You are on page 1of 33

TUTORIAL 1 1.

0 AKIDAH ISLAM
1.1 Konsep Akidah
Bahasa bererti ikatan atau simpulan. Istilah ialah pegangan atau keBerimanan yang kukuh dan keyakinan yang teguh terhadap segala yang disampaikan oleh Nabi Muhamamad s.a.w. dari Allah S.W.T.

Pengertian Akidah

Ilmu yang membicarakan perkara-perkara yang berkaitan keyakinan terhadap Allah swt dan sifat-sifat kesempurnaanNya. Akidah sebenar adalah akidah yang berdasarkan pada al-Quran dan As-Sunnah

Ilmu Akidah
Ilmu Tauhid Ilmu yang menerangkan tentang sifat Allah swt yang wajib diketahui dan dipercayai Ilmu Usuluddin Suatu ilmu yang kepercayaan dalam agama Islam, iaitu kepercayaan kepada Allah dan pesuruhNya Ilmu Makrifat Suatu ilmu yang membahaskan perkara-perkara yang berhubung dengan cara-cara mengenal Allah swt Ilmu Kalam Sesuatu ilmu yang membahas tentang akidah dengan dalil-dalil aqliah (ilmiah) sebagai perisai terhadap segala tentangan daripada pihak lawan Ilmu Akidah Suatu ilmu yang membahas tentang perkara-perkara yang berhubung dengan keimanan kepada Allah. Rukun Iman Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, dari Umar Ibni Al-Khattab r.a bahawa di dalam pertemuan malaikat Jibril dengan Rasulullah saw di dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh ramai sahabat-sahabat Rasulullah saw maka Jibril telah mengemukakan pertanyaan kepada Rasulullah saw yang bermaksud:Jibril telah berkata kepada Rasulullah, kamu terang kepadaku mengenai iman maka jawab Rasulullah, iman itu ialah bahawa kami beriman kepada Allah, kepada malaikat, kepada kitab-kitab, kepada rasul-rasul, kepada hari kemudian dan kamu beriman bahawa habuan

dan peruntukan bagi kamu sama ada baik atau buruk adalah semua daripada Allah swt, maka Jibril pun berkata kamu telah berkata benar. Jadi, dari ayat Al-Quran dan hadith dapatlah disimpulkan bahawa iman itu ialah 6 perkara iaitu:

Beriman kepada Allah Beriman kepada Malaikat Beriman kepada Kitab Beriman kepada Rasul Beriman kepada Hari Kiamat Beriman kepada Qada dan Qadar

Sumber Akidah yang utama al-Quran hadis ijmak Qias. Cadangan Aktiviti :

Menjawab soalan kuiz Refleksi diri : Dari mana anda datang? Untuk apa kita di sini? Ke mana kita selepas ini?

Bahan-Bahan Rujukan :

http://www.angelfire.com/in/elcom98/akidah.htm http://islamwiki.blogspot.com/2009/01/makna-akidah-islam.html Prof. Dato'Dr. Haron Din.Manusia dan Islam.1988

TUTORIAL 2
1.0 AKIDAH ISLAM 1.1 Konsep Akidah Pembahagian Tauhid Tauhid Rububiyah Bermaksud mentauhidkan Allah s.w.t atau mengesakanNya pada mencipta alam, mengurus, mentadbir, memiliki, memelihara, menghidu, mematikan dan beriman kepada qadar.

Tauhid Asma Wa Sifat Bermaksud percaya dan mengakui segala nama dan sifat Allah s.w.t secara ijmal dan tafsil menurut apa yang diberitahu di dalam al Quran dan hadis. Allah mempunyai namanama yang baik dan segala sifat yang sempurna. Tauhid Uluhiyah Bermaksud pengabdian diri semata-mata kepada Allah s.w.t sahaja. Berserah diri, kasih sayang dan melaksanakan segala ibadah semata-mata kerana Allah, tidak menyengutukan Allah dengan sesuatu, sanggup menerima segala hokum s.w.t dengan yakin dan redha.

Ahli Sunnah Wal Jamaah Definisi. Dari segi bahasa iaitu orang yang Pakar atau ahli dalam sesuatu perkara dan mengikut jalan Rasulullah secara kumpulan. Dari segi istilah ialah golongan umat Islam yang terbesar yang berpegang dan mengikuti ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat. Pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Berpegang kepada Al-Quran ,Hadis yang soheh,Ijmak dan Qias. Jika berlaku percanggahan antara akal dan nas maka nas diutamakan. Wajib taat dan patuh kepada Allah dan Rasul secara zahir dan batin Setiap perkara baru yang diada-adakan dalam agama adalah bidaah. Setiap bidaah adalah sesat, dan setiap yang sesat tempatnya dalam neraka. Kepentingan Berpegang dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah Golongan yang berpegang kepada sunnah nabi dan para sahabat merupakan golongan yang

diperakui kebenarannya dari segi iktikad. Kepentingan Akidah Iman yang berlandaskan akidah yang sebenar merupakan asas sesuatu amalan diterima Allah. Mengenal Allah sebagai pencipta agar hidup berpandukan tauhid dan akidah yang benar. Menanam semangat keimanan dalam hati agar tidak terpedaya dengan tipu daya kehidupan di dunia Ciri-Ciri Aqidah Yang Benar dan Batil Aqidah yang benar ialah aqidah yang berdasar dan bertepatan dengan al-Quran dan hadis yang terangkum dalam 6 rukun iman. Aqidah yang batil ialah beriktikad atau percaya sesuatu yang bercanggah dengan nas-nas syarak daripada Al Quran dan As Sunnah. Aqidah ini dipegang oleh golongan Muktazilah, Jabariah, Murjiah ,Qadariah dan banyak lagi. Ciri-ciri aqidah yang batil ialah Syirik iaitu menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. Kufur ialah mengingkari Allah sebagai tuhan Yang Esa dan wajib disembah. menggunakan lojik akal semata-mata secara keterlaluan sehingga mengenepikan nas-nas al quran dan Hadis. Keyakinan yang berubah-ubah kepada Allah.Ada syak,waham ,zan atau taqlid terhadap rukunrukun iman.

Cadangan Aktiviti :

Perbincangan dalam kumpulan tetang kepentingan tauhid rubuyyah,uluhiyyah dan asma' wa siffat. Tadabbur surah al ikhlas Anda diminta menyenaraikan 3 amalan syirik dan khurafat yang masih diamalkan disekeliling anda dan respon mereka.

Bahan Rujukan :
Prof. Dato' Dr. Haron Din. Manusia dan Islam.1988.

TUTORIAL 3
1.0 AKIDAH ISLAM
1.2 Akidah yang benar dan Akidah yang batil Ciri-Ciri Aqidah Yang Benar dan Batil Aqidah yang benar ialah aqidah yang berdasarkan dan bertepatan dengan al-Quran dan hadis yang terangkum dalam 6 rukun iman.
Beriman kepada Allah Beriman kepada Malaikat Beriman kepada Kitab Beriman kepada Rasul Beriman kepada Hari Kiamat Beriman kepada Qadha dan Qadar

Aqidah yang batil ialah beriktikad atau percaya sesuatu yang bercanggah dengan nas-nas syarak daripada Al Quran dan As Sunnah. Aqidah ini dipegang oleh golongan Muktazilah, Jabariah, Murjiah ,Qadariah dan banyak lagi. Ciri-ciri aqidah yang batil ialah Syirik iaitu menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain. Kufur ialah mengingkari Allah sebagai tuhan Yang Esa dan wajib disembah. menggunakan lojik akal semata-mata secara keterlaluan sehingga mengenepikan nas-nas al quran dan Hadis. Keyakinan yang berubah-ubah kepada Allah. Ada syak, waham ,zan atau taqlid terhadap rukun-rukun iman.

Cadangan Aktiviti :

Perbincangan dan pembentangan kumpulan

TUTORIAL 4
AKIDAH ISLAM 1.2 Akidah yang benar dan Akidah yang batil
Perkara yang Merosakkan Akidah 1. SYIRIK Maksud : menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af'alnya
JENIS-JENIS SYIRIK : i. Syirik Jali - Maksud : perlakuan syirik secara terang-terangan -Contoh : a. menyembah patung dan berhala b. mengaku nabi Isa sebagai anak tuhan -Akibat : rosak akidah, berdosa besar, mendapat azab di akhirat ii.. Syirik Khafi Maksud : tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat terutama dalam ibadat Contoh : riak (menunjuk-nunjuk kehebatan diri), ujub (mengagumi diri sendiri), takbur (membangga diri) Akibat: dibenci masyarakat, hilang kawan dan sahabat sukar menerima pandangan orang lain Perbuatan mensyirikkan Allah haram kerana : membatalkan iman seseorang

orang yang mengamalkan perbuatan itu dengan sendiriny menafikan kekuasaan Allah hilang keyakinan terhadap kekuasaan Allah

2. NIFAK maksud - Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK berdusta apabila bercakap khianat apabila diberi amanah bersikap melampaui batas apabila bertengkar selalu mungkir janji CARA MENGELAKKAN DIRI DARI MEMILIKI SIFAT MUNAFIK meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah bercakap benar apabila berbicara bersifat jujur dan amanah menunaikan janji AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIKAP NIFAK menghilangkan sikap percaya-mempercayai melemahkan perpaduan masyarakat menghancurkan kekuatan umat Islam 3. KUFUR Maksud : tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W JENIS-JENIS KUFUR : i.Kufur Hakikat : - Maksud : - ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh FAKTORFAKTOR YANG MENYEBABKAN SESORANG ITU BOLEH MENJADI KUFUR : Rasulullah - Contoh : tidak mengakui balasan diakhirat menolak hukum yang terdapat dalam al-quran ii. Kufur Nikmat : Maksud : - mengingkari Allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan makhluk ciptaan -Contoh : menggunakan nikmat kejalan maksiat enggan mengeluarkan zakat / sedekah boros membelanjakan harta Pegangan agama yang lemah menyebabkan seseorang tidak dapat membezakan antara perbuatan yang membawa dosa atau pahala Terpengaruh dengan hawa nafsu yang inginkan keseronokan dan kebebasan

iii. Kesempitan hidup menyebabkan seseorang sanggup melakukan kufur untuk memenuhi keperluan hidup

Cadangan aktiviti : 1) Perbincangan kumpulan menyenaraikan contoh-contoh perkara yang merosakkan akidah yang berlaku dalam masyarakat. 2) Perbincangan Kumpulan kesan kepincangan akidah terhadap negara 3) Cari keratan akhbar @ artikel internet tentang isu akidah : perbincangan pelajar mengikut kumpulan

TUTORIAL 5
1.0 AKIDAH ISLAM 1.3 Ajaran Sesat
Definisi Ajaran Sesat :Sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan itu berdasarkan Islam,padahal bertentangan dengan aqidah dan syariat Islam. Bercanggah dengan al-Quran dan hadis, mazhab muktabar dan Ahli Sunah Wal jamaah Perkara Berkaitan Penyelewengan Akidah Ajaran sesat ialah ajaran yang berkaitan dengan penyelewengan aqidah. Penyelewengan Yahudi berlaku terhadap Nabi Musa, manakala Nasrani kepada Nabi Isa. Penyelewengan Aqidah berlaku disebabkan oleh faktor luaran dan dalaman Faktor Penyelewengan Akidah 1. Faktor Luaran a. Ilmiah Pertembungan pemikiran antara masyarakat Islam dengan bukan Islam. Ini bermula apabila fahaman falsafah Yunani meresap masuk ke dalam pemikiran umat Islam di akhir abad pertama Hijrah.

b. Pertembungan Agama dan Budaya Orang yang baru memeluk Islam kadang-kadang masih terpengaruh dengan kepercayaan dan amalan lama mereka. Adakalanya mereka tidak dapat membezakannya dengan kehendak ajaran Islam yang sebenar. c. Serangan Golongan Mulhid dan Musyrik Golongan musuh Islam sentiasa berusaha menyesatkan umat Islam seperti gerakan kristianisasi. 2. Faktor Dalaman a. Cetek Kefahaman Agama Umat islam yang cetek kefahaman agama mendorong kepada berlaku penyelewengan akidah. b. Perselisihan Politik Selepas kewafatan nabi s.a.w berlaku perselisihan pendapat masyarakat Islam. Perselisihan ini telah melahirkan pelbagai golongan seperti Syiah, Jabariah, Khawarijiah dan lain-lain.

Cadangan Aktiviti :

Perbincangan kumpulan menyenaraikan faktor dalaman dan luaran di papan putih.

TUTORIAL 6
1.0 AKIDAH ISLAM 1.3 Ajaran Sesat Ciri-Ciri Ajaran Sesat ialah:-

Mengaku dirinya atau gurunya sebagai Nabi atau wakilnya dan mendakwa menerima wahyu. Mendakwa ajaran atau tarikat yang diamalkan sekarang diambil terus dari Rasulullah S.A.W secara jaga (yaqazah). Tidak pergi sembahyang jumaat kerana bersuluk. Mendakwa semua agama adalah sama. Mengaku dan mempercayai bahawa azimat (tangkal) boleh memberi kesan.
Contoh Ajaran sesat di Malaysia; Taslim. Bahai Qadiani Anti Hadis

Al-Arqam(Rufaqa) Ikhwan

CADANGAN AKTIVITI Tayangan video ayahpin dan lain lain Forum

BAHAN RUJUKAN http://putera.forumotion.com/t2290-ciri-ciri-ajaran-sesat http://www.scribd.com/doc/34755090/Ciri-Ciri-Ajaran-Sesat

TUTORIAL 7

SYARIAH

2.1 Pengenalan Syariah


Definisi Bahasa ; Aliran,jalan yang lurus Istilah : Himpunan hukum hakam yang diturunkan oleh Allah ke atas hambaNya sama ada berkaitan dengan Ibadat ,akidah, akhlak, muamalat dan system hidup dalam pelbagai aspek untuk kebahagiaan dunia dan akhirat. Sejarah; Bermula sejak Nabi Adam a.s.,para nabi dan diakhiri dengan Nabi Muhammad s.a.w. Kerasulan nabi Muhammad memansuh dan membatalkan syariat nabi sebelumnya. Syariat Islam yang dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w bermula dari turunnya ayat pertama hingga ayat terakhir..selama 23 thn membabitkan makkiyah dan madaniah adalah lengkap dan sempurna untuk semua tempat dan zaman.. Sumber syariat Islam zaman nabi , Al Quran dan nabi sendiri.

Prinsip-Prinsip Syariah tidak susah tidak membebankan beransur-ansur menjaga kemaslahatan adil

RUJUKAN : http://masoedabidin.blogspot.com/2008/08/definisi-syariah-pada-dasarnya.html http://www.scribd.com/doc/26687701/tujuan-syariah-islamiah

TUTORIAL 8
2.0 SYARIAH

2.1 Pengenalan Syariah

Tujuan Syariah

Menjaga Agama menjaga akal menjaga nyawa menjaga harta menjaga keturunan

Maslahah secara mudahnya ialah segala kebaikan. Namun begitu maslahah tidak ditentukan oleh akal manusia tetapi oleh syariah. Ini kerana pandangan akal manusia berbeza-beza. Maslahah pada pandangan Syariah ialah setiap perkara yang memenuhi lima kriteria berikut:1- Ia termasuk dalam Maqasid Syariah atau Tujuan Pensyariatan Syariah.

Tujuan Pensyariatan Syariah untuk manusia terkandung dalam menjaga lima perkara, iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan (termasuk juga maruah) dan juga harta. Setiap perkara yang membawa kepada meneguhkan penjagaan terhadap lima perkara asas tadi dianggap sebagai maslahah dan sebaliknya, setiap perkara yang meluputkan penjagaan terhadap lima perkara tersebut atau sebahagiannya dianggap sebagai mafsadah. Penjagaan terhadap lima asas tadi merupakan satu perkara yang sangat penting dalam Syariah Islam. Ini kerana penjagaan terhadapnya merupakan satu alat untuk menghasilkan tujuan terpenting manusia, iaitu pengabdian diri yang sebenarnya hanya kepada Allah SWT. 2- Ia tidak bertentangan dengan al-Quran. 3- Ia tidak bertentangan dengan al-Hadis. 4- Ia tidak bertentangan dengan al-Qiyas. 5- Ia tidaklah meluputkan maslahah yang lebih besar daripadanya. Ini kerana tidak dinamakan maslahah jika ia menghilangkan maslahah lain yang lebih besar daripadanya. Contoh maslahah Syarak menganggap menjaga nyawa sebagai maslahah, dan Syarak telah menetapkan hukum haramnya pembunuhan tanpa sebab dan mengenakan qisas kepada si pembunuh. Hakim tidak boleh menjatuhkan hukuman ketika marah..

RUJUKAN : http://fikrah.interaktif.tripod.com/Agama/maqasid.htm http://www.scribd.com/doc/26687701/tujuan-syariah-islamiah

TUTORIAL 9 2.0 SYARIAH


2.2 SUMBER SYARIAH

Al Quran
Definisi Bahasa bacaan. Istilah Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhamad s.a.w dalam bahasa Arab melalui perantaraan malaikat Jibril a.s bermula dari surah al-Fatihah sehingga an-Nas secara mutawattir dan membacanya merupakan satu ibadat. Proses Penurunan Luh Mahfuz 17 Ramadhan sekaligus Langit Dunia beransur-ansur

Mekah - 13 tahun Madinah 10 tahun

Sejarah Pengumpulan Zaman Nabi s.a.w. Zaman Khalifah Abu Bakar r.a. Zaman Khalifah Uthman r.a Kandungan Al Quran (5 prinsip utama) tauhid. Janji dan ancaman Tuhan. Ibadah Jalan dan Cara Mencapai Kebahagiaan. Mengandungi sejarah dan kisah umat sebelum Nabi s.a.w. Hadis Definisi Bahasa Khabar, berita atau baharu. Istilah perkataan, perbuatan atau pengakuan yang disandarkan kepada Nabi s.a..w. Fungsi hadis antaranya; Sebagai rujukan jika tiada nas dalam al Quran. Penafsir kepada alquran. Pentaqyid yang mutlak. Pengkhusus yang umum.

Peneguh kepada al quran.

Ijmak Definisi ; Bahasa : Himpun ,kumpul. Istilah :Sependapat atau sebulat suara (ittifaq)para ulamak mujtahidin dalam kalangan umat islam bila-bila masa selepas kewafatan nabi s.a.w.di atas sesuatu hokum syarak. Jenis-jenis ijmak ijmak soreh ijmak sukuti Perbezaan ijmak dan qaul jumhur; Contoh ijmak; - Pengharaman lemak khinzir - Haram berkahwin dengan nenek ke atas Qias; Definisi Bahasa : perbandingan,analogy. Istilah : menyamakan hokum masalah yang tidak ada nas dengan yang ada nas kerana persamaan ilat.

Rukun Qias; al Aslu al Furu hukum asal Ilat Contoh qias Wajib zakat padi qias dengan zakat gandum. SMS berbentuk peraduan diqiaskan dengan judi dengan ilat adanya pertaruhan.

TUTORIAL 10
2.0 SYARIAH
2.2 Sumber Syariah Islam
Makna Ijtihad dan Mujtahid
Definisi Ijtihad Bahasa ; mencurah tenaga dalam satu perbuatan. Istilah : mencurahkan usaha oleh seseorang mujtahid untuk mengeluarkan hukum syarak dengan cara istinbat (menetapkan hukum). Mujtahid pula ialah mereka yang mempunyai malakah ijtihad atau kemampuan untuk mengkaji, menyelidiki, dan mendapat hukum-hukum syarak yang amali dari dalil-dalil yang terperinci . fakih di kalangan ulama usul. Tidak dikatakan mujtahid jika menghafal masalah fiqh dari kitab-kitab atau dari mulut ulama tanpa mengkaji, menyelidiki dan mengistinbat dari dalil-dalilnya. Peranan Ijtihad

Mengelakkan pertembungan hukum antara al Quran dan Hadis Contoh :Nabi s.a.w melarang nazar dan bersabda : sesungguhnya ia tidak dapat menolak apa-apa, hanya ia mengeluarkan harta orang bakhil.
Firman Allah s.w.t. dalam surah al Insan :7 : Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana mereka menunaikan nazarnya serta mereka takutkan hari akhirat yang azab seksanya merebak di sana-sini. Pada zahirnya hadis di atas menunjukkan nazar adalah sesuatu yang dibenci. Manakala dalam ayat pula memuji mereka yang menunaikan nazar. Dalam hal ini ijtihad perlu dilakukan mengenai sebab larangan Nabi s.a.w terhadap nazar. Larangan hadis di atas adalah berkaitan dengan mereka yang memudah-mudahkan nazar atau mereka yang beriktikad nazar itu sendiri mampu menghalang qadar.

Mengelakkan percanggahan hukum fiqh antara Hadis. Contoh ;Sabda Nabi s.a.w : Tidak ada seorang muslim yang menanam tanaman atau menyemai semaian lalu burung, insan atau binatang berkaki empat memakannya melainkan untuknya pahala sedekah.
Hadis di atas merupakan satu galakan memiliki ladang atau bercucuk tanam . Namun hadis ini kelihatan seperti bertentangan dengan hadis berikut : Sabda Nabi s.a..w :Jangan kamu memiliki al Daiyah (kebun atau perniagaan) nanti kamu akan sukakan dunia. Percanggahan ini diselesaikan dengan berijtihad kepada siapa ditujukan ucapan tersebut. Baginda tidak mengizinkan memiliki lading kepada sesiapa yang dikhuatiri akan meninggalkan urusan agama.

Meluaskan ruangan hukum Fiqh Dalam Hadis. Contoh :Daripada Abu Hurairah r.a katanya : Sabda Nabi s.a.w : Khamar (arak) itu dari dua pokok ini iaitu tamar dan anggur.
Berdasarkan hadis ini, makna khamar itu terlalu sempit jenisnya iaitu hanya dibuat daripada tamar dan anggur sahaja. Perlu memahami pengaruh tempat dalam pembentukan sabab al wurud sebab keluar hadis. RUJUKAN : http://darululumonline.wordpress.com/2010/05/18/makna-ijtihad-siapa-mujtahid/ http://darulhadis.wordpress.com/2008/04/03/peranan-ijtihad-dalam-ilmu-sabab-wurud-alhadith/

TUTORIAL 11
2.0 SYARIAH 2.3 PEMBAHAGIAN SYARIAH
1. Ibadat Definisi Dari segi Bahasa ; dari kalimah - abada menghambakan diri,tunduk, patuh, merendahkan diri. Dari segi istilah : ketundukan dan kecintaan yang mendalam kepada Allah. Ruang lingkup Ibadah Ibadah khusus (Solat,puasa,zakat...) Ibadah umum-semua amal kebajikan yang dilakukan dengan niat kerana Allah Taala. 2. Muamalat Konsep perhubungan antara sesama manusia bagi memenuhi keperluan hidup seperti jualbeli,pinjam, hutang, sewa dan lain-lain. Dasar muamalat dalam Islam tolong menolong atas perkara baik dan taqwa, amanah, pengharaman riba dan memelihara hak individu dan masyarakat. RUJUKAN www.scribd.com/doc/.../konsep-ibadat-dalam-islam ms.wikipedia.org/wiki/Templat:Fiqh-Ibadah http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/muamalat/peranan.htm http://renungan2u.files.wordpress.com/2009/12/asas-asas-sistem-muamalat-islam

TUTORIAL 12
2.0 SYARIAH 2.3 Pembahagian Syariah Islam
3. Munakahat Sistem perkahwinan dalam Islam yang menentukan tatacara hidup berkeluarga, bermula dari meminang, kahwin, cerai, poligami, hadanah, faraid, lian, nusyuz dll. 4. Jinayat Sistem yang berkaitan dengan kehakiman jenayah dan kawalan keselamatan awam dari segi individu, keluarga dan masyarakat.. Meliputi Hudud,qisas dan tazir

RUJUKAN : www.alazim.com/masjid/infoislam/munakahat/home.htm http:// hikmatun.wordpress.com/category/al-deenul-islam/fekah/munakahat ejinayatislam.gov..my www.mahmoodzuhdi.com/

TUTORIAL 13 3.0 AKHLAK


3.1 Konsep Akhlak
DEFINISI AKHLAK Dari segi Bahasa : bermaksud sifat,tabiat, perangai atau adab. Dari segi Istilah : Menurut Imam al-Ghazali ialah sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang yang membentuk perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu. Menurut Ibnu Miskawayh akhlak bermaksud keadaan jiwa yang menggerakkan seseorang untuk melakukan perbuatan tanpa pertimbangan fikiran terlebih dahulu. CIRI CIRI AKHLAK

Bersifat mutlak dan menyeluruh: Akhlak Islamiyyah bersifat mutlak, tidak boleh dipinda atau diubahsuai, dikenakan kepada seluruh individu tanpa mengira keturunan, warna kulit, pangkat, tempat, dan masa Melengkapkan dan menyempurnakan tuntutan:Ditinjau dari sudut kejadian manusia yang dibekalkan dengan pelbagai naluri, akhlak Islamiyyah adalah merangkumi semuaaspek kemanusiaan rohaniyyah, jasmaniyyah danaqliyyah, sesuai dengan semua tuntutan naluri dalam usaha mengawal sifat-sifat yang tercela (sifat-sifat mazmumah) untuk kesempurnaan insan, bukan untuk mengawal kebebasan peribadi seseorang. Bersifat sederhana dan seimbang: tuntutan akhlak dalam Islam adalah sederhana, tidak membebankan sehingga menjadi pasif dan tidak pula membiarkan sehingga menimbulkan bahaya dan kerosakan. Mencakupi suruhan dan larangan: Bagi kebaikan manusia, perlaksanakan akhlak Islamiyyah meliputi suruhan dan larangan dengan tidak boleh mengutamakan atau mengabaikan mana-mana aspek tersebut. Bersih dalam perlaksanaan: Untuk mencapai kebaikan, akhlak Islmaiyyah memerintahkan supaya cara dan metod perlaksanaan sesuatu perbuatan dan tindakan itu hendaklah dengan cara yang baik dan saluran yang benar yang telah ditetapkan oleh akhlak Islamiyyah. Ertinya untuk mencapai suatu matlamat, cara perlaksanaannya mestilah bersih menurut tata cara Islam. Islam tidak menerima falsafah: Matlamat tidak menghalalkan cara. Keseimbangan:Akhlak dalam Islam membawa kesinambungan bagi tuntutan realiti hidup antara rohaniyyah dan jasmaniyyah serta aqliyyah, dan antara kehidupan dunia dan akhirat sesuai dengan tabii manusia itu sendiri DALIL AKHLAK Surah al-Qalam :4 Sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang terpuji Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) Hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). [alAhzab 33:21] KEPENTINGAN DAN TUJUAN AKHLAK Membezakan antara insan dan haiwan Menjadi ukuran nilai sebagai panduan hidup. Sebagai lambang keperibadian seseorang individu Islam Akhlak berkait rapat dengan keimanan Al falah, iaitu kebahagiaan atau kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Membangunkan seluruh potensi fitrah manusia secara berpadu dan seimbang. PERBEZAAN ANTARA AKHLAK DAN MORAL

Akhlak Bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah Bersifat tetap dan tidak berubah-ubah (mutlak) Bertujuan untuk mendapat keredhaan Allah Bersifat universal dan boleh diterima umum

Moral Berdasarkan pengalaman, sikap dan tingkahlaku manusia. Bersifat tidak tetap dan berubah-ubah (relatif) Bertujuan untuk mendapat keredhaan manusia sahaja. Bersifat khusus dan hanya boleh diterima oleh masyarakat setempat sahaja.

CADANGAN AKTIVITI Setiap pelajar dikehendaki mencari satu contoh akhlak Nabi Muhammad SAW Pelajar menceritakan pengalaman menunjukkan akhlak yang baik dan kesannya kepada orang lain Para pelajar membentuk kumpulan dan membincangkan tajuk kepentingan akhlak dalam kehidupan pelajar Pelajar mengutip sampah di sekeliling bilik tutoran. Pelajar ditanya tentang apakah perasaan mereka selepas melakukan perkara yang baik

RUJUKAN

Indahnya Hidup Bersyariat, Ustaz Ismail Kamus, Mohd Azrul Azlen, Telaga Biru ikim.gov.my

TUTORIAL 14
3.0 AKHLAK

3.2 Akhlak Dalam Kehidupan


AKHLAK TERHADAP ALLAH

1. Taat terhadap perintah-perintah-Nya. 2. Memiliki rasa tanggung jawab atas amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya. 3. Redha terhadap ketentuan Allah SWT. 4. Sentiasa bertaubat kepada-Nya. 5. Mengharap keredhaan Allah 6. Merealisasikan ibadah kepada-Nya. AKHLAK TERHADAP MANUSIA Dengan Ibu bapa Tanggungan Kaum Kerabat.

Jiran Tetangga Masyarakat

CONTOH AKHLAK TERHADAP MANUSIA kasih sayang, pemurah, mesra, adil, amanah, menunai janji, bercakap benar, merendah diri, bertolak ansur, ziarah-menziarahi, berlemah-lembut, bertolong bantu, baik sangka. Keadilan Bermaksud sesuatu yang kena pada tempatnya atau mengembalikan hak kepada yang berhak. Keadilan menjamin keamanan, kekuatan umat serta mengelakkan permusuhan. Bentuk-bentuk keadilan: adil kepada diri sendiri adil kepada masyarakat adil kepada haiwan dan alam sekitar Berkasih sayang Kasih yang dikehendaki oleh Islam ialah kasih yang benar-benar ikhlas kerana Allah. Perasaan berkasih pada saudaranya sepertimana seseorang itu mengasihi dirinya sendiri. Sabda Rasulullah s.a.w: Tidak beriman seseorang itu sehingga dia kasih kepada saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri. Kesan sifat berkasih sayang: Melahirkan individu, keluarga, masyarakat dan negara yang sejahtera. AKHLAK TERHADAP MAKHLUK 1. Mengelola alam untuk kepentingan bersama yang bermanfaat sesuai dengan yang diamanatkan Allah SWT. 2. Kasih sayang terhadap sesama makhluk.

3. Tidak menyakiti haiwan 4. Memelihara dan memulihara alam agar mendapat manfaat bersama 5. Memelihara dan mengurus flora dan fauna agar tidak pupus SIFAT RASULULLAH DAN PARA SAHABAT: Siddiq Amanah Tabligh Fatonah KAEDAH PEMBINAAN AKHLAK: Teladan yang baik Pelaziman Ancaman (peneguhan negatif) Galakan (peneguhan positif) Hukuman Iktibar (pengajaran)

CADANGAN AKTIVITI

Projek hijau : para pelajar menanam pokok sekitar kolej Ziarah ke PUSAT DALAM KOMUNITI (PDK) Perbincangan kumpulan : Kepentingan flora dan fauna Tayangan rancangan law kana bainana dan fattabiuni

rujukan http://www.usahataqwa.com/rohaniah/akhlak http://drnizam.com/2011/04/akhlak/ fattabiuni.com

TUTORIAL 15
3.0 AKHLAK

3.3 ETIKA ISLAM a. PAKAIAN


Pakaian adalah keperluan asas dan terpenting yang perlu dimiliki oleh setiap manusia yang juga merupakan ukuran keperibadian seseorang dalam menjalani kehidupan seharian. . Bagi menentukan etika atau kriteria berpakaian yang tepat hendaklah bertepatan dengan syarak iaitu menutup aurat. Berpakaian sopan menurut syarak, iaitu tidak nipis sehingga menampakkan warna kulit, tidak ketat sehingga menampakkan bentuk badan dan tudung dilabuhkan melebihi paras dada. Tidak salah berfesyen asalakan menepati standard piawaian pakaian Islam. Menutup aurat adalah wajibke atas setiap Muslim, tidak kira lelaki atau perempuan Dari segi bahasa, aurat bermaksud aib atau sesuatu yang memalukan. Menurut istilah syarak aurat bermaksud bahagian tubuh manusia yang wajib ditutup dan dilindungi daripada pandangan orang lain. Batasan aurat bersama bukan mahram (ajnabi)

Lelaki antara pusat hingga ke lutut Wanita seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan

Batasan aurat bersama mahram:

Lelaki antara pusat hingga ke lutut Wanita antara pusat hingga ke lutut

ETIKA BERPAKAIAN DAN BERHIAS MENURUT ISLAM 1. Menutup aurat AURAT lelaki menurut ahli hukum ialah daripada pusat hingga ke lutut. Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Paha itu adalah aurat. (Hadis riwayat Bukhari) 2. Tidak menampakkan bentuk tubuh PAKAIAN yang jarang atau nipis sehingga menampakkan aurat tidak memenuhi syarat menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampak warna kulit, malah boleh merangsang nafsu orang yang melihatnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liukkan badan juga

kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh. (Hadis riwayat Muslim) 3. Pakaian tidak ketat TUJUANNYA adalah supaya tidak kelihatan bentuk tubuh badan. 4. Tidak menimbulkan riak RASULULLAH SAW bersabda bermaksud, Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah SWT tidak akan memandangnya pada hari kiamat. Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda bermaksud, Sesiapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti. (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'iy dan Ibnu Majah) 5. Lelaki, wanita berbeza MAKSUDNYA pakaian yang khusus untuk lelaki tidak boleh dipakai oleh wanita, begitu juga sebaliknya. Rasulullah SAW mengingatkan hal ini dengan tegas menerusi sabdanya yang bermaksud, Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Baginda juga bersabda bermaksud, Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki. (Hadis riwayat Abu Daud dan Al-Hakim) 6. Larangan pakai sutera ISLAM mengharamkan kaum lelaki memakai sutera. Rasulullah SAW bersabda bermaksud, Janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya orang yang memakainya di dunia tidak dapat memakainya di akhirat. (Muttafaq 'alaih) 7. Melabuhkan pakaian dan tudung CONTOHNYA seperti tudung yang seharusnya dipakai sesuai kehendak syarak iaitu bagi menutupi kepala dan rambut, tengkuk atau leher dan juga dada. Allah SWT berfirman yang bermaksud, Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteridan anakanak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang. (Surah al-Ahzab, ayat 59) 8. Memilih warna sesuai CONTOHNYA warna-warna lembut termasuk putih kerana ia nampak bersih dan warna ini sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah SAW. Baginda bersabda bermaksud, Pakailah pakaian putih kerana ia lebih baik, dan kafankan mayat kamu dengannya (kain putih). (Hadis Riwayat an-Nasa'ie dan al-Hakim) Rasulullah SAW juga sukakan warna hijau, merah dan hitam 9. Larangan memakai emas bagi lelaki

Rasulullah SAW bersabda bermaksud, Haram kaum lelaki memakai sutera dan emas, dan dihalalkan (memakainya) kepada wanita. 10. Larangan menggunakan perhiasan yang berbunyi bagi wanita Firman Allah SWT dalam Surah An-Nur, ayat 31 bermaksud, anganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. 11. Berlebih-lebihan dalam berwangi-wangian bagi wanita Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina. (Hadis dari Abu Musa al-Asyari) 12. Larangan bertabaruj Bertabarruj (bersolek) yang melampau adalah dilarang. 13.Haram bagi perempuan mengukir tatoo, menipiskan bulu kening, meratakan gigi supaya cantik dan menyambung rambut (bersanggul). Sabda Rasulullah SAW bersabda: Allah melaknat (mengutuk) wanita membuat tato dan yang minta ditato, wanita yang menipiskan bulu keningnya dan yang meminta dinipiskan dan wanita yang meruncingkan giginya supaya kelihatan cantik, (mereka) mengubah ciptaan Allah. Dan di dalam riwayat Imam Al-Bukhari disebutkan: Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya. (Muttafaqalaih). 14. Mulakan sebelah kanan APABILA memakai baju, seluar atau seumpamanya, mulakan sebelah kanan. Imam Muslim meriwayatkan daripada Aisyah r.a. bermaksud, Rasulullah suka sebelah kanan dalam segala keadaan, seperti memakai kasut, berjalan kaki dan bersuci. 15. Selepas beli pakaian APABILA memakai pakaian baru dibeli, ucapkanlah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan AtTirmidzi yang bermaksud, Ya Allah, segala puji bagi-Mu, Engkau yang memakainya kepadaku, aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa-apa yang dibuat baginya, aku mohon perlindungan kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan apa-apa yang diperbuat untuknya. Demikian itu telah datang daripada Rasulullah. 16. Berdoa KETIKA menanggalkan pakaian, lafazkanlah: Pujian kepada Allah yang mengurniakan pakaian ini untuk menutupi auratku dan dapat mengindahkan diri dalam kehidupanku, dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia. CADANGAN AKTIVITI

Pelajar membuat anak patung kertas dan membuat rekabentuk pakaian yang menutup aurat

Debat wanita tidak tutup aurat punca zina, rogol dan sumbang mahram

RUJUKAN 1. http://laman-seri.blogspot.com/2010/08/adab-berpakaian-menurut-islam.html 2. http://www.scribd.com/doc/15874073/Akhlak-Dan-Moral-Dalam-Islam

TUTORIAL 16
3.0 AKHLAK 3.3 ETIKA ISLAM
b. PERGAULAN ADAB DAN BATAS PERGAULAN 1.Menundukkan pandangan daripada memandang perkara yang haram 2.Menutup aurat 3.Ada pembatas atau tabir antara lelaki dengan wanita; Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab.(al-Ahzaab : 53) 4.Tidak berdua-duaan di antara lelaki dan perempuan di tempat yang sunyi dan mencurigakan 5.Tidak melunakkan suara (manja) 6.Tidak bersentuhan dengan yang berlawanan jantina 7. Tujuan pergaulan yang diharuskan oleh syarak seperti urusan jual beli, perubatan, pekerjaan dan seumpamanya. HIKMAH PERGAULAN a. Pergaulan yang baik akan menjadikan seseorang itu lebih baik dan dapat meningkatkan keimanan. b. .Melaksanakan perintah Allah agar selalu bersama dengan orang-orang yang baik. Firman Allah Taala,

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama orangorang yang benar(jujur)." At Taubah: 119). c. Mengeratkan silaturrahim sesama manusia. CADANGAN AKTIVITI

Perbincangan dalam kumpulan punca dan kesan pergaulan bebas Pelajar diajar tentang teknik salam seperti Sunnah Nabi.

RUJUKAN

http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/19 http://dakwah.org/blog/?p=385

TUTORIAL 17
3.0 AKHLAK 3.3 ETIKA ISLAM c. HIBURAN
PANDANGAN ISLAM TERHADAP HIBURAN Hiburan merupakan suatu perkara yang fitrah. Konsep berhibur dengan tujuan untuk kesejahteraan, menenangkan fikiran dan kerehatan tubuh badan adalah dibolehkan oleh syarak selagi tidak melalaikan dan mengikut nilai-nilai murni Islam. Dalil keharusan ini dapat dilihat dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. kepada Abdullah bin Amr bin Al-As , yang bermaksud:

"Wahai Abdullah bin Amar, "Sesungguhnya ke atas kamu hak untuk Allah s.w.t., dan ke atas kamu hak untuk tubuh kamu, dan ke atas kamu hak untuk keluargakamu. Maka berilah kepada yang miliki hak tersebut."
JENIS-JENIS HIBURAN 1. Nyanyian : nasyid dll, bermain muzik 2. Lakonan : sketsa, pentomen, teater 3. Tarian : senamrobik

4. Sukan : bola sepak dll, permainan maya dll 5. Libur : pelancongan, hobi CIRI CIRI HIBURAN YANG DIBENARKAN SYARA'.

Hiburan tidak melalaikan. Mengikut nilai-nilai murni yang diajarkan oleh agama Islam. Lirik nyanyiannya sesuai dengan adab dan ajaran islam Gaya dan penampilannya tidak menggairahkan nafsu syahwat dan mengundang fitnah Nyanyiannya tidak disertai dengan sesuatu yang haram Menutup aurat Menjaga batas pergaulan

Lagu yang disampaikan dengan mesej yang baik samada kecintaan kepada Allah dan RasulNya, kecintaan kepada negara, kecintaan kepada alam sekitar.
Wanita haram melenggok-lenggokkan badan dan pinggulnya Tidak berhibur sehingga lalai daripada mengingati Allah

ISU ISU HIBURAN

Hukum wanita menyanyi Hukum wanita menari Hukum bermain alat muzik bertali

CADANGAN AKTIVITI

Membuat filem pendek berdurasi 3 minit yang menyampaikan apa sahaja mesej yang baik Nyanyian bermesej dakwah pelbagai genre Pertandingan nasyid antara kumpulan tutoran Pentomen dan lakonan sempena MPI

RUJUKAN

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/garis-panduan-hiburan-dalam-islam http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2001/ic71_2001.htm

TUTORIAL 18
3.0 AKHLAK 3.3 ETIKA ISLAM
d. PEMAKANAN KONSEP MAKANAN YANG HALAL DAN HARAM Perkataan halal ( - )bermaksud dibenarkan atau dibolehkan Haram ( )bermaksud yang dilarang. Dalam konteks makanan, halal bermaksud makanan yang umat Islam dibenarkan makan menurut Syarak dan yang bebas daripada unsur-unsur yang dilarang oleh Syarak Makanan yang haram. pula ialah makanan yang dilarang makan menurut syarak. Umat Islam telah diperintahkan oleh Allah untuk memakan yang halal dan menjauhi yang haram.Ini jelas dalam firman Allah SWT : Ertinya: Wahai sekalian manusia Makanlah sebahagian dari makanan yang ada di bumi ini,

yang halal dan baik, dan janganlah kamu menuruti jejak langkah syaitan, sesungguhnya itu adalah musuh kamu yang nyata. 2 : 168
Prinsip makanan Halalan Tayyiba bermaksud makanan itu halal lagi bersih dan selamat untuk dimakan yang mengambil kira status sumber makanan, peralatan, cara memproses, peyimpanan, pembungkusan dan kawasan persekitaran bebas daripada najis CIRI CIRI MAKANAN YANG HALAL DAN HARAM Ciri-ciri makanan yang halal ialah : Binatang yang tidak diharamkan dalam al-Quran. Makanan yang bersih, baik dan berkualiti. Makanan yang tidak memudaratkan kesihatan. Binatang yang disembelih dengan menyebut nama Allah. . Makanan yang tidak bercampur dengan bahan yang haram Ciri-ciri makanan yang haram ialah : Binatang yang disembelih tanpa menyebut nama Allah Makanan yang boleh merosakkan akal fikiran Makanan yang boleh memudaratkan anggota badan ISU HALAL DI MALAYSIA 1. Punca makanan tersebut iaitu seperti daging yang digunakan. Kebanyakan masyarakat bukan Islam menganggap hanya khinzir makanan yang haram dalam Islam tetapi mereka perlu dijelaskan tentang konsep binatang yang haram dimakan dalam Islam seperti binatang yang bertaring serta binatang yang hidup dua alam dan binatang yang jijik seperti cicak dan sebagainya. 2. Seterusnya ialah kaedah penyembelihan haiwan. Masyarakat bukan Islam tidak tahu konsep penyembelihan haiwan dalam Islam. Lebih menakutkan adalah sekiranya mereka sendiri yang menyembelih haiwan tersebut dan menjual di pasaran terbuka. Sedangkan antara syarat penyembelihan dalam Islam adalah penyembelih mestilah orang Islam. Selain itu, peniaga makanan bukan Islam juga perlu memastikan haiwan yang mereka beli di pasaran dibeli daripada peniaga Islam atau dari syarikat penyembelihan yang mendapat pengiktirafan halal oleh JAKIM. 3. Mereka juga perlu dijelaskan tentang cara pengurusan makanan dan pemprosesan sesuatu bahan makanan. Adakah tempat untuk mereka proses terhindar dari sebarang najis. Adakah tempat penyimpanan makanan tersebut bercampur dengan bahan-bahan yang haram disisi Islam. Begitu juga dari segi pengangkutan. Adakah barang makanan tersebut dibawa dengan pengangkutan yang juga memuatkan bahan makanan yang haram disisi Islam seperti daging khinzir yang dicampur dengan ayam dalam sebuah lori.

4. Aspek seterusnya yang perlu diberi perhatian adalah dari segi ramuan dalam bahan makanan. Sebagai contoh bahan makanan yang dicampur dengan alkohol ,minyak dari lemak khinzir dan sebagainya. Malah kedapatan restoran yang memaparkan lambang halal tetapi bahan makanannya dicampur dengan ramuan seperti alkohol dan sebagainya.Ini sering berlaku dikebanyakan restoran-restoran dan hotel yang menggunakan khidmat chef dari luar negara. 5. Seterusnya dari segi peralatan yang digunakan untuk memasak dan memproses sesuatu bahan makanan. Pihak berkenaan perlu memastikan bahawa peralatan seperti kuali, periuk, pisau dan sebagainya tidak pernah digunakan untuk memasak bahan makanan yang haram mengikut syariat Islam. Kita tidak mahu kuali yang pernah digunakan untuk memasak daging khinzir digunakan pula untuk memasak makanan bagi orang Islam pula. 6. Perkara terakhir yang perlu diberi perhatian adalah dari segi penjagaan kebersihan makanan dari benda-benda yang dianggap mengotorkan dalam Islam dan tidak suci. Mungkin pelanggan tidak menyangka restoran yang memaparkan logo halal dan mempunyai persekitaran yang bersih di luar tetapi di bahagian dapur berada dalam keadaan yang sangat kotor dan tidak memenuhi ciri-ciri konsep halal dalam Islam.

ADAB MAKAN DAN MINUM MENURUT ISLAM a. Memulai dengan mengucapkan Bismillah. Berdasarkan hadits Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam: Apabila salah seorang diantara kalian hendak makan, maka ucapkanlah: Bismilah. Dan jika ia lupa untuk mengucapkan Bismillah di awal makan, maka hendaklah ia mengucapkan Bismillahi Awwalahu wa Aakhirahu (dengan menyebut nama Allah di awal dan diakhirnya). b. Mengakhiri makan dengan pujian kepada Allah. Sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam: Barangsiapa telah selesai makan hendaknya dia berdoa: Alhamdulillaahilladzi athamani hadza wa razaqqaniihi min ghairi haulin minni walaa quwwatin. Niscaya akan diampuni dosanya yang telah lalu. (HR. Daud, Hadits Hasan) c. Makan dengan menggunakan tiga jari tangan kanan. Hadits Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam: Sungguh Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam makan dengan menggunakan tiga jari. d. Menjilati jari jemarinya sebelum mencuci tangan. Sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam:

Apabila salah seorang diantara kalian telah selesai makan maka janganlah ia mengusap tangannya hingga ia menjilatinya atau minta dijilati (oleh Isterinya, anaknya). f. Tidak meniup pada makanan atau minuman yang masih panas Tidak bernafas di dalam gelas dan meneguk minuman 3 kali. Sebagaimana hadits dari Ibnu Abbas Radhiyallahuanhu: Nabi shallallahu alaihi wa sallam telah melarang untuk menghirup udara di dalam gelas (ketika minum) dan meniup di dalamnya. (HR. At Tirmidzi) g. Menghindarkan diri dari terlalu kenyang . Berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam: Tidak ada bejana yang diisi oleh manusia yang lebih buruk dari perutnya, cukuplah baginya memakan beberapa suapan sekedar dapat menegakkan tulang punggungnya (memberikan tenaga), maka jika tidak mahu, maka ia dapat memenuhi perutnya dengan sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafasnya. (HR. Ahad, Ibnu Majah) h. Makan makanan yang berhampiran Hadits Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam: Wahai anak muda, sebutkanlah Nama Allah (Bismillah), makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah dari apa-apa yang dekat denganmu. (HR. Bukhari Muslim) i. Tidak melakukan sesuatu yang menjijikkan dalam pandangan orang lain. Contohnya meludah dan sebagainya CADANGAN AKTIVITI 1. Pelajar diminta mencari maklumat di internet tentang haiwan dua alam. 2. Aktiviti sembelihan dan penyediaan makanan yang halal. Aktiviti praktikal sembelihan 3. Pelajar membawa sampel makanan dan dilabelkan mengikut kategori RUJUKAN 1. http://www.muftipahang.gov.my/penerbitan/artikel/konsep-halal 2.3http://www.halal.upm.edu.my/buletin/InfoHalal3.pdf

UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL


JABATAN SASTERA IKHTISAS
KOLEJ MATRIKULASI LABUAN

MODUL P&P
PENDIDIKAN ISLAM

PENSYARAH PENDIDIKAN ISLAM UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL KOLEJ MATRIKULASI LABUAN

DISEDIAKAN OLEH

You might also like