minit mesyuarat Y.Bhg Dato Pengerusi berhasrat supaya setiap mukim mengadakan program untuk membolehkan tabung bencana diisi dengan CSR Tabung Bencana dan Pembangunan Mukim . Laporan - banjir di Taman Lubuk Kawah akibat daripada kesan projek baru berdekatan dan masalah perparitan. Tindakan:MDKP 5.1.6 Penghulu Mukim Padang Perahu Program untuk baiki 2 buah rumah secara gotong royong di Kg Pulau Tok Ubin dan Kg Imam. Mesyuarat dimaklumkan kerja telah siap sepenuhnya. Program kajian selidik [survey] terhadap petani di Mukim Padang Perahu di Pejabat Penghulu oleh pihak UUM pada 25 November 2012. Tindakan:Makluman 5.1.7 Penghulu Mukim Ah/Putat Kerosakan jalan kampong Pida 4 perlu dibaiki melibatkan jalan sepanjang 1 km. Mesyuarat dimaklumkan bahawa permohonan peruntukan telah dipohon daripada UPEN, kelulusan peruntukan belum diterima. Mesyuarat dimaklumkan permohonan peruntukan bagi projek ini akan diambil kira dalam tahun 2013. Mesyuarat dimaklumkan bagi mengatasi masalah tersebut pihak penduduk telah mengambil inisiatif sendiri dengan membaiki jalan tersebut.

10

Tindakan:KPPD[Pembangunan] 5.1.8 Penghulu Mukim Temin Pembelian bekalan berupa 2 buah mesin pertukangan kayu [RM4,000] belum dapat dilaksanakan lagi walaupun telah bermesyuarat [TAHAP] sebanyak 2 kali pada tahun ini. Mesyuarat telah mengambil ketetapan bahawa pembelian ini akan diambil kira dalam J/Kuasa yang akan dibentuk [ CSR ]. Mesyuarat dimaklumkan menunggu peruntukan. perkara dalam tindakan

Tindakan:KPPD[Pembangunan]/PPD/Ketua Penghulu. 5.1.9 Penghulu Mukim Bukit Tinggi/ Wang Tepus/Pelubang Banjir kilat pada 13-14 September 2012 yang lalu melibatkan Kg Paya Kerchut dan Taman Tunku Anum, sudah maklum kepada MDKP, lawatan telah dilakukan oleh Pegawai Perancang MDKP. MDKP telah pohon peruntukan, selepas mendapat kelulusan peruntukan kerja-kerja akan dilaksanakan. Y.Bhg Dato Pengerusi memaklumkan bahawa lawatan telah dibuat dan didapati air yang akan disalirkan melalui pembentung tersebut akan melalui tanah milik orang perseorangan. Adalah lebih praktikal sekiranya retention pond disediakan oleh Kolej Heights. Tindakan:MDKP Bagi Kg Tepi Alor dan Jalan Kg Naga, pihak JKR akan menambah pembentung bagi mengatasi masalah banjir kilat dikawasan tersebut. Tinjauan telah dibuat oleh JKR, permohonan peruntukan telah dilaksanakan, sedang menunggu peruntukan. Tindakan:JKR

11

5.1.10 Penghulu Mukim Sungai Laka Terdapat pemaju perumahan yang menambak tanah untuk projek perumahan melebihi aras jalan di Kampong Padang Pasir yang mana ini akan mengakibatkan berlakunya banjir di kawasan berdekatan. Mesyuarat dimaklumkan bahawa satu perjumpaan diantara Pengurus Projek dengan penduduk kampong telah diadakan pada 15 Oktober 2012 yang lalu bagi menerangkan mengenai struktur perparitan yang akan dibina selepas selesai projek perumahan tersebut. Gugur daripada minit mesyuarat Tindakan:Makluman 5.1.11Penghulu Mukim Tunjang Mesyuarat dimaklumkan bahawa Jalan Pida 3 akan dilaksanakan oleh JKR dengan kos sebanyak RM3 juta. Dalam tindakan tender oleh Pengarah JKR. Tindakan:JKR Lawatan tapak [jambatan] telah dilaksanakan oleh PDKP. JKR perlu membuat kajian tanah terlebih dahulu sebelum peruntukan untuk membina jambatan dipohon daripada UPEN. PDKP telah meletakkan papan tanda melarang digunakan jambatan tersebut dan tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemalangan. Anggaran kos untuk membina jambatan ialah sebanyak RM200,000[termasuk kajian tanah]. Permohonan peruntukan telah dimajukan kepada UPEN. Tindakan: KPPD[Pembangunan] Laporan Sinar Harian pada 6 November 2012 mengenai rumah rebah [uzur] kepunyaan 2 beradik Zulfadli dan Zulhelmi di Pida 4, Penghulu Mukim Tunjang dipohon menyediakan laporan.

12

Gugur daripada minit mesyuarat. Tindakan:Makluman 5.1.10 Penghulu Mukim Hosba/Kubang Pasu Mesyuarat dimaklumkan bahawa pembaikan Surau Kg Ludap, Mukim Hosba dilakukan secara gotong royong oleh MKK dengan kos bekalan sebanyak RM12,000. Kerja baikpulih belum sempurna sepenuhnya. Tindakan:Penghulu Mukim Hosba/Kbg Pasu 5.1.13Penghulu Mukim Binjal Pencerobohan tanah ditapak pejabat Penghulu Mukim Binjal oleh PPK. Mesyuarat memutuskan pihak PPK Asun membersihkan keseluruhan kawasan tapak pejabat tersebut tanpa membayar ganti rugi. Surat telah diajukan kepada pihak PPK Asun bertarikh 23 Oktober 2012 yang lalu. Y.Bhg Dato Pengerusi pinta perkara ini dipantau oleh Penghulu Mukim Binjal. Tindakan:Penghulu Mukim Binjal 5.1.14Penghulu Mukim Sanglang Penghulu Mukim Sanglang menerima aduan daripada MKK mengenai jalan daripada Pida 13 ke Pida 9 yang rosak yang mana sering berlaku kemalangan. Pohon dibaiki semula jalan tersebut lawatan teknikal telah diadakan pada 30 September 2012. Pohon peruntukan daripada UPEN. Masih menunggu kelulusan peruntukan. Pohon lampu jalan persimpangan jalan utama Kg Sanglang. Tindakan:KPPD[Pembangunan] Laporan akhbar pada 11 November 2012, nelayan lumpuh dan tidak dapat bantuan. Tinjauan telah dilakukan oleh Penghulu Mukim Sanglang terhadap nelayan tersebut.
13

Tindakan:Makluman 5.2 Bahagian Pembangunan Unit Perolehan Bekalan Ketua Pembantu mengenai:Tadbir [Pembangunan] melaporkan

5.2.1 Daftar e-Sinar Daftar orang,pertambahan sebanyak sebelumnya .

keseluruhan 1,928 13 orang daripada

Sebanyak 39 Pesanan Kerajaan telah dikeluarkan dan penyediaan sebanyak 3 Inden Kerja dan 21 baucer untuk pembayaran. Tindakan:Makluman 5.3 Bahagian Pentadbiran/Kewangan 5.3.1 Puan Pembantu Tadbir [Kewangan] melaporkan mengenai prestasi perbelanjaan mengurus seperti lampiran C berkelat. 5.3.2 Baki peruntukan untuk Kod OBKL 21000 RM105.85 dan Kod OBKL 29000 RM8,986.74 Peratus perbelanjaan, belanja mengurus B.40 sehingga 20 November 2012 ialah 87.70% berbaki 12.30% Tindakan:Makluman Mesyuarat mengarahkan supaya PPD [Pentadbiran] membuat rayuan kepada YB Dato Pegawai Kewangan Negeri untuk pengecualian bagi PDKP. Tindakan:PPD[Pentadbiran] 5.4 Hal-Hal Lain 5.4.1 Tarikh Akhir Pengeluaran Inden Kerja dan Pesanan Kerajaan Bagi Tahun 2012. Mesyuarat dimaklumkan bahawa tarikh akhir pengeluaran Inden Kerja ialah pada 29 November 2012 dan Pesanan Kerajaan ialah pada 15 Disember 2012 dan kerja-kerja hendaklah disempurnakan pada atau sebelum 31
14

Disember 2012. Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Kedah Darul Aman Bil.4/2012. Gugur daripada minit mesyuarat. Tindakan:Pembantu Tadbir Kew.[Pemb.& Pent.] 5.4.2 Program Konvoi Bersama Y.Bhg Dato Pegawai Daerah akan diadakan pada 18 November 2012 bermula dengan Mukim Jerlun/Sanglang. Ditangguh sehingga diberitahu kelak. Tindakan:Makluman 5.4.3 Baju Korporat Mesyuarat diberi maklum bahawa Baju Korporat PDKP telah disiapkan kecuali seperti berikut:Pohon tarikh untuk pengukuran baju korporat Y.Bhg Dato Pengerusi. Lelaki hanya logo dan nama sahaja yang perlu disiapkan Perempuan 15 orang sudah disiapkan. 5.4.4 Pembantu Tadbir Penghulu Mukim Pelubang membangkitkan mengenai ketiadaan bilik air/tandas untuk Pejabat Penghulu Mukim Pelubang/Wang Tepus. Peruntukan sebanyak RM19,000 diperlukan bagi menyediakan tandas dan bilik air baru. Permohonan telah diajukan kepada UPEN. Setelah pihak UPEN membuat pindah peruntukan, peruntukan akan disalurkan kepada PDKP. Tindakan: KPPD[Pembangunan]

5.4.5 Tempat letak kereta berbumbung [bahagian atas] yang disediakan untuk kakitangan PDKP hendaklah dihadkan kepada 3 petak sahaja untuk meletak motorsikal dan selebihnya untuk kegunaan meletak kereta. Gugur daripada minit mesyuarat. 5.4.6 Kursus Kecemerlangan Diri untuk kakitangan PDKP akan diadakan di Pulau Langkawi pada 13 15 Disember 2012.
15

Tindakan:Makluman 5.4.7 Unit Pengurusan Korporat/Protokol Mesyuarat diberi maklum akan penubuhan Unit Pengurusan Korporat/Protokol yang akan dianggotai oleh: Penasihat : Penolong Pegawai Daerah [Pentadbiran] Ketua : Puan Hajjah Rogayah bt Baharom : Puan Nur Ashikin bt Abd Hamid : Puan Fatin Syamimi bt Jamaludin : Puan Faridah bt Othman 5.4.8 Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa Encik Ilias bin Darus akan bertugas di Pejabat Penghulu Mukim Malau pada hari Ahad, Isnin dan Rabu dan akan berada di Pejabat Daerah Kubang Pasu pada hari Selasa dan Khamis berkuatkuasa mulai 25 November 2012 [Ahad]. Tindakan:PPD[Pentadbiran] 5.4.9 Bagi setiap aktiviti yang dilaporkan dalam Sorotan Seminggu perlu ada gambar yang menerangkan mengenai aktiviti tersebut. Tindakan:Juruteknik Komputer /Jurugambar PDKP 5.4.10 Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Kubang Pasu akan diadakan pada 27 November 2012 [Selasa] di Masjid Abu Bakar As-Sidiq, Kg Lembah Palas, Mukim Sg Laka. Tindakan: Semua Staf PDKP 5.4.11 Semua staf PDKP akan dibekalkan dengan Buku Nota. Tindakan:Pembantu Tadbir (Setor) 5.4.12 Sumbangan kepada pesara PDKP diberi sebagai penghargaan dalam perkhidmatan dan mesyuarat telah bersetuju sebulat suara dengan cadangan sebanyak RM2,000. 6.0 PENANGGUHAN MESYUARAT
16

Mesyuarat ditangguh jam 11.45 pagi


Minit mesyuarat dicatat oleh:Puan Noraini binti Sudin Minit mesyuarat disemak oleh:Encik Afizudin bin Dato Paduka Mohd Saad

17

You might also like