You are on page 1of 7

GARIS PANDUAN TEKNIK MENJAWAB PENGETAHUAN MORAL SPM 2007

(FORMAT BARU)
Kertas 1 (1225/1)
Penilaian dan pengujian Pendidikan Moral SPM adalah berasaskan objektif mata pelajaran. Dengan itu item bagi Kertas 1 iaitu struktur dan esei merangkumi tahap pengetahuan, kefahaman, analisis dan kemahiran berfikir (membuat keputusan dan menyelesaikan masalah)

Kertas 2 (1225/2)
Kerja kursus wajib dilaksanakan. Dua elemen diukur dan ditaksir ia itu sahsiah dan penyediaan folio kerja-kerja amal dan tugasan harian. Objektif mata pelajaran yang diuji menerusi kerja kursus ialah aspek penghayatan dan amalan nilai murni.

Teknik Menjawab Kertas 1 I. Bahagian Struktur (8 soalan = 80 markah )


Prinsip asas ialah Jawab apa yang disoal A. Penulisan Nilai Sahaja i. ii. iii.

Apakah nilai yang diamalkan Berikan dua nilai yang patut ada pada. Nyatakan dua nilai yang diamalkan oleh penduduk Taman Orkid.

Untuk kata tugas di atas, calon hanya perlu menyatakan nilai dalam bentuk ayat ringkas. Contohnya : Nilai yang diamalkan ialahamanah . Nyatakan merupakan Kata Tugas yang banyak diguna pakai. B. Soalan Yang Meminta Definisi /Takrif Nilai Contoh soalan : Berikan maksud nilai amanah dalam situasi di atas .Terangkan maksud nilai (cth. tanggungjawab terhadap keluarga)Takrifkan nilai (cth. amanah)Jelaskan maksud nilai Cara Menjawab Item Definasi/Maksud Calon perlu menulis maksud/takrif nilai amanah dalam bentuk ayat yang lengkap. Misalnya untuk nilai Amanah, kata kunci nilai amanah hendaklah ditulis sebagai respon kepada takrif nilai. Seboleh-bolehnya semua kata kunci nilai tersebut ditulis semula dengan lengkap untuk mendapatkan markah penuh. Contoh jawapan : Amanah bererti sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain. (3 kata kunci) # Jika lengkap semua kata kunci yang bergaris di atas akan dapat markah penuh. C. Soalan Yang Memerlukan Nilai dan Penerangan (Tulis Seperti Lazim Dalam Format Lama)

Contoh kata tugas : Jelaskan dua nilai yang diamalkan oleh Ah Meng dalam situasi di atas Terangkan dua nilai yang patut diamalkan oleh Mariam. Jawapan calon haruslah merangkumi N1 + P1 (sekurang-kurangnya satu penerangan bagi setiap nilai ) Elakkan menulis jawapan umum (tanpa dikaitkan dengan situasi soalan) Contoh Jawapan Umum : Pegawai itu bertanggungjawab. Beliau menjalankan tugas dengan sempurna Sepatutnya nyatakan apakah tugas pegawai dengan tepat : Beliau menjalankan tugas menangkap pencuri motosikal dengan sempurna 1. Soalan Yang Memerlukan Nilai + Penerangan + Huraian/Contoh Contoh kata tugas : Huraikan satu nilai (3 markah) Jawapan hendaklah merangkumi N1 + P1+ Huraian/Contoh untuk mendapat 3 markah Contoh soalan : Huraikan dua nilai yang perlu diamalkan oleh ibubapa bagi mewujudkan Keluarga Bahagia. [6 markah] Contoh Jawapan Lengkap. Ibu bapa harus mengamalkan nilai kasih sayang terhadap keluarga. Mereka perlu menyayangi ahli/anggota keluarga dengan perasaan cinta yang mendalam. Contohnya mengambil tahu masalah dan keperluan anak-anak. (atau sentiasa berdamping dan bermesra dengan anak-anak.) (Jawapan di atas : Nilai diikuti penerangan dan contoh) Contoh situasi : Pencemaran alam sekitar. Huraikan satu nilai yang patut diamalkan oleh masyarakat untuk mengelakkan pencemaran udara. Jawapan : Masyarakat patut amalkan nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar. Mereka hendaklah memelihara kebersihan udara di sekitar rumah mereka. Misalnya tidak membakar sampah di mana-mana sahaja kerana ini menyebabkan jerebu sebaliknya membawa sampah ke tempat pelupusan. (Jawapan yang bergaris merupakan huraian bagi penerangan. Jika tiada contoh, boleh juga beri huraian lanjut untuk penerangan nilai.) E. Soalan Berkaitan Dengan Ciri-Ciri Nilai Contohnya : Nyatakan ciri-ciri nilai bertanggungjawab. Calon perlu menyatakan kata kunci dan ciri-ciri nilai berkenaan. Contohnya ciri-ciri nilai bertanggungjawab ialah menjalankan kewajipan, menjalankan tugas, memikul tugas/kewajipan, menjalankan tugas dengan sempurna, menjaga kebajikan, melaksanakan sesuatu amanah, memastikan tugas selesai dsbnya.

F. Soalan Menguji Kandungan Akademik (Yang Tidak Memerlukan Nilai) Nyatakan dua kesan pencemaran . [2 markah]Berikan dua langkah membentaras .. [2 markah]Jelaskan dua kesan/akibat/sebab/aktiviti. [4 markah]Terangkan dua langkah/cara/masalah/tujuan [4 markah] 1. Jika kata tugas nyatakan/berikan : tidak perlu huraian/penjelasan. Contoh 1 : Nyatakan satu pertubuhan antarabangsa yang anda tahu. Jawapan : Pertubuhan tersebut ialah KOMANWEL. 2. Jika kata tugas jelaskan/terangkan : tulis isi dan huraian/contoh. Tidak perlu nilai. Contoh 2 : Jelaskan dua kesan penebangan hutan yang berleluasa. [4 markah] Jawapan : Kesan penebangan hutan Huraian/contoh Berlaku kesan rumah hijau Suhu semakin meningkat/cuaca panas Berlaku malapetaka/bencana Banjir lumpur/kilat/hakisan Contoh 3 : Terangkan dua tujuan Hari Patriotisme. [4 markah] Jawapan: Tujuannya untuk memupuk semangat patrotik di kalangan rakyat. Dengan itu rakyat akan menghargai dan menyokong dasar-dasar negara. Isi (Tujuan) memupuk semangat patriotikHuraian rakyat akan menghargai dan menyokong dasardasar negara. G. Soalan Kemahiran Berfikir Menguji Kandungan Akademik (Yang Tidak Memerlukan Nilai) Contoh : Ramalkan dua kesan pencemaran udara .. Nyatakan dua tindakan .. untuk membanteras rasuah Apakah yang patut dilakukan jika tidak mendapat pekerjaan .. Bandingkan ciri-ciri nilai amanah dan bertanggungjawab.. Calon perlu tulis jawapan yang bernas/lojik tanpa nilai dalam bentuk ayat ringkas.Huraian boleh diberi untuk mengukuhkan jawapan. Ini bergantung kepada peruntukan markah untuk soalan tersebut. 1. Lain Contoh Soalan Struktur 1. Namakan nilai-nilai dalam bidang perkembangan diri 2. Nyatakan nilai-nilai dalam bidang kekeluargaan. 3. Huraikan secara ringkas bagaimana anda bertoleransi dalam masyarakat. 4. Apakah nasihat bermoral yang boleh anda berikan sekiranya kawan anda suka berlumba haram?

II. Bahagian Esei


Calon harus jawab dua soalan daripada tiga soalan esei. Setiap esei 10 markah. Aras soalan esei ialah analisis, menghurai, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Dijangkakan dua bentuk soalan esei i. ii. berbentuk diskusi (menghuraikan) berbentuk tindakan (membuat keputusan/menyelesaikan masalah)

Contoh (i) : Berbentuk HURAIAN (Nilai + Penerangan) 1. Bincangkan nilai yang diamalkan 2. Huraikan nilai-nilai yang ingin dipupuk 3. Bincangkan langkah-langkah 4. Bincangkan sebab-sebab 5. Bincangkan peranan 6. Mengapakah remaja harus 7. Bagaimana ibu bapa dapat 1. Untuk jenis esei ini, tak kira apa kata tugas, jawapan mesti dimulakan dengan nilai dan diikuti oleh penerangannya. Setiap esei mestilah ada nilai, diikuti penerangan pertama dan huraian atau contoh. Kemudian diikuti dengan penerangan kedua dan huraian atau contoh.

Nilai (Na1) + Penerangan (Pa1Huraian/Contoh (Pa2) + Huraian/Contoh

Penerangan

Setiap esei dijawab dengan ayat yang lengkap atau ringkas sama ada berperenggan atau satu perenggan. Hanya memberi nilai tanpa penerangan tidak diterima lagi. Senarai nilai dalam bentuk perenggan tidak diterima. Penerangan yang mengguna ayat biasa tanpa mengandungi kata kunci nilai juga tidak diterima lagi.

Mesti menjawab dalam bentuk esei. Jika dijawab dalam bentuk poin dan bernombor tidak diterima.

Contoh Soalan 1 : Huraikan nilai-nilai yang patut diamalkan oleh ketua pengawas sekolah. [10 markah] Contoh Jawapan : Ketua pengawas perlu mengamalkan nilai bertanggungjawab. Dia perlu memikul tugasnya menguatkuasakan peraturan sekolah. Contohnya mendenda murid yang tidak memakai tanda nama/lewat ke sekolah. Ketua pengawas juga harus melaksanakan tugasnya dengan sempurna. Dia perlu membuat laporan kepada guru disiplin walaupun rakannya melanggar peraturan sekolah. (5 markah) Contoh Soalan 2 : Bincangkan nilai-nilai yang perlu diamalkan oleh setiap warganegara untuk merealisasikan Wawasan 2020. Contoh Jawapan : Rakyat harus amalkan nilai toleransi. Mereka harus sabar dalam tindak-tanduk mereka. Misalnya mendiamkan diri jika ada jiran berbangsa lain mahu bertengkar. Setiap warganegara juga harus bertolak ansur ketika sesuatu kaum mengadakan aktiviti keagamaan. Misalnya bertolak ansur dengan kesesakan jalan raya ketika Thaipusam di Batu Cave.

Setiap warganegara juga mengamalkan nilai kasih sayang. Mereka hendaklah peka terhadap keperluan orang lain. Misalnya bersimpati terhadap mangsa Tsunami di Kuala Muda. Rakyat perlu sayang terhadap golongan orang kurang upaya. Misalnya menghulurkan bantuan kewangan/benda kepada yang memerlukan. (10 markah) Contoh (ii) : Berbentuk TINDAKAN 1. Wajarkah tindakan pemimpin X (Mesti ada Wajar atau Tidak Wajar dalam ayat pertama sebelum nilai diberi ) 2. Setujukah anda dengan tindakan (Saya Setuju atau Tidak Setuju ) 3. Jika anda adalah Perdana Menteri Negara X, jual atau tidak . (Saya akan jual kerana ... atau Saya tidak akan jual kerana ... ) 4. Jika anda penduduk Negara X, lari atau tidak jika Negara dilanda peperangan (Saya akan lari ... atau Saya tidak akan lari ...) 5. Bincangkan tindakan pihak-pihak berikut menangani gejala sosial ibu bapa guru masyarakat Untuk Soalan Tindakan, calon hendaklah menulis : Tindakan + Nilai (Na1) + Penerangan (Pa1) + Huraian/Contoh Penerangan (Pa2) + Huraian/Contoh

III. Peraturan Pemarkahan


1. Jumlah isi bergantung kepada jumlah markah bahagian soalan Nilai 1 markah Penerangan 1 markah Contoh 1 markah Huraian 1 markah Jawapan 1 markah Jika 3 markah, maka calon perlu memberi : 1 Nilai + 1 Penerangan + 1 Contoh = 3 markah Jika soalan minta Berikan tiga sebab : Calon perlu memberi tiga alasan untuk memperoleh 3 markah 2. Jika soalan minta nilai dan tiada nilai diberi, maka diberi 0 markah walaupun penerangan/huraian tepat seperti dalam skema. 3. Nilai mesti ditulis dan dieja dengan tepat seperti dalam Sukatan Pelajaran. Tiada kelonggaran diberi untuk ejaan. 4. Jangan tulis dalam bentuk poin seperti berikut : Bertanggungjawab. Pengawas harus memikul Kerajaan patut menggubal undang-undang atau ditulis dengan nombor seperti berikut : 1) Nilai bertanggungjawab diamalkan oleh Ah Meng 2) Kerajaan patut menggubal undang-undang

5. Jumlah Nilai Yang Patut Ditulis Dalam Jawapan Untuk soalan struktur, dasar 2 + 1 diterimapakai untuk soalan berbunyi . Berikan dua nilai . Hanya 3 nilai pertama diterima. Untuk soalan esei, dasar 2 + 1. Hanya 3 nilai pertama diterima.

IV. Isu-Isu Popular

01. Alam sekitar jerebu, bencana, sampah, sungai, pembalakan haram, kebakaran hutan 02. Keluarga keluarga bahagia, ibu mithali, mengenang jasa dll. 03. Perayaan di Msia Hari Kebangsaan, Citrawarna dll. 04. Kejayaan rakyat/negara Gunung Everest, Kutub Utara, Nicol David dll. 05. Keamanan dunia ASEAN, NAM, OIC, isu nuklear dll. 06. Kemanusiaan/keprihatinan insan membantu mangsa gempa bumi/tsunami dll. 07. Pembangunan negara kemerdekaan, Wawasan 2020, mahasiswa menggangur dll. 08. Persoalan remaja/gejala sosial remaja dll. 09. Persekolahan pengawas, kokum, pelajar contoh dll. 10. Masyarakat majmuk, gotong royong, membanteras jenayah, Rukun Tetangga dll 11. Golongan kurang bernasib baik kejayaan, sumbangan, peranan NGO dll.

V. Nilai-Nilai Popular
Amanah Berdikari Bertanggungjawab Harga diri Hemah tinggi Kasih sayang Kerajinan Kesederhanaan Rasional Toleransi Kasih sayang terhadap keluarga Tanggungjawab terhadap keluarga Menyayangi danmenghargai alam sekitar Peka terhadap isu-isu alam sekitar Cinta akan negara Mematuhi peraturan dan undangundang Hidup bersama secara aman Saling membantu dan bekerjasama

Perhatian : 1. Sentiasa baca/ingat kata kunci nilai-nilai ini. 2. Gunakan dalam kehidupan seharian di sekolah/rumah. 3. Buat latih tubi banyak dengan nilai-nilai ini. 4. Cari isu-isu semasa yang memerlukan nilai-nilai ini.

VI. Simbol-Simbol Penandaan Skrip


N1 Na1 Nb1 P1 Pa1 ~~~ ( ) nilai nilai pertama dalam soalan esei nilai kedua dalam soalan esei penerangan penerangan pertama dalam esei untuk nilai yang pertama digaris seperti ombak pada nilai yang tepat dibuat kurungan untuk penerangan yang tepat

UN1 untuk nilai yang diulang Max N untuk nilai yang telah diberi markah/ditanda lebih awal dalam kelompok yang sama/untuk nilai yang kelima. Max P untuk penerangan yang kelima bagi sesuatu nilai TB tidak berkaitan J1 simbol baru untuk jawapan bukan nilai. Contohnya : kesan, cara, langkah, sebab, akibat, ramalan dll

You might also like