You are on page 1of 11

Wanita Yang Dimurkai Allah Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, PERKARA YG AMAT DIBENCI ALLAH PADA SEORANG WANITA 1.

Kepada wanita yang tidak menutup aurat Allah berfirman," Hiduplah dengan apa yang kau suka." 2.Allah melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrim. 3.Perempuan yg memakai kain yang nipis & jarang untuk menarik perhatian lelaki bukan muhrim atau memakai segala yg mendatangkan keghairahan kepada orang lain maka dia tidak akan mencium bau syurga. 4.Wanita yg jahat lebih buruk dari 1000 org lelaki yg jahat. Pengorbanan seorang wanita amat dihargai oleh Allah & Rasulnya. Cuma kita kurang mengetahui kelebihan yg dikurniakan kpd kita semua. Sehinggakan hari ini manusia Islam mencari sesuatu selain dari agama krn merasa pengorbanan mereka tidak dihargai. Dan mereka turut melaungkan persamaan hak seperti di barat. Ini semua bukanlah salah mereka...tetapi kitalah yg bersalah kerana kita lupa bahawa kita ini umat yg dianugerah kan dgn tugas kenabian. Memberi harapan & bimbingan kpd manusia... WANITA YG DIMURKAI OLEH ALLLAH Sebagaimana Allah suka dgn wanita yg yg solehah, Allah juga sgt murka kpd beberapa jenis wanita. Oleh itu sgt perlu bagi kita mengetahui perkara yg boleh menyebabkan kebenciannya supaya kita terhindar dr kemurkaannya. Kemurkaan Allah pada hari kiamat sgt dahsyat sehinggakan nabi2 pun sgt takut. Bahkan Nabi Ibrahim pun lupa bahawa dia mempunyai anak yg bernama Nabi Ismail krn ketakutan yg amat sangat. Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda: - "Seorang wanita yg berkata kpd suaminya,"semoga engkau mendapat kutukan Allah" maka dia dikutuk oleh Allah dr atas langit yg ke7 & mengutuk pula segala sesuatu yg dicipta oleh Allah kecuali 2 jenis makhluk iaitu manusia & jin." Ab.Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Seorang yg membuat susah kpd suaminya dlm hal belanja atau membebani sesuatu yg suaminya tidak mampu maka Allah tidak akan menerima amalannya yg wajib & sunnatnya." Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda: "Kalau seandainya apa yg ada dibumi ini merupakan emas & perak serta dibawa oleh seorang wanita ke rumah suaminya. Kemudian pada suatu hari dia terlontar kata2 angkuh,"engkau ini siapa? Semua harta ini milikku & engkau tidak punya harta apa pun." Maka hapuslah semua amal kebaikannya walaupun banyak. Nabi S.A.W. adalah seorang yg sangat kasih pada ummatnya & terlalu menginginkan keselamatan bagi kita dr azab Allah. Beliau menghadapi segala rupa penderitaan, kesakitan, keletihan & tekanan. Begitu juga air mata & darah baginda telah mengalir semata-mata krn kasih-sayangnya terhadap kita. Maka lebih-lebih lagi kita sendirilah yg wajar berusaha

utk menyelamatkan diri kita, keluarga kita & seluruh ummat baginda. Sebagai penutup ikutilah kisah seterusnya ini sebagai iktibar bagi kita. Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung kerumah Rasulullah S.A.W. & kami temui baginda sedang menangis. Kami bertanya kpd beliau,"mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "pada malam aku di Isra'kan kelangit, daku melihat org sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis." Saya bertanya lagi,"wahai Rasulullah apakah yg tuan lihat?" Beliau bersabda: 1.Wanita yg digantung dgn rambutnya & otak kepalanya mendidih. 2.Wanita yg digantung dgn lidahnya serta tangannya dipaut dr punggungnya sedangkan aspal yg mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya. 3.Wanita yg digantung dgn buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya. 4.Wanita yg digantung , diikat kedua kaki & tgnnya ke arah ubun2 kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking. 5.Wanita yg memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yg menyala-nyala dgn hebatnya. 6.Wanita yg memotong badannya sendiri dgn gunting dr neraka. 7.Wanita yg bermuka hitam & memakan ususnya sendiri. 8.Wanita yg tuli, buta & bisu dlm peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung,telinga,mulut) & badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra. 9.Wanita yg berkepala spt kepala babi & keldai yg mendapat berjuta jenis siksaan. Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kpd ku apakah amal perbuatan wanita2 itu." Rasulullah S.A.W. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun tentang : 1.Wanita yg digantung dgn rambutnya krn dia tidak menjaga rambutnya (di jilbab) dikalangan lelaki. 2.Wanita yg digantung dgn lidahnya krn dia menyakiti hati suaminya dgn kata 3.Kemudian Nabi S.A.W. bersabda: "Tidak seorang wanita yg menyakiti hati suaminya melalui kata2nya kecuali Allah akan membuatnya mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya. 4.Adapun wanita yg digantung dgn buah dadanya krn dia menyusui anak org lain tanpa izin suaminya. 5.Adapun wanita yg diikat dgn kaki & tangannya itu krn dia keluar rumah

tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dr haidh & nifas. 6.Adapun wanita yg memakan badannya sendiri krn suka bersolek utk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban org. 7.Adapun wanita yg memotong badannya sendiri dgn gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan org yg banyak dgn maksud supaya org melihat perhiasannya dan setiap org jatuh cinta padanya krn melihat perhisannya. 8.Adapun wanita yg diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun2nya & dibelit oleh ular & kala jengking krn dia mampu mengerjakan solat & puasa.Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib. 9.Adapun wanita yg kepalanya spt kepala babi & badannya spt kaldai krn dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan org) serta berdusta. 10.Adapun wanita yg berbentuk spt anjing krn dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya. Dan ada diantara isteri nabi2 yg mati dlm keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk. Walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik dizaman itu. Diantara sifat buruk mereka: 1.Isteri Nabi Nuh suka mengejek & mengutuk suaminya. 2.Isteri Nabi Lut suka bertandang ke rumah org. Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Kalau kita tidak berasa takut atau rasa perlu berubah... maka kita kena khuatir .Takut kita tergolong dlm mrk yg tidak diberi petunjuk oleh Allah. Nauzubillahi min zalik. Wassalam. Hiasilah Diri Kita Dengan KEIMANAN Bukan Dengan KEEGOAN.

AURAT WANITA ISLAM 2 Assalamualaikum wbt Firman Allah yang bermaksud: "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasan kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa kepada suami mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak mempunyai keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." [An-Nur: 31] PENGERTIAN AURAT Aurat menurut pengertian bahasa ialah keaipan. Manakala menurut istilah agama ialah mana-mana bahagian anggota dan tubuh badan seseorang yang wajib ditutup daripada pandangan ajnabi. Islam sebagai satu agama yang mudah dan untuk kemaslahatan umatnya tidak menetapkan pakaian khusus terhadap lelaki dan wanita untuk menutup aurat mereka. Apa yang penting dan asasnya ialah mestilah pakaian tersebut tidak menimbulkan sebarang bentuk fitnah atau tidak menimbulkan unsur-unsur ke arah perbuatan zina dan ia mestilah menutup aurat. AURAT WANITA Berkaitan batasan aurat dan perhiasan wanita sesama wan ita muslim dan ketika bersama mah ramnya sebagaimana yang dipersetujui oleh jumhur Ulama' ialah di antara pusat dan lutut, iaitu sama dengan lelaki sesama lelaki. Pendapat ini dipersetujui oleh Imam al-Qurtubi didalm tafsirnya. Namun begitu, Ulama' berselisih pendapat berkaitan dengan aurat wanita di hadapan lelaki dan aurat wanita di hadapan wanita kafir. Pendapat dan hujah Ulama' tersebut dapat dijelaskan sebagaimana berikut:-> AURAT WANITA DIHADAPAN LELAKI AJNABI i. Menurut pendapat Imam Malik dan Imam Abu Hanifah, aurat wanita itu ialah seluruh tubuh badannya, kecuali muka dan dua tapak tangan, bahagian hujung jarinya hingga pergelangan tangan. Antara hujah mereka ialah: PERTAMA: Sebagaimana hadis riwayat Abu Daud, daripada Aishah yang

mengatakan, yang mana Nabi pernah berkata kepada Asma' binti Abu Bakar yang datang ke rumah baginda dengan memakai pakaian yang nipis, baginda bersabda kepadanya: "Wahai Asma', wanita itu apabila cukup umur, ia tidak boleh mendedahkan bahagian tubuhnya, selain ini dan ini (Nabi mengisyaratkan kepada bahagian muka dan tapak tangan baginda)" KEDUA: Sebagaimana Firman Allah: "...Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripada-Nya..." [An-Nur ayat 31] Apa yang dimaksudkan perhiasan dan tubuh zahir di sini ialah bahagian tubuh atau anggota zahir, iaitu muka dan tapak tangan dan hujung jari yang biasa nampak. ii. Menurut pendapat Imam al-Syafi'i dan Imam Ahmad, seluruh tubuh badan wanita adalah aurat tanpa pengecualian. Diantara hujah mereka ialah: PERTAMA: Hadis daripada Jarir bin Abdullah yang diriwayatkan oleh Muslim dan Ahmad: "Aku bertanya kepada Rasulullah mengenai pandangan terserempak atau tidak sengaja. Baginda menjawab: Alihkan pandangan kamu" KEDUA: Sebagaimana hadis lain daripada Ali yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud: "Wahai Ali!, janganlah ulangi pandangan dengan pandangan lain, sesungguhnya dimaafkan untuk kamu pandangan pertama dan tidak diharuskan yang lainnya" KETIGA: Hal ini juga sesuai dengan firman Allah: "... Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteriisteri Nabi, maka mintalah kepada mereka dari disebalik tabir, cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka..." [Al-Ahzab: 53] iii. Mengikut pandangan Ibn Abbas pula, anggota yang boleh dibuka bagi wanita ialah bahagian yang biasa terbuka sahaja, Iaitu muka dan tapak tangan. Hujahnya ialah berdasarkan hadis Asma' yang tersebut di atas. iv. Menurut setengah Ulama' lain pula, wanita diharuskan membuka bahagian dua tapak tangan hinggalah separuh daripada bahagian lengannya dan kaki pula hingga separuh bahagian betisnya. Hujah mereka ialah, kerana sampai bahagian tersebut pada adat atau kebiasaannya akan didedahkan ketika bekerja demi keselesaan dan ia juga bahagian kebiasaan terdedah ketika berkerja. AURAT WANITA DIHADAPAN WANITA KAFIR Menurut pendapat jumhur Ulama', aurat dan perhiasan wanita dihadapan wanita kafir, Yahudi dan Nasrani adalah sama seperti aurat dihadapan lelaki ajnabi. Iaitu selain muka dan tapak tangan. Untuk itu, wanita

mestilah menutup auratnya dan perhiasannya ketika bersama dengan orang kafir. Pengharaman tersebut adalah atas dasar berlainan agama. Pendapat ini juga merupakan pendapat Ibn Abbas dan dipersetujui oleh Imam alQurtubi. Untuk itu wanita dikira berdosa dan diharamkan mendedahkan segala perhiasan kepada bukan mahram mereka yang merangkumi juga melarang mereka menghentakkan kaki apabila berjalan supaya diketahui perhiasan yang mereka pakai seperti gelang kaki yang mempunyai loceng. Apa yang diharuskan untuk mereka mendedahkan perhiasan tersebut hanya dibolehkan kepada 12 golongan sahaja sebagaimana yang disebutkan dalam surah anNur ayat 31. Antara lain juga, wanita itu hanya boleh mendedahkan perhiasan yang mereka pakai kepada mahram sahaja. Apa yang dimaksudkan dengan mahram disini ialah mana-mana mahram daripada pihak perempuan atau isteri itu. Untuk itu, secara jelas dan terperincinya, Lelaki yang menjadi mahram kepada perempuan atau isteri itu ialah, Bapanya, abangnya, anak lelakinya, adik-beradik lelakinya, anak saudara daripada adik-beradik lelakinya, anak saudara daripada saudara perempuannya, bapa saudara dari sebelah bapanya, bapa saudara dari sebelah ibunya, anak tiri lelakinya, Mertua lelakinya dan menantu lelakinya. Semua mereka yang tersebut di atas itu adalah lelaki-lelaki mahram yang boleh bergaul atau menemani wanita dengan berpandukan ketakwaan kepada Allah dan berpegang teguh dengan syariat Islam. LARANGAN MENZAHIRKAN PERHIASAN TERSEMBUNYI Ayat ini menjelaskan larangan atas dasar mengharamkan mana-mana wanita yang berjalan sambil menghentak-hentakkan kaki mereka supaya diketahui oleh orang lain khususnya lelaki ajnabi dan bukan suaminya perhiasan yang tersembunyi. Apa yang dimaksudkan di sini ialah segala jenis perhiasan yang kebiasaannya dipakai di bahagian kaki sebagaimana gelang kaki yang berloceng dan berbunyi. Larangan tersebut selain ia menimbulkan fitnah atau godaan atau dapat menarik perhatian orang atau mungkin juga bunyi tersebut menyebabkan orang tertarik atau juga mungkin timbul perasaan riak untuk menunjuknunjukkan perhiasan yang dipakainya itu. Lantaran itulah wanita wajib menutup aurat dan tempat perhiasan serta perhiasan itu sendiri kepada penglihatan dan pendengaran mana-mana bukan mahramnya. Demikianlah keterangan dan penjelasan berdasarkan dalil Al-Quran dan beberapa hadith. Semoga sama-sama kita mengambil pengajaran. Wassalam. Yang baiknya datang daripada Allah, yang salah adalah dari kelemahan diri saya sendiri. Oleh : Mujahidah Islam

AURAT WANITA ISLAM Assalamualaikum w.b.t Firman Allah yang bermaksud: "Dan janganlah kamu bercakap dengan suara yang lemah manja kerana perbuatan itu akan menjadi punca ketamakan orang-orang yang mengidap penyakit hati terhadap diri kamu" [al-Ahzab: 32] ADAKAH SUARA SEORANG PEREMPUAN YANG MERDEKA ITU AURAT? Satu pendapat mengatakan suaranya bukanlah aurat kerana isteri-isteri Nabi SAW telah bercakap-cakap dengan para sahabatnya. Mereka sering mendengar daripada isteri-isterinya penjelasan tentang beberapa hukum agama. Tetapi jika ditakuti akan menimbulkan fitnah maka haram mendengar suaranya biarpun hanya mendengar bacaan al-Quran. Ini adalah pendapat Fuqaha' Mazhab Hanafi. Satu pendapat yang lain pula mengatakan bahawa suaranya adalah aurat bagi lelaki ajnabi, sama ada ditakuti akan menimbulkan fitnah ataupun tidak. Ini adalah pendapat Fuqaha' Syafi'i. Kami berpendapat bahawa suaranya bukanlah aurat jika percakapan itu merupakan perbualan biasa dengan lelaki ajnabi yang tidak ditakuti akan menimbulkan fitnah dan tidak terdapat tujuan mempengaruhi orang dengan kemanjaan suara. DALIL-DALIL YANG MENYOKONG PENDAPAT INI ADALAH BANYAK, DI ANTARANYA: 1. Isteri-isteri Nabi SAW telah bercakap dengan para sahabat yang datang untuk mendengar penjelasan mereka mengenai hukum-hukum agama. 2. Sewaktu Umar R.A. ingin menyekat kenaikan kadar mahar, beliau telah ditentang oleh seorang perempuan dari hujung masjid yang membacakan Firman Allah: "Dan jika kamu hendak mengambil isteri (baru) untuk mengantikan isteri (lama yang kamu ceraikan) sedangkan kamu telahpun memberikan kepada salah seorang di antaranya (isteri yang diceraikan) harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil sedikitpun daripada harta itu" [Al-Nisa': 20] Umar, begitu juga para sahabat Nabi yang lain, tidak ada yang membantah percakapan perempuan itu, malah sebaliknya Umar berkata: "Perempuan itu yang benar dan Umar yang salah." 3. Ketika berlaku perselisihan di antara Abu Bakar R.A. dengan Saiyidah Fatimah al-Zahrah (puteri Rasulullah SAW) mengenai isu Fadak, Saiyidah Fatimah telah datang menemui Abu Bakar yang (pada masa itu) menjadi khalifah. Terdapat kenyataan lain yang mengatakan bahawa beliau telah memberi pandangannya mengenai apa yang diyakini menjadi haknya di dalam isu itu. Lalu berlakulah satu perbincangan di antaranya dengan Khalifah Abu Bakar.

Kesemua peristiwa tersebut dan lainnya menunjukkan bahawa suara seorang perempuan itu bukanlah aurat selama mana percakapannya masih berada di dalam batas-batas biasa dan tidak pula bertujuan mempengaruhi orang dengan kemanjaan suara. Allah berfirman: "Janganlah kamu bercakap dengan suara yang lembut manja kerana perbuatan itu akan menjadi punca ketamakan orang-orang yang mengidap penyakit hati terhadap diri kamu." [al-Ahzab: 32] Inilah adab kesopanan percakapan/ perbualan yang Allah perintahkan para isteri SAW. melaksanakannya, dan para muslimat dikehendaki mentauladani mereka. Sesungguhnya Allah telah menyuruh para muslimat agar tidak melembutkan dan memerdukan suara mereka apabila mereka bercakap dengan kaum lelaki. Di dalam Kitab Ahkam al-Nisa' tulisan al-Imam Ahmad bin Hanbal terdapat catatan berikut: "Muhammad bin Ali al-Warraq telah memberitahu saya bahawa Mehnah alSyami memberitahu mereka, katanya: Saya telah bertanya (Imam) Ahmad mengenai seorang perempuan, adakah wajar ia merendahkan suaranya semasan membaca al-Quran di rumahnya di waktu malam? Beliau menjawab: "Ya!". Sekian Wassalam, yang baiknya datang daripada Allah, yang salah adalah dari kelemahan diri saya sendiri. Assalamualaikum. Oleh : Mujahidah Islam

Sampaikanlah kpd para wanita...... 1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali. 2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh. 3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat. 4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. 5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. 6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad. 7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. 8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. 9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut. 10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. 11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. 12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. 13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. 14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia

suka. 15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari. 16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. 17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. 18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid. 19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. 20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. 21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa. 22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak. 23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. 24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. 25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Pandangan : Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan? Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka. Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail. Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul. Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam

tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan, etc.... Dipetik daripada Bayan Mastura Oleh Syed Ahmad Khan; Januari 1992. ...........................................

Hadis nabi mengenai wanita. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia". Wallahua'lam..

You might also like