You are on page 1of 39

BAB 1: ASAS KEPADA PERDAGANGAN

PERBEZAAN KEPERLUAN DAN KEHENDAK Keperluan - Mesti ada untuk manusia terus hidup - Contoh makanan, pakaian dan tempat tinggal - Sama untuk semua orang - Keperluan terhad/ tetap - Keperluan ialah tuntutan semulajadi - Mengikut tahap tertentu- fisiologi, sosial, rohani Kehendak - Barangan yang diingini untuk hidup lebih selesa - Contoh kereta, jam tangan - Berbeza mengikut keinginan - Tidak terbatas dan berubah-ubah - Perlu dipelajari atau dipengaruhi persekitaran - Mengikut keutamaan/ keinginan semasa HIERARKI KEPERLUAN MASLOW - Ada tiga tahap
Tahap 1 - Keperluan Fisiologi - Keperluan asas - keperluan paling asas manusia untuk hidup - membolehkan tubuh manusia berfungsi - contoh, makanan, pakaian dan tempat tinggal - Keperluan keselamatan - melindungi diri daripada ancaman luar - contoh ancaman musuh, cuaca dan undang-undang Tahap 2 - Keperluan Sosial 1

- Keperluan kasih sayang - manusia memerlukan kasih sayang daripada orang lain - contoh kasih sayang daripada ibu bapa - Keperluan penghargaan - manusia perlu dihormati dan diberi penghargaan - contoh tahniah atas kejayaan Tahap 3- Keperluan rohani - Keperluan kesempurnaan kendiri - Tahap teratas - tuntutan jiwa / kepuasan/ kegembiraan di atas kejayaan - contoh hidup beragama, kesenian, berjaya mendapat ijazah

MAKSUD PENGELUARAN
Aktiviti memproses bahan mentah untuk menghasilkan barang separuh siap dan barang siap bagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia. Setiap aktiviti mempunyai nilai faedah nilai faedah bentuk, nilai faedah tempat, nilai faedah masa dan nilai faedah milikan

NILAI FAEDAH
a) Bentuk menukar bentuk barangan kepada satu yang lebih berguna contoh kayu balak diproses menjadi papan lapis b) Tempat menukar tempat satu barang dari tempat asal / berlebihan ke tempat berkurangan dan boleh memenuhi kehendak pengguna. contoh kayu balak di hutan dihantar ke kilang untuk diproses c) Masa menyimpan barang sehingga diperlukan contoh padi berlebihan semasa musim menuai disimpan untuk memenuhi permintaan di luar musim d) Milikan pertukaran milik daripada seseorang kepada orang lain yang memerlukan contoh peniaga kasut menjual kasut kepada pengguna

JENIS PENGELUARAN
2

a) Pengeluaran langsung - menghasilkan barangan bagi memenuhi keperluan peribadi - tiada unsur pengkhususan - barang tidak dijual kepada orang lain - contoh bertani untuk kegunaan sendiri b) Pengeluaran tak langsung - menghasilkan barangan bagi memenuhi keperluan orang lain - wujud pengkhususan - berlaku urusniaga jual beli mencari untung - contoh membuat kuih untuk dijual

CABANG PENGELUARAN
1. Perusahaan usaha mendapatkan bahan mentah dan menukarkan bentuknya kepada barang siap a. Ekstraktif mengeluarkan bahan mentah / mengeksploitasi sumber alam contoh pertanian, perlombongan b. Perkilangan memproses bahan mentah kepada barang separuh siap atau barang siap contoh kilang pakaian c. Pembinaan aktiviti pemasangan, pembinaan dan pengubahsuaian dengan menggunakan barang separuh siap atau barang siap contoh pembinaan bangunan

2. Perdagangan aktiviti pengagihan barangan daripada pengeluar asal kepada pengguna akhir a. Perniagaan aktiviti jual beli untuk mendapat keuntungan b. Bantuan perniagaan aktiviti untuk melancarkan perniagaan - terdiri daripada perbankan, pengangkutan, insurans, komunikasi, pergudangan dan promosi 3. Khidmat langsung aktiviti tidak mengeluarkan barang tetapi memberi perkhidmatan 3

- contoh guru, pelakon, doktor

FAKTOR -FAKTOR PENGELUARAN


Tanah kekayaan daripada alam semula jadi ganjaran sewa Modal sebarang bentuk aset berupa wang, mesin atau bahan mentah yang digunakan dalam proses pengeluaran ganjaran faedah Buruh seseorang yang menggunakan tenaga fizikal dan mental dalam proses pengeluaran ganjaran upah/gaji Usahawan seseorang yang mengguna dan menggabungkan faktor pengeluaran bagi menghasilkan barangan ganjaran untung

PERBEZAAN ANTARA PENIAGA DAN USAHAWAN


Peniaga
- Skop aktiviti terhad - Menjalankan aktiviti jual beli untuk mencari keuntungan - Lebih mementingkan keuntungan sahaja - Skala operasinya kecil dengan kaedah pengurusan yang statik - Contoh Encik Wan mengendalikan kedai basikal di pekan Muar sejak 15 tahun dan masih beroperasi di tempat yang sama

Usahawan
- Skop aktiviti luas - Menjalankan aktiviti jual beli dengan mengambil risiko untuk mencipta, menubuh dan mengusahakan sesuatu kegiatan ekonomi - Mengutamakan sumbangan dan bakti kepada masyarakat dan negara - Skala operasinya kecil pada peringkat awal tetapi berpotensi berkembang maju masa akan datang - Contoh Encik Yusof memulakan perniagaan bengkel membaiki kenderaan. Kini beliau mempunyai rangkaian pusat membaiki kereta dan menjual alat ganti kenderaan

Kreatif
- Bermaksud mereka cipta keluaran baru untuk memenuhi kehendak pengguna 4

- Membolehkan usahawan menguasai pasaran - Orang yang terdahulu menembusi pasaran - Contoh cipta kad pintar, robot

Inovatif
Bermaksud pembaharuan / pengubahsuaian barangan yang sedia ada di pasaran Supaya menjadi lebih berkualiti Usahawan akan dapat kelebihan bersaing Pengguna akan dapat lebih manfaat daripada sebelumnya

PERANAN USAHAWAN KEPADA MASYARAKAT


Dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna Dapat menikmati prasarana yang lebih baik Mengurangkan penggangguran Mendapat banyak peluang pekerjaan Dapat meningkatkan taraf hidup Dapat menikmati barang berkualiti Meningkatkan pendapatan masyarakat Dapat menikmati pelbagai jenis barang

PERANAN USAHAWAN KEPADA PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA


Menyediakan peluang pekerjaan / mengurangkan pengangguran Mendapat tukaran asing / peningkatan eksport Menggalakkan aliran modal Memperbanyakkan intrastruktur Mempelbagaikan kegiatan ekonomi Membuat penemuan teknologi baru / menghasilkan penciptaan baru

PENGKHUSUSAN DALAM PENGELUARAN


Maksud pengkhususan
- Penumpuan dalam melakukan sejenis pekerjaan atau aktiviti tertentu mengikut kemahiran seseorang - Tidak melakukan dua kerja dalam satu masa - Berasaskan pembahagian kerja - Pembahagian kerja ialah suatu proses di mana para ditugaskan untuk 5

menjalankan satu peringkat kerja tertentu mengikut kebolehan dan kepakaran mereka

Jenis pengkhususan
1. Pengkhususan mengikut profesion - individu mengkhusus dalam jenis perkerjaan tertentu sahaja mengikut kebolehan, kemahiran dan kelayakannya. - Wujud disebabkan oleh perbezaan kemahiran / kebolehan seseorang - Contoh guru, doktor, tentera 2. Pengkhususan mengikut proses - melibatkan pelbagai proses kerja dalam satu kilang - Wujud disebabkan pembahagian kerja - contoh di kilang pakaian pekerja diagihkan kepada tugas tertentu seperti tugas memotong pakaian, menjahit pakaian, menggosok 3 Pengkhususan mengikut kawasan - Aktiviti menghasilkan sesuatu keluaran tertentu di antara satu kawasan dengan kawasan lain - Wujud disebabkan oleh perbezaan tanah-tanih, sumber asli, tenaga buruh, suhu - Contoh Johor pengeluar nenas, Kedah pengeluar padi 4. Pengkhususan antarabangsa - penumpuan setengah negara kepada satu jenis kegiatan ekonomi - wujud disebabkan perbezaan iklim, bentuk muka bumi, sumber alam semulajadi, teknologi - contoh Jepun perindustrian, Thailand penanaman padi

KESAN PENGKHUSUSAN DALAM PENGELUARAN


Kelebihan pengkhususan
Meningkatkan pengeluaran Menggalakkan pengeluaran besar-besaran Menikmati ekonomi bidangan Meningkatkan kualiti Mengurangkan kos buruh 6

Menjimatkan masa latihan Meningkatkan kemahiran Menjimatkan tenaga kerana menggunakan mesin Boleh menumpukan bidang yang ada kebolehan/kelebihan Meningkat peluang pekerjaan Hanya mahir satu proses pengeluaran/tidak kreatif Sukar berpindah ke pekerjaan lain Pekerja bosan Tidak dapat mencipta barang secara bersendirian Kos beli mesin mahal Hasil keluaran tiada variasi Saling bergantungan Proses mudah tergendala Perlu pakar pada tiap-tiap bahagian Pengangguran mudah berlaku kerana penggunaan mesin/kemahiran terhad

Kekurangan pengkhususan

1.5 SISTEM BARTER


Maksud sistem barter
- Cara pertukaran barang dengan barang - Tidak menggunakan wang

Kelemahan sistem barter


1. Masalah kemahuan tidak serentak tidak semua orang bersetuju menukarkan barang yang dia ada dengan barang yang kita milik 2. Sukar menetapkan kadar pertukaran barang yang hendak ditukarkan tidak sama nilai / saiz / ukuran 3. Sukar membahagikan barang sebahagian barang dan benda hidup tidak boleh dibahagikan kepada bahagian kecil 4. Sukar menyimpan barang yang rosak contoh sayuran, buah-buahan, ikan perlu ditukar segera 5. Sukar membawa barang-barang besar dan berat contoh menukarkan 20 tan beras dengan dengan 20 batang kayu balak

BAB 2 : UNSUR PERDAGANGAN


Maksud Perdagangan
- Aktiviti pengagihan barangan daripada pengeluar asal kepada pengguna akhir tepat pada masa, harga, tempat dan kuantiti yang diperlukan - Terdiri daripada perniagaan dan bantuan perniagaan

Maksud Perniagaan
- Aktiviti jual beli barang untuk mendapat keuntungan - Terdiri daripada perniagaan dalam negeri dan perniagaan antarabangsa

Perbezaan Perdagangan dengan Perniagaan


Perdagangan 1. merupakan cabang pengeluaran 2. aktiviti agihan barang 3. tujuan agih barang sampai kepada pengguna 4. terdiri daripada perniagaan dan bantuan perniagaan Perniagaan 1. merupakan cabang perdagangan 2. aktiviti jual beli barang 3. tujuan dapat untung 4. terdiri daripada perniagaan dalam negeri dan perniagaan antarabangsa

PERANAN BANTUAN PERNIAGAAN


Peranan Perbankan - Ada kemudahan pembayaran seperti cek, pindahan kredit - Ada kemudahan simpan wang seperti akaun simpanan, akaun semasa - Beri modal melalui pinjaman / overdraf - Beri khidmat nasihat - Lain-lain perkhidmatan seperti pertukaran matawang asing, cek kembara, peti simpanan selamat Peranan Promosi - Perkenalkan barang - Beri maklumat 8

pengguna mudah pilih Wujudkan permintaan pujuk pengguna beli Tingkatkan daya saing Didik orang ramai guna barang Tingkatkan jualan / untung Tingkatkan imej barang / syarikat Meluaskan pasaran

Peranan Pengangkutan - Bawa barang dari tempat lebih ke tempat kurang - Selaras permintaan dan penawaran bagi menstabilkan harga - Edar barang ke merata dunia - Pasaran lebih luas - Pilihan pengguna banyak - Peniaga mudah dapat bekalan bahan mentah - Galakkan pengeluaran secara besar- besaran - Elakkan pembaziran - Memudahkan mobiliti / pergerakan tenaga buruh - Mengurangkan kos penyimpanan stok / kos gudang Peranan Insuran - Beri perlindungan daripada risiko yang boleh diinsuranskan seperti kebakaran, kecurian, kemalangan - Bayar premium - dapat gantirugi - dapat memulihkan kepada kedudukan asal - Berniaga lebih yakin - berani kembang perniagaan - Wujudkan peluang perniagaan - Contoh insurans: insurans kebakaran, insurans kecurian Peranan komunikasi - Hubungi pembekal / pelanggan secara lisan (telefon, radio) dan tulisan (surat, telegram) - Sampaikan maklumat / pesanan - Hantar dokumen / bayaran kepada pembekal - Urusniaga cepat melalui teleks , telefon - Agihan tepat pada masanya - Memudahkan promosi - meningkatkan jualan / untung - Luaskan pasaran - Mudahkan pentadbiran dan kawalan perniagaan 9

- Kurangkan risiko kerugian / kerosakan

Peranan Pergudangan - Pengeluaran besar-besaran berterusan - Simpan bekalan berlebihan - Bekalan berterusan - Selaraskan permintaan dan penawaran - Stabilkan harga - Kerja akhir dapat dilakukan seperti menimbang, membungkus. - Penyetoran sejuk elakkan barang rosak seperti daging, buahan - Lindungi risiko kecurian / selamat - Sedia tempat pamer barang - Boleh periksa barang sebelum beli dengan adanya Gudang Bayar dan Bawa - Gudang berbon mudahkan aktiviti impot dan ekspot

Perkaitan antara pengeluaran, perdagangan dan perniagaaan


Pengeluaran
Aktiviti menghasilkan barangan untuk memuaskan kehendak manusia Melibatkan dua jenis pengeluaran iaitu pengeluaran langsung dan pengeluaran tak langsung. Pengeluaran tak langsung menyebabkan berlaku lebihan barang dan perlu diagihkan melalui perdagangan.

Perdagangan
Aktiviti pengagihan barangan daripada pengeluar asal kepada pengguna akhir. Proses agihan dilakukan melalui perniagaan dan bantuan perniagaan. Perdagangan adalah cabang pengeluaran

Perniagaan
Aktiviti jual beli untuk mendapat keuntungan. Barangan boleh dijual beli melalui perniagaan dalam negeri dan perniagaan antarabangsa. Perniagaan akan lancar dengan adanya bantuan perniagaan iaitu perbankan, insurans, pengangkutan, komunikasi, pergudangan dan promosi. Perniagaan adalah cabang perdagangan 10

BAB 3 : PERNIAGAAN DALAM NEGERI


Maksud Perniagaan dalam negeri
- aktiviti membeli dan menjual barang & perkhidmatan antara penduduk dalam sesebuah negara. - Contohnya, kedai runcit, bazar dan pasar raya. - terdiri daripada dua - perniagaan borong dan perniagaan runcit.

SALURAN AGIHAN
Maksud saluran agihan
- proses pengedaran barang atau perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna akhir tepat pada masa, tempat, harga dan kuantiti yang sesuai Jenis Saluran Agihan 1. Pengeluar pemborong peruncit pengguna 2. Pengeluar Ejen Peruncit Pengguna 3. Pengeluar Pemborong Pengguna 4. Pengeluar Peruncit Pengguna 5. Pengeluar Ejen Pengguna 6. Pengeluar Pengguna

Faktor Pemilihan Saluran Agihan


Sasaran pasaran Jenis barang Liputan pasaran Keupayaan pengeluar Kos pengangkutan

Fungsi Peruncit
1. Memecahkan pukal - menjual dalam kuantiti yang lebih kecil kepada pengguna akhir. 2. Menjual pelbagai jenis barang - memudahkan pelanggan membuat pilihan 3. Menyediakan kemudahan kredit kepada pelanggan tetap 4. Memberi perkhidmatan selepas jualan contoh menghantar barang ke rumah 5. Memberi khidmat nasihat dan menyampaikan maklumat - cita rasa dan sambutan pengguna 6. Mendirikan premis perniagaan berhampiran pelanggan - mudah dikunjungi 11

7. Menguruskan stok - memastikan bekalannya sentiasa mencukupi 8. Melakukan kerja-kerja akhir - menggred, menimbang, membungkus 9. Mengagihkan barang-barang - berperanan sebagai orang tengah antara pengguna dengan pemborong atau pengeluar

Ciri Peruncit Kecil-kecilan


Mudah ditubuhkan tidak banyak peraturan / modal kecil Kos overhed rendah-sewa rendah,cukai perniagaan rendah atau iklan murah Layanan peribadi - penghantaran barang ke rumah, pembaikan dan pemasangan Mudah diuruskan saiz kecil/ kendali sendiri Dimiliki oleh seorang peniaga atau berkongsi Modal kecil- Simpanan sendiri/ pinjam ahli keluarga

Ciri Peruncit Besar- besaran


Modal besar, dikumpul melalui terbitan syer Kemudahan - untuk keselesaan pelanggan - muzik, tandas Pengurusan lebih rumit dan sukar - saiz organisasi yang besar Jualan tunai, elak hutang lapuk Belian - membeli stok secara pukal terus daripada pengeluar Penubuhan rumit, Akta syarikat 1965

Perniagan Runcit Besar-besaran


Pasar Raya
- Menjual beraneka jenis barang di bawah satu bumbung - Contohnya, pasar raya Warta, Cold Storage dan pasar raya Tops, pasar raya Econsave, pasar raya 99.

Gedung Aneka Jabatan


- Sebuah perniagaan runcit berskala besar yang beroperasi dalam sebuah bangunan besar yang bertingkat - Contohnya, Isetan, Parkson Grand dan Metrojaya.

Pasar Raya Besar


- Sebuah bangunan setingkat yang menjual pelbagai jenis barang di bawah satu bumbung - Contoh pasar raya besar ialah Xtra dan Giant

Kedai Sejaras
- Perniagaan runcit yang mempunyai sepuluh atau lebih cawangan - cawangan adalah seragam dari segi nama, logo, reka bentuk, harga dan jenis barang - Contoh Singer, 7-Eleven dan Kedai Bata. 12

Koperasi runcit
- Organisasi yang ditubuhkan oleh sekumpulan pengguna - tujuan utama untuk membantu anggota memperoleh barang keperluan pada harga yang berpatutan tanpa melalui orang tengah. - Contohnya, Koperasi Peladang.

Bentuk Lain Peruncitan


Mesin Peruncitan Automatik
Menjual /perkhidmatan terus kepada pengguna melalui mesin secara strategik. Barang jualan seperti air kotak, mesin tiket LRT Ditempatkan di lokasi yang strategik misalnya di perhentian bas Boleh beroperasi selama 24 jam tanpa diawasi.

Pesanan Mel
- Menjual barang terus melalui pos atau perkhidmatan kurier. - Sesuai menjual barang yang ringan, kecil, tidak mudah pecah dan tahan lama. - Bentuk dan cara penggunaan barang-barang dapat disampaikan melalui gambar - Dijalankan melalui tiga kaedah, iaitu pengiklanan, kiriman terus atau pelantikan ejen. - Kaedah pembayaran B.W.T, T.W.P dan bayaran ansuran

Francais
- Seseorang individu/syarikat yang diberi hak untuk menjual barang atau perkhidmatan syarikat induk yang sudah terkenal - Contoh kedai makan segera Mc Donald, Habib Jewel, KFC, - Menggunakan logo, nama dan reka bentuk yang sama. - Individu atau syarikat yang diberi kebenaran francaisi - Syarikat induk yang memberikan kebenaran francaisor. - Perjanjian ditandatangani oleh kedua-dua pihak- syarat francais

Jualan Langsung
- Menjual barang terus melalui kunjungan jurujual dari pintu ke pintu. - Contoh syarikat Amway, Avon dan syarikat-syarikat insurans. - Jurujual atau ejen dilantik dan dilatih - Jenis produk yang sesuai - kosmetik, perkakas dapur, insurans dan pakej pelancongan. 13

E-Dagang
Perniagaan melalui talian internet Secara online antara penjual dengan pembeli dari seluruh dunia. Mewujudkan laman web dan gerai pameran dalam internet Gambar dan maklumat terperinci dipaparkan di skrin komputer. Bayaran secara online menggunakan kad kredit Barang pesanan akan dihantar melalui pos atau kurier

Televisyen Interaktif
- Membolehkan seorang penonton TV berinteraksi dengan peniaga yang mengiklankan barangnya melalui TV dan membeli-belah dari rumah., Contoh siaran Astro, Smartshop - Merupakan hasil ciptaan teknologi digital - Menggabungkan fungsi televisyen dengan komputer peribadi secara interaktif dan mesti disambungkan dengan talian internet. Cara beroperasi: - Gambar dan maklumat barang - ditayangkan di televisyen - Pesanan dibuat serta-merta - menekan papan kekunci /gagang telefon - Bayaran prabayar - menggunakan kad kredit - Barang dihantar - pos, ejen jualan atau kurier.

Kedai Katalog
- Mempromosikan barang atau perkhidmatannya melalui catalog bercetak / katalog elektronik - Contoh - Courts Mammoth, Ikea dan The Catalog Shop. - Katalog diedarkan secara percuma di tempat kunjungan ramai - Pengguna akan menelefon / mengunjungi kedai untuk membeli barang - Bayaran melalui cek, kad kredit, kad debit atau ansurans - Sediakan perkhidmatan selepas jualan seperti hantar, pasang dan baiki - Barang-barang yang dijual - jenis barang yang piawai dan tahan lama. - Contohnya, barang-barang elektrik, perabot, peralatan dapur

PERNIAGAAN BORONG
14

Fungsi Pemborong
Kepada Pengeluar - Membeli stok secara pukal dan memecah pukal - Mengurangkan kos pergudangan - Mengurangkan kos pengangkutan - Pengendali pasaran - Memberi maklumat pasaran Kepada Peruncit - Membekalkan beraneka jenis barang - Memberi kemudahan kredit - Menghantar barang kepada peruncit . - Menyimpan stok yang mencukupi - Memberi maklumat dan nasihat Kepada Pengguna - Menstabilkan harga barang . - Menyediakan bekalan yang berterusan - Menyampaikan maklumat - Melakukan kerja-kerja akhir / pecah pukal - Mempelbagaikan pilihan

Perbezaan antara Perniagaan Borong dengan Perniagaan Runcit


Perniagaan Borong
Berada antara pengeluar dengan peruncit. Beli barang secara pukal daripada pengeluar Modal besar Menyediakan gudang untuk menyimpan stok pukal yang dibeli daripada pengeluar Tidak perlu menghias atau melakukan peragaan tingkap

Perniagaan Runcit
Berada antara pemborong dengan pengguna akhir Beli barang dalam kuantiti yang kecil daripada pemborong Modal kecil Sediakan stor untuk simpan stok diperoleh daripada pemborong 15

- Perlu hiasan dan peragaan barang bagi menarik pengguna

Pemborong Berfungsi Penuh


Pemborong Am
- Membeli dan menjual pelbagai jenis barang yang tidak mempunyai kaitan - Contohnya, pemborong yang menjual barang keperluan harian seperti garam, gula serta barang kosmetik di tempat yang sama

Pemborong Khusus
- Membeli dan menjual sesuatu jenis barang - Contohnya, pemborong kasut yang menjual pelbagai jenama kasut seperti Red Modani, Al-Ikhsan

Pemborong Satu Barisan


- Membeli dan menjual sekumpulan barang yang sama jenis - Contohnya, pemborong hasil pertanian yang menjual pelbagai jenis buah-buahan termasuklah anak pokok dan baja

Pemborong Berfungsi Terhad


Pemborong Bayar dan Bawa
Menjual barang pada harga yang murah dan secara tunai kepada peruncit Tidak memberi kredit kepada peruncit Tidak menyediakan pengangkutan kepada peruncit Giant, Makro, Carrefour dan Mydin - barang keperluan harian pengguna

Pemborong Jober Para


Membekalkan pelbagai jenis barang kepada peruncit Memperagakan - secara rapi di atas rak-rak dimiliki oleh pemborong selagi ia masih diperagakan di rak Peruncit dikenakan bayaran bagi barang-barang yang telah dijual. Melancarkan program promosi dan pengiklanan di televisyen Menjual barang-barang berjenama terkenal - Gardenia, ais krim Walls

Pemborong Pesanan Mel


- Menjalankan urus niaga melalui pos 16

Menghantar borang pesanan bersama katalog menerusi pos Pelanggan memilih barang berpandukan katalog yang dihantar Pesanan, bayaran dan penghantaran barang dibuat melalui pos Contoh barang - barang kosmetik Barang ini biasanya bersaiz kecil, ringan dan tidak mudah rosak

Pemborong Pesanan Berwakil


- Menyampaikan pesanan pembeli terus kepada pengeluar atau pengilang - Memainkan peranan sebagai wakil pengeluar dan tidak mempunyai hak milik - Tidak perlu menyediakan kemudahan pergudangan - Menjadi perantara dalam pengagihan barang daripada penjual atau pengeluar kepada pembeli - Barang yang sesuai - bahan-bahan binaan seperti simen, besi, batu-bata

Pemborong Perkhidmatan Pengangkutan


- Pemborong perkhidmatan pengangkutan - Menyediakan perkhidmatan pengangkutan seperti lori, lori kontena dan treler bagi mengangkut barang yang berkuantiti besar bagi pihak pengeluar. - Contohnya, Shapadu, Nepline dan Kontena Nasional

Ejen
Ejen Pengeluar
- Wakil pengedar yang dilantik oleh beberapa pengeluar yang menghasilkan keluaran berlainan dan bukan pesaing antara satu sama lain - Tidak berhak untuk menentukan strategi pemasaran bagi pihak pengilang - Memasarkan mengedarkan barang-barangnya ke kawasan-kawasan baru yang belum diterokai pengeluar - Contoh - Edaran Otomobil Nasional (EON) dan Proton Edar yang memasarkan atau mengedarkan model kereta keluaran negara

Ejen Penjual
- Memasarkan barang keluaran pengeluar kecil-kecilan memiliki kepakaran dalam bidang pemasaran - Sebagai perancang pemasaran yang menjalankan aktiviti penyelidikan pasaran, merancangkan keluaran, menetapkan harga dan mempromosi - Menerima komisen daripada pengeluar bagi perkhidmatan yang disediakannya

Broker
17

- Menemukan penjual dan pembeli - Dilantik oleh pengeluar untuk mengendalikan urusan jual beli - Tidak mempunyai hak milik ke atas barang yang diniagakan - Tidak boleh menjual beli barang atas namanya sendiri - Tidak mempunyai hak untuk memberi kredit

Pengambilalihan Fungsi Pemborong


- Kemunculan Perniagaan Runcit Besar-besaran seperti Pasar Raya Besar, Koperasi Runcit - Barang tempahan khas oleh pengguna seperti tempahan pakaian - Penubuhan agensi pemasaran oleh kerajaan seperti MARA dan LKIM - Pelantikan ejen oleh pengeluar - Penubuhan kedai sejaras seperti Kedai BATA - Bentuk lain peruncitan seperti mesin peruncitan automatik, pesanan mel, jualan langsung dan e-dagang

Dokumen Perniagaan Dalam Negeri


Peringkat sebelum urusniaga
1. 2. 3. 4. 5. Surat tanya Surat jawapan Sebut harga Senarai harga Katalog

Peringkat semasa urusniaga


1. 2. 3. 4. 5. 6. 8. 7. Nota pesanan Nota makluman Nota serahan Nota kiriman Invois pro forma Invois Nota debit Nota kredit

18

Peringkat selepas urusniaga


1. Penyata akaun 2. Resit

Maklumat Dalam Sebut Harga


Serahan sedia
- Barang dihantar kepada pembeli sebaik pesanan diterima

Serahan segera
- Barang dihantar kepada pembeli dalam masa dua atau tiga hari selepas pesanan diterima

Serahan hadapan
- Barang dihantar kepada pembeli pada tarikh akan datang

Angkutan Hadapan
-Pembeli perlu membayar kos angkutan

Angkutan Dibayar
- Pembeli tidak perlu membayar kos angkutan

Percuma ke Dalam Gerabak


-Kos angkutan percuma sehingga barang dipunggah ke gerabak keretapi. Kos angkut barang dari stesen keretapi perlu dibayar oleh pembeli

Percuma ke Dalam Kapal


- Kos angkutan percuma sehingga barang dipunggah ke dalam kapal sahaja. Tambang kapal dibayar oleh pembeli

Kos Insurans Tambang


Harga barang telah merangkumi kos, insuran dan tambang - pembeli tidak perlu membayar lagi.

Bayar Waktu Terima


- Pembeli perlu membuat bayaran semasa menerima barang

Tunai Watu Pesanan


-Pembeli perlu membuat bayaran semasa membuat pesanan barang

Tunai segera
-Pembeli perlu membuat bayaran dalam tempoh dua atau tiga hari selepas menerima barang 19

Diskaun niaga
- Diberi untuk menggalakan pembeli membeli dalam kuantiti yang banyak contoh 10 % - pembelian melebihi RM 1000

Diskaun tunai
-Diberi untuk menggalakkan pembeli membayar hutang dengan segera contoh 10% - 10 hari.

Jenis Dokumen
Surat tanya
-Surat yang dihantar oleh pembeli kepada pemborong untuk mendapatkan maklumat tentang barang yang hendak dibeli

Surat jawapan
-Surat yang dihantar oleh pemborong kepada pembeli bagi menjawab pertanyaan bakal pelanggannya

Sebut harga
-Dokumen yang menunjukkan harga barang yang diminta oleh pembeli

Senarai harga
-Satu senarai yang mencatatkan harga semua barang yang dijual oleh pemborong

Borang pesanan
-Dokumen yang digunakan oleh pembeli untuk memesan barang daripada pemborong

Nota makluman
-Dokumen yang dihantar oleh pemborong kepada pembeli untuk memaklumkan barang yang dipesan telah dihantar dan dokumen ini dikirim sebelum barang dihantar

Nota serahan
- Dokumen yang disertakan bersama-sama barang apabila barang dihantar oleh pembekal dengan kenderaan sendiri

Nota kiriman
-Dokumen yang dikeluarkan oleh syarikat pengangkutan kerana pemborong menghantar barang dengan kenderaan milik syarikat pengangkutan tersebut

Invois
- Dihantar oleh pemborong kepada pembeli untuk urusniaga secara kredit -Sebagai bukti pembeli telah menerima barang tetapi belum membuat pembayaran 20

Invois proforma
Dihantar oleh pemborong kerana: 1. Pemborong enggan memberi kredit 2. Pembeli dibenarkan mencuba barang terlebih dahul 3. Memberitahu pengimport anggaran harga bagi barang yang dipesan

Nota kredit
-Dihantar oleh pemborong kepada pembeli untuk membetulkan kesilapan dalam invois. Hutang akan dikurangkan sebab 1. Jumlah hutang tertulis lebih dari jumlah sebenar 2. Barang rosak / salah jenama dipulangkan 3. Botol kosong dipulangkan 4. Pembeli diberi elaun / diskaun

Nota debit
-Di hantar oleh pemborong untuk membetulkan kesilapan dalam invois. Hutang pembeli akan ditambah sebab 1. Jumlah hutang kurang daripada jumlah sebenar 2. Botol kosong dikenakan bayaran 3. Beberapa jenis barang tidak ditulis dikenakan bayaran 4. Pembeli dikenakan faedah

Penyata akaun
-Dokumen yang menunjukkan ringkasan urus niaga yang berlaku antara pembeli dan pemborong dalam sesuatu bulan

Resit
-Diberikan oleh pemborong kepada pembeli sebagai pengakuan/pengesahan ia telah menerima bayaran daripada pembeli tersebut

Kaedah Jualan
Jualan tunai
Jual barang secara tunai / tidak benar pembeli berhutang Tunai dalam bentuk wang, cek, draf bank, kad kredit, kiriman wang Dapat elakkan peniaga alami hutang lapuk Wang yang diterima dapat dilabur dengan segera 21

- Barang dapat dijual dengan harga yang murah

Jualan Kredit
- Aktiviti menjual barang secara hutang - Membenarkan pembeli menggunakan barang sebelum harganya dijelaskan - Perlukan wang pendahuluan, baki dibayar secara ansurans - Terdiri daripada bayaran tertunda & sewa beli

Bayaran tertunda
Barang jadi milik pembeli selepas bayaran pertama Jika tidak mampu bayar ansurans, barang tidak boleh ditarik balik Penjual hanya dapat dakwa dimahkamah untuk dapat balik barang Sesuai utuk barang murah spt barang elektrik, barang kaca Harga barang lebih mahal

Sewa beli
Membeli/membayar barang secara ansuran Pembeli dianggap penyewa sehingga semua ansuran dibayar Bayaran ansuran dianggap sewa bulanan Perlu membayar wang pendahuluan Boleh digunakan selepas menandatangani perjanjian sewa beli Barang akan ditarik balik sekiranya ansuran gagal dijelaskan Barang adalah pemilik syarikat yang membiayai pembelian barang tersebut Barang bukan pemilik pembeli selagi ansuran belum habis dibayar Sesuai untuk barang tahan lama spt kereta, rumah

Jualan Prabayar
- Kaedah membayar harga barang terlebih dahulu sebelum barang dan perkhidmatan diterima dan digunakan - Digunakan dalam perkhidmatan komunikasi dan pengangkutan contoh top up telefon bimbit, kad tol lebuhraya - Dapat memudahkan urusniaga dan jimat masa - Dapat elakkan risiko hutang lapuk

Jualan Konsainan
Pemborong membekalkan barang kepada peniaga untuk dijual Barang akan dipulangkan semula sekiranya tidak dapat dijual Pemborong / pembekal barang dikenali sebagai konsainor Peniaga dikenali sebagai konsaini Barang adalah hak milik konsainor 22

- Konsainor uruskan stok - Konsaini sediakan ruang untuk letak barang - Konsainor beri komisen pada konsaini mengikut jumlah yang terjual

Faktor Pemilihan Kaedah Jualan


Jenis Barang
- Barang yang mudah rosak dan tidak tahan lama lebih sesuai dijual secara tunai - Barang yang bernilai tinggi dan tahan lama boleh dijual secara kredit

Aliran Tunai
- Kaedah jualan kredit berlebihan akan menyebabkan aliran tunai yang merosot. - Kaedah jualan tunai mengurangkan risiko hutang lapuk.

Persaingan
- Peniaga perlu sentiasa mendahului pesaing untuk merebut pasaran - Kaedah jualan moden seperti jualan prabayar dan e-dagang perlu dipertimbangkan untuk bersaing dalam era globalisasi

Kemampuan membeli
- Kaedah jualan bergantung kepada kemampuan membeli. - Barang yang harganya tinggi sesuai dijual secara kredit - Barang yang harganya murah sesuai dijual secara tunai

Kemudahan pembayaran
- Cara yang memudahkan membuat bayaran. - Contoh: Kad prabayar, kad kredit, potongan gaji - Mempercepatkan proses pembayaran

Saiz pasaran
- Pasaran luas dan barang murah sesuai jualan secara tunai - Tiada masalah hutang lapuk - Pasaran luas dan barang mahal sesuai secara kredit

Peraturan dan undang-undang


23

- Jualan sewabeli tertakluk Akta Sewa Beli1967 - Jualan tunai tertakluk kepada Akta Jualan Barangan 1957

BAB 4: PERNIAGAAN ANTARABANGSA


Maksud Perniagaan Antarabangsa
- Perniagaan antarabangsa ialah kegiatan jual beli yang dijalankan antara penduduk sebuah negara dengan penduduk negara lain. - Ia melibatkan import, eksport dan entrepot. - Kedua-dua perniagaan import dan eksport terdiri daripada import dan eksport nyata dan tak nyata.

Faktor Wujudnya Perniagaan Antarabangsa


Perbezaan sumber alam semulajadi Perbezaan kos pengeluaran. Hubungan antarabangsa Perbezaan tahap teknologi antara sesebuah negara

Kepentingan Perniagaan Antarabangsa


a) Kepentingan Kepada Pengguna
- Dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna - Dapat mempelbagaikan pilihan yang beraneka jenis dan jenama - Dapat menggunakan barang yang berkualiti pada harga yang rendah - Meningkatkan taraf hidup kerana wujudnya banyak peluang pekerjaan. - Menambahkan pengetahuan dan pengalaman kerana pendedahan kepada teknologi yang baru.

b) Kepentingan Kepada Pengeluar


Meluaskan pasaran- dapat meningkatkan jualan/ untung bertambah Membolehkan pengeluaran secara besar-besaran Kos pengeluaran dapat dijimatkan dan keuntungan meningkat Pertukaran pengetahuan dan teknologi meningkatkan produktiviti dan kualiti 24

barangan - Lebih banyak sumber bahan mentah diperolehi - Dapat menikmati ekonomi bidangan - Kos pengeluaran dapat dikurangkan dan kualiti barang dapat dipertingkatkan

c) Kepentingan Kepada Negara


Menambahkan pendapatan Negara dan hasil kerajaan melalui duti kastam Memupuk persefahaman dan kerjasama antarabangsa Mendapat pertukaran asing- memperbaiki imbangan dagangan Mengurangkan pengangguran dengan wujudnya banyak peluang pekerjaan Mengatasi masalah kekurangan bahan mentah dan tenaga pakar

Perbandingan Perniagaan Dalam Negeri dan Perniagaan Antarabangsa


a) Persamaan Perniagaan Dalam Negeri dan Perniagaan Antarabangsa
Kedua-duanya melibatkan nilai pertukaran yang menggunakan mata wang Bertujuan mendapat keuntungan Dapat memenuhi keperluan dan kehendak manusia Mengamalkan pengkhususan Menggunakan faktor pengeluaran yang sama Menggunakan bantuan perniagaan yang sama

b) Perbezaan Perniagaan Dalam Negeri dengan Perniagaan Antarabangsa


Perniagaan Dalam Negeri Merangkumi aktiviti borong dan runcit Pengangkutan yang biasa digunakan ialah kereta api, lori, van dan sebagainya Tidak banyak sekatan perdagangan Aktivitinya hanya dalam negeri sahaja Melibatkan penggunaan sejenis matawang sahaja 25

- Menghadapi risiko yang rendah - Melibatkan penggunaan dokumentasi yang mudah Perniagaan Antarabangsa - Merangkumi aktiviti import, eksport dan entrepot - Pengangkutan yang biasa digunakan ialah kapal laut dan kapal terbang - Terdapat banyak sekatan perdagangan seperti tariff, kuota, dan sebagainya - Aktivitinya merentasi sempadan negara - Melibatkan penggunaan pelbagai matawang - Menghadapi tingkat risiko yang tinggi - Melibatkan penggunaan dokumentasi yang lebih rumit

PROSEDUR IMPORT DAN EKSPORT


PROSEDUR IMPORT
1) Mematuhi undang-undang 2) Membuat pesanan - Secara langsung - Pejabat cawangan - Ejen import - Saudagar import - Lain-lain 3) Menerima bil muatan dan menjelaskan bayaran 4) Memenuhi keperluan Akta Kawalan Pertukaran Wang Asing 1953 5) Ketibaan barang di pelabuhan dan bersedia menerima barang 6) Menuntut barang dan membiayai duti kastam 7) Memeriksaan barang dan mengangkut barang keluar dari pelabuhan

PROSEDUR EKSPORT
1) Mencari pasaran dengan menjalankan penyelidikan pasaran - Eksport secara langsung - Pejabat cawangan - Saudagar eksport 26

- Lain-lain 2) Menerima inden dan melaksanakan arahan dalam inden 3) Menempah ruang kargo dalam kapal atau kapal terbang 4) Menghantar barang ke pelabuhan 5) Menguruskan pelbagai prosedur kastam 6) Menyediakan dokumen berkaitan 7) Memuatkan barang dalam kapal 8) Menuntut barang daripada pengimport

Halangan Dalam Perniagaan Antarabangsa


Prosedur kastam yang rumit dan pelbagai sekatan perniagaan Penggunaan matawang yang berlainan. Bahasa yang berlainan menyukarkan proses komunikasi Risiko yang tinggi seperti kehilangan, kerosakan , kebakaran, kecurian dan lainlain Cara pembayaran yang berbeza iaitu menggunakan bil perintah bayar dan kredit berdokumen Kestabilan politik sesebuah negara amat perlu Sistem timbangan dan sukatan yang berbeza juga menyukarkan Dokumentasi yang rumit seperti inden, sijil asal-usul, invois konsular, bil muatan, bil udara,surat cagaran dan waran limbungan Standard dan syarat import yang berbeza antara negara menyukarkan peniaga Kesukaran mendapat maklumat

DOKUMEN PERNIAGAAN ANTARABANGSA


Dokumen eksport dan import
27

Dokumen Perniagaan Inden Invois eksport Invois konsular Sijil asal-usul Dokumen penghantaran Bil muatan Bil udara Nota perkapalan Dokumen insurans dan kastam Polisi insurans Borang Perakuan Kasta Dokumen pembayaran Bil perintah Bayar Kredit Berdokumen Surat Cagaran

Dokumen dan Kegunaan


Inden - Pesanan bertulis. - Terdapat dua jenis inden iaitu inden terbuka dan inden tertutup Invois Eksport - Dihantar oleh pengeksport kepada pengimport mengandungi maklumat lengkap tentang barang Invois Konsular -Dikeluarkan oleh negara pengimport sebagai kebenaran untuk pengeksport membawa masuk barang ke negaranya. Sijil Asal-usul - Dikeluarkan oleh dewan perdagangan negara pengeksport. Ia mengandungi maklumat tentang negara asal yang mengeluarkan barang Bil Muatan -Dikeluarkan oleh syarikat perkapalan kepada pengeksport -Merupakan dokumen hak milik -Boleh dicagarkan kepada pihak bank untuk mendapat pinjaman Bil Udara -Dikeluarkan oleh syarikat penerbangan kepada pengeksport -Berfungsi sebagai bukti pengakuan penerimaan barang Nota Perkapalan - Dihantar oleh syarikat perkapalan kepada Lembaga Pelabuhan. Bertujuan meminta pihak pelabuhan memunggah barang ke dalam kapal Polisi Insurans -Dikeluarkan oleh syarikat insurans untuk menjamin barang yang diangkat 28

dilindungi dari risiko kecurian, kebakaran, kerosakan dan lain-lain Borang Perakuan Kastam -Memudahkan pihak kastam memeriksa barang apabila sampai ke pelabuhan Bil Perintah Bayar - Salah satu alat pembayaran dalam perniagaan antarabangsa Boleh dijadikan cagaran Kredit Berdokumen -Surat kredit yang dikeluarkan oleh pengimport. Bank menjamin akan membayar segala bil yang dituntut oleh pengeksport Surat Cagaran -Dihantar oleh pengeksport kepada bank pengimport. Bank pengimport diberi kuasa menjual barang sekiranya pengimport gagal menjelaskan bayaran

BAB 5: INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)


MAKSUD IKS
- Perniagaan yang mempunyai pusing ganti jualan tahunan tidak melebihi 25 juta, - pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang - Ekuiti syarikat dipegang oleh rakyat Malaysia 60% dan tidak lebih 25% ekuiti dipegang oleh syarikat besar tempatan.

CIRI-CIRI IKS
Jenis Keluaran - Mengeluarkan hampir semua jenis barang keperluan pengguna seperti tekstil, perabot, barang plastik, makanan daln lain-lain Organisasi - Mudah, kurang formal, kurang pengkhususan kerja Modal - Kurang RM2.5juta , diperolehi melalui simpanan sendiri Lokasi - Terdapat dimerata tempat seperti bandar, pinggir bandar dan luar bandar Pekerja -Kurang terlatih, kurang pendidikan, secara sambilan terdiri dari penduduk tempatan Teknologi -Berintensifkan buruh, menggunakan mesin mekanikal dan tradisional 29

KEGIATAN IKS
Berasaskan sumber seperti kraf tangan dan makanan Berasaskan logam barangan logam seperti alat ganti kereta Berasaskan plastik berasaskan bahan petrokimia seperti barang plastik Komponen automatif membuat komponen kereta seperti bateri, kusyen Pemprosesan makanan makanan ringan dan awet seperti sos, biskut Komponen eletrik dan eletronik komponen letrik seperti suis, wayar dan lain-lain Pembuatan lain kimia dan farmaseutikal

KEPENTINGAN IKS
Kepada Masyarakat Berpeluang menceburi bidang perusahaan Berpeluang menggunakan kebolehan, daya cipta dan kreativiti Mewujudkan peluang pekerjaan Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat Kepada Negara Mengurangkan pengangguran Meningkatkan tabungan ekonomi negara Pengagihan pendapatan negara Latihan kepada pekerja dan pengusaha Mengukuhkan struktur asas industri negara Mengurangkan import barang pengguna

KAITAN IKS DENGAN INDUSTRI BERAT


1.Pemasaran Bersepadu - Berasaskan konsep payung - 75% keluaran IKS dijual kepada firma besar 2. Pengaturan Kontrak Khas -Firma kecil berjanji membekalkan keluaran kepada firma besar dengan syarat memenuhi kriteria yang ditetapkan 3. Subkontrak - Melalui skim vendor yang diwujudkan oleh industri berat 30

- IKS menghasilkan barang khusus untuk keperluan firma besar - IKS mesti memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh firma besar - Firma besar akan membiayai semua perbelanjaan seperti memberi kredit, kemudahan pengangkutan dan pembelian bahan mentah.

MASALAH IKS
1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) Modal dan pembiayaan Produktiviti dan teknologi rendah Kekurangan bahan menta Pemasaran Pengurusan Lokasi Hubung jalin dengan industri berat

CARA MENGATASI MASALAH IKS


1) 2) 3) 4) 5) 6) Program Rantaian Industri Program Bantuan Kewangan Pembangunan Pemasaran Program Pembangunan dan Peningkatan Kemahiran Program Pembangunan Infrastruktur Program Penyelidikan dan Pembangunan

BAB 6: PEMILIKAN PERNIAGAAN


CARA MEMULAKAN PERNIAGAAN
Memulakan sendiri Mengambil alih Warisan Francais Diundang

FAKTOR YANG DIPERTIMBANGKAN APABILA MEMULAKAN PERNIAGAAN


- Minat, pengetahuan dan pengalaman - Modal -Jenis dan pemilikan perniagaan 31

-Undang-undang dan peraturan -Lokasi -Sumber bekalan -Persaingan

PENGENDALIAN PERNIAGAAN
Aspek Pengendalian Keterangan
Pengendalian Stok Mendapatkan bekalan stok Memeriksa dan merekod stok Menyimpan dan mengawal stok Memperaga stok Merekod stok Pengurusan Kewangan Menyimpan rekod perakaunan Menganalisis prestasi perniagaan Mengambil tindakan susulan Pengurusan Sumber Manusia Meningkatkan kecekapan pekerja Menjaga kebajikan pekerja Mewujudkan hubungan yang baik Mematuhi undang-undang Pengurusan Pelanggan Mengenal pasti jenis pelanggan Mengetahui sifat pelanggan Mengetahui cara melayan pelanggan Pengurusan Masa Menyediakan jadual kerja Pengurusan Risiko Mengenalpasti jenis-jenis risiko Pengurusan Maklumat Maklumat perlu disimpan, dianalisis dan disebar 32

JENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN


JENIS MILIKAN PERNIAGAAN DAN CIRI-CIRI PEMILIKAN PERNIAGAAN Milikan Tunggal - Dimiliki oleh seorang individu - Modal daripada simpanan sendiri atau pinjaman - Diurus sendiri oleh pemilik - Ditubuhkan dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 - Liabiliti tidak terhad - Segala untung rugi ditanggung sendiri - Cukai yang dikenakan adalah cukai pendapatan perseorangan Perkongsian - Ahli terdiri dari 2-20 orang - Modal diperolehi melalui sumbangan rakan kongsi - Diuruskan oleh rakan kongsi aktif - Ditubuhkan dibawah Akta Perkongsian 1961 - Semua rakan kongsi menanggung liabiliti tidak terhad - Agihan keuntungan mengikut nisbah yang telah ditetapkan - Cukai pendapatan berdasarkan cukai pendapatan perseorangan Syarikat Sendirian Berhad - Bilangan ahli terdiri dari 2-50 orang - Modal daripada jualan syer kepada ahli-ahlinya - Penubuhannya tertakluk kepada Akta Pendaftaran Syarikat 1965 - Liabiliti terhad - Diuruskan oleh Lembaga Pengarah yang dilantik - Syarikat dan pemegang syer merupakan dua entiti yang berasingan - Untung rugi akan diagihkan dalam bentuk dividen - Cukai berdasarkan cukai syarikat Syarikat Awam Berhad - Bilangan ahli terdiri dari 2 hingga tidak terhad - Modal daripada jualan syer kepada orang awam - Penubuhannya tertakluk kepada Akta Pendaftaran Syarikat 1965 - Liabiliti terhad - Diuruskan oleh Lembaga Pengarah yang dilantik - Syarikat dan pemegang syer merupakan dua entiti yang berasingan - Untung rugi akan diagihkan dalam bentuk dividen 33

- Cukai berdasarkan cukai syarikat - Tertakluk kepada kawalan dan seliaan Pendaftar Syarikat Koperasi - Bilangan minimum 100 orang dan tiada had maksimum - Modal diperolehi dari jualan syer kepada ahli - Ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 - Liabiliti terhad - Diuruskan oleh Lembaga Pengarah yang dilantik - Keuntungan diagihkan dalam bentuk lebihan - Tidak dikenakan cukai Perbadanan Awam - Dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan - Modal disumbang oleh kerajaan - Liabiliti tidak terhad - Diuruskan oleh majlis yang dilantik oleh menteri kabinet - Tidak dikenakan cukai

BAB 7: PELABURAN
Maksud Pelaburan
Pelaburan ialah suatu tindakan menangguhkan penggunaan wang pada masa ini dengan harapan untuk mendapatkan pulangan pada masa hadapan.

PELABUR DAN SPEKULATOR


Pelabur
individu yang melaburkan wang dengan harapan mendapat pulangan dalam bentuk tunai, dividen, bonus dan keuntungan atas modal.

Spekulator
Membeli dan menjual saham untuk mendapat keuntungan jangka pendek _ Terdiri daripada penelah naik, penelah turun dan stag.

Perbezaan di antara Pelabur dan Spekulator


34

Pelabur
1. Membeli syer untuk mendapatkan pulangan dalam bentuk dividen/syer bonus. 2. Beli syer untuk jangka panjang dengan harapan prestasi syarikat berkembang dan harga syernya naik. 3. Penglibatan pelabur mencergaskan pasaran saham dan mengukuhkan harga pasaran. 4. Pelabur sentiasa berhati-hati melakukan analisis kewangan dan memperolehi maklumat prestasi syarikat sebelum membeli saham syarikat.

Spekulator
1. Membeli syer pada harga rendah dan jual pada harga yang tinggi untuk mendapatkan keuntungan. 2. Membeli dan menjual syer dalam jangka masa singkat untuk mendapatkan keuntungan daripada perbezaan harga. 3. Penglibatan spekulator melemahkan pasaran saham kerana harga saham turun dan naik dengan tidak menentu. 4. Spekulator sentiasa membuat ramalan sesuatu harga syer. Tindakannya dipengaruhi khabar angin, sikapnya keterlaluan boleh menjejaskan pasaran saham.

JENIS PELABURAN
1)AKAUN SIMPANAN TETAP / AKAUN
Melabur dibank/ institusi kewangan. Pelaburan tanpa risiko Keuntungan rendah. Menyimpan untuk suatu tempoh tertentu

Kelebihan : Pulangan tetap Simpanan selamat. Simpanan boleh dikeluarkan atas permintaan.

2) HARTA TANAH
- Membeli aset tetap seperti rumah, kilang dan tanah - Pulangan yang tinggi 35

Dua bentuk pulangan: Keuntungan modal Pendapatan semasa

3) SAHAM
-Gabungan syer yang dikeluarkan oleh sy.awam berhad kepada orang ramai - Urusan jual beli saham melalui broker / remisier Dua jenis saham: 1 Saham yang disenaraikan - urusniaga di pasaran saham 2. Saham yang tidak disenaraikan - Saham ditawarkan kepada ahIi keluarga / rakan niaga

Jenis Saham
Saham satu bentuk pelaburan bagi tujuan spekulatif atau mendapat pulangan dalam bentuk dividen, bonus atau keuntungan modal. - terdiri daripada unit-unit syer - dua jenis syer : 1. Syer biasa 2. Syer keutamaan - Syer keutamaan kumulatif dibayar dividen semasa dan tunggakan jika syarikat rugi pada tahun kewangan lepas. - Syer keutamaan penyertaan kadar dividen tetap dan dapat dividen tambahan selepas pembayaran dividen kepada pemegang syer biasa. - Syer keutamaan boleh tebus boleh dibeli oleh syarikat selepas satu tempoh masa - Syer keutamaan boleh tukar- Syer yang boleh ditukar kepada syer biasa.Pemegang syer akan terima faedah seperti mana pemegang syer biasa.

Perbezaan di antara syer biasa dengan syer keutamaan.


36

Syer Biasa.
1. Kadar dividen sentiasa berubah mengikut keuntungan syarikat. 2. Pemegang syer menerima dividen setelah pemegang syer keutamaan menerima dividen mereka. 3. Pelabur berhak mengundi untuk memilih Lembaga Pengarah di dalam mesyuarat agung tahunan. 4. Pihak terakhir untuk menuntut balik modal jika syarikat dibubarkan.

Syer Keutamaan.
1. 2. 3. 4. Kadar dividen ditetapkan oleh syarikat setiap tahun. Pemegang syer dibayar dividen terlebih dahulu daripada pemegang syer biasa. Pelabur tidak berhak mengundi. Diberi keutamaan menuntut balik modal jika syarikat dibubarkan.

PULANGAN ATAS SAHAM


1) Syer bonus
- Unit percuma kepada pemegang saham

2) Keuntungan modal
-Pulangan apabila harga saham naik

3) Dividen
- Bahagian keuntungan yang diterima pemegang saham

Contoh Pengiraan Pulangan Daripada Bidang Pelaburan.


Puan Salmi memiliki 5000 8% syer keutamaan bernilai RM 2.00 seunit. 5000 syer biasa bernilai RM 1.00, dan RM 3000 debentur pada kadar faedah 6% dalam Syarikat ABC Bhd. Bagi tahun berakhir 31 Disember, 2003, syarikat itu telah mengistiharkan pembayaran dividen 12 % terhadap syer biasa. Kirakan jumlah pendapatan Puan Salmi daripada pelaburannya pada tahun 2003.

Cara Pengiraan :
37

i). Pendapatan dari syer keutamaan. 5000 x RM 2.00 x 0.08 = RM 800.00 ii) Pendapatan dari syer biasa. 5000 x RM 1.00 x 0.12 = RM 600.00 iii) Pendapatan dari Debentur. RM 3000 x 0.06 = RM 180.00 iv) Jumlah Pendapatan. RM 800.00 + RM 600.00 + RM 180.00 = RM 1580.00

Peranan Bursa Saham Kuala Lumpur


Mewujudkan peluang pasaran bagi saham. Menyebarkan maklumat kewangan syarikat kepada orang lain. Melindungi kepentingan para pelabur. Menjalankan urusniaga saham. Membantu mengumpulkan modal untuk pembangunan negara. Menimbulkan minat melabur dalam kalangan orang ramai.

Faktor faktor Yang Mempengaruhi Harga Saham.


Keadaan ekonomi negara. Keadaan politik. Aktiviti spekulasi. Kualiti pengurusan dan prospek syarikat. Dasar kewangan dan kadar faedah yang dilaksanakan oleh BNM. Pulangan pelaburan alternatif.

Cara Membeli dan Menjual Saham.


1) 2) 3) 4) Penjual hubungi broker dan beritahu butir-butir saham yang hendak Broker hantar maklumat tersebut ke bilik padanan diBSKL Tawaran tersebut dipadankan dengan senarai pembeli sedia ada Jika wujud persetujuan antara pembeli dengan penjual maka urusniaga berlaku.

UNIT AMANAH
- Sejenis pelaburan yang mengumpul wang dari orang ramai. - Diuruskan oleh pengurus professional. - Sesuai untuk pelabur-pelabur kecil. 38

- Risiko kerugian rendah. - Pelaburan Unit Amanah terdiri daripada Amanah Saham, Amanah Harta tanah dan Gilts.

PANDUAN AM MELABUR
- Dapatkan maklumat lengkap tentang bidang pelaburan yang ingin diceburi. - Pulangan atas modal samada melalui kadar faedah, dividen dan keuntungan ke atas modal. - Risiko dalam pelaburan kerana jika pelabur kurang mahir akan melabur dalam pelaburan yang kurang risiko - Modal sedia ada. Jika modal kecil,melabur dalam pelaburan berisiko rendah seperti unit amanah atau akaun simpanan tetap. - Kecairan ialah sesuatu aset mudah ditukar ke bentuk wang tunai. Contoh : aset mudah cair simpanan tetap di bank. aset tidak mudah cair harta tanah.

39

You might also like