You are on page 1of 41

1.

Pengenalan Inkuiri Penemuan Ingin tahu adalah sifat semula jadi kanak- kanak yang perlu dipupuk. Mereka sentiasa

bertanya soalan, menggunakan deria rasa, sentuhan, penglihatan, bau dan pendengaran supaya lebih mengetahui. Kanak- kanak menggunakna deria mereka membuat pencerapan dan membina kefahaman berhubung konsep dan prinsip saintifik dengan bantuan dan bimbingan guru serta ibu bapa. Dalam konteks pendidikan awal kanak- kanak, mereka meneroka alam sekitar, membuat eksperimen dan mempelajari kemahiran- kemahiran baru melalui cuba-jaya serta meneroka dan menyiasat mengikut keinginan dan minat mereka. Sifat ingin tahu ini adalah asas inkuiri. Mengikut model konstruktivis, pembelajaran adalah hasil perubahan dalam kerangka mental yang berlaku secara berterusan dalam usaha mencari makna daripada pengalaman yang dilalui (Osborne & Freyberg, 1985). Dalam kelas, kanak-kanak digalakkan membina makna melalui perbincangan dan pengajaran guru dan pengalaman dengan fenomena yang dikaji (Driver, 1989). Dapatan-dapatan kajian menunjukkan kanak-kanak lebih mudah memahami alam semula jadi apabila mereka berinteraksi dengan fenomena, dan menggunakan deria membuat pemerhatian dan menggunakan alat-alat atau instrumen bagi meningkatkan keupayaan mereka. (National Science Board, 1991, p. 27) Justeru, pengajaran berorientasikan inkuiri seharusnya melibatkan kanak-kanak dalam penyiasatan bagi menjawab persoalan dan memenuhi naluri ingin tahu mereka dengan pembinaan kerangka mental yang dapat menjelaskan pengalaman mereka. Implikasinya adalah pendekatan inkuiri bermula dengan keinginan mengetahui sesuatu. Penyiasatan ataupun pembelajaran bermakna tidak akan terhasil apabila tidak timbul persoalan atau sifat ingin tahu yang memerlukan jawapan, penyelesaian, penerokaan dan membuat keputusan.

2.0

Definisi Inkuiri Penemuan Kaedah Inkuiri Penemuan adalah pembelajaran berasaskan inkuiri yang berlaku

dalam situasi

penyelesaian masalah. Inkuiri penemuan merupakan pendekatan yang

mementingkan pembelajaran melalui pengalaman di mana pelajar mengharap pengetahuan atau pengalaman lalu dengan pengetahuan semasa untuk menemui fakta, hubungkait dan mempelajari pengetahuan baru (pelajar memikirkan sendiri jawapan atau penyelesaian kepada permasalahan)

Inkuiri secara amnya bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Melalui inkuiri, kanak- kanak menerangkan objek ataupun proses, menyoal dan menyiasat eksperimen, menjawab soalan berkomunikasi bagi berkongsi penemuan ataupun penyelesaian. Penemuan merupakan ciri utama dalam inkuiri. Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Murid melalui aktiviti seperti ujikaji akan menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan mereka sendiri. Inkuiri penemuan membolehkan murid membina pengetahuan melalui penyiasatan dan penyelesaian masalah. 3.0 Pendekatan Inkuiri Penemuan Menurut Bustam Kamri ( 2009 ), pendekatan inkuiri atau arahan guru menekankan penyelidikan dan penerokaan dalam pembelajaran. Kanak-kanak digalakkan menyoal untuk mengukuhkan pengetahuan di samping membuat penerokaan. Guru membimbing menerusi penyoalan terarah kepada jawapan yang dirancang. Oleh kerana itulah pendekatan ini juga dikenali sebagai pendekatan inkuiri arahan guru. Kemahiran dan konsep yang akan dikuasai oleh kanak-kanak disesuaikan dengan topik berkaitan dengan topik pembelajaran. Pegangan pendekatan ini dipengaruhi teori behavioris. Pengajaran kemahiran juga disampaikan secara berperingkat-peringkat mengikut tahap umur kanak-kanak. Pada peringkat prasekolah, inkuiri penemuan adalah lebih kepada inkuiri penemuan terbimbing. Melalui pendekatan inkuiri penemuan, murid akan mencapai pembelajaran yang lebih membawa makna kepada mereka. Pendekatan inkuiri adalah pendekatan berpusatkan murid dan mereka diberi kebebasan yang luas untuk meneroka sesuatu fenomena dengan bimbingan guru. Kebebasan yang diberikan guru kepada kanak-kanak akan mendorong kanak-kanak meningkatkan motivasi supaya berusaha melakukan yang terbaik bagi memastikan kejayaan dapat dicapai untuk menemui sesuatu konsep yang tepat pada akhir pelajaran. Pendekatan inkuiri ini adalah lanjutan daripada pengajaran bertema. Menerusi pendekatan inkuiri guru menggalakkan penerokaan dan membimbing untuk mendapatkan maklumat menerusi aktiviti yang dibimbing oleh guru. Sekiranya guru merancang menjalankan pendekatan inkuiri, guru hendaklah memastikan semua aktiviti dijalankan oleh kanak-kanak sendiri dan elakkan daripada memberitahu mereka jawapan kerana dengan cara ini guru akan dapat membangkitkan perasaan ingin tahu di kalangan kanak-kanak hasil daripada aktiviti yang dijalankan.
2

Melalui kaedah inkuiri, pengetahuan yang diperoleh oleh kanak- kanak melalui proses mengenal pasti, mencari dan menguji pengetahuan. Kanak- kanak akan melibatkan diri secara aktif dalam proses yang berbentuk tinjau siasat dan mementingkan soalan yang terbuka serta mencabar pemikiran mereka. Kaedah ini membolehkan guru tidak terlalu terikat menyampaikan data atau maklumat sebagaimana kebiasaannya. Sebaliknya, sesi pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah inkuiri memerlukan penglibatan murid. Dalam hal ini guru berindak sebagai pembimbing dan penggalak dalam proses pengajaran dan pembelajaran atau bertindak sebagai penasihat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung (Hazri Jamil, 2003:69).

4.0

Ciri ciri Inkuiri Penemuan 1) Terdapat beberapa langkah yang spesifik dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu mengenal pasti masalah, merancang strategi penyelesaian, mengumpul maklumat, menganalisis maklumat dan mendapat keputusan serta membuat rumusan. 2) Pendekatan ini menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif serta secara mendalam dikalangan kanak- kanak. 3) Kanak- kanak yang terlibat dengan kaedah ini akan merasa puas hati apabila mereka dapat mencari jawapan sendiri dan menggalakan perasaan berdikari dalam proses pembelajaran. 4) Untuk menggunakan kaedah ini, guru perlu mempunyai kepakaran yang lebih tinggi dan perlu membuat perancangan yang lebih teliti. 5) Guru mewujud suasana pembelajaran dan membimbing kanak-kanak 6) Pembelajaran yang melibatkan kanak- kanak menemui pengetahuan dengan sendiri. 7) Guru memberi peluang kepada murid untuk menceritakan apa yang mereka sedang melihat, berfikir dan rasa. 8) Inkuiri Penemuan melibatkan: membuat pemerhatian: perubahan suhu, ton warna, teksur kain/daun menanya soalan: Apa akan berlaku kepada air yang didih dalam cerek?

membuat perbandingan: Bahan apakah yang akan tenggelam dengan paling lambat sekali? mengelaskan: mengelaskan butang-butang mengikut bentuk / warna komunikasi: ceritakan tentang kucing di rumah

5.0

Kelebihan Kaedah Inkuiri Penemuan Kaedah inkuiri dapat mewujudkan proses kognitif yang tinggi dalam kalangan murid.

Proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah ini dapat melahirkan individu yang berfikiran secara logik dan berani menyoal kesahihan sesuatu pandangan atau pendapat seseorang mengenai sesuatu perkara atau kejadian. Kaedah ini juga dapat mematangkan buah fikiran kanak- kanak kerana mereka digilap dengan pemikiran kritikal. Mereka juga dilatih membuat penilaian sendiri mengenai sesuatu peristiwa atau kejadian berasaskan bukti dan maklumat yang mereka perolehi. Secara tidak langsung juga kanak- kanak dapat melibatkan diri sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jadi, mereka dapat memahami sesuatu konsep dengan lebih jelas dan mendalam. Dengan ini ia dapat memenuhi kehendak naluri ingin tahu kanakkanak dan seterusnya menggalakkan pemikiran yang kritis dan kreatif. Penglibatan diri dapat meningkatkan dan mengekalkan ingatan kanak- kanak dan pengetahuan sedia ada pada mereka dapat digunakan dalam situasi sebenar. Kanak- kanak akan berasa bangga dan berpuas hati ketika mencapai hasil pembelajaran yang diingini dan ini akan meningkatkan motivasi mereka. Kaedah ini juga dianggap amat relevan untuk memberikan kemahiran-kemahiran pembelajaran yang berkembang kepada kanak- kanak. Cara ini juga dapat membentuk sikap suka belajar dan belajar secara sendiri. Hal ini demikian menunjukkan bahawa kaedah pengajaran secara inkuiri dapat membentuk sikap keterbukaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kaedah ini juga membolehkan kanak- kanak lebih berdikari dan mampu untuk mencari maklumat secara tersendiri dan tidak hanya mengharapkan guru sahaja untuk memberikan maklumat kepada mereka. Selain itu, kaedah ini dapat membantu kanak- kanak meningkatkan keupayaan membuat penaakulan aktif. Apabila mereka berhadapan dengan sesuatu masalah, mereka
4

akan berupaya mencari jalan penyelesaian. Kanak- kanak dilatih supaya menentukan sesuatu masalah, membuktikan hipotesis dengan mencari sumber dan maklumat, kemudian menilai proses yang dibuat berdasarkan maklumat yang diperoleh dan seterusnya membuat kesimpulan bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang dikemukakan.

6.0

Strategi ke arah pembelajaran inkuiri penemuan Pengajaran inkuiri membimbing kanak- kanak melalui pengalaman inkuiri saintifik.

Kanak-kanak membina kefahaman berhubung idea- idea melalui pengalaman terus dan interaksi dengan bahan manipulatif, membuat rujukan dan berbincang sesama sendiri. Pengajaran inkuiri memerlukan kanak- kanak menggabungkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan kemahiran saintifik yang baru diperoleh. Pengajaran inkuiri memerlukan guruguru mempunyai kemahiran dan pengatahuan berhubung isi kandungan dan pedagogi merangka pengalaman pembelajaran yang mencabar kanak- kanak mencadangkan soalan dan membentuk pembelajaran mereka sendiri melalui perbincangan sesama sendiri. Pembelajaran inkuiri penemuan dapat dilaksanakan melalui strategi: 6.1 Penyoalan Kemahiran inkuiri asas yang perlu kanak- kanak pelajari adalah bertanya soalan. Kanak- kanak memang tidak pernah kehabisan soalan. Dengan memberikan mereka fenomena yang dapat diperhatikan membuatkan mereka bertanya. Bimbingan mungkin perlu pada peringkat awal. Guru boleh contohnya, meminta kanak- kanak memberi tumpuan pada aspek- aspek tertentu dalam pemerhatian mereka. Kanak- kanak walaupun tidak diminta bertanya soalansoalan berkaitan dengan pemerhatian, dan guru perlu

menggalakkan

mereka

menerangkan

pemerhatian

mencadangkan

penyiasatan tambahan atau susulan. Sebagai contoh sekiranya guru sedang mengajar tajuk tumbuh- tumbuhan atau warna, guru perlu cuba menanya soalan- soalan pengetahuan berkaitan tajuk berkenaan. Soalan- soalan mestilah jenis terbuka yang memerlukan kanak- kanak menjelaskan atau menghuraikan konsep, membuat perbandingan dan mencari persamaan, mencadangkan alternatif atau meramalkan kemungkinan hasilan atau kesan dan akibat dapat menggalakkan pemikiran inkuiri.
5

6.2

Perbincangan Perbincangan dalam kumpulan kecil dapat menggalakkan

pembelajaran inkuiri melalui perbincangan dan pertukaran idea serta pendapat. Perbincangan juga menggalakkan penglibatan aktif kanak- kanak dalam proses pembelajaran. 6.3 Tunjuk cara Tunjuk cara juga menggalakkan inkuiri. Namun, ianya mesti dirancang dengan teliti supaya kanak- kanak berpeluang berinteraksi secara bermakna semasa tunjuk cara dilakukan dan mereka berfikir mengenai perkara yang diperhatikan. Science Teaching Reconsidered mencadangkan tunjuk cara dengan menggunakan bahan- bahan yang terdapat dalam kehidupan seharian dan kanak- kanak diminta membuat ramalan atau mencadangkan hasilnya. 6.4 Eksperimen Eksperimen mudah atau lawatan luar turut menggalakkan inkuiri. Lawatan memberi peluang pembelajaran inkuiri dijalankan dalam konteks sebenar. 6.5 Pembelajaran kolaboratif Pendekatan ini melibatkan usaha intelek bersama kanak- kanak dan guru. Dalam pendekatan ini, kanak- kanak bekerja dalam kumpulan bagi mencapai matlamat atau tujuan yang sama. Apabila dirancang dengan teliti, pembelajaran kolaboratif dapat meningkatkan kreativiti kanak- kanak, menggalakkan mereka menjelaskan serta mempertahankan idea- idea mereka dan mencari penyelesaian bersama.

7.0

Peringkat proses Inkuiri Penemuan mengikut urutan. 7.1 Mengenal pasti masalah Mengenal pasti masalah yang diberi oleh guru dan mengikut topik yang telah ditetapkan oleh sukatan pelajaran atau mengikut pengajaran bertema. 7.2 Merancang cara penyelesaian Dalam peringkat ini, kanak- kanak dapat meramal dan membuat hipotesis sesama mereka. Mereka akan berbincang dan bersoal jawab bersama guru serta rakanrakan yang lain dalam merancang cara penyelesaian. Guru dijadikan rujukan dan pembimbing dalam memberi arahan. 7.3 Mengumpul maklumat Proses mengumpul maklumat melibatkan kanak- kanak perlu membuat pemerhatian, berbincang, mencatat maklumat dan data berdasarkan arahan dan bimbingan guru. Guru akan menanyakan soalan kepada mereka supaya mereka berfikir tentang maklumat yang diperolehi. 7.4 Mengkaji maklumat terkumpul dan membuat analisis Pada peringkat ini pula kanak- kanak akan membuat perbincangan, mengelas dan menginterpretasi data dengan bimbingan dan sokongan guru bagi menggalakkan pemikiran secara mendalam di kalangan mereka. 7.5 Membuat rumusan Pada peringkat yang terakhir setelah selesai menjalankan aktiviti, kanakkanak akan membuat kesimpulan mereka sendiri berdasarkan maklumat dan penemuan yang telah diperolehi oleh mereka. Guru sebagai pembimbing dan

penggalak menyokong setiap apa yang dicapai oleh kanak- kanak untuk menemui sesuatu konsep yang tepat pada akhir pengajaran dan pembelajaran.

8.0

Contoh Rancangan Pengajaran Harian

Hari Tarikh Masa Tajuk Tunjang Utama Standard Kandungan Standard Pembelajaran Utama

: Isnin : 24 Januari 2010 : 20 Minit : Mengenal warna : Tunjang Sains Dan Teknologi-Awal Sains Dan Matematik : ST 2.0 : ST 2.1 Kemahiran Saintifik Membuat pemerhatian ke atas objek dan fenomena di persekitaran Memerhati dan mengenal warna - warna di persekitaran.

Standard Pembelajaran Lain : ST 2.1.1 yang Disepadukan

Objektif Pembelajaran

: Pada akhir pembelajaran murid-murid dapat : 1) Mengenal tiga jenis warna iaitu biru, merah dan kuning. 2) Membezakan warna biru, merah dan kuning. 3) Mengenal warna hijau dan ungu hasil daripada campuran warna biru dengan merah dan kuning dengan biru.

Peralatan dan Bahan

: i) Warna biru, merah dan kuning iii) Berus warna v) Video campuran warna

ii) Bekas warna iv) Air vi) Kad gambar ii) Memerhati ii) Bekerjasama iv) Tolak ansur

Kemahiran Utama Nilai-nilai murni

: i) Mengelas : i) Sabar iii) Mendengar arahan


8

LANGKAH / ISI MASA PENLAJARAN

STRATEGI PENGAJARAN

AKTIVITI CATATAN DAN

PEMBELAJARAN

Set Induksi ( 3 minit)

Menunjukkan kad gambar warna. (melibatkan strategi penyoalan)

1) Guru menunjukkan 3 jenis ABM: kad gambar warna iaitu gambar

Kad warna

merah, biru dan kuning merah, biru dan serta murid tersebut. meminta meneka murid- kuning. warna Nilai: Mendengar

2) Guru bersoal jawab dengan arahan. murid tersebut. Adakah campuran mengenai warna

antara 3 jenis warna boleh menghasilkan

warna lain? Biru campur merah? Kuning campur biru?

Langkah 1 ( 5 minit)

Aktiviti campuran warna. (strategi tunjuk cara oleh guru)

1) Guru menunjukkan cara ABM: kepada bagaimana muridmurid merah,

Warna kuning

hendak dan biru( water bekas berus

mencampurkan warna biru colour), dan merah. warna,

2) Guru mengulanginya sekali warna dan air. lagi dengan mengantikan warna kuning dan biru. Nilai: Mendengar bertolak dan

3) Guru bersoal jawab dan arahan, bertanya kepada murid apa ansur

yang mereka perhatikan bekerjasama. apabila warna di

campurkan. Warna apakah yang

terhasil pada campuran warna biru dan merah? Warna ungu. Warna apakah yang

terjadi pada campuran warna kuning dan biru? Warna hijau.

Langkah 2 ( 8 minit)

Aktiviti campuran warna berkumpulan. (melibatkan strategi pembelajaran kolaboratif dan perbincangan )

1) Guru membahagikan murid ABM: kepada 4 kumpulan. 2) Setiap merah,

Warna kuning

kumpulan dan biru( water bekas

dibekalkan dengan 3 jenis colour), warna (water

colour) warna, 5 batang

merah, biru dan kuning, berus warna dan bekas warna, 5 batang air. berus warna dan air. 3) Guru meminta murid- Nilai: Mendengar

murid membuat campuran arahan, warna seperti yang bekerjasama, dan

ditunjukkan oleh guru iaitu sabar

warna biru dengan merah bertolak ansur. dan warna kuning dengan biru dalam kumpulan. 4) Guru meminta wakil dari setiap kumpulan ke

hadapan dan menceritakan jenis warna yang mereka campurkan dan warna yang terhasil dari campuran itu dengan bimbingan guru.

10

Penutup ( 4 minit)

Tayangan video campuran warna dan rumusan pembelajaran.

1) Guru mengimbas kembali ABM:

Video

murid- murid jenis warna campuran warna yang telah dipelajari. 2) Guru menayangkan video mengenai campuran warna. 3) Guru mengingatkan murid warna ungu boleh terhasil dari campuran warna biru dengan merah dan warna hijau dari campuran warna kuning dengan biru.

Refleksi

:______________________________________________________________

__________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________

11

9.0

Perlaksanaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran 9.1 Perkaitan dengan tunjang tunjang a) Tunjang Utama Tunjang Sains Dan Teknologi-Awal Sains Dan Matematik Memerhati dan mengenal warna warna di persekitaran. Memerhati perubahan warna setelah dicampurkan antara dua jenis warna dan membentuk warna lain. a) Objektif yang ingin dicapai i. ii. iii. Mengenal tiga jenis warna iaitu biru, merah dan kuning. Membezakan warna biru, merah dan kuning. Mengenal warna hijau dan ungu hasil daripada campuran warna biru dengan merah dan kuning dengan biru. b) Antara tunjang lain yang terlibat i. Tunjang Komunikasi- Bahasa Melayu Kemahiran bertutur yang dapat dilihat pada murid- murid semasa mereka berinteraksi dengan rakan- rakan dan guru ketika melakukan aktiviti kumpulan dan bersoal jawab dengan guru. Murid- murid juga mendengar arahan yang diberikan oleh guru semasa melakukan aktiviti dan memberi tindak balas atau respon terhadap pertanyaan guru. ii. Tunjang Ketrampilan Diri- Perkembangan Sosioemosi Mengenali dan mengurus emosi di mana murid mengenali emosi sendiri dengan kegembiraan dan keseronokkan yang dipancarkan pada wajah mereka kerana berjaya melakukan atau meneroka sendiri aktiviti campuran warna. Mencapai emosi yang positif iaitu membina semangat dan sikap yang positif seperti sabar, bekerjasama dan bertolak ansur semasa melakukan aktiviti berkumpulan. Murid juga dapat membina kenyakinan untuk berkomunikasi di mana dapat bertutur dengan yakin di hadapan kelas dengan bimbingan guru.

12

iii.

Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika Perkembangan motor halus iaitu melakukan kemahiran motor halus dengan menggunakan jari dan tangan untuk mengacau campuran warna sehingga sebati dan terhasil warna lain. Melakukan kemahiran kordinasi mata tangan dalam

perkembangan kemahiran motor halus dengan menggunakan mata tangan untuk memilih dua jenis warna yang ditetapkan. iv. Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai- Pendidikan Moral Kerjasama di mana sikap bekerjasama dan tolong menolong dengan rakan dalam melakukan aktiviti secara berkumpulan. Berdisiplin iaitu mengamalkan sikap berdisiplin dalam kelas dengan mematuhi arahan guru.

9.2

Kaitan dengan penyediaan bahan bantu mengajar

a) BBM : Kad gambar warna biru, merah dan kuning Guru menyediakan kad gambar yang menunjukkan warna biru, merah dan kuning untuk memperkenalkan warna kepada muridmurid. b) BBM : Warna biru, merah dan kuning ( water colour) Guru membawa tiga jenis warna iaitu biru,merah dan kuning bagi membuat demonstrasi campuran warna kepada murid. Guru juga menyediakan empat set warna biru, merah dan kuning untuk diberikan kepada empat kumpulan semasa eksperimen campuran warna. c) BBM : Bekas warna, berus warna dan air Guru menyediakan bekas warna yang bersaiz besar untuk setiap kumpulan kerana satu kumpulan mempunyai 5 orang murid. Jadi semua murid dalam setiap kumpulan boleh membuat campuran warna menggunakan bekas yang sama. Berus warna disediakan bagi memudahkan murid menghasilkan warna campuran.

13

Air disediakan untuk mencairkan atau mengurangkan kepekatan warna yang digunakan.

d) BBM : Video campuran warna Guru menyediakan video campuran warna untuk di tunjukkan kepada murid- murid. Video juga mampu menarik perhatian dan minat mereka untuk mengelakkan daripada pengajaran yang membosankan.

9.3

Kaitan dengan penggunaan bahan bantu mengajar a) BBM : Kad gambar warna biru, merah dan kuning Guru menggunakan kad gambar warna untuk memperkenalkana warna kepada murid- murid iaitu warna biru, merah dan kuning. Melalui kad gambar ini murid dapat membezakan warna biru, merah dan kuning. b) BBM : Warna biru, merah dan kuning ( water colour) Guru menggunakan tiga jenis warna iaitu biru,merah dan kuning bagi membuat demonstrasi campuran warna kepada murid. Guru akan mencampurkan warna biru dan merah yang akan

menghasilkan warna ungu serta warna biru dan kuning yang akan menghasilkan warna hijau. Guru membahagikan murid kepada empat kumpulan dan memberikan tiga jenis warna tersebut. Guru meminta murid menjalankan eksperimen campuran warna seperti yang dilakukan guru supaya murid- murid dapat meneroka sendiri dan memenuhi sifat ingin tahu mereka serta berpuas hati dapat menghasilkan warna yang diinginkan. c) BBM: Bekas warna, berus warna dan air Bekas warna digunakan untuk memudahkan murid- murid membuat campuran warna yang ingin dihasilkan. Bekas warna ini digunakan kerana ia mudah dicuci dan tidak mudah pecah kerana diperbuat daripada plastik dan sesuai untuk aktiviti murid- murid prasekolah. Berus pula digunakan untuk mengacau campuran warna sehingga sebati dan terhasil warna yang diinginkan. Ia juga digunakan untuk
14

perkembangankan lagi motor halus iaitu jari murid supaya dapat memegang berus dengan betul. Air digunakan untuk mengurangkan kepakatan warna yang digunakan supaya campuran warna yang dibuat mudah sebati dan terhasil warna yang diperlukan. d) BBM : Video campuran warna Guru menayangkan video yang menunjukkan campuran warna yang boleh menghasilkan warna ungu dan hijau seperti aktiviti atau eksperimen yang dilakukan murid. Guru menggunakan video campuran warna ini sebagai pengukuhan terhadap aktiviti atau eksperimen yang telah dijalankan murid dan ingatan kepada murid mengenai campuran warna yang boleh menghasilkan warna ungu dan hijau.

9.4

Kaitan dengan aktiviti murid a) Aktiviti bersoal jawab menggunakan kad gambar Murid memberi perhatian terhadap kad gambar warna yang ditunjukkan guru dan menjawab pertanyaan guru mengikut pengetahuan sedia ada pada mereka. Murid meneka dan guru memberi bimbingan serta sokongan untuk memberi galakkan kepada mereka. b) Aktiviti tunjuk cara oleh guru Murid memberi sepenuh perhatian dan mendengar arahan yang diajukan oleh guru. Murid bersoal jawab dan menjawab pertanyaan guru terhadap campuran warna yang dihasilkan oleh guru. Murid kelihatan teruja dan gembira melihat tunjuk cara yang dilakukan guru. c) Aktiviti membuat campuran warna berkumpulan Murid membuat campuran warna dalam kumpulan masingmasing.

15

Murid dapat menghasilkan warna hijau dengan campuran warna kuning dan biru. Manakala campuran warna bitu dan merah, murid dapat menghasilkan warna ungu.

Murid saling bekerjasama dan tolong menolong dalam kumpulan masing- masing dan menghasilkan campuran warna yang dikehendaki bersama- sama.

Murid melakukan campuran warna dengan teliti supaya tidak bercampur dengan warna lain.

d) Aktiviti menonton video Murid menonton video dan membuat perbandingan terhadap hasil campuran warna yang dilakukan samada sama atau tidak sama dengan video. Murid mengingat kembali terhadap campuran warna yang dilakukan dan hasil warna yang terbentuk daripada campuran warna tersebut.

16

10.0

Kesimpulan Kaedah Inkuiri Penemuan Kesimpulannya, kaedah inkuiri penemuan ini harus digalakkan penggunaannya

terutama di peringkat prasekolah. Kaedah inkuiri merupakan satu pengajaran yang menarik serta merangsang murid kerana mereka memerlukan kreativiti, pemikiran, penaakulan serta penilaian bagi menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat sesuatu keputusan.Kaedah inkuiri melibatkan tafsiran atau interpretasi maklumat bagi mencari jawapan kepada persoalan dan penerokaan yang dilakukan. Melalui kaedah pengajaran inkuiri penemuan ini, guru dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bukan sahaja dari segi menguasai tajuk yang diajar tetapi melahirkan interaksi yang baik diantara murid. Sekiranya semua masalah, prosedur, serta jawapan telah disediakan oleh guru dan murid hanya berperanan sebagai penerima sahaja didalam pembelajaran mereka, maka ia tidak dianggap sebagai pembelajaran berasaskan inkuiri. Namun,bukan semua murid mempunyai kebolehan yang sama dalam membentuk pengamatan dan menjawab sesuatu persoalan. Dalam keadaan begitu, bimbingan harus diberikan kepada murid bagi membolehkan mereka mentafsirkan sesuatu perkara yang dipelajari. Ini dapat dilakukan dengan memberi soalan-soalan yang tersusun dimana jawapannya dapat membantu murid mengamati sesuatu dengan lebih tepat dan membuat kesimpulan yang munasabah. Walaupun kaedah inkuiri banyak digunakan dengan meluas dalam bidang sains tetapi kini ianya juga digunakan secara meluas dalam semua mata pelajaran. Kaedah pengajaran inkuiri penemuan ini merupakan suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang cukup menarik minat murid. Murid-murid di prasekolah khususnya memerlukan satu kaedah dan cara yang paling berkesan bagi menarik minat mereka untuk terus belajar. Banyak faedah dan kebaikan yang dapat diperolehi oleh murid sewaktu menjalankan aktiviti. Justeru itu, proses pengajaran menggunakan kaedah inkuiri merupakan suatu bentuk pengajaran yang boleh dijayakan oleh setiap guru dalam menyampaikan pengajaran mereka sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

17

11.0

Pengenalan Pendekatan Masteri Setiap murid mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk menguasai perkara yang

dipelajari. Tahap penguasaan bergantung kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang dialaminya. Satu daripada pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru bagi murid menguasai hasil pembelajaran adalah melalui pendekatan Pembelajaran Masteri. Pembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui Pembelajaran Masteri murid diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran. Pembelajaran Masteri menurut Bloom adalah merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar. Selain itu, Pembelajaran Masteri ini berasaskan kepada falsafah, bahawa semua atau hampir semua murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai dan masa yang mencukupi disediakan untuk murid itu menguasai pembelajarannya (Bloom, 1968). Di samping itu juga, Pembelajaran Masteri mengikut pendapat Anderson & Block ialah satu set idea dan amalan pengajaran secara individu yang dapat membantu murid untuk belajar secara konsisten. Idea dan amalan ini menghasilkan pengajaran yang sistematik, dan secara tidak langsung membantu murid apabila menghadapi masalah pembelajaran, memperuntukkan masa yang mencukupi untuk murid mencapai masteri dengan berpandukan kriteria masteri yang jelas (Anderson & Block 1975) Pelaksanaan Pembelajaran Masteri dalam pengajaran dan pembelajaran melibatkan persediaan dan tindakan yang teliti, sistematik dan berkesan. Perancangan yang teliti perlu bagi memastikan murid dapat menguasai pembelajaran yang tertinggal atau tidak difahami supaya murid tidak putus asa sebelum ke unit pembelajaran seterusnya.

18

12.0

Definisi Pendekatan Masteri Pendekatan masteri suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memastikan

semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. 13.0 Konsep Pembelajaran Masteri Pembelajaran Masteri adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar dapat mengusai apa yang diajar. Konsep ini diperkenal oleh B.S. Bloom pada tahun 60-an dan berasaskan kepada satu prinsip atau falsafah iaitu semua pelajar boleh menguasai sesuatu perkara yang diajar sekiranya : a) Ada masa yang cukup untuk pelajar menguasainya b) Pengajaran dan pembelajaran adalah berkualiti. Dalam proses pembelajaran masteri, anda harus memastikan semua pelajar dapat menguasai perkara-perkara yang diajar dalam satu unit pembelajaran atau tajuk sebelum keunit pembelajaran atau tajuk yang lain. Ia bukanlah perkara yang baru dan konsepnya berasaskan kepada satu prinsip iaitu semua pelajar boleh menguasai apa yang diajar jika diberi masa yang cukup dan pengajaran dan pembelajaran adalah berkualiti. Pembelajaran masteri juga menggalakkan guru menyelesaikan masalah yang dihadapi dan juga menggalakkan guru mengubahsuai kaedah atau aktiviti pengajaran danpembelajaran untuk memastikan pelajar dapat menguasai apa yang diajar. Walaupun ada kekangan dalam perlaksanaan pembelajaran masteri, guru akan dapati bahawa bilangan pelajar yang dapat menguasai apa yang diajar akan bertambah dan ini akan member kepuasaan kepada guru, pelajar dan pihak lain. Pencapaian pelajar yang telah meningkat walaupun sedikit akan meransang guru dan pelajar untuk mencapai tahap yang lebih tinggi. Masa untuk pelajar menguasai sesuatu perkara boleh dipendekkan jika : a) Menggunakan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. b) Menggalakkan pelajar belajar dengan tekun dan tabah. c) Merangsang dan mendorong mereka untuk belajar d) Melatih mereka dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya menjadi pelajar berdikari.
19

14.0

Pelaksanaan Pembelajaran Masteri Beberapa tokoh dalam pembelajaran masteri telah mencadangkan pelbagai strategi

untuk melaksanakannya. Sasaran pencapaian dalam pembelajaran masteri ialah semua pelajar harus mendapat sekurang-kurangnya markah 80%. Kita boleh memulakan dengan markah 50% sebagai sasaran pencapaian dan markah itu harus dinaikkan beransur-ansur kepada markah 80%. Pada asasnya kita perlu merancang dan melaksanakan empat langkah berikut: 14.1 Langkah 1 : Menentukan hasil pembelajaran untuk sesuatu unit pembelajaran. Langkah pertama dalam pembelajaran masteri ialah menentukan hasil pembelajaran untuk sesuatu unit pembelajaran atau tajuk. Penentuan hasil pembelajaran adalah penting kerana penentuannya dapat: i. ii. iii. Menyatakan apa yang perlu dikuasai oleh pelajar Menolong anda memberi tumpuan dalam penguasaan hasil Membantu anda dalam merancang dan menggunakan pelbagai kaedah pembelajaran dan alat bantu mengajar yang berkesan untuk pelajar menguasai hasil pembelajaran itu iv. Menolong anda dalam membina ujian formatif dan sumatif

Di negara maju, trend pendidikan sekarang adalah ke arah penguasaan hasil pembelajaran. Pelajar harus juga tahu apa hasil pembelajaran yang mesti dikuasai supaya mereka boleh memberi tumpuanuntuk belajar dan menguasai apa yang dikehendaki. Maksud Hasil pembelajaran ialah apa yang boleh ditunjukkan oleh pelajar tentang pengetahuan dan kebolehan membuat sesuatu selepas sesuatu perkara diajar. Contoh hasil pembelajaran ialah: i. ii. iii. iv. Mengenal pasti kata nama dan kata kerja dalam satu ayat Menambah sebarang dua nombor tidak lebih daripada 1000 Membanding dan membezakan haiwan dan tumbuhan Memberi sebab-sebab mengapa kerajaan awal wujud di pesisiran pantai

Pengalaman pembelajaran yang diberi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bukanlah hasil pembelajaran tetapi hanya merupakan cara untuk mencapai hasil
20

pembelajaran. Isi kandungan, kaedah mengajar dan bahan pengajaran dalam proses pengajaran merupakan alat atau cara untuk mencapai hasil pembelajaran. Tentukan kita boleh mengenal pasti dan membezakan hasil pembelajaran daripada isi kandungan, proses pengajaran dan proses pembelajaran. Contohnya diberi dalam Jadual 1. Jadual 1: Jenis Pernyataan dalam P&P Pernyataan Benda hidup boleh bergerak, makan, bernafas, merespons kepada stimuli Untuk menambahkan pengetahuan pelajar tentang sifat benda hidup Memperoleh pengetahuan tentang sifat benda hidup Memahami sifat benda hidup Menghuraikan sifat benda hidup Jenis

Isi kandungan

Proses pengajaran

Proses pembelajaran Hasil pembelajaran umum Hasil pembelajaran khusus

i.

Pernyataan 'a' hanya menyatakan isi kandungan dan tidak menyatakan sama ada pelajar harus menyenaraikan,mengenal pasti atau menghuraikan sifat benda hidup.

ii.

Pernyataan

'b'

bermaksud

guru

dan

bukan

pelajar

yang

akan

menambahkanpengetahuan mengenai sifat benda hidup dan pernyataan ini merupakan proses pengajaran. iii. Pernyataan 'c' bermakna pelajar memperolehi pengetahuan dan pernyataan ini merupakan proses pembelajaran dan bukan hasil pembelajaran. iv. Pernyataan 'd' bermaksud pelajar dapat memahami dan pernyataan ini adalah hasil pembelajaran umum dan bukan khusus kerana "memahami sifat benda hidup" melibatkan pelbagai hasil pembelajaran khusus seperti: a) Menyatakan sifat benda hidup b) Mengenal pasti sifat benda hiduMenerangkan sifat benda hidup c) Memberi contoh benda hidup
21

d) Membezakan benda hidup dan benda bukan hidup e) Mengkelaskan benda ke dalam kumpulan benda hidup dan benda bukan hidup

v.

Pernyataan 'e' bermakna pelajar menghuraikan dan pernyataan ini merupakan hasil pembelajaran khusus.

14.1.1

Hasil pembelajaran boleh dinyatakan dalam i. Bentuk: a) Hasil Pembelajaran Umum b) Hasil Pembelajaran Khusus ii. Bidang: a) Kognitif- Menyatakan hasil pembelajaran bagi Bidang Kognitif Bidang kognitif termasuk hasil pembelajaran yang menegaskan hasil intelek seperti pengetahuan, pemahaman dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Hasil pembelajaran boleh dikategorikan ke dalam enam kategori berikut mengikut

Taksonomi Bloom: 1. Pengetahuan : Mengingat kembali sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara atau prosedur. 2. Kefahaman: Kebolehan menerangkan sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara atau prosedur dengan perkataan sendiri. 3. Aplikasi: Kebolehan menggunakan sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara atau prosedur dalam situasi yang baru 4. Analisis: Kebolehan memecahkan kkonsep, kaedah, cara atau prosedur kepada bahagian-bahagian dan mengenal pasti perkaitan di antaranya. 5. Sintesis : Kebolehan mencantumkan unsur-unsur atau konsepkonsep supaya mendapat satu corak atau struktur yang bermakna. 6. Penilaian: Kebolehan menilai sesuatu idea, konsep, prinsip, kaedah, cara, prosedur, projek atau tindakan.

22

Guru boleh menyatakan hasil pembelajaran khusus dengan perkataan kata kerja berikut (Gronlund N.E., 1970). Contohnya pelajar dapat: Pengetahuan: Melabel Mendefinisi Menyebut Kefahaman: Memberi Contoh Menganggar Aplikasi: Menemui Menghasil Menukar Menyelesaikan Mengait Mengira Menunjukkan Meramal Menggunakan Mengubah Suai Menyediakan Memperluaskan Menerang Menambah Menghurai Memadan Mengenal Pasti Menyenarai Menama Menyatakan

Analisis: Membahagi Membuat Inferens Mengasing Membanding Memecahkan Mengilustrasi Membeza Memilih Menyusun

23

Sintesis: Bercerita Membina Semula Mengarang Mengumpul Menulis Penilaian: Membuat Kesimpulan Mengkritik Mempertahankan Menilai Mempertikaikan Menyokong Bertutur Membuat Generalisasi Mengkategori Menjana Meringkas Berucap Mencantumkan Mengkelaskan Merancang Merumus

b) Afektif : Menyatakan hasil pembelajaran bagi Bidang Afektif Bidang afektif termasuk hasil pembelajaran yang menegaskan rohani dan emosi seperti sikap dan nilai. Nilai murni sarwajagat berikut harus diserapkan dalam setiap mata pelajaran contohnya baik hati, berdikari, hemah tinggi, hormat menghormati dan kasih sayang. Guru boleh menyatakan hasil pembelajaran umum dengan

menggunakan perkataan kata kerja seperti menyedari tentang sesuatu, menghargai sesuatu, memahami sesuatu seperti teguran dan

sebagainya. Disamping itu, guru boleh menyatakan hasil pembelajaran khusus dengan menggunakan perkataan kata kerja contohnya bekerja dengan tekun, belajar dengan tabah, berpakaian kemas dan bersih, membezakan betul dan salah, membuang sampah ke dalam tong sampah dan lain-lain. Guru harus tahu bahwa hasil pembelajaran dalam bidang afektif mengambil masa yang panjang untuk dikuasai dan ia susah dinilai. Walau bagaimanapun anda harus menyerapkan sikap yang positif dan nilai murni di kalangan pelajara semasa pengajaan dan pembelajaran.
24

c) Psikomotor - Menyatakan hasil pembelajaran bagi Bidang Psikomotor Bidang psikomotor termasuk hasil pembelajaran yang menegaskan kemahiran gerakan seperti penulisan, menaip, berenang, melompat tinggi, bermain, memasak, melukis, membina sesuatu dan mengoperasi mesin atau alat. Guru boleh menyatakan hasil pembelajaran umum dengan menggunakan perkataan kerja berikut seperti pelajar dapat : i. ii. iii. iv. v. Bermain sesuatu permainan atau alat muzik Menulis dengan cepat dan tulisan mudah dibaca Melakar sesuatu Menunjukkan kebolehan membuat sesuatu Membina sesuatu

Guru boleh menyatakan hasil pembelajaran khusus dengan menggunakan perkataan kata kerja berikut contohnya pelajar dapat: Berenang Memaku Memasangkan Membaling Membuat Menaip Mencangkuk Menentukan Mengapit Mengenal Pasti Berlari Memanaskan Membaja Membalut Membuka Menampal Menebuk Mengacau Mengecat Menggunakan Melompat Memangkas Membakar Membersihkan Memegang Mencampur Menendang Mengaitkan Mengeluarkan Menghasilkan

25

Menghias Mengukur

Menghidupkan Menimbang

Mengisar Menjahit

Hasil pembelajaran dapat dikenalasti dalam huraian sukatan pelajaran. Guru boleh mengenal pasti hasil pembelajaran khusus yang terkandung di bawah pelbagai lajur seperti: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Objektif atau objektif khusus Huraian atau huraian kandungan Kemahiran, kemahiran saintifik, atau kemahiran berfikir Aktiviti atau kegiatan Nilai Unsur patriotisme Catatan

Guru harus membezakan hasil pembelajaran yang khusus daripada yang umum dalam bidang kognitif, afektif dan psikomotor seperti diterangkan di atas. Sekiranya hasil pembelajaran itu telah dinyatakan secara umum, guru boleh menyatakannya semula secara khusus dengan panduan yang diberi.. iii. Aras: a. Satu b. Dua c. Tiga (lebih tinggi)

14.2

Langkah 2 : Mengajar dengan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan mengggunakan alat bantu mengajar yang sesuai. Tiada satu kaedah atau aktiviti p&p yang terbaik untuk pembelajaran masteri kerana pelajar berbeza dalam kebolehannya dan mereka juga mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan. Kaedah atau aktiviti p&p yang
26

dicadangkan untuk pembelajaran masteri ialah kaedah atau aktiviti yang berpusatkan kepada pelajar, menarik dan menyeronokkan. Jadi guru harus merancang dan menggunakan pelbagai kaedah atau aktiviti p&p yang berkesan dengan mengambil kira kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar anda. Berikut ialah kaedah atau aktiviti p&p : i. Berpusatkan kepada guru iaitu guru yang melalukannya contohnya : a. Syarahan b. Penerangan c. Penjelasan d. Huraian e. Demonstrasi f. Bercerita g. Pembacaan h. Memberi nota

ii.

Berpusatkan kepada pelajar di mana pelajar yang melakukannya tetapi guru harus ingat bahawa setiap kaedah atau aktiviti itu mempunyai kelebihan dan kekurangan. Antara contoh aktiviti ialah : a. Soal jawab b. Latih tubi c. Bercerita d. Membuat latihan e. Penerangan, penjelasan, huraian f. Perbincangan g. Inkuiri h. Bacaan i. Kerja amali j. Projek k. Kuiz l. Penyelesaian masalah m. Lakonan n. Nyanyian o. Main peranan
27

iii.

Pembelajaran secara kooperatif Kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik pendidikan telah

menunjukkan bahawa pembelajaran koperatif adalah berkesan untuk pembelajaran masteri. Dalam pembelajaran koperatif satu tugasan, projek atau masalah diberi dan pelajar belajar di antara satu sama lain secara pasangan, kumpulan atau kelas. Beberapa teknik yang boleh digunakan dalam pembelajaran koperatif termasuk (Spencer Kagan, 1990): a. Giliran ahli Kumpulan iaitu setiap pelajar dalam sesuatu kumpulan memberi idea atau pendapatnya secara giliran. b. Pameran Kumpulan iaitu setiap kumpulan mempamerkan hasilnya dan setiap pelajar melihat setiap kumpulan dan berbincang dengan ahli-ahli kumpulan itu. c. Memadan benda iaitu pelajar-pelajar dalam satu kumpulan

memadankan susunan benda d. Kuiz iaitu guru memberi soalan kepada satu atau semua kumpulan .selepas itu, pelajar-pelajar dalam sesuatu kumpulan berbincang untuk mendapatkan jawapan Seterusnya seorang pelajar dalam kumpulan itu memberi jawapan kepada soalan guru. e. Kad Hafalan iaitu pelajar dalam semua kumpulan diberi kad yang mengandungi fakta atau maklumat penting untuk dihafal. Guru pula berperanan menyoal pelajar yang sudah menghafal fakta atau maklumat itu seterusnya mereka menjawab dan markah akan diberi f. Semakan Pasangan iaitu dua pasangan diberi masalah yang sama untuk diselesaikan. Dalam satu pasangan, seorang pelajar menyelesaikan masalah itu dengan bantuan pelajar yang lain. g. Pemikiran Berpasangan dan Berkongsi Pendapat iaitu pelajar dalam satu pasangan berfikir tentang sesuatu topik yang diberi oleh guru.seterusnya pendapat pasangan itu kemudiannya dikongsi dalam kelas h. Peta konsep berpasukan iaitu pelajar dalam satu kumpulan membuat peta konsep bersama-sama di atas kertas yang besar. i. Jawapan Giliran iaitu satu kumpulan diberi sebilangan soalan dan setiap pelajar dalam kumpulan itu menjawab satu soalan

28

j. Penguasaan secara berpasangan iaitu pelajar-pelajar menguasai sesuatu isi kandungan secara berpasangan. k. "Jigsaw" (Pakar dalam Kumpulan) ialah setiap kumpulan diberi satu topik yang berlainantentang sesuatu tajuk atau perkara. Kumpulan itu akan membuat penyelidikan dan menjadi pakar dalam topik itu. Semua maklumat dikongsi dalam kelas.

14.2.1 Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran Untuk Pembelajaran Masteri Bahan pengajaran dan pembelajaran adalah penting untuk pembelajaran masteri kerana pelajaran akan lebih menarik dan menyeronokkan serta pelajar dapat memahami dan mengingat apa yang diajar. Beberapa contoh bahan pengajaran dan pembelajaran diberi dalam Jadual berikut: Hasil Pembelajaran Cadangan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran

Pelajar dapat : a. Mengenal pasti "huruf". b. Menambah sebarang dua nombor 1-10. c. Memukul bola hoki dengan cara betul. d. Menerangkan proses penghadaman. a. Kad imbasan huruf, carta huruf, bongkah huruf. b. Biji, batu atau abakus. c. Kayu hoki, bola hoki. d. Carta organ penghadaman atau video penghadaman.

1.

Bahan pengajaran dan pembelajaran terdiri daripada: i. Bahan bercetak. Antara contoh-contohnya adalah buku teks dan buku rujukan, Dokumen kurikulum, Majalah, Risalah dan Akhbar ii. Alat pandang dengar. Antara contoh-contohnya adalah

29

a. "Hardware": seperti TV, radio kaset, perakam video, projektor, komputer, printer. b. "Software": adalah bahan yang digunakan dengan "hardware" seperti pita video, pita kaset, filem slaid, transparensi, disket. Ia juga termasuk bahan visual seperti carta, gambar, pita dan kad imbasan. c. Bahan 3-Dimensi: seperti glob, model, bongkah, spesimen dan bahan permainan. 2. Sesetengah bahan pengajaran dan pembelajaran itu: a. Dibekalkan oleh Kementerian pendidikan. b. Boleh dibeli dalam pasaran. c. Boleh dibuat oleh guru dan pelajar. d. Boleh didapati dengan percuma. 3. Bahan pengajaran dan pembelajaran itu perlu diurus dengan baik dengan: a. Menggredkan bahan itu mengikut tahun dan kebolehan pelajar. b. Menyusun dan menyimpan bahan itu di tempat yang sesuai. c. Mengadakan sistem klasifikasi, sistem katalog, sistem pinjaman dan sistem merekod yang baik.

30

14.2.2 Pendekatan Masteri dalam perlaksanaan proses pengajaran pembelajaran Contoh Rancangan Pengajaran Harian Hari Tarikh Masa Tajuk : Isnin : 23 Januari 2011 : 20 minit : Mengenal nombor 1-10 (Kotak Misteri) : Awal Sains Dan Matematik : 7.1 Memahami nombor 1-10

Tunjang Utama Standard Kandungan

Standard Pembelajaran Utama : (ST 7.1.7 ) Membilang secara menaik 1-10 dan menurun 110 Standard Pembelajaran Lain Yang Disepadukan : (PSE 1.1.8) Menulis nombor 1-10 mengikut cara yang betul

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran murid-murid dapat : 1) Mengenali nombor 1-10 dengan urutan yang betul 2) Menyebut nombor 1-10 dengan tepat 3) Memadankan nombor 1-10 dengan bilangan gambar dengan tepat Peralatan dan Bahan : 1) Papan putih 2) Kad nombor 3) Kad gambar 4) Jeli 5) Kotak kecil Nilai-nilai murni : 1) Bekerjasama 2) Tolong menolong 3)Sabar

31

Langkah Masa Set Induksi (3 minit)

/ Isi Pelajaran

Strategi

Aktiviti

Pengajaran

&

Pembelajaran Aktiviti Kotak 1) Guru meminta murid meneka apa yang ABM : kotak Misteri terdapat dalam kotak misteri kecil Jeli

2) Guru meminta beberapa orang murid Nilai : Sabar datang kehadapan untuk melihat apa yang terdapat dalam kotak tersebut tanpa

memberitahu lagi kepada rakan-rakan yang lain. 3) Guru mengeluarkan dan menunjukkan jeli yang terdapat di dalam kotak itu, serta meminta murid mengira jeli tersebut bersama guru

Langkah 1 (3 minit)

Aktiviti Padan

Suai 1) Guru menampal kad nombor 1-10 di ABM papan putih gambar,

Kad Kad

2) Guru memanggil beberapa orang murid nombor, Papan ke hadapan kelas putih :

3) Guru memberi kad gambar kepada Nilai murid dan meminta murid mengira gambar keberanian,

yang terdapat dalam kad tersebut dan keyakinan diri, padankan kad gambar dengan nombor baik hati yang betul Objektif Murid mengenal nombor 1-10 Langkah 2 (5 minit) Aktiviti Padan Berkumpulan Suai 1) Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan 2) Guru memberi satu sampul yang berisi kad nombor 1-10 dan kad gambar kepada setiap kumpulan 3) Guru meminta murid menyusun nombor
32

: dapat

1-10 yang terdapat dalam sampul mengikut urutan serta mengira bilangan gambar yang terdapat dalam kad gambar dan

memadankan dengan nombor yang sesuai.

Langkah 3 5 minit

Lembaran kerja

1) Guru memberi latihan bertulis kepada murid iaitu latihan suai padan nombor 1-10 dengan bilangan gambar

Penutup Aktiviti Penamat (4 minit)

/ Aktiviti Pengukuhan

1) Guru menunjukkan kembali kad nombor ABM 1-10 tanpa mengikut urutan dan meminta nombor murid menyebut nombor tersebut secara Nilai: beramai-ramai.

Kad

Kerjasama

Refleksi ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________

33

a) Perkaitan dengan Tunjang

Perkaitan di antara konsep pembelajaran masteri dengan tunjang-tunjang yang terdapat dalam kurikulum prasekolah dapat dilihat contohnya dalam tunjang matematik. Bersesuaian dengan konsep pembelajaran masteri di mana murid seharusnya menguasai sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keseluruhan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang dijalankan. Daripada contoh rancangan pengajaran harian di atas, guru telah menggunakan dua kaedah iaitu kaedah berpusatkan murid dan berpusat bahan di mana contoh aktiviti yang telah dilaksanakan bagi memberi pengetahuan serta kefahaman kepada murid mengenai nombor satu hingga nombor sepuluh ialah aktiviti bersoal jawab, pembelajaran kooperatif dan membuat latihan di dalam kelas. Untuk memastikan murid menguasai pengiraan nombor satu hingga nombor sepuluh, guru hanya mengajar nombor yang sama daripada bermulanya pelajaran iaitu set induksi sehinggalah penutup. Melalui pembelajaran masteri murid dapat memberi tumpuan untuk menguasai sepuluh nombor tersebut sahaja tanpa dikelirukan dengan nombor-nombor yang lain. Kaedah ini akan lebih membuatkan murid mengingati serta memahami apa yang dipelajari dalam masa yang sepatutnya. Selain itu, terdapat tunjang-tunjang lain yang dapat disepadukan sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Antaranya ialah tunjang ketrampilan diri dan sosioemosi, di mana murid dapat mempamerkan rasa gembira apabila dapat melihat apa yang terdapat di dalam kotak misteri. Dalam pada itu, murid-murid juga dilihat begitu sabar menunggu apa akan dikeluarkan oleh guru daripada kotak misteri walaupun sifat ingin tahu mereka sangat tinggi. Bagi tunjang bahasa dan komunikasi pula ia dapat dilihat apabila murid berinteraksi sesama mereka dengan bertanya pendapat rakan-rakan yang lain mengenai barang yang terdapat dalam kotak misteri semasa guru meminta mereka meneka. Sikap positif seperti bekerjasama menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru juga telah ditunjukkan oleh murid dalam aktiviti menyusun dan suai padan kad nombor dan dan kad gambar. Sikap kerjasama ini ialah salah satu nilai yang ada dalam tunjang kerohanian, sikap dan nilai iaitu serta pendidikan moral. Semasa aktiviti suai padan, murid dapat mengembangkan lagi motor halus mereka melalui cara mereka memegang pensil dan menulis pada lembaran kerja yang di berikan. Perkembangan ini adalah salah satu yang terdapat dalam tunjang perkembangan fizikal, dan estetika. Pergaulan murid yang berlainan bangsa semasa aktiviti pembelajaran kooperatif dijalankan dapat memberi

34

kelebihan kepada setiap ahli dalam kumpulan untuk mengenali rakan mereka yang berbangsa lain semasa menyelesaikan tugasan yang diberi guru.

b) Kaitkan dengan penyediaan dan penggunaan bahan bantu mengajar Penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran adalah penting untuk pembelajaran masteri kerana pelajaran akan lebih menarik dan menyeronokkan dengan adanya pelbagai bahan-bahan. Hal ini akan membuatkan pelajar dapat memahami dan mengingat apa yang diajar. Antara bahan bantu mengajar yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di atas ialah untuk bahan bercetak guru menyediakan lembaran kerja sebagai latihan kepada murid-murid, terdapat juga bahan visual seperti kad imbasan nombor, kad

imbasan gambar, jeli dan kotak misteri. Antara contoh bahan pengajaran dan pembelajaran adalah : i. Contoh Papan Putih : Guru menampal kad imbasan nombor dan kad imbasan gambar di papan putih semasa aktiviti memperkenalkan nombor satu hingga sepuluh dan aktiviti suai padan nombor dan gambar.

35

ii.

Kotak Misteri : Guru menggunakan kotak misteri ini untuk menyembunyikan sepuluh biji jeli. Kemudian guru memanggil beberapa orang murid untuk melihat apa yang terdapat di dalam kotak ini.

iii.

Jeli : Guru menggunakan jeli sebagai alat untuk merangsang murid terhadap aktiviti pembelajaran, contohnya menyembunyikan jeli terlebih dahulu di dalam kotak kemudian mengeluarkan jeli dan mengira berapa jeli yang terdapat dalam kotak tersebut

36

iv.

Contoh Kad Imbasan Nombor dan Kad Imbasan Gambar : Guru menggunakan kad ini semasa aktivti memperkenalkan nombor kepada murid. Selain itu guru juga menggunakan kad yang mempunyai gambar supaya murid dapat mengira berapa gambar yang terdapat di dalam kad dan suai padan dengan nombor yang betul. Keduadua kad ini akan dapat membantu murid memahami lagi konsep nombor.

ENAM

c) Kaitkan dengan aktiviti pelajar i. Meningkatkan interaksi sosial sesama rakan-rakan Interaksi ini wujud ketika murid-murid diminta oleh guru menyiapkan tugasan dalam kumpulan iaitu memadankan nombor dengan gambar. i. Meningkatkan kefahaman murid terhadap konsep-konsep matematik yang asas ii. Murid-murid dapat mengenal dan mengira nombor-nombor yang asa 1-10

Menigkatkan kemahiran mengajar Menggunakan kotak misteri sebagai bahan untuk menarik minat pelajar untuk meneka apa yang terdapa di dalam kotak tersebut

iii.

Meningkatkan tahap kepekaan nombor Apabila nombor ditunjukkan secara rawak, murid-murid dapat menyebut nombor tersebut
37

iv.

Menigkatkan keupayaan mengira secara mental (menggunakan teknik mental computation) Aktiviti memadankan nombor dengan gambar, tugasan kumpulan yang diberikan oleh guru.

v.

Meningkatkan keyakinan diri Murid-murid dapat menigkatkan keyakinan diri apabila mereka diminta datang ke depan untuk memadankan nombor dengan perkataan di papan putih.

14.3

Langkah 3 : Penilaian

14.3.1 Menilai dengan ujian diagnostic, formatif dan sumatif a. Mengesan pencapaian murid b. Mengenal pasti jenis murid c. Mengesan sama ada HP telah dikuasai atau belum d. Mengenal pasti sebab kelemahan murid dalam sesuatu unit pembelajaran e. Menentukan aktiviti pengayaan atau pemulihan f. Menentukan keberkesanan kaedah p&p

Langkah Pembinaan ujian

Aktiviti -Tentukan HPM -Bina/pilih item atau alat ujian - Bina JPU - Sediakan skema jawapan dan analisis -Tadbir ujian -Periksa respons dan tentukan penguasaan murid -Buat analisis terhadap respons -Rekod pencapaian murid -Sedia laporan -Sampai laporan

Pentadbiran ujian Pemprosesan ujian

Pelaporan

38

14.3.2 Menilai prestasi pelajar melalui ujian sumatif.

Dalam melaksanakan pembelajaran masteri, kita mungkin menghadapi pelbagai masalah dan tiada penyelesaian yang tepat dapat diberi untuk mengatasi masalah itu. Kita juga digalakkan mengatasi masalah itu melalui pembelajaran koperatif dengan rakan-rakan sejawat dalam panitia mata pelajaran. Pada mulanya kita mungkin mengambil masa yang panjang untuk pelajar itu menguasai sesuatu perkara akan tetapi,dalam masa jangka panjang dan dengan bertambahnya pengalaman kita, masa untuk mencapai pembelajaran masteri dapat dipendekkan.

14.4.1 Langkah 4 : Menjalankan aktiviti pemulihan dan penggayaan

14.4.2 Pemulihan i. Guru asingkan murid-murid yang tidak dapat mengira 1-10 kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 2 orang. ii. Berikan kad gambar yang melibatkan operasi matematik aras rendah yang lebih mudah kepada murid yang agak lemah. Contohnya 1-10 iii. Guru perlu ulang semula sesi pembelajaran kepada murid yang tidak dapat mengira 1-10. iv. Guru perlu pelbagaikan aktiviti murid-murid, contohnya agihkan

lembaran kerja dan tunjukkan nombor 1-10 secara rawak untuk melihat tahap kefahaman dan kebolehan mereka mengenal nombor. v. Guru perlu merekodkan tahap kebolehan mereka untuk meletakkan mereka bersama-sama dengan murid yang telah dapat mengira 1-10 14.4.3 Pengayaan i. Untuk murid-murid yang dapat mengira 1-10, tingkatkan lagi kebolehan mereka dengan mengajar nombor 11-15 ii. Selain itu juga, guru membahagikan kumpulan murid secara rawak, berikan kad-kad gambar kepada mereka secara rawak atau guru menyuruh mereka memilih sendiri nombor yang mereka suka. iii. Tingkatkan lagi kefahaman mereka dengan memberikan lembaran kerja no 1-15

39

15.0

Kesimpulan Pendekatan Masteri Penggunaan kaedah atau aktiviti p&p yang berkesan dan bahan p&p yang sesuai adalah penting dalam pembelajaran masteri. Untuk menjayakan pembelajaran masteri, guru harus menyayangi pelajar, mencintai mata pelajaran yang guru mengajar, merasa yakin tentang kebolehan pelajar, selalu merangsang mereka, mempunyai sikap proaktif dan menyelesaikan masalah. Pelajar berbeza dalam gaya pembelajaran seperti pelajar visual, lisan atau kinestetik dan guru harus menggunakan kaedah yang melibatkan visual, lisan dan kinestetik. Guru harus mengambil kira unsur-unsur gaya pembelajaran yang terdapat dalam pelbagai model gaya pembelajaran seperti Sistem 4MAT dan Model Dunn dan Dunn. Terdapat banyak kaedah atau aktiviti p&p yang berpusatkan kepada guru dan berpusatkan kepada pelajar dan setiap kaedah atau aktiviti itu mempunyai kelebihan dan kekurangan. Tiada satu kaedah atau aktiviti p&p yang berbaik tetapi yang dicadangkan untuk pembelajaran masteri ialah yang menarik serta menyeronokkan dan yang berpusatkan kepada pelajar. Guru harus juga menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dengan memberi tugasan, projek atau masalah untuk pelajar belajar secara pasangan, kumpulan atau kelas. Anda harus menggunakan bahan p&p yang sesuai supaya pembelajaran lebih berkesan. Dalam p&p guru harus menyerapkan nilai-nilai murni walaupun penguasaanya mengambil masa yang panjang. Dalam pembelajaran masteri guru digalakkan mencuba pelbagai kaedah mengajar, langkah-langkah pengajaran dan bahan p&p yang akan membantu pelajar menguasai apa yang mereka belajar.

40

Bibliografi

Pendidikan Masteri. Diperoleh pada Februari 20, 2011daripada http://www.scribd. com/doc/49437816/Pendekatan-masteri

Pendekatan dan Kurikulum dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak (2009). Diperoleh pada Februari 23, 2011 daripada http://www.scribd.com/doc/22876051/Tugasan-HBPSSept-2009-1

Pengajaran Dan Pembelajaran Ke Arah Pembelajaran Masteri. Diperoleh pada Februari 20, 2011 daripada http://www.teachersrock.net/masteri3.htm

Rizalman (2004). Pembelajaran Masteri. Diperoleh pada Februari 20, 2011 daripada http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/RIZALMANBP010143D200 4TTP.pdf

Zurida Ismail, Sharifah Norhaidah Syed Idros dan Maznah Ali ( 2003). Pendidikan Sains Prasekolah. Pahang: Pts Publications dan Distributor Sdn. Bhd.

41

You might also like