You are on page 1of 2

Apam Polkadot /Apam Strawberry Fp Masriyah Oleh; Dapurmamasya Bahan 2 biji telur 1 cawan gula 1 sudu kecil ovallete

2 sudu esen vanilla 1 cawan susu segar 2 cawan self raising flour ayak terlebih dahulu Jem strawberry -(utk mudah masukkan inti jem ke dlm plastik,gunting sedikit hujung/muncung ) pewarna yg disukai. Cara 1.Panaskan pengukus 2. Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete hingga kembang dan bewarna putih.- dlm 8-10 min sahaja 3. Masukkan susu segar, gaul sebati 4. Masukkan tepung, sebatikan 5. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian mengikut warna yg disukai.Isikan adunan kedlm beg plastik utk memudahkan mengisi dlm acuan.Letakkan alas mangkuk kertas dlm acuan (boleh guna acuan lompang atau tat). 6. Masukkan separuh adunan dalam acuan, kemudian masukankan sedikit jem strawberry,dan masukan lagi adunan keatas jem tadi sampai penuh.Hiaskan dot-dot ke atas adunan yg penuh itu mengikut kreativiti. 7.Kukus selama 10-15 minit dg api sederhana.(balut tutup kukusan) nota dapurmamasya; Kalau ada dot-dot yg terbesar...tersenget jadinya,jgn risau ambil toothpick.baiki dot-dot tersebut dgn menggunakan toothpick tersebut dgn buat keliling dot-dot tersebut mengikut saiz yg diperlukan, lebihan warna itu dikacau dgn warna asas adunan dlm acuan tersebut.

Apam Mekar Sumber; rossitamz @ MyR , asal Resepi K.Liza@Dapur Hanieliza Oleh; Dapur Mamasya Bahan-bahan ( Dalam 50 biji papercup kecik ) 250 gm gula (kurangkan kalau tak nak manis sangat) 2 biji telur 1 sudu kecil esen vanilla 200 ml susu segar 300 gm tepung gandum 1 sudu kecil ovallate Pewarna (ikut suka) Acuan kertas (paper cup) secukupnya Cara-cara 1.Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti. 2. Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu. 3.Masukkan esen vanilla dan pukul lagi. 4.Masukkan ovallate dan pukul lagi. 5. Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu. 6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian). 7. Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata. 8. Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya). 9. Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut. 10. Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup). Nota dapurmamasya Pastikan apam dikukus lebih dr 10 min dgn api yg kuat takut bhg dlm apam tak masak.cuba tengok bhg bawah papercup apam samada masih basah atau kering, kalau masih basah...apam belum cukup masak dan apam tidak gebus wpun apam dah merekah.

You might also like