You are on page 1of 3

Sajak : Jangan

Maksud
Rangkap 1 : Penyajak tidak rela anaknya dibawa pergi kerana dia amat menyayangi anaknya. Rangkap 2 : Penyajak amat bersedih apabila anaknya dibawa lari. Dia tidak sanggup berpisah dengan anaknya. Rangkap 3 : Penyajak yang kehilangan anaknya berazam untuk mencari anaknya walau di mana-mana sahaja.

Tema
Kasih sayang yang tidak terhingga seorang bapa kepada anaknya.

Persoalan
a) Penderitaan jiwa yang dialami akibat daripada perpisahan dengan anak tersayang. b) Tekad untuk mencari anak yang hilang. c) Anak adalah segala-galanya kepada pasangan suami isteri.

Bentuk
a) Sajak ini terdiri daripada 3 rangkap. b) Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama, iaitu rangkap 1 mempunyai 5 baris, rangkap 2 mempunyai 10 baris dan rangkap 3 mempunyai 2 baris. c) Panjang pendek barisnya tidak sama, iaitu antara 3 hingga 7 patah kata atau 7 hingga 13 suku kata sebaris. Contohnya: antara aku dengannya Akan kucari di mana pun dia kini d) Sajak ini berbentuk bebas. (3 patah kata / 8 suku kata) (7 patah kata / 13 suku kata)

Unsur-unsur bunyi
a) Asonansi. Contohnya; mungkin lebih dari cinta ibunya (pengulangan vokal i). b) Aliterasi. Contohnya; yang mengintip (pengulangan konsonan n)

c) Rima akhirnya bebas. Contohnya:

Rangkap 1 : aabbc Rangkap 2 : abcaccccdc Rangkap 3 : ab

Unsur-unsur Bahasa
a) Pengulangan baris. Contohnya, baris pertama bagi rangkap pertama dan rangkap ketiga adalah sama, iaitu Jangan bawa pergi anakku!. b) Sinkope. Contohnya, ku. c) Epifora. Contohnya: Jangan bawa pergi anakku! Aku masih mencintai anakku!

Nilai
a) Kasih sayang. Contohnya; penyajak amat menyayangi anaknya dan tidak sanggup berpisah dengan anaknya. b) Sabar. Contohnya; walaupun sedih dengan kehilangan anaknya, penyajak tetap bersabar dan tidak berbuat sesuatu yang tidak wajar. c) Keazaman. Contohnya; penyajak berazam mencari anaknya hingga dapat dijumpai.

Pengajaran
a) Kita hendaklah ingat bahawa kasih sayang ibu bapa terhadap anaknya memang tiada bandingan. b) Kita hendaklah saling mengasihani sesama keluarga. c) Jangan kita menyakiti hati ibu bapa kerana mereka amat menyayangi kita.

d) Kita seharusnya berusaha dengan gigih untuk mencapai sesuatu yang kita hasratkan.

You might also like