You are on page 1of 6

Pengantarabangsaan Bahasa Melayu Presentation Transcript

1. PENGANTARABANGSAAN BAHASA MELAYUKUMPULAN 10:MOHD ASIF MOHD ALWI (803266)MOHD NAZELI AHMAD (803269)JAILANI IBRAHIM (803255) 2. SEJARAH PENGANTARABANGSAAN BAHASA MELAYUBM telah menjadi lingua franca, iaitu bahasa perhubungan antara masy. di Kepulauan Melayu dengan pedagang Eropah, Asia Barat, India dan ChinaBM telah diterima sbg. bahasa yg. mudah dibentuk dan dilentur serta sesuai dgn. segala keadaan dan keperluan. (Nik Safiah Karim et al., 2008) 3. a) Bukti Batu BersuratDokumentasi bahasa Melayu terdapat pd. prasasti yg. ditemukan di Sumatera & Jawa yg. berusia lebih 1300 tahun.Bahasa Melayu yg. diperkaya dgn. puluhan istilah Sanskerta diukir dlm. ortografi India pd. batu bersurat di wilayah Melayu & Jawa secara ikonik & linguistik, prasastiprasasti itu mencerminkan keantarabangsaan bahasa Melayu (James T. Collins, 1999). 4. Batu Bersuratdi Kedukan Bukit (683 M)di Talang Tuwo (684 M)di Kota Kapur, Pulau Bangka (686 M)di Karang Brahi, Hulu Jambi (686 M)ditulis pada zaman Kerajaan Srivijaya (abad ke-7); bahasa Melayu sbg. bahasa rasmi di seluruh jajahan takluknya yg. meliputi Sumatera, Jawa, Tanah Melayu, Segenting Kra sehingga ke Sri Langka.Prasasti bahasa Melayu kuno dari sekitar 1300 tahun yg. lalu membuktikan adanya latar belakang kosmopolitan dan internasional dari bahasa tersebut. (James T. Collin, 1996) 5. Bukti Persuratan & ManuskripSurat Raja Tidore, pemerintah di Ternate, Moluku (1521) surat tersebut dihantar kpd. Raja Portugal dgn. menggunakan bahasa Melayu bertulisan Jawi bukti terawal penggunaan BM dalam hubungan antara dua buah kerajaan pd. masa itu.Surat kebenaran berniaga berdagang kpd. Kapitan Inggeris, Harry Middleton (1603)Surat drp. Sultan Acheh kpd. King James I, England (1612)Surat Raja Jambi kpd. Gabenor General di Betawi (1670)Surat Pangeran Ratu Jambi kpd. Gabenor General di Betawi (1660)Surat drp. Raja Bendahara Paduka Seri Maharaja Birni kpd. Kapitan Inggeris di Jambi (1852). 6. sambungansurat-surat tersebut merupakan bukti bertulis yg. penting yg. boleh dikaitkan dengan pengantarabangsaaan bahasa Melayu lebih 500 tahun dahulu.hanya bahasa Melayu-Jawi yg. dianggap sesuai utk. diajukan kpd. raja utk. dibaca dalam semua upacara cocok meskipun surat itu berisi penghinaan.BM sebenarnya adalah Bahasa Latin di Kepulauan Nusantara. (James T. Collin, 1996) 7. Bukti CatatanPada abad ke-16, bahasa Melayu tidak shj. ditemukan di Acheh, Melaka, Patani & Brunei, malah di Vietnam, Manila, Ternate, Burma & India penuturnya bukan shj. org. Melayu ttp. juga org. Mon, Jawa, Cina, Tagalog & India.Pd. abad ke-17, penutur ini bertambah dgn. adanya penutur berketurunan Jepun, Belanda, Irian, Arab, Itali, Portugis & Jerman.Pd. abad ke-17, di Belanda, Fancois Caron, peranakan Perancis-Jepun menerbitkan karangan pelajaran Kristian dlm. bahasa Melayu100 tahun kemudian, David Woodard, nakhoda Amerika terdampar di Sulawesi Tengah. Setelah diselamatkan, dia bertemu dgn. Gabenor Belanda di Makasar dan menceritakan pengalamannya itu dalam bahasa Melayu!Saintis terkemuka, Darwin & ahli zoologi moden, Alfred Russel Wallace, warga

Perancis melaporkan, pelbagai diskusi susastera, ilmu sains & falsafah yg. diadakannya dgn. Dr. Arndt, warga German yg bertugas di Kupang (Timor) pd. 1857 disampaikan dlm. bahasa Melayu. (Collins, J.T. 1999) 8. Bukti Daftar Kata & Penerbitandaftar kata terawal & tertua (1403 M): Cina-Melayu yg. mengandungi 482 patah perkataan dikumpulkan oleh Yang Lin, juru tulis kerajaan Cina.daftar kata bahasa ItalyMelayu: kosa kata bahasa Melayu pertama org. Eropah dikumpulkan oleh Antonio Pigafetta, penjelajah Itali diterbitkan dlm. bahasa Latin-Melayu dan versi bahasa Perancis-MelayuKamus oleh Thomas Bowrey, A Dictionary English and Malayo, Malayo dan English (1701) 9. Penterjemahan Kitab Biblependakwah Kristian barat terpaksa belajar & menggunakan bahasa Melayu utk. mengembangkan agama Kristian di Nusantara kerana bahasa Melayu menjadi bahasa perhubungan utama (linguafranca) di rantau ini.terjemahan Bible terawal diusahakan oleh Leydekker; naskhah terawal (1731-1733) menggunakan tulisan Rumi, kemudian ditransliterasi ke Jawi pada 1748 dgn. judul Elkitab, ija itu segala Surat Perdjandjian lama dan baharuw. 10. Sajak penulis baratCarmen MalaicumRajah di negeri Ingeriz perempuannyabermati dan Rajah bergheraq hatinyatelah men-dengar itu dan segalahRaayatnya denghan dia jughah tatkalahDi dalam landarah amat cintah bernangisRajah akan perempuannya men-nangisMariam bintang ke dalam surgah cayahAmpir malaikat bermumin bercayahThomas Hyde (1695)Guru besar Bahasa Arab & Bahasa Ibrani dari Oxford 11. Pengantarabangsaan Bahasa Melayu melalui Dasar Bahasa 12. langkah yang pertama ialah kita perlulah memastikan bahasa bahasa Melayu mestilah diterima di tanah air sendiri. Jika bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di negara kita ditolak oleh sebahagian besar rakyat, bagaimana penduduk dunia mahu menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kedua mereka? (Editor , 2009, Januari. hlm. 49). 13. Pengantarabangsaan Bahasa Melayu melalui Pemerkasaan Bahasa Melayu 14. Awang Sariyan (2005) menegaskan Bahasa utama dan bahasa penting di dunia masing-masing berkait rapat dengan kebangkitan kuasa politik, ekonomi, perdagangan, ilmu, dan bidang-bidang lain dalam tamadun bangsa pengguna bahasa tersebut. (hlm. 56) 15. Pengantarabangsaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Diplomatik 16. Mengikut Munsyi Dewan (2009),Kita hendaklah mengantarabangsakan bahasa Melayu melalui peranan kita sebagai duta kecil ketika berada di luar negara. Sama ada kita sebagai pelajar, pelancong, ataupun pekerja, kita mestilah senantiasa menyebarluaskan bahasa Melayu dengan pelbagai cara. Ketika berada di luar negara apalah salahnya jika kita mengajar rakan kita dari negara lain untuk mempelajari bahasa Melayu? Untuk menarik perhatian mereka, kita juga mestilah bersedia mempelajari bahasa mereka. Jika kita bersedia untuk mempelajari bahasa mereka,mereka pasti bersedia untuk mempelajari bahasa kita. (hlm. 49)

17. Munsyi Dewan (2009), Kita hendaklah mengantarabangsakan bahasa Melayu melalui pejabat kedutaan negara kita di luar negara. Di seluruh dunia, tedapat 104 buah kedutaan Malaysia yang mampu memainkan peranannya untuk menyebarluaskan bahasa Melayu. Melalui kedutaan tersebut, kita hendaklah mengetengahkan bahasa Melayu di negara asing dalam pelbagai acara atau majlis. Melalui usaha ini, bahasa Melayu akan lebih dikenali, dipelajari, dihayati seterusnya dihormati oleh warga dunia. (hlmn. 49) 18. Pengantarabangsaan Bahasa Melayu sebagai Nilai Ekonomi 19. Zaitul Azma Zainon Hamzah, (2006), bahasa Melayu perlu mencapai status ekonominya dengan meneroka bidang-bidang ekonomi global, perindustrian, sains, teknologi, kejuruteraan, aeroangkasa, dan sebagainya. Namun, proses perancangan dan pelaksanaannya harus bermula di ranahnya sendiri secara serius. (hlm. 18) 20. Awang Sariyan (2005), citra bahasa kebangsaan hendaklah dijelmakan dalam pelbagai produk yang dihasilkan oleh negara yang berkenaan, penggunaannya di tempat awam, dalam bidang penyiaran, dan dalam interaksi sosial. (hlm. 57) 21. Pengantarabangsaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Filem 22. Munsyi Dewan (2009) iaitu, kita juga hendaklah mengantarabangsakan bahasa Melayu melalui filem. Jika penerbit filem negara kita mampu menghasilkan filem yang bermutu, sudah pasti masyarakat antarabangsa akan menerima filem kita. Apabila mereka menerima filem kita, hal itu akan memberikan peluang kepada mereka untuk mendalami dan mempelajari bahasa dan budaya Melayu. Namun demikian, masalah yang kita hadapi ialah penerbit filem negara kita belum mampu menghasilkan filem yang bertaraf antarabangsa, seperti filem yang dihasilkan oleh Hong Kong, Jepun, Korea, dan Bollywood. Jadi, jika kita mahu menggunakan filem sebagai satu cara untuk menyebarluaskan bahasa Melayu, kita mestilah memartabatkan dan mengantarabangsakan filem Melayu juga (hlm. 49). 23. Pengantarabangsaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pelancongan 24. Awang Sariyan (2005), Bahasa kebangsaan dijadikan sumber pelancongan memandang bahawa hubungan diplomasi dan buadaya antara Malaysia dengan negara lain yang sudah ratusan tahun terjalin, seperti antara Malaysia dengan China, dengan membawa pelancong melawat pusat bahasa di Malaysia, seperti DBP yang sekarang seang membina Muzium Bahasa dan Persuratan. (hlm. 57). 25. Pengantarabangsaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Penyiaran 26. Zaitul Akma Zainon Hamzah (2006), CNN dan al-jazeera didapati berjaya menonjolkan pelbagai maklumat tentang dunia dengan menggunakan bahasa mereka sendiri. Bagaimana pula dengan ASTRO, TV3, dan RTM, adakah stesyen-stesyen ini dapat mencapai status yang sama seperti mana yang dicapai oleh CNN dan Al-jazeera?. (hlm. 18) 27. Pengantarabangsaan Bahasa Melayu melalui Pelaksanaan Aktiviti Bahasa Melayu

28. Pengantarabangsaan Bahasa Melayu MelaluiTeknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)Pakar bahasa perlu menyebarkan bahasa Melayu melalui penggunaan laman sesawang, web atau blog.Contoh penggunaan laman web atau blog oleh pengiat sastera dengan mewujudkan laman esasterawan.Penggunaan TMK membolehkan bahasa Melayu dapat tersebar dengan cepat,mudah dan mudah. (Zaitul Azma Zainon Hamzah, 2009: hlm. 14) 29. (sambungan)Penggunaan bahasa Melayu dalam TMK perlu setanding dengan bahasa Inggeris.Nilai ekonomi yang ada pada bahasa Inggeris perlu dikongsi bersama dengan bahasa Melayu.Penggunaan kemudahan TMK bersesuaian dengan perkembangan masyarakat dunia yang semakin maju.Dengan cara ini segala maklumat berkaitan dengan bahasa Melayu dapat diketahui oleh masyarakat dunia. 30. Pengantarabangsaan Bahasa Melayu MelaluiPenterjemahan dan Penerbitan Artikel Pihak kerajaan perlu memberi peruntukan kewangan untuk penyediaan kamus, daftar istilah, buku panduan dan lainlain.Contoh Projek Penterjemahan Berkomputer Malaysia-Jepun melibatkan Universiti Teknologi Malaysia,Dewan Bahasa dan Pustaka , Universiti Teknologi Mara dan kerajaan Jepun.Pencapaian projek ini sangat membanggakan kerana berjaya mencipta kamus asas elektronik yang mengandungi istilah dan kosa kata bahasa Melayu-Jepun(Ismail Dahlan .( 1991). hlm. 422) 31. (sambungan)Kerajaan boleh meneruskan penterjemahan ini ke beberapa bahasa utama dunia yang lain. Jika perkara ini dapat dijalankan bahasa Melayu akan dijadikan medium utama untuk menyebarluaskan maklumat tentang kejayaan bangsa Malaysia dalam bidang perubatan, aeroangkasa, kejuruteraan dan sebagainya.Hal ini berbeza dengan jurnal akademik dalam bahasa Inggeris banyak diterbitkan dalam pelbagai bidang disiplin ilmu. 32. Pengantarabangsaan Bahasa Melayu Melalui Bidang PendidikanKementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi bekerjasama dengan beberapa buah pusat pengajian tinggi yang menawarkan program pengajian bahasa Melayu di luar negara .Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) ditubuhkan pada tahun 1997 untuk menyelaras semua kegiatan dan pengajian bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.Penubuhan MABM melambangkan kesungguhan dan komitmen kerajaan untuk mengglobalkan bahasa Melayu di persada dunia.( Zaitul Azma Zainon (2008) hlm. 4 ) 33. Program Pengajian Bahasa Melayu ditawarkan di beberapa institusi pengajian tinggi di Korea.Pelajar bidang pengurusan perniagaan telah mendaftar untuk mempelajari bahasa Melayu di:a) Busan University Of Studies (26 orang ) b) Hangkuk University ( 55 orang) c) Youngsan University (78 orang pelajar) .(Zaitul Azma Zainon Hamzah (2008) , hlm. 24)Program Pengajian Bahasa Melayu Di Pusat Pengajian Tinggi ( Korea) 34. Program Pengajian Bahasa Melayu Di Pusat Pengajian Tinggi ( Australia)Kursus bahasa Melayu ditawarkan di Universiti Deakin,Melbourne,Australia.Usaha ini dijalankan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka / Universiti Putra Malaysia (UPM). Pelajar ini akan dibawa ke Malaysia semasa tahun ke-2 pengajian.Pelajar ini juga akan mengikuti pengajian di UPM Selama 6 minggu. 35. Program Pengajian Bahasa Melayu Di Pusat Pengajian Tinggi (London)Pengajian bahasa Melayu ditawarkan di School of Oriental and African Studies ,University of London.Kursus ini dijalankan selama

tiga penggal iaitu 10 minggu bagi setiap penggal.Ka masyarakat ini juga memberi mereka pengetahuan tentang budaya masyarakat Melayu 36. Program Pengajian Bahasa Melayu Di Pusat Pengajian Tinggi (Amerika Syarikat)Bahasa Melayu diajar bersama-sama bahasa Asia Tenggara di University Ohio, Amerika Syarikat kerana pelbagai tujuan:Penyelidikan Melancong ke Asia TenggaraMewujudkan hubungan dengan masyarakat Asia Tenggara.Mendapat peluang pekerjaan di Asia Tenggara ( Zaitul Azmal Zainul Hamzah: Disember. 2006.hlm. 12) 37. Program Pengajian Bahasa Melayu Di Pusat Pengajian Tinggi (Rusia)Universiti Negara Moscow Lomonosow,Universiti Negara St. PeterburgInstitut Perhubungan AntarabangsaInstitut Sains Kemansiaan,Institut Timur AmaliInstitut Ketimuran*Terdapat juga usaha menterjemahkan /menerbitkan karya ulung Melayu ke bahasa Rusia(Prof. Madya Victor Pagadev.2008. hlm 86) 38. Pengantarabangsaan Bahasa Melayu Melalui Penubuhan Kursi Akademik Kerajaan Malaysia telah bekerjasama dengan beberapa buah universiti ternama di seluruh dunia untuk meningkatkan pengajian bahasa Melayu.Kerajaan telah menubuhkan beberapa kursi akademik di universiti terpilih bagi mencapai matlamat mengglobalisasikan bahasa Melayu iaitu:- 1.Kursi Tun Abdul Razak di Universiti Ohio, Amerika Syarikat. 2.Kursi pengajian Melayu wilayah Eropah di Universiti Leiden , Belanda. 39. (sambungan) 3.Kursi Pengajian Melayu di Universiti Victoria, New Zealand. 4. Kursi pengajian Melayu di Universiti Pengajian Asing Beijing , China.(Armin Azhari Salleh,( 2008) , Hlm. 5) 40. Pengantarabangsaan Bahasa Melayu melalui Pemberian BiasiswaPemberian biasiswa kepada pelajar asing perlu dilakukan sebagai alternatif kerajaan meningkatkan jumlah pelajar asing mempelajari bahasa Melayu di institusi pengajian tinggi awam 41. Pengantarabangsaan Bahasa MelayuSehingga tahun 2008 terdapat 129 buah pusat pengajian tinggi dari luar negara yang menawarkan kursus bahasa Melayu bermula dari benua Amerika ke Asia Timur, Australia dan New Zealand.Usaha ini perlu diteruskan ke beberapa buah pusat pengajian tinggi yang lain .(Zaitul Azmal Zainol Hamzah (2008) . Hlm. 5) 42. Kesimpulan* Penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa asing di luar negara membuktikan kemampuannya setanding dengan bahasa utama dunia. * Komitmen rakyat Malaysia sangat diperlukan untuk meneruskan usaha mengantarabangsakan bahasa Melayu.* Semangat cinta akan bahasa Melayu harus disemai dalam diri setiap warganegara Malaysia agar usaha ini dapat dijalankan dengan berkesan.* Semua pihak perlu berusaha dengan pelbagai cara untuk mengantarabangsakan bahasa Melayu.* Bahasa Melayu mampu menjadi lingua franca seperti zaman kegemilangannya dahulu. 43. Kenyataan James T. Collin (1999)sebenarnya bahasa Melayu sudah pun bersifat antarabangsa, maka tidak perlu diantarabangsakan. Bahkan kita harus berani mengatakan bahawa sifat keantarabangsaan bahasa Melayulah yang merupakan salah satu ciri distinktifnya sejak bahasa Melayu tampil di pentas sejarah dunia.(hal. 80).

You might also like