You are on page 1of 14

INSTITUSI PEMERINTAHAN DALAM ISLAM 2

PERBEZAAN DI ANTARA NEGARA ISLAM DAN NEGARA SEKULAR SUDUT PERBEZAAN 1. Nilai-nilai Norma NEGARA ISLAM
Tidak berubah sampai ke akhir zaman kerana kesesuaian islam untuk semua zaman kerana sandarannya al-Quran, alHadith, Ijma Ulama dan Qiyas. Ibnu Khaldun : Negara Islam diperintahkan berdasarkan undang2 Syariah berdasarkan al Quran dan al Hadith Menjamin keadilan kepada semua. Menunaikan hak kepada yg berhak dan tidak merampas hak orang lain terutama dengan amalam syura. Menganggap kuasa adalah amanah dan wasilah untuk menyempurnakan tuntutan Ilahi sebagai khalifah Allah di muka bumi. Matlamat terakhir adalah mencari redha Allah SWT semata-mata. Contoh Pembinaan Negara Islam Madinah. Setelah semuanya sempurna Rasulullah SAW wafat. Tugas Khalifah adalah mentadbir dunia dengan agama berprinsipkan alQuran dan Hadith Method berpandukan Allah dan Rasul.

NEGARA SEKULER
Tiada norma yg tetap kerana tiada sandaran Satu2 kriteria yg digunakan manikin bangs.

2. Principe al-Siyadah Dan al Hakimiyyah 3. Principe al- Adalah

Diperintah berdasarkan undang yg dihasilkan oleh akal fikiran yg dangkal dan cetek manusia dan dipengaruhi hawa nafsu. Menindas dan menafikan hak sesama manusia. Yang kuat berkuasa dan yang lemah menjadi mangsa.

4. Principe Amanah dan Kuasa 5. Principe Matlamat

Kuasa adalah matlamat utama untuk mencapai segala cita-cita bersandarkan hawa nafsu. Matlamatnya adalah kepuasan hawa nafsu dan materialisma semata-mata. Sekular menghalalkan segala cara dan sanggup memisahkan agama dari pemerintahan. Menganggap org yg terlibat dgn politik sbg politikus dan tiada kaitan dgn agama. Method Mechiavellisme Tujuan menghalalkan cara.

6.Prinsip Khalifah

7. Method untuk capai Matlamat

PERBEZAAN EKONOMI ISLAM DAN EKONOMI KAPITALISME


SUDUT PERBEZAAN EKONOMI ISLAM 1. Cara mendapatkan Dengan jalan yg halal dan tertakluk kpd syariat islam (Tidak Harta terlibat riba, rasuah dll) 2. Peranan Pihak Berkuasa 3. Sistem Percukaian
Mengharuskan campurtangan pemerintah bertujuan melindungi dan mejamin kestabilan dan keadilan sosial dgn syarat berlandaskan syariat Mensyariatkan zakat kpd muslim dan jizyah kpd non muslim. Kerajaan berhak ambil zakat jika ingkar. Menekankan prinsip muafakat. Mengurangkan pertelingkahan majikan dengan pekerja. Islam mengharamkan pertelingkahan Untung dan rugi adalah lumrah dalam perniagaan islam. Mekanisme seperti mudarabah di galakkan dalam islam.

EKONOMI KAPITALISME
Tiada batasan. Memaksimakan keuntungan dan mengurangkan kos. Campurtangan pemerintah adalah minimum selagi pemilikan harta sah di sisi undang2

4. Principe Pemuafakatan 5. Principe Bekerja dan Ganjaran 6. Prinsip Menjauhkan Perbuatan Merosakkan 7. Matlamat Ekonomi

8. Prinsip Iktilaf (Pertanggungjawaban)

Melarang sama sekali aktiviti ekonomi yang membawa kepada keruntuhan moral dan akhlak di semua peringkat berlandaskan syariat islam spt judi, pelacuran dan sebagainya. Syariat tidak digugurkan dalam setiap urusan ekonomi.Ganjaran pahala dan dosa di ambil kira dan tujuan hanya satu iaitu mencari redha Allah SWT. Manusia sebagai khalifah Allah. Segala pemilikan mengambilkira redha Allah SWT.

Mengenakan cukai. Tiada penguatkuasaan yg tegas. (Bergantung kepada budi bicara spt sumbangan derma dan sebagainya dikecualikan cukai) Hubungan majikan dengan pekerja berdasarkan kontrak. Perlu campurtangan kerajaan dalam hubungan majikan dan pekerja. Meminimunkan kos dan memaksimakan keuntungan untuk elak kerugian dan mengambil keuntungan lebih banyak untuk menampung semasa rugi. Melarang kerosakan berdasarkan Tanggungjawab moral dan tiada kawalan syariat.

Syariat digugurkan.

Pemilikan harta tiada kaitan dengan Tuhan. Ia hanya antara pekerja dan majikan.

Theocracy mengikut oxford adalah satu bentuk kerajaan yang Tuhan (Allah) iktiraf sebagai raja dan undang-undangnya diambil sebagai perlembagaan tertinggi. Teokrasi bermaksud Pemerintah atau khalifah yang mendakwa dirinya sebagai wakil Tuhan, memerintah bagi pihak Tuhan, berdasarkan kehendak Tuhan yang dijelmakan dalam undang2 Ilahi. Contoh Kerajaan Teokrasi kuno adalah Firaun yg mana akhirnya mengangkat dirinya tuhan dan zaman moden ini adalah di Vatican City.

Dua ciri utama dalam Sistem Teokrasi: 1. Kata-katanya wajib diikuti oleh orang yang diperintah 2. Perintah atau ketetapannya diambil daripada undang2 Ilahi dan bukan dari manusia. Hubungan antara kedua-duanya (khalifah dan tuhan) adalah kekhalifahan Tuhan atas muka bumi dan undang2 Ilahi.

DEMOKRASI
Perkataan ini berasal dari Yunani bermaksud "Diperintah oleh Rakyat". Terma ini kadangkala digunakan untuk mengukur sejauh mana pengaruh rakyat diatas kerajaannya. Demokrasi secara ekstrem boleh dilihat dalam sistem kerajaan seperti anarkisme dan komunisme (menurut teori Karl Marx ia merupakan peringkat terakhir pembangunan sosial dimana demokrasi adalah diamalkan secara langsung , dan tiada kerajaan yang bebas dari kehendak rakyat). Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.

Elemen Dalam Demokrasi


Demokrasi moden mempunyai sifat-sifat dengan institusi-institusi berikut:

Perlembagaan yang menghadkan kuasa dan kawalan operasi formal kerajaan, sama ada secara tulisan, secara norma atau gabungan kedua-duanya. Lazimnya Perlembagaan akan memasuki doktrin pembahagian kuasa untuk memastikan seseorang itu tidak diberi lebih dari satu kuasa. Pilihan raya untuk memilih pegawai-pegawai awam, yang dikelolakan secara bebas dan adil Rakyat diberi hak mengundi Kebebasan bersuara (berceramah, berhimpun dan sebagainya) Kebebasan akhbar dan akses kepada media lain Kebebasan persatuan Semua orang dalam masyarakat menikmati hak yang sama dari segi undangundang. Salahsatu pra-syarat demokrasi ialah wujudnya Aturan Undang-Undang Rule of Law Rakyat yang berpendidikan dan berpengetahuan tentang hak asasi manusia dan tanggungjawab sivik.

ANTARA TEOKRASI, DEMOKRASI DAN SISTEM POLITIK ISLAM


Persamaan antara teokrasi dengan konsep politik islam adalah ke dua-duanya wakil Allah dimuka bumi ini. Walau bagaimana pun konsep politik islam adalah Khalifah wajib menjalankan syariah Allah SWT dan tidak mempunyai kuasa mutlak. Manakala teokrasi pula Khalifah adalah wakil atau jelmaan tuhan di Muka bumi dan berkuasa mutlak menjalankan undang-undang ilahi. Sementara Islam dan demokrasi pula akan ada persamaan apabila dengan politik islam apabila:1. Pilihanraya bebas diikuti oleh rakyat 2. Peraturan Pilihanraya adalah berdasarkan syariah. Ketua Negara Islam tidak memegang jawatan berdasarkan hak Ilahi tetapi adalah melaksanakan undang2 yg ditetapkan oleh Allah SWT, bahkan jika ada undang2 yg hendak digubal bagi isu2 semasa, ia juga tertakluk kepada peraturan dan ketetapan Allah SWT melalui sumber al-Quran, Hadith, Ijma Ulama dan Qiyas. Pemimpin negara langsung tidak berhak untuk menetapkan sesuatu hukum atau peraturan melainkan ianya selari dengan 4 sumber tersebut dan keputusannya dibuat oleh Majlis Syura yang dilantik.

SYURA
Menurut tiori perlembagaan islam, fungsi perwakilan dianggap sebagai Aqd wakalah iaitu pemberian kuasa undang-undang oleh satu pihak untuk mereka serta bertindak bagi pihak mereka

Maksud Syura: Dari segi bahasa : Berbagai Dari segi istilah : Persepakatan sekumpulan ulama untuk mencapai satu kebenaran dengan cara bertukar pendapat dalam sesuatu perkara dan seterusnya membuat satu keputusan (Mahmud Khaldi 1986). Persyariatan Syura di firmankan oleh Allah SWT dalam Surah Ali Imran : 159 dan al-Syura: 38.

MAJLIS SYURA PADA ZAMAN MODEN KINI


Berdasarkan amalan Syura di zaman Rasulullah SAW dan pada zaman sahabat, maka boleh disimpulkan Majlis Syura pada zaman moden ini hendaklah terdiri daripada 2 kategori:1) Majlis yang ahlinya hendaklah terdiri daripada mereka dipilih secara langsung oleh orang ramai. Mereka ini akan mewakili seluruh ummah dan keanggotaanya di pilih melalui undi rahsia yang dijalankan secara langsung. Pada zaman sahabat disebut Baiah al-Ammah atau Ijma al- Ummah seperti yg berlaku semasa perlantikan Sayyidina Abu Bakr. 2) Majlis yang ahlinya sebagai badan perwakilan yang terdiri daripada pakar dalam pelbagai bidang kehakiman, ketenteraan, kejuruteraan dan seumpamanya. Mereka adalah ahli yang dilantik oleh ketua negara. Tugas mereka adalah untuk memutuskan masalah yang timbul dalam bidang masing2 dalam usaha membantu pemerintah dalam mengubal undang2 negara. Dalam peringkat awal islam disebut sbg Ahl al-Hal wa al Aqd. Pada zaman moden boleh dipanggil Majlis al-Khubara. Tujuan pengabungan ini adalah untuk mengabungkan unsur agama dan unsur sekular bagi mewujudkan Sistem Islam. Contoh dalam pembinaan sesuatu projek seperti projek Nuklear, pakar yang dilantik oleh pemerintah akan memberi nasihat dalam bidangnya, wakil ulama akan memberi pandangan dari sudut syariah manakala wakil ummah akan melihat dari sudut kemaslahatan dan matlamat ummah. Dengan demikian matlamat ummat, kepakaran saintifik dan redha Allah SWT dapat dipenuhi dalam masa yang sama.

TEMPOH BERKHIDMAT AHLI MAJLIS SYURA


- Tempoh perkhidmatan ahli majlis syura hendaklah tidak terlalu lama seperti melebihi lima tahun kerana ia akan menghadkan kawalan orang ramai terhadap Ahli Majlis Syura (alAmmah). Sekiranya jangkamasa tidak terlalu lama Ahli Majlis Syura akan berhati-hati menjalankan tugasnya dalam memenuhi keperluan ummah dan mematuhi panduan syariah yang ditetapkan kerana bimbang tidak terpilih pada pemilihan yang akan datang. - Jarak juga tidak boleh terlalu pendek seperti satu atau dua tahun kerana perhatian Ahli Majlis Syura (al-Ammah) terhadap tugasnya akan terjejas kerana memberi tumpuan terhadap pilihanraya dan sudah tentu mutu perkhidmatannya kurang memuaskan ummah atau pun mereka tergesa-gesa dalam menyelesaikan sesuatu tugas kerana jangkamasa perkhidmatan yang pendek juga membawa kpd mutu perkhidmatan yang tidak memuaskan. Pandangan Profesor Laski dalam usaha menentukan tempuh waktu yg terbaik: Tempoh itu hendaklah panjang bagi menghasilkan dua keputusan: pembuat undangundang hendaklah mampu bertanggungjawab terhadap pelbagai program manakala ahlinya pula hendaklah mempunyai masa yang cukup bagi membolehkan diri mereka mengetahui operasi tatacaranya. Namun begitu tempuhnya juga hendaklah pendek bagi memastikan pembuat undang2 sentiasa berhubung dengan pengundi tempatan Berpandukan huraian di atas jelaslah bahawa dalam menetapkan tempoh pemegang jawatan sebagai ahli majlis syura hendak seimbang di antara keperluan kawalan orang ramai dengan kecekapan perundangan.

Masa yang agak bersesuaian adalah 5 tahun bagi al-Ammah dan 4 tahun bagi al-Khas. Al- Khas dilantik oleh pemerintah jadi dia tidak melibatkan kuasa orang ramai.

Rujuk Buku Ustaz : MS 145 hingga 152.

SAIZ MAJLIS SYURA


Yang dimaksudkan dengan saiz Majlis Syura adalah hal yang berkaitan dengan bilangan anggota Majlis Syura. Memandangkan masalah ini berkait rapat dengan masalah waktu dan agama islam adalah agama yang sesuai di semua zaman, jadi syara tidak menetapkan spesifikasinya sebaliknya ia ia menyerahkan kepada kebijaksanaan masyarakat pada setiap zaman. Bilangan atau saiz amat berkait rapat denagan:1. Jenis Sistem pemerintahan yang diamalkan 2. Ukuran besar atau kecil wilayah pemerintahan 3. Jumlah penduduk bagi sesuatu wilayah pemerintahan 4. Sifat atau darjah urusan yang dijalankan Sebagai contoh: Negara Brunei Darussalam yang kecil, jumlah penduduknya sedikit, urusan yang dijalankan juga sedikit berbanding dengan Negara Indonesia yang mempunyai keluasan yang besar, penduduknya ramai sudah tentu saiz Majlis Syura di Indonesia adalah lebih besar walaupun dasar pemerintahannya sama. Saiz Majlis Syura amat bergantung kepada ukuran sesebuah negara yang diwakili. Jika terlampau besar boleh menyebabkan kehilangan peranan individu dan membuka jalan ke arah manipulasi Majlis Syura oleh pihak2 yang berpengaruh.

KELAYAKAN SEBAGAI ANGGOTA MAJLIS SYURA


Pada dasarnya semua warganegara yang baligh (dewasa) dan waras adalah layak untuk menjadi anggota Majlis Syura. Namun seorang sarjana memberikan pandangan Untuk menjadi layak memenang amanah tersebut, wakil rakyat bukanlah terdiri daripada orang biasa. Di samping kebijaksanaan dan kemahiran, ia hendaklah melebihi orang yang memilihnya dari segi tujuan moral politik. Walaupun ayat perintah menubuhkan Majlis Syura ditujukan kepada Wahai manusia.., tapi bukan semua orang memiliki sifat yang bijaksana, berilmu dan mempunyai pendapat yang bernas. Oleh itu sayugialah mereka melantik wakil-wakil mereka yang mereka percaya dan mempunyai kelebihan untuk berada dalam majlis syura agar dapat membuat keputusan yang tepat dan bijaksana bagi pihak mereka. Pada zaman Rasulullah SAW, Baginda juga telah melantik para sahabat untuk menjadi Ahli Majlis Syura yang dikenali dengan Ahl al halwa al- aqd . Rasulullah SAW mengamalkan syura melalui dua (2) cara iaitu secara langsung dan secara perwakilan. Wajarlah melantik orang berilmu sebagai wakil di dalam majlis syura sesuai dengan firman Allah SWT bermaksud: Katakan, adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui

SYARAT-SYARAT MENJADI AHLI MAJLIS SYURA


1. Adil (Adalah)
Sifat ini susah untuk diukur. Seorang sarjana islam, Abdul Aziz Saad mendifinasikan sebagai sentiasa mengamalkan sifat taqwa dan menjauhkan diri dari dosa. Zaman moden ini boleh dianggap tidak pernah melakukan jenayah berat dan tidak pernah disabitkan melakukan jenayah berat. Iaitu individu yang tidak pernah dipersoalkan kejujurannya.

2. Berilmu
Tidak semestinya mempunyai pengetahuan dalam semua bidang. Memadailah seseorang itu pakar dalam bidang yang diwakilinya dalam majlis syura tersebut kerana keputusan Majlis Syura adalah keputusan bersama. Melihat kepada masalah hari ini, ahli majlis syura tidak harus dibataskan kepada golongan ulama sahaja tetapi ahlinya hendaknya merangkumi semua bidang kehidupan dan ulama adalah penasihat agar segala undang2 dan peraturan yang diputuskan selari dengan empat sumber perundangan islam iaitu al-Quran, Hadith, Ijma ulama dan Qias.

3.Berpengalaman
Pengalaman amat penting untuk menjadi ahli majlis syura, terutama pengalaman berkaitan dengan ummah. Pengalaman akan membantu mereka membuat keputusan yang tepat bila berhadapan dengan masalah yang sukar, apa lagi jika masalah itu berkaitan dengan umat. Pengalaman akan dapat membantu sesuatu majlis syura itu meningkatkan kualiti sesuatu keputusan majlis Syura.

4.Matang atau Cukup Dewasa


Fungsi majlis syura adalah untuk menyelesaikan masalah, kadangkalanya ianya cukup kompleks terutama pada zaman moden ini. Jadi sayugialah orang yang telah dewasa dan cukup matang dalam pemikirannya untuk menganggotai majlis syura ini bersesuaian dengan tugas dan tanggungjawab yang akan dipikul dan dapat melaksanakan mandat orang ramai dengan lebih berkesan. Berdasarkan kelaziman, usia yang sesuai adalah lingkungan 30an.

5. Warganegara yang bermustautin


Syarat ini penting kerana antara lain bagi seseorang yang bermustautin di negara lain, ia tidak bebas kerana tertakluk kepada undang negara di mana ia bermustautin. Mustahil juga bagi seorang yang bermustautin di negara atau tempat lain tahu dengan baik masalah umat yang diwakilinya. Orang yang memegang kerakyatan lebih dari satu negara juga tidak layak kerana kemungkinan berlaku kebocoran rahsia adalah tinggi. Walaupun dalam mendifinasikan umat islam , ia meliputi umat islam di serata dunia, tetapi dalam konteks ini ia disandarkan kepada negara bangsa. Oleh itu sebaik-baik ahli majlis syura adalah anak watan atau kalau yang telah di naturalisasikan hendaklah sekurang-kurangnya 10 tahun bagi membuktikan kesetiaan dan ketaatan mereka.

PRINSIP UMUM NEGARA ISLAM


1 Prinsip al-Siyaddah dan al-Hakimiyyah
Kuasa tertinggi dalam memutuskan suatu polisi atau dasar adalah Allah SWT. Ia mengiktiraf Rububiyyah Allah SWT dan Ubudiyyah hamba kepadaNya. Rasulullah SAW memerintah bagi pihak Allah SWT dengan melaksanakan segala syariatNya. Begitu juga generasi para sahabat yang sepatutnya dijadikan pedoman pemerintahan sebuah kerajaan Islam sehingga ke hari ini dan sehingga kiamat.

2.Prinsip Al-Adalah
Islam memerintah berprinsipkan keadilan untuk semua. Skop keadilan adalah luas, tetapi keadilan yang dimaksudkan adalah tidak menyeleweng daripada Hukum Syariat yang telah ditetapkan oleh Sistem Politik islam iaitu menunaikan kepada yang berhak dan tidak merampas hak orang lain. Adil juga meliputi semua bidang iaitu politik, ekonomi dan sosial.

3. Mengamalkan Sistem Syura


Politik Island an Syura tidak dapat dipisahkan. Allah SWT telah memerintahkan agar segala penyelesaian masalah adalah melalui syura agar keputusan yang dibuat adil untuk semua pihak. Sisten Syura mempunyai garis panduan yang ketat bagi menjamin hanya orang yang betul-betul layak sahaja yang menganggotainya. Syura adalah wajib bagi sebuah pemerintahan islam.

4. Kebebasan
Islam mengamalkan dasar bebas dalam menjalani aktiviti kehidupan selama mana ia tidak bercanggah dengan syariat dan tidak mendatangkan mudharat terhadap diri dan orang lain. Kebebasan juga termasuk rakyat berhak mendakwa pemimpin yang melakukan kesalahan dan kezaliman. Walau bagaimanapun rakyat juga bertanggung jawab untuk melaksanakan tugas amal maruf nahi munkar dalam membantu pemerintah menegakkan islam.

5. Persamaan Hak
Islam juga mengamalkan konsep persamaan hak tanpa membezakan asal usul, bangsa dan seumpamanya. Semua rakyat berhak mendapat keadilah dan kebaikan samada dari segi undang-undang maupun kekayaan negara. Mustafa al-Siba menegaskan bahawa Negara Islam, setiap rakyatnya haruslah mempunyai keperluan merupakan sebuah rumah, bekalan makanan untuk setahun, buku-buku untuk pelajaran, alat-alat untuk bekerja, senjata untuk jihad dan mempertahankan diri dari serangan musuh serta kenderaan atau pengangkutan untuk tujuan kemudahan perhubungan.

WARGANEGARA
Kumpulan individu lelaki dan perempuan yang menetap di dalan sesebuah negara atau juga dikenali sebagai rakyat . Ia berbeza dengan istilah penduduk kerana penduduk merangkumi semua individu yang tinggal dalam sesebuah negara. Kebiasaannya warganegara akan mendapat keistimewaan hak yang tidak diberikan kepada penduduk-penduduk lain yang bukan warganegara seperti hak-hak tabii, politik, layanan sosial dan sebagainya. Ia diberi berdasarkan tempat kelahiran, bangsa peribumi dan lain-lain kriteria yang ditetapkan oleh sesebuah negara.

DAERAH
Satu kawasan bumi yang didiami oleh rakyat sesebuah negara tanpa mengira pertalian yang menghubungkan dari satu kawasan dengan kawasan yang lain. Ada yang dihubungkan dengan jalan darat, ada yang dipisahkan oleh laut, selat, banjaran dan sebagainya. Ia tidak dihadkan dengan keluasan yang tertentu. Sebagai contoh: Malaysia dan Singapura dipisahkan oleh Selat Melaka. Daerah kerajaan Islam pula adalah negara islam dan juga negara-negara yang tunduk di bawah kekuasaan islam.

KEDAULATAN
Kedaulatan adalah kuasa tertinggi yang dimiliki oleh sesebuah kerajaan yang memerintah. Negara yang berdaulat mempunyai kebebasan seperti:1. Berhak memilih system politik sendiri 2. Berhak mentadbir daerahnya sendiri dengan bebas 3. bebas mengadakan hubungan luar dengan mana-mana negara atau individu dengan syarat tiada dikriminasi terhadap mana-mana kaum dan agama 4. Berhak menggubal undang-undang sendiri selagi tidak bercanggah dengan undang-undang antarabangsa serta berhak memerintah rakyat yg tinggal di dalam negeri dengan undangundang yang digubal 5. Berhak mengadili rakyat di dalam negaranya tanpa campurtangan dari mana-mana negara Luar.

NEGARA ISLAM
Negara islam menurut syara adalah sesuatu wilayah yang diperintah oleh orang islam, melaksanakan undang islam sepenuhnya, keamanan wilayah berada di tangan islam dan orang bukan islam bebas menjalani aktiviti dan hak2 mereka dilindungi samada sebagai ahli ahl-Dhimmah atau al Mustaman

10

BADAN PERUNDANGAN
Satu badan yang bertanggungjawab dalam merangka undang pemerintahan dalam sesebuah negara islam. Ia dipegang oleh Ketua Negara dengan dibantu oleh pegawai2 yang dilantik. Pada zaman Rasulullah SAW , badan ini diketuai oleh Baginda sendiri dan Baginda yang menjalankan segala undang pada zamanNya di bimbing oleh Wahyu Allah SWT. dan juga ijtihad Baginda sendiri. Setelah kewafatan Baginda, tugas ini dijalankan oleh para mujtahid dan ahli fatwa termasuk pemimpin negara sendiri. Pada zaman Rasulullah saw undang2 masih digubal kerana masih ada penurunan wahyu. Namun selepas kewafatan Baginda tiada lagi undang2 baru kerana hukum islam telah lengkap sebagaimana ucapan Baginda dalam khutbah terakhir. Kuasa Badan Perundangan ini adalah memahami empat (4) sumber perundangan islam dengan baik .

Sesetengah penulis islam memperincikan tugas badan Perudangan seperti di bawah:1. Mengadakan peraturan dengan maksud perlaksanaan hukum berdasarkan al-Quran dan Hadith 2. Jika terdapat beberapa andaian terhadap pengertian al-Quran dan Sunnah, maka badan ini berperanan memutuskan hukum yg sesuai dengan keperluan semasa dan kepentingan umum. 3. Dalam isu2 yg tidak terdapat dalam al-Quran dan Hadith, tugas badan ini adalah mengadakan hukum2 baru berpandukan prisip umum yang terdapat dalam al-Quran dan Hadith atau diambil dari kitab2 fiqh lama. 4. Dalam isu2 yang tidak terdapat langsung prinsip umum dalam al Quran dan Sunnah maka badan ini bolehlah berusaha mendapatkan hukum baru dengan syarat tidak bertentangan dengan prinsip umum yang terdapat dalam al Quran dan Hadith. Contoh: Isu Dadah dan merokok. Prinsip umum adalah: Tiada kebaikan darinya Membawa mudharat Mencampakkan diri dalam kebinasaan dll.

11

BADAN PERLAKSANAAN
- Dipegang oleh Ketua Negara - Dibantu oleh Gabenor2 dan Jemaah Menteri seluruh Pegawai dan Kakitangan Pemerintah - Menjalankan tugas2 pentadbiran negara mengikut keperluan siasah ummah untuk menegakkan hukum islam yang tidak melibatkan bidang perundangan dan kehakiman. - Kebanyakan sarjana islam menyebutnya sebagai Uli al-Amr atau Umara - Ia wajib ditaati selagi mana ia mematuhi hukum Allah dan Rasulnya - Disebabkan al-Quran tidak memberikan satu bentuk yg khusus untuk badan ini , maka islam tidak menghalang apa jua bentuk yg sesuai asalkan ianya dapat berfungsi dengan baik dan selari dengan syariat islam.

BADAN KEHAKIMAN
- Di pegang oleh ketua Negara bersama orang yang telah diberi mandat (Qadi) - Telah dijalankan sejak zaman pemerintahan Rasulullah SAW dan zaman sahabat - Khalifah Usman ibn Affan r.a. adalah Khalifah pertama yg mengadakan tempat khusus untuk badan kehakiman (Mahkamah). Semasa Sayyidina Abu Bakar dan Umar ianya di jalankan di masjid. - pada awalnya perlantikan Qadi dilakukan oleh Ketua negara - Zaman pemerintahan Harun al-Rasyid jawatan Qadi dilantik oleh Badan Kehakiman baru iaitu Qadi al-Qudah. - Tugas Qadi Negara Islam adalah menentukan hukum serta menjalankannya berpandukan al-Quran dan Sunnah, Ijma dan Qiyas. - Qadi berkuasa penuh dibidang kehakiman dan boleh berijtihad dalam menjatuhkan hukuman2 tertentu. - Qadi seharusnya berbincang dgn ahli fiqh (perundangan) sebelum menjatuhkan sesuatu hukuman.

Syarat-Syarat untuk jawatan Qadhi:


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Lelaki yang baligh Waras Fikiran Bebas Beragama islam Bersifat benar, amanah, bersih perjalanan hidupnya dan bermaruah (Adil). Sempurna Penglihatan dan pendengaran (Pancaindera) Berilmu iaitu mengetahui hukum2 islam dgn baik sehingga mampu berijtihad.

Dari perbincangan diatas jelaslah menunjukkan bahawa dalam islam tidak terdapat prinsip pemisahan kuasa seperti dalam pemerintahan lainnya. Seorang Ketua Negara akan bertindak sebagai ketua di dalam ke tiga - tiga badan tersebut. Beliau adalah Ketua badan perundangan, Badan perlaksana dan Badan kehakiman.

12

SEJARAH PENUBUHAN MADINAH


Bermula dari Baiah al-Aqabah Penduduk Madinah telah mengikat janji setia dan isi perjanjian al-Aqabah membuktikan janji kukuh Masyarakat Islam Madinah untuk menerima penghijrahan Rasulullah SAW. Setelah menerima wahyu daripada Allah SWT , maka Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah Sesampai di Madinah Rasulullah SAW mendapati bahawa Masyarakat Madinah yang akan beliau pimpin merupakan satu masyarakat majmuk dan bermusuhan antara satu dengan yg lain. Perlu kepada pengendalian sosial secara bijak untuk mempersaudarakan mereka.

Dengan kebijaksanaan Rasulullah SAW, Baginda telah mengambil langkah2:1. 2. 3. 4. 5. 6. Membina Masjid tempat untuk membesarkan Allah dan juga untuk penyatuan ummah. Mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar di atas dasar aqidah dan agama Mengariskan hak dan tanggungjawab org islam dan penduduk tempatan Madinah Mewujudkan persefahaman dgn orang2 bukan islam terutamanya Yahudi Menyusun soal politik dan pertahanan Madinah Bayaran pampasan terhadap kerugian harta dan kehilangan nyawa yg dialami oleh org yg berhijrah lantaran angkara kafir Quirasy Mekah.

Untuk memenuhi tujuan tersebut Rasulullah SAW telah mengadakan perjanjian dengan Yahudi Mekah yang dinamakan Sahifah al- Madinah (Piagam Madinah). Antara yang terkandung dalam piagam tersebut adalah menekankan kepada persaudaraan yang erat di antara umat islam dan Yahudi serta menjamin kebebasan beragama. Piagam Madinah memberikan hak yang sama rata antara semua penduduk Madinah dan Rasulullah SAW berkuasa mencampuri serta memutuskan segala perbezaan pendapat dan pertelingkahan di kalangan mereka. Secara umumnya Piagam Madinah ini dianggap sebagai satu dokumen politik hasil dari ijtihad Rasulullah SAW kerana pada masa itu ayat al-Quran belum diturunkan sepenuhnya. Ia berlaku pada tahun 1 Hijrah. Sejarah telah membuktikan bahawa Rasulullah SAW dan Masyarakat Islam telah mempraktikkan kehidupan politik melalui pembentukan Masyarakat politik Madinah pada masa itu. Dengan tertubuhnya Piagam Madinah membuktikan kepada dunia bahawa islam tidak dapat dipisahkan dalam segenap aktiviti kehidupan umat islam termasuk politik. Islam adalah satu cara hidup yang menyeluruh.

13

PRINSIP-PRINSIP UTAMA PIAGAM MADINAH


Antara Prinsip Utama Yang di Tekankan
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW adalah sumber hukum negara Kesatuan Ummah dan kedaulatan negara Kebebasan bergerak dan tinggal di Madinah Hak dan tanggungjawab rakyat terhadap ketahanan dan pertahanan negara Dasar hubungan baik dan bantu membantu di antara sesama warganegara Tanggungjawab individu dan negara (pemerintah) dalam menegakkan keadilan sosial Beberapa undang-undang keselamatan seperti hukuman qisas dan lain-lain telah dicatatkan Kebebasan beragama bagi semua kaum yang menjadi warganegara Tanggungjawab negara terhadap orang bukan islam

Perlembagaan Madinah boleh di terima sebagai perlembagaan bertulis yang pertama di dunia seperti yang disebut oleh Professor Hamidullah.

Piagam Madinah boleh disebut sebagai Perlembagaan atau Constitution kerana telah Memenuhi ciri-ciri seperti:1. 2. 3. 4. Ia dalam bentuk bertulis Ia menjadi dasar pemerintahan Madinah sebagai satu umat Adanya kedaulatan negara yang dipegang oleh rasulullah SAW Ada prinsip2 pemerintahan yang bersifat fundamental mengakui norma-norma masyarakt Madinah.

14

You might also like