You are on page 1of 3

SOALAN LAZIM UNTUK PROGRAM SARJANA

1) Berapa lamakah tempoh pengajian bagi program eksekutif untuk peringkat sarjana yang dijalankan oleh PKP? Jawapan: Sarjana Kejuruteraan (Komunikasi & Komputer) 4 semester Sarjana Pengurusan Industri & Teknologi - 4 semester Sarjana Kejuruteraan (Sistem Pembuatan) 4 semester Sarjana Harta Intelek 3 semester Sarjana Undang-undang perniagaan 5 semester Sarjana Sains (Kualiti & Produktiviti) 3 semester Diploma Siswazah Pengurusan Keselamatan Industri -3 semester Sarjana Pengurusan Keselematan Industri 3 semester Sarjana Teknologi Maklumat Sains Komputer -5 semester Sarjana Teknologi Maklumat - 5 semester Sarjana Sains Kesihatan Masyarakat (Pengurusan Hospital & Ekonomi Kesihatan) 4 semester Sarjana Sains Kesihatan Masyarakat (Kesihatan Pekerjaan) 4 semester Nota : 1 tahun = 2 semester 2) Berapakah kadar yuran untuk setiap semester bagi setiap program? Jawapan: Sila klik http://pkukmweb.ukm.my/~pkp/yuran.html 3) Apakah syarat kemasukan ke program sarjana ini? Jawapan : Sarjana Kejuruteraan (Komunikasi & Komputer), Sarjana Kejuruteraan (Sistem Pembuatan) & Sarjana Sains ( Pengurusan Industri dan Teknologi) - Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan atau Ijazah Sarjana Muda Sains dengan kepujian dari UKM atau setaraf dari mana-mana Universiti Dalam dan Luar Negara atau IPT yang diiktiraf oleh Senat UKM; atau - Mempunyai kelayakan dan pengalaman yang diiktiraf oleh Senat UKM Sarjana Undang-undang Perniagaan - Mempunyai Ijazah Sarjanamuda Undang-undang dari mana-mana universiti yang diiktiraf oleh senat UKM; atau - Mempunyai ijazah Sarjanamuda dalam sebarang bidang dari mana-mana universiti yang diiktiraf oleh Senat UKM dan pengalaman bekerja sekurangkurangnya 3 tahun.

(Nota: Pemohon yang mempunyai Ijazah Sarjanamuda Undang-undang tetapi tidak mempunyai pengalaman kerja selepas konvokesyen mestilah mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjanamuda Kelas Dua Bawah atau PGNK yang setaraf)

Sarjana Harta Intelek - Mempunyai Ijazah Sarjanamuda Sains, Teknologi atau Kejuruteraan dari mana-mana universiti yang diiktiraf oleh Senat UKM atau - Mempunyai ijazah Sarjanamuda lain yang diiktiraf oleh Senat UKM

Sarjana Sains Kesihatan Masyarakat (Pengurusan Hospital & Ekonomi Kesihatan) & Sarjana Sains Kesihatan Masyarakat (Kesihatan Masyarakat) - Mempunyai Ijazah Sarjanamuda dalam bidang sains asas, sains gunaan atau professional dari UKM atau dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat UKM, atau - Mempunyai lain-lain Ijazah Sarjanamuda dan mempunyai pengalaman bekerja yang sesuai dengan bidang pengkhususan yang diambil Sarjana Teknologi Maklumat (Sains Komputer) - Mempunyai ijazah Sarjanmuda Sains Komputer yang diiktiraf oleh Senat UKM atau - Mempunyai kelayakan akademik/ professional ataupun Sarjanamuda Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh senat UKM setara dengan Ijazah Sarjamuda dan pengalaman bekerja dalam bidang Sains Komputer Sarjana Teknologi Maklumat - Mempunyai ijazah Sarjanamuda selain bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh Senat UKM atau - Mempunyai kelayakan akademik/professional yang diiktiraf oleh Senat UKM setara dengan ijazah sarjanamuda dan pengalaman bekerja dalam bidang Sains Komputer. Sarjana Sains (Peningkatan Kualiti & Produktiviti) - Mempunyai ijazah sarjanamuda dengan PGNK yang baik dalm bidang sains, teknologi, kejuruteraan pengurusan, pengurusan atau sains sosial dari UKM atau mana-mana institusi pengajian lain yang diiktiraf oleh Senat serta - Mempunyai pengalaman bekerja yang bersesuaian. Diploma Siswazah Pengurusan Keselamatan Industri - Mempunyai ijazah sarjanamuda dari UKM atau kelulusan lain yang setaraf dengannya atau - Mempunyai diploma dengan sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman di dalam bidang pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Sarjana Pengurusan Keselamatan Industri - Mempunyai ijazah sarjanamuda dari UKM atau kelulusan yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh senat atau - Mempunyai Diploma Siswazah Pengurusan Keselematan Industri dari UKM serta memperolehi keputusan peperiksaan dengan PGNK>3.00 4) Dimanakah tempat pengajian untuk setiap program? Jawapan: Sarjana Kejuruteraan (Komunikasi & Komputer) UKM, Bangi Sarjana Pengurusan Industri & Teknologi - UKM, Bangi Sarjana Kejuruteraan (Sistem Pembuatan) UKM, Bangi Sarjana Harta Intelek UKM, Bangi Sarjana Undang-undang perniagaan UKM,Bangi Sarjana Sains (Kualiti & Produktiviti) UKM, Bangi Diploma Siswazah Pengurusan Keselamatan Industri UKM, Bangi Sarjana Pengurusan Keselamatan Industri UKM, Bangi Sarjana Teknologi Maklumat Sains Komputer UKM, Bangi Sarjana Teknologi Maklumat - UKM Bangi Sarjana Sains Kesihatan Masyarakat (Pengurusan Hospital & Ekonomi Kesihatan) Pusat Perubatan UKM, (PPUKM) Cheras

Sarjana Sains Kesihatan Masyarakat (Kesihatan Pekerja) Pusat Perubatan UKM, (PPUKM) Cheras 5) Pembiayaan Pengajian? Jawapan: KWSP Pelajar boleh membuat permohonan pengeluaran simpanan dari Akaun ke-2 selepas mendapat surat tawaran pengajian dari UKM. Pelajar boleh mendapatkan surat pengesahan sebagai pelajar daripada Bahagian Kewangan PKP untuk dilampirkan bersama-sama dengan dokumen permohonan kepada KWSP. PTPTN Pelajar boleh mendapatkan borang permohonan pinjaman pendidikan daripada pejabat PTPTN atau dengan muat turun dari laman web http://www.ptptn.gov.my/web/guest/pinjaman Bank Rakyat dan CIMB Bank sila rujuk laman web http://pkukmweb.ukm.my/~pkp/biaya.html 6) Pengiktirafan Program oleh LAN dan tenaga pengajar? Jawapan: Semua program yang ditawarkan melalui PKP UKM merupakan program Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diiktiraf sepenuhnya oleh Kerajaan. Pengiktirafan daripada LAN @ MQF hanya perlu bagi program akademik yang ditawarkan oleh kolej / institusi pengajian tinggi swasta. Semua tenaga pengajar terdiri daripada pensyarah UKM atau tenaga pengajar berpengalaman yang dilantik oleh fakulti. 7) Waktu pengajian? Jawapan: Adalah pada hujung minggu dan jam kuliah sama seperti pelajar sepenuh masa. 8) Bilakah tarikh tutup permohonan? Jawapan: Sila hubungi kami sekarang juga untuk mengetahui sama ada anda masih boleh memohon 9) Bilakah jawapan permohonon berjaya atau tidak akan diumumkan / boleh diketahui? Jawapan: 4 5 minggu selepas tarikh tutup permohonan 10) Cara memohon? Jawapan: Mohon online atau Muat turun borang permohonan dari website www.ukm.my/kembangan

You might also like