You are on page 1of 14

Topik 2

Latihan 1

Gunakan peta minda untuk menyenaraikan prinsip perkembangan

Emo ngan
Pers bahan
Indiv naliti
a
si
emb

idu)
o
u
Perk

(Per
Perkembangan
Rohani(Berkaitan
dengan Tuhan)

in)
an o r a ng la g
un Prinsip
deng berhub han perkembanga
m
dala l (Peruba n
a
So kembang
s i a n
Per

Pe
rk
Perkembangan ng em
(P Fiz an ba
Kognitif e
n rub ikal
(Perubahan tu a
bu ha
Pemikiran) h)
Latihan 2

Pada pendapat anda, antara faktor baka dan persekitaran yang manakah
penyumbang yang utama dalam pertumbuhan dan perkembangan diri anda?

Pertumbuhan dan perkembagan tidak berlaku serentak. Terdapat 5 prinsip yang


berkaitan dengan pertumbuhan dan perkembagan ini ;-

Prinsip Pertumbuhan dan perkembangan

Pertumbuhan dan perkembangan berlaku dari umum ke khusus. Contohnya


ialah perkembangan semasa bayi menangis dan kemudiannya berfokus kepada sebab
yang khusus kenapa bayi itu menangis iaitu kerana lapar atau ketidakselesaan fizikal
seperti membuang air kecil dan sebagainya.

Pertumbuhan dan perkembangan yang ditunjukkan merupakan peningkatan


kerumitan (complexity). Contohnya pertumbuhan dari otot kasar ke otot halus. Contoh
perkembangan ialah bila kanak-kanak belajar menyelesaikan masalah harian
menggunakan startegi-strategi yang canggih.

Pertumbuhan dan perkembangan yang berlaku kepada setiap individu ialah


pada kadar yang berbeza. Contoh pertumbuhan ialah pencapaian ketinggian seseorang
individu berbeza pada peringkat umur yang sama . Maka adalah menjadi kebiasaan
terdapat murid mempunyai kadar ketinggian yang berbeza di dalam bilik darjah.

Pertumbuhan dan perkembangan yang mengikut tertib. Contoh pertumbuhan


ialah kematangan kepala mendahului tangan dan kaki. Perkembangan pula ialah bila
seseorang individu membuat sesuatu sebelum meneruskan yang lain. Contohnya
bayiakam mengalami proses merangkak dan duduk sebelum mereka mula berjalan.

Pertumbuhan dan perkembangan berlaku secara beransur-ansur. Di dalam


permainan badminton, seseorang murid yang tidak dapat melakukan servis dengan
betul, akhirnya dapat juga menguasai kemahiran tersebut walaupun ia mengambil masa.

Oleh yang demikian, jelas bahawa perkembangan dan pertumbuhan itu adalah
satu proses yang kompleks dan berlaku dalam jangkamasa yang lama secara beransur-
ansur dan dipengaruhi oleh persekitaran manusia itu sendiri, cara hidupnya dan faktor
baka keluarga. Begitu juga halnya dengan diri saya contohnya dari segi pertumbuhan
saya dipengaruhi oleh baka seperti rambut yang lurus adalah kerana ibu dan ayah saya
mempunyai rambut yang lurus.

Manakala perkembangan saya pula dipengaruhi oleh keadaan keluarga, rakan-


rakan dan persekitaran itu sendiri. Contohnya saya meminati permainan bola tampar
kerana sejak saya di bangku sekolah rendah lagi saya telah didedahkan dengan
permainan ini dan saya melibatkan diri secara aktif. Maka secara tidak langsung
perkembangan ini hasil dari proses pembelajaran di sekolah yang dikelilingi oleh guru-
guru dan rakan-rakan yang menjadikan permainan itu seronok. Sekaligus menimbulkan
minat saya dalam sukan bola tampar dan mengusai teknik permainannya sehingga
sekarang.
Latihan 3.

Diantara berikut yang manakah strategi yang sesuai untuk membina sikap
ketekunan?

A. Kekalkan bilik darjah dalam keadaan satu dimensi.

B. Labelkan keputusan ujian yang baik ,buruk atau atas sederhana, bawah
sederhana supaya murid lebih peka dengan pencapaian mereka.

C. Puji kebolehan lebih dari usaha.

D. Menegaskan idea bahawa setiap murid mempunyai kemampuan dan


kelemahan yang berbeza

Jawapan: D, C, B, A

Latihan 4

Apakah perbezaan antara Pelbagaian Kecerdasan oleh Gardener dan Teori


Kecerdasan Emosi oleh Goleman?

Teori Kecerdasan Pebagai Oleh Howard Gardener (1983)

Howard Gardener (1983, 1993 – dipetik dari Santrock: 2001) percaya terdapat lapan
jenis kecerdasan iaitu seperti verbal,logikal,spatial,muzikal,kinestatik,interpersonal,
Intrapersonal dan naturalis.

A)Verbal/Lingustik
Kebolehan penguasaan, pembetukan dan memproses bahasa.Pemikiran simbolik
dan penaakulan abstrak tergolong dalam kategori ini seperti kuga kebolehan untuk
menghasilkan corak verbal konsepsi (corak kata-kata yang menghasilkan idea-
idea).Membaca, menulis dan perkembangan penulisan simbolik dan kemahiran
berbahasa –metafora, perumpamaan dan analogi adalah contoh kecerdasan verbal.

B)Logikal/Matematikal
Kebolehan berfikir secara logical, induktif dan kesatu tahap deduktif, mutlak;
mengenali corak-corak geometrid an juga corak numerical; dan boleh mengamati
konsep abstrak. Kanak-kanak yang memiliki kecerdasan ini selalu bertanya :mudah
memahami pemaianan yang melibatkan startegi-strategi yang canggih. Contoh
seperti permainan chess, mencipta dan menggunakan format eksperimental untuk
menguji ide-ide mereka. Mereka terpegun dengan computer atau teka-teki yang
melibatkan kebolehan logic dan penaakul.
C)Spatial
Kebolehan mengesan imej .kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini berfikir
menggunakan imej dan selalunya mereka dapat menjumpai objek-objek yang hilang
kerana mereka mempunyai ingatan visual yang kuat.Mereka perasan objek yang
diubah atau disusun semula.Mereka mulai melukis diusai yang muda, suka akan
bentuk, garisan dan warna.

D)Muzikal
Kebolehan menghasilkan dan menghayati muzik.kanak-kanak ini perlu muzik bila
belajar,mereka selalu menyanyi ,menghasilakan bunyi mengikut rima dan
bersiul.Mereka mempunyai pendengaran yang tajam ,dapat membezakan nuansa
dalam muzik dan dapat mengenalpasti bunyi-bunyi yang ada dipersekitaran.

E)Kinestatik
Anugerah pergerakan badan sama-ada sisitem otot kasar atau otot halus. Kanak-
kanak ini suka bergerak.Mereka selalu mengeliat, menghayun dan ada kalanya
terjatuh dari kerusi bila dikehendaki duduk dalam jangkamasa yang lama.Kanak-
kanak ini mahir dalam menghasilkan dan mentafsir gerak isyarat(gesture) dan
berkominikasi dan membaca gerak-geri orang lain.
F)Interpersonal
Berkaitan dengan kebolehan untuk memahami dan berkominikasi dengan orang lain
serta untuk memudahkan hubungan dan proses kumpulan.Ungkapan “mereka boleh
mengerjakan bilik ini” dengan tepat menghuraikan kebolehan ganjil mereka untuk
memahami orang lain.Kerap juga kanak-kanak ini amat empatik dan mereka boleh
menimbang tara perbezaan antara orang atau kumpulan.Mereka mudah mengean
getaran dan perasaan orang lain.kanak-kanak ini seronok dengan pembelajaran
koperatif.

G)Intrapersonal
Berkaitan dengan kebolehan untuk agak melindungi daripada rakan sebaya;
mempunyai rasa kendiri yang kuat; mempunyai kebolehan kepimpinan merujuk
kepada hal-hal membuat keputusan yang barangkali tidak digemari oleh orang
lain.Rasa tekanan rakan sebaya.Kanak-kanak ini mungkin yang dihuraikan sebagai
“orang persendirian” .Mereka mungkin ada pemberian kuat, rasa kebijaksanaan
dalaman, atau pra kognisi. Kanak-kanak ini perlu pengalaman pembelajaran dimana
mereka dapat berfokus pada rasa dalaman mereka dan aktiviti yang membolehkan
mereka berkerja sendiri.

H)Naturalis
Kebolehan memerhati corak dalam alam semulajadi dan memahami alam
semulajadi dan system buatan manusia.Ia ada hubungkait dengan pengakuan dan
apresiasi tentang alam semulajadi disekeliling kita. Ia termasuk kebolehan seperti
mengenal dan menjeniskan pelbagai flora dan fauna serta pengetahuan kita dengan
alam semulajasi.

Manakala Danial Goleman pula dalam bukunya Emotional Intelligence


mencadangkan bahawa kemahiran peribadi seperti kesedaran diri dan empati
mempengaruhi darjat kejayaan dalam hidup atau lebihdikenali sebagai IQ.selain itu
ia berhujah bahawa kecerdasan emosi boleh diajar dengan manfaat yang besar
kepada hidup kita.Kecerdasan emosi memberikan satu kerangkan luas untuk
melihat dan menilai pengalaman personal dan interpersonal.Dalam bukunya berjudul
Self Science:Subject is Me (edisi kdua) oleh Karen MaCown et.al [san Mateo,Six
seconds, 1998] menerangakan cara-cara guru membantu murid mengembagkan
dan menguruskan kecerdasan emosi

a)Kesedaran diri
Salah satu kemahiran emosi asa melibatkan hal kebolehan untuk mengenal
perasaan dan memberikan nama kepadanya. Ia juga penting untuk menyedari
hubungan anatara pemikiran ,perasaan dan tindakan.Apakah pemikiran yang
mencetuskan persaan itu?Apakah persaan disebalik tindakan tersebut?

b)Mengurus emosi
Penting menyedari hal disebalik perasaan.Kepercayaan dan kesan asa keatas ke
bolehan untuk bertindak dan bagaimana hal-hal itu dilakukan.Ram,ai orang secara
berterusan memberikan mesej negatif. Harapan boleh menjadi asset ynag
berguna.Tambahan pula mencari cara untuk menguruskan kemarahan ,ketakutan
,kebimbangan dan kesedihan adalah penting; misalnya belajar cara untuk
mententeramkan seseorang ketika terganggi.Memahami emosi menjadi perkara
utama dan cara mendaptkan masa untuk mengadili jika hal yang hendak
diperkatakan itu atau dilakukan dalam marah adalah terbaik untuk
dilakuka.Berkebolehan untuk menyalurkan emosi kearah positif adalah
kecenderungan utama.

c)Empati
Mengukur sesuatu situasi dan kebohan untuk bertindak sesuai memerlukan
pemahaman perasaan orang lain yang terlibat dan kebolahan untuk mengambil kira
perspektif mereka. Adalah penting untuk berkebolahan mendengar mereka tanpa
dipengaruhi oleh emosi peribadi.

d)Berkomunikasi
Mengembangkan hubungan kualiti mempunyai kesan positif pada semua yang
terlibat. Apakah perasaan yang disampaikan kepada orang lain?Semangat dan
optimisme adalah berjangkit seperti pesimisme dan negativity.Berkebolehan untuk
menyatakan perhatian peribadi tanpa rasa marah atau kepasifan adalah asset
utama.

e)Bekerjasasama
Mengetahui cara hendak memimpin dan bila hendak menurut adalah penting untuk
bekerjasama secara berkesan. Kepimpinan berkesan bukan dibina pada dominasi
tetapi dalam seni membantu orang lain bekerjasama berdasarkan matlamat
umum.Mengenal nilai sumbangan orang lain dan menggalakkan penyertaan mereka
selalunya membawa kebaikan daripada memberi arahan atau merungut.Pada masa
yang sama terdapat keperluan untuk bertanggungjawab dan mengenal akibat
keputusan dan tindakan lalu menuruti komitmen

f)Menyelesaikan konflik

Dalam menyelesaikan konflik terdapat keperluan untuk memahami mekanisme yang


wujud. Orang dalam konflik lazimnya terperangkap dalam lingkaran emosi yang
perpektual diri yang dalamnya pokok konflik jarang-jarang menjadi isu utama.
Kebanyakan resolusi konflik menuntut penggunaan kemahiran emosi yang lain .
Oleh yang demikian daripada penjelasan di atas, jelas bahawa Gardner
mangandaikan lapan jenis kecerdasan iaitu verbal/lingustik kepada kecerdasan
naturalis. Sebaliknya, Coldman mengemukan kecerdasan emosi yang terdiri
daripada domain seperti kesedaran diri dan empati.

Latihan no.5

Bagaimana anda sebagai seorang guru boleh menyatupadukan pelbagai kecerdasan


dalam pengajaran anda?

Sebagai seorang kelas, kita sentiasa akan menemui yang mempunyai pelbagai
kebolehan.Terdapat variasi dalam perbezaan individu yang harus menjadi perhatian
kepada guru kelas seperti anda dan saya. Yang ketara ialah perbezaan kebolehan atau
kecerdasan , kadar pencapaian, jantina, gaya pembelajaran dan keeetnikan dan
budaya.

Jenis-jenis Perbezaan Individu.

Murid-murid yang diajar didalam kelas mempunyai sifat yang berbeza dari satu individu
ke satu individu:

a)Fizikal: Murid-murid boleh berbeza dari segi jantina ,rupa,saiz badan dan
sebagainya

b)Kognitif: Murid-murid berbeza dalam kebolehan berfikir,untuk membuat


penaakulan

c)Sosial: Sesetengah murid bersosialisasi sementara yang lain suka bersendiri

d)Emosi: Murid-murid boleh jadi beremosi ,sensitive,riang,murung

e)Rohani: Sistem kepercayaan murid berbeza

Kesan-kesan Perbezaan Individu

Oleh yang demikian kesan perbezaan individu ini sedikit sebanyak memberi kesan
perbezaan individu sehingga sesetengah murid belajar lebih cepat daripada yang
lain.Sesetengah murid mendekati tugas pembelajaran secara berbeza, bagaimana tepat
mereka mengingati maklumat, bagaimana rela mereka menghubungkaitkan pelbagai
idea, dan bagaimana kreatif mereka dalam mengaplikasikan perkara-perkara yang
dimuridi mereka terhadap situasi dan masalah (Ormrod, 1995)

Implikasi Terhadap Guru


Pengetahuan tentang individu ini penting bagi seorang guru kerana dia dapat
merancang atau melaksnakan pengajaran dan pembelajaran berkesan di dalam bilik
darjah.Guru-guru harus cuba untuk menangani perbezaan individu dikalangan
murid.Beberapa pendekatan seperti berikut;

a) Anda sebagai guru boleh mengembangkan urutan arahan yang mengambil kira
urutan sebagai sebahagian proses arahan .Ini ialah pendekatan yang digunakan oleh
Bernice McCarthy,pemaju sistem 4MAT .

b) Pendekatan kedua adalah untuk menyediakan kumpulan , sama ada antara kealas
atau dalam lingkungan kelas sendiri, supaya dapat mengurangkan variability berhubung
dengan latar belakang,pencapaian ,kebolehan atau beberapa ciri lain.Contoh
pendekatan arahan ialah kumpulan bilik darjah,pembelajaran koperatif dan arahan yang
memberikan ciri khusus kepada sesuatu.

c)Guru boleh mengubahsuai keadaan dalam lingkungan arahan berlaku.Ini ialah


pendekatan yang digunakan dalam pembelajaran masteri.

Oleh yang demikian dalam menggabungkan kepelbagaian kecerdasan ini terhadap


murid yang mempunyai sifat yang berbeza.Guru boleh menggunakan Teori kecerdasan
pelbagai dari Howard Gardener (1983,1993 –dipetik dari Santrock:2001).

a)Verbal/linguistic
Merangkumi kecerdasan membaca,menggunakan perbendaharaan kata, tulisan
kreatif,puisi,perbahasan,berjenaka dan bercerita.Guru boleh membaca buku cerita
kepada murid-muridnya .Secara tidak langsung menimbulkan minat murid untuk
membaca dan mengetahui cerita tersebut.Selain itu membuat perbincangan mengenai
penulis buku yang dibacakan tersebut.Membawa murid-murid melawat perpustakaan
dan kedai-kedai buku, atau pameran buku.Seterusnya meminta murid-murid membuat
ringkasan dan bercerita semula buku-buku yang telah dibaca.

b)Logikal/Matematikal
Merangkumi kecerdasan mengira dengan nombor serta menyelesaikan masalah
matematik mudah dan kompleks,menaakul dan memikirkan secara kritis untuk membuat
keputusan serta menyelesaikan masalah.Guru boleh bermain logic dengan murid untuk
mencari situasi yang menggalakkan kanak-kanak berfikir dan membina kefahaman
tentang nombor.Selain itu juga guru membawa murid-murid ke makmal computer,
muzium sains dan pameran elektronik.

c)Spatial
Merujuk kepada kecerdasan menepati ruang, melukis ,membentuk corak
,mewarna,mencipta, membina gambaran mental serta mengamati dunia visual.Guru
boleh menyediakan pelbagai bahan kreatif yang boleh digunakan oleh murid-murid.Guru
juga boleh memberi peluang kepada murid-murid meneroka ‘maze’ dan membentuk
carta.Selain itu juga murid-murid juga boleh dibawa melawat muzium atau galeri seni
serta pameran seni untuk membuka minda mereka dan memberi pengetahuan dan
pengalaman mengenai alam seni.Guru juga boleh membawa murid-murid bersiar –siar
sambil melihat alam sekitar.Apabila aktiviti tersebut tamat , guru boleh meminta mereka
menerangkan apa yang telah dilihat hasil daripada lawatan tersebut.
d)Muzik
Merangkumi kecerdasan mengenalpasti bunyi vocal ,bunyian alam sekitar,dan menyanyi
serta mencipta lagu ,kepekaan terhadap ritma dan melodi muzik.Guru perlu
menyediakan pita rakaman yang boleh digunakan oleh murid-murid.Memberi peluang
murid bermain peralatan muzik seperti recorder.Sekiranya berpeluang guru juga boleh
membawa murid-murid ke konsert muzik seperti persembhan okestra.Seterusnya
mengalakkan murid mencipta lagu mereka sendiri dengan bantuan guru.

e)Kinestetik
Merupakan kecerdasan gerak badan ,gimnastik,kawalan fizikal tubuh badan,kawalan
anggota sukan,permainan dan mereka –cipta gaya menari.Guru boleh menyediakan
peluang-peluang aktiviti-aktiviti fizikal untuk murid-murid dan menggalakkan mereka
melibatkan diri dalam aktiviti tersebut.Selain bersukan guru juga boleh melibatkan murid
dalam aktiviti kesenian seperti tarian.

f)Interpersonal
Merupakan kecerdasan interaksi sosial termasuk semangat bekerjasama kepandaian
memimpin serta berkomunikasi dengan berkesan.Dalam hal ini, guru boleh
menggalakkan murid-murid bekerja dalam kumpulan.Tujuannya adalah untuk membantu
murid-murid membina kemahiran komunikasi dan keyakinan diri.Guru juga boleh
menyediakan permainan kumpulan seperti kuiz, perbahasan (kumpulan pencadang dan
pembankang) dan forum.untuk membina sahsiah diri juga guru harus menggalakkan
murid menyertai persatuan dan kelab untuk membina keupayaan interpersonal ini.

g)Intrapersonal
Merupakan ilmu pengetahuan, dan kefahaman seseorang terhadap agama ,refleksi
pemikiran kendiri dan mendisplinkan diri serta kesedaran terhadap perasaan diri.Guru
boleh menerapkan murid-murid mempunyai hobi dan minat.Guru juga perlu menjadi
seorang pendengar yang baik dalam menyelami perasaan murid-murid dan mendengar
apa jua masalah yang dihadapi oleh mereka dan menyelesaikannya.Menggalakkan
murid-murid menggunakan imaginasi mereka berdasarkan pengalaman mereka.Selain
itu mereka menyediakan diari sendiri atau buku skrap mengenai catatan dan
pengalaman masing-masing contohnya pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

h)Naturalis
Kebolehan memerhati corak dalam alam semulajadi dan memahami alam semulajadi
dan sistem buatan manusia.Ia ada hubungkait dengan pengakuan dan apresiasi tentang
alam semulajadi disekeliling kita. Ia termasuk kebolehan seperti mengenal dan
menjeniskan pelbagai flora dan fauna serta pengetahuan kita dengan alam
semulajadi.Aktiviti yang boleh dijalankan adalah membawa murid ke Muzium
sains,planetarium,Pusat sains dan sebagainya.Bertujuan untuk memberi pengetahuan
dan melihat sendiri alamsekitar ciptaan tuhan,barang buatan manusia yang telah
diceritakan oleh guru ,ibubapa dan,mediamassa sebelum ini.Membina pusat
pembelajaran naturalis dalam bilik darjah seperti sudut perpustakaan mini.Guru juga
melibatkan murid dalam aktiviti luar darjah seperti menikmati alam semulajadi untuk
melihat flora dan fauna.Seterusnya membuat klasifikasi tentang apa yang telah dilihat.
Latihan no.6

Bandingkan pengukuhan semula keperluan dan teori motivasi.

Motivasi aialah aspek pengajaran dan pembelajaran yang amat penting .Murid-murid
yang bermotivasi untuk belajar sentiasa akan berminat kesekolah dan mengambil
sikap positif dalam pembelajaran.Motivasi juga merupakan peransangan yang
membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang individu kearah mencapai
matlamat tertentu termasuk mengubah sikap ,minat dan tingkahlakunya.
Jenis-jenis Motivasi

Terdapat dua jenis motivasi: motivasi ekstrinsik dan motivasi intrinsic:

a)Motivasi ekstrinsik
Diasaskan oleh ahli-ahli behavouris dan melibatkan insentif luaran seperti memberi
ganjaran dan denda ,misalnya seorang murid belajar bertungkus lumus kerana dia
mahu memperoleh gred baik atau mahu mengelakkan daripada didenda oleh
ibubapanya.

b)Motivasi intrinsic
Diasaskan oleh mazhab kognitif menekankan faktor-faktor seperti azam diri , rasa
ingin tahu ,cabaran dan usaha. Ia berdasarkan andaian bahawa persepsi dan
pemikiran kita tenatng aktiviti atau peristiwa atau sumber-sumber intrinsic ,
mempengaruhi cara kita memberi respon.Contohnya Ali bertungkus lumus disekolah
kerana dia rasa bahawa dia berkebolehan berbuat demikian .Disini jelas bahawa Ali
bekerja keras kerana kepercayaan atau pandangan akan kecekapannya sendiri dan
bukan kerana sebarang ganjaran.

Berikut ialah perbandingan mengenai pengukuhan semula keperluan dan teori


motivasi kognitif daripada ahli teori motivasi yang terdiri daripada Skinner,Maslow
dan Weiner adalah seperti dibawah:-

Teori Ahli Teori Idea Utama


Peneguhan Skinner Individu memberi respon kepada peristiwa
persekitaran dan peneguhan ekstrinsik
Keperluan Maslow Individu berusaha memenuhi keperluan seperti
kepuasan kendiri ,penentuan diri,pencapaian,
penggabungan dan pengaruh.
Kognitif Weiner Tindakan individu dipengaruhi oleh
kepercayaan dan artibut mereka khususnya
tentang kemajuan dan kegagalan.

Latihan no.7

Apakah perbezaan antara motivasi luaran dan dalaman?

a)Motivasi ekstrinsik
Motivasi ekstrinsik boleh didefinisikan sebagai tingkahlaku yang disebabkan oleh faktor
fakltor luaran seperti ganjaran, hukuman atau tekanan sosial. Diasaskan oleh ahli-ahli
behavouris dan melibatkan insentif luaran seperti memberi ganjaran dan denda
,misalnya seorang murid belajar bertungkus lumus kerana dia mahu memperoleh gred
baik atau mahu mengelakkan daripada didenda oleh ibubapanya.

b)Motivasi intrinsic
Motivasi intrinsic berlaku apabila manusia melakukan sesuatu yang menbawa kepada
kepuasan diri atau keseronokan.Diasaskan oleh mazhab kognitif menekankan faktor-
faktor seperti azam diri , rasa ingin tahu ,cabaran dan usaha. Ia berdasarkan andaian
bahawa persepsi dan pemikiran kita tenatng aktiviti atau peristiwa atau sumber-sumber
intrinsic , mempengaruhi cara kita memberi respon.Contohnya Ali bertungkus lumus
disekolah kerana dia rasa bahawa dia berkebolehan berbuat demikian .Disini jelas
bahawa Ali bekerja keras kerana kepercayaan atau pandangan akan kecekapannya
sendiri dan bukan kerana sebarang ganjaran.

Latihan no.8

Bagaimanakah guru dapat meningkatkan motivasi murid dalam pengajaran dan


pembelajaran?

Guru dapat meningkatkan motivasi murid dalam pengajaran dan pembelajaran melalui
cara-cara seperti dibawah;

a)Suasana pengajaran dan pembelajaran


Guru-guru harus menyediakan suasana yang kaya dan kondusif bagi murid-murid untuk
pembelajaran mereka.Harus terdapat pelbagai jenis sumber supaya mereka
dimotivasikan untuk belajar.

b)Pembelajaran Koperatif dan Kolaboratif


Murid-murid yang bekerjasama akan meningkatkan tahap motivasi kerana keperluan
sosial ,emosi murid serta keperluan akademik mereka diambil kira.Strategik ini akan
membantu murid berkembang sebagai satu kumpulan.

c)Pengukuhan Semula
Pengukuhan positif atau negative boleh digunakan untuk memotivasikan murid untuk
belajar. Misalnya tugasan-tugasan baik murid boleh dipamerkan dalam bilik darjah untuk
menggalakan murid lain melalukan tugasan yang baik.

Kesan motivasi terhadap pengajaran dan proses


pembelajaran(sebelum,semasa,dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran)

a)Guru-guru harus mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa,selamat dan


terjamin, agar murid-murid mempunyai tahap azam kendiri dan rasa bertanggungjawab
terhadap pembelajaran sendiri.

b)Guru-guru harus berpegang pada kepercayaan bahawa setiap orang kanak-kanak


boleh belajar dengan baik disekolah, tanpa mengambil kira latar belakang mereka yang
berbeza-beza.Dengan kepercayaan ini, guru-guru akan berikhtiar untuk berkerja keras,
murid-murid juga akan dimotivasikan untuk belajar dan mendapat pencapaian yang baik.

c)Guru-guru tidak harus menekankan motivasi luaran seperti ganjaran luaran yang tidak
akan membawa hasil yang diinginkan.

d)Guru-guru harus sentiasa menggunakan motivasi dalaman dalam pengajaran


mereka.Bahan-bahan dan aktiviti pembelajaran haruslah berkaitan dengan minat dan
rasa ingin tahu murid.Umpamanya guru boleh menghubungkaitkan murid dengan
kehidupan murid,menggunakan nama murid ,membina bahan pembelajaran yang jelas
dan menarik ,dan sebagainya .Permainan dan teka silang kata boleh digunakan untuk
mencetuskan minat dalaman.

e)Aktiviti pembelajaran harus distrukturkan dengan cara mudah supaya murid dapat
mengikutinya.Aktiviti harus distrukturkan mengikut tahap pengetahuan atau kemahiran
murid.

f) Guru-guru harus juga selalu melayani keperluan murid, termasuk keperluan untuk
azam sendiri. Guru-guru boleh menugaskan murid untuk melakukan tugas penting
seperti mengedar dan mengutip buku dan kertas, menjaga sudut bacaan dan lain-lain
lagi.
Latihan no.9

Kenal pasti beberapa perbezaan individu dalam kalangan murid anda.

Sebagai seorang guru kelas, kita sentiasa akan menemui yang mempunyai pelbagai
kebolehan.Terdapat variasi dalam perbezaan individu yang harus menjadi perhatian
kepada guru kelas seperti saya. Yang ketara ialah perbezaan kebolehan atau
kecerdasan , kadar pencapaian, jantina, gaya pembelajaran dan keetnikan dan budaya.

Jenis-jenis Perbezaan Individu.

Murid-murid yang diajar didalam kelas mempunyai sifat yang berbeza dari satu individu
ke satu individu:

a)Fizikal: Murid-murid boleh berbeza dari segi jantina ,rupa,saiz badan dan
sebagainya

b)Kognitif: Murid-murid berbeza dalam kebolehan berfikir,untuk membuat


penaakulan

c)Sosial: Sesetengah murid bersosialisasi sementara yang lain suka bersendiri

d)Emosi: Murid-murid boleh jadi beremosi ,sensitive,riang,murung

e)Rohani: Sistem kepercayaan murid berbeza

Kesan-kesan Perbezaan Individu


Oleh yang demikian kesan perbezaan individu ini sedikit sebanyak memberi kesan
perbezaan individu sehingga sesetengah murid belajar lebih cepat daripada yang
lain.Sesetengah murid mendekati tugas pembelajaran secara berbeza, bagaimana tepat
mereka mengingati maklumat, bagaimana rela mereka menghubungkaitkan pelbagai
idea, dan bagaimana kreatif mereka dalam mengaplikasikan perkara-perkara yang
dimuridi mereka terhadap situasi dan masalah (Ormrod, 1995)

You might also like