You are on page 1of 2

Negara Bersih Rakyat Sihat Kata orang tua, anak yang sopan santun lahir daripada keluarga yang

beradab, begitu juga dengan rakyat yang sihat lahir daripada negara yang bersih. Tepuk dada tanyalah selera. Tidak dapat dinafikan, kebersihan negara memainkan peranan yang amat penting untuk melahirkan rakyat yang sihat. Persoalannya, bagaimakah sebuah negara boleh dikatakan bersih? Sebuah negara yang bersih bebas daripada pembuangan sampah secara merata-rata. Dalam erti kata lain, kebersihan negara tersebut berada pada tahap baik. Rakyat negara berkenaan peka terhadap isu-isu kebersihan dan memikul tanggungjawab untuk menjaga kebersihan negara dengan sempurna. Apakah kebaikan yang akan diperoleh seandainya negara kita bersih? Negara yang bersih membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaan yang berlebihan untuk mengatasi masalah alam sekitar. Cuba anda bayangkan, seandainya negara kita bertimbunan dengan sampah yang dibuang secara merata-rata oleh masyarakat yang tidak cakna, bayangkan betapa banyak wang yang perlu dilaburkan oleh kerajaan untuk melupuskan sampah sarap ini. Sebaliknya jika sampah dibuang secara teratur mengikut jenis ke dalam tong kitar semula, sampah sarap yang dianggap tidak mendatangkan sebarang kegunaan tetap boleh diproses semula untuk menghasilkan bahan-bahan baru. Ini bukan sahaja dapat menjimatkan perbelanjaan, malah dapat mengurangkan pembaziran sumber untuk menghasilkan bahan baru, umpama sambil menyelam minum air. Dengan ini, kerajaan dapat menumpukan perhatian pada pembangunan negara dan melaburkan kewangan untuk keselesaan rakyat serta kemajuan negara. Menurut indeks pencemaran udara negara Malaysia yang bertarikh 12hb Ogos 2011, peratus pencemaran udara Malaysia boleh dikatakan minima. 42% udara di Malaysia adalah berada dalam keadaan baik dan bersih, manakala 58% pula berada dalam keadaan sederhana. Dapatkah rakyat yang sihat dilahirkan seandainya udara tempat hidupnya tercemar dengan teruk? Jawapannya tentu tidak. Manusia merupakan insan yang memerlukan oksigen untuk meneruskan kehidupan, tatkala menghirup oksigen, seandainya udara berkenaan tercemar, bahan-bahan toksik juga akan dihirup oleh manusia. Impaknya, manusia akan menghidap pelbagai penyakit. Mencegah lebih baik daripada mengubati,sebelum nasi menjadi bubur, manusia sewajarnya sedar akan kepentingan menjaga kebersihan negara demi kepentingan bersama. Dengan keadaan alam yang bersih, masyarakat tentu dapat menjalani hidup dengan baik dan sihat. Selain itu, keadaan negara yang bersih menjadi tarikan utama kepada pelancong asing untuk berkunjung ke negara kita. mahukah pelancong asing melancong ke negara yang kotor? Jawapannya tentu tidak. Sektor pelancongan merupakan antara sektor yang menyumbang kepada sumber pendapatan negara, seandainya terdapat peningkatan pengunjungan pelancong, tentu dapat meningkatkan pendapatan negara dan memajukan negara. Tambahan pula, negara yang bersih unpama perisai yang dapat melindungi manusia daripada serangan penyakit yang berviarasi. Memandangkan kebersihan negara memainkan peranan yang amat penting untuk melahirkan rakyat yang sihat di samping memajukan negara, bagaimanakah rakyat dapat dididik untuk melahirkan negara yang bersih? Bak kata peribahasa, berat sama dipikul, ringan sama dijijing, masyarakat harus bekerjasama dengan pihak kerajaan dan sama-sama menjaga kebersihan negara.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya, kesedaran tentang perlunya menjaga kebersihan negara wajar diterapkan sejak kecil lagi. Warganegara wajar didedahkan kepada kepentingan menjaga kebersihan negara sejak mereka di bangku sekolah lagi. kepentingan dan cara menjaga kebersihan negara boleh diterapkan menerusi mata pelajaran Pendidikan Agama dan Pendidikan Moral. Secara tidak langsung, pelajar dapat didedah kepada kepentingan memelihara kebersihan negara. Golongan seperti remaja wajar diberikan pendedahan agar mereka peka terhadap isu-isu alam sekitar. Bak kata peribahasa patah hilang tumbuh berganti, remaja tonggak negara,remaja pemaju bangsa. Di samping itu, ibu bapa dan guru juga wajar menjadi teladan kepada remaja. Jangan pula menjadi ibu ketam mengajar anaknya berjalan betul. Ibu bapa dan guru wajar menjadi suri teladan kepada remaja untuk menjaga kebersihan negara. Misalnya, ibu bapa boleh mengamalkan amalan mengitar semula akhbar lama agar dapat menyedarkan anak mereka tentang kepentingan amalan kitar semula untuk mengurangkan sampah negara dan menjimatkan penggunaan sumber. Dalam pada itu, guru-guru juga boleh membawa pelajar melawat ke tempat pelupusan sampah agar mereka sedar betapa susahnya seandai sampah dibuang secara merata-rata. Selain itu, kerajaan juga boleh menguar-uarkan kepentingan menjaga kebersihan negara menerusi media massa dan media pencetakan. Tayangan video tentang kepentingan menjaga kebersihan negara juga boleh dijadikan iklan pada televisyen. Bak kata peribahasa, yang baik dijadikan teladan, usaha murni kerajaan ini tentukan akan mendapat balasan daripada masyarakat. Kempen cinta akan alam sekitar juga wajar dilancarkan secara besar-besaran. Hari alam sekitar jatuh pada 5hb jun setiap tahun, sempena dengan hari ini, pelbagai aktiviti boleh dijalankan oleh kerajaan dan melibatkan rakyat untuk membolehkan mereka sedar akan kepentingan menjaga kebersihan negara. Masyarakat juga wajar diajarkan cara membuang sampah secara rasional dan cara menjaga kebersihan negara. Jangan menegakkan benag yang basah lagi. Negara yang bersih merupakan tunjang utama untuk melahirkan rakyat yang sihat sama ada dari segi mental atau fizikal. Seandainya rakyat dan kerajaan dapat berganding bahu dan memerah keringat, sudah tentu negara yang bersih dapat dilahirkan. Adalah tidak mustahil untuk negara kita duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain yang bersih. Oleh itu, jangan terhantuk baru terngadah.

Tan Geok Eng 950311-03-5710

You might also like