You are on page 1of 4

Berikut adalah ciri-ciri teknikal presentation yang baik yang perlu anda titik beratkan sewaktu persediaan pembentangan.

1. Pemilihan jenis huruf Ini adalah sangat penting supaya semua orang yang berada dalam dewan dapat melihat dengan jelas tulisan yang digunakan untuk menyampaikan poin anda. Jika anda tidak tahu font mana untuk dipilih, pilih saja font Arial yang biasa digunakan. Jangan gunakan font 2. Warna Warna memainkan peranan yang sangat penting untuk pendengar anda melihat dengan jelas perkataan, ayat dan poin yang anda bentangkan. Kesalahan yang biasa dilakukan adalah apabila pembentang cuba menggunakan warna-warna fancy yang kononnya ingin menjadikan pembentangan mereka lain daripada yang lain. Namun kaedah ini hanya menjadikan keadaan pembentangan anda lebih teruk . Contohnya, ada yang menggunakan latar belakang hitam dengan tulisan merah. Ini menjadikan pendengar sakit mata melihatnya. Anda boleh menggunakan sedikit sebanyak warna lembut untuk latar belakang, namun pastikan tulisan anda adalah jelas dan kontra dengan warna latar belakang. Tip mudah untuk memilih warna adalah menggunakan warna background putih dengan tulisan hitam. Sentiasa ingat, anda tidak akan mendapat markah lebih hanya kerana anda menggunakan warna yang fancy. Tidak ada markah tambahan di sini, ambil saja jalan selamat. 3. Power point Power point digelar power point adalah kerana ia untuk poin dan bukan untuk meletakan karangan. Ramai pembentang membuat kesalahan dengan meletakkan seluruh perenggan yang ada dalam modul atau kertas kerja dalam power point. Ini adalah kesalahan yang besar. Orang melihat kepada slides anda untuk melihat point dan mengharapkan anda akan menghuraikan serta menerangkan setiap poin tersebut. Pilih hanya poin yang terbaik untuk diletakkan di slides anda. Anda juga boleh mengadakan poin-poin ini dalam bentuk diagram / mind map. Namun jika anda tidak pandai melukis diagram, kekalkan dalam bentuk point biasa dalam 5-7 patah perkataan bagi setiap poin. Hanya maksimum 5 poin sahaja dalam satu-satu slides. 4. Penerangan Setelah membuat point, anda perlu menerangkan setiap point ini dengan kaedah berikut

a. Baca point yang diletakkan di atas slides (satu poin pada satu masa) b. Definisikan atau ulas maksud poin tersebut dalam satu ayat c. Huraikan poin tersebut dengan 3-5 ayat. d. Berikan satu contoh ringkas atau cerita menarik berkenaan poin itu. 5. Memberi Contoh dan Bercerita Memberi contoh penting supaya pendengar dapat membayangkan dan memahami point yang disampaikan. Satu lagi kaedah yang berkuasa adalah bercerita. Kita sebagai manusia sudah terlatih sejak dari kanak-kanak untuk seronok mendengar cerita dan pengalaman orang lain. Jadi sewaktu berada di langkah (d) seperti di atas, terangkan mengenai satu kisah menarik mengenai poin tersebut. Anda boleh ceritakan sesuatu dari pengalaman anda, pengalaman orang lain, kisah yang berlaku dalam masyarakat ataupun kisah dongeng dan rekaan. Asalkan ia berkaitan dengan poin dan memberikan pendengar satu bayangan yang jelas mengenai apa yang anda terangkan. 6. Penggunaan Gambar, Video dan Diagram Penggunaan gambar juga boleh memainkan peranan yang penting dalam pembentangan. Namun gambar yang dipilih perlu menarik dan menyampai mesej yang jelas kepada pendengar. Jangan gunakan gambar yang boleh menganggu orang yang melihat pembentangan anda seperti gambar mayat, gambar orang dibedah atau gambar wanita separuh bogel. Penggunaan Video pula pastikan ia dari 2 minit dan maksimum 3 minit. Video yang terlalu lama akan membuatkan pendengar bosan dan ini akan mengakibatkan mereka mula memikirkan mengenai hal lain dan anda gagal untuk meletakkan mereka dalam fokus yang anda mahukan. Pendengar di sini untuk mendengar anda bercakap dan bukan di panggung wayang untuk menonton video. Penggunaan Diagram atau peta minda juga baik. Namun tak boleh ada lebih dari 5 point dalam peta minda tersebut. Jika peta minda anda mempunyai point yang lebih dari itu, ia menjadikan pendengar sukar untuk mengingati dan memahami poin anda.

5 kesalahan perlu dielakkan semasa membuat Power Point:

1. Terlalu banyak maklumat -Tidak perlu tulis semua perkara yang ingin dicakap, sebaliknya hanya isi penting sahaja -Jangan letak semua isi dalam satu slide sahaja, gunakan pelbagai slide -Dalam satu slide, pastikan isinya berkaitan antara satu sama lain. Yang tidak berkaitan diletakkan di slide yang lain. Komunikasi yang berkesan ialah mengetahui apa yang patut dibuang. -Elakkan menulis nama, logo, slogan, atau apa-apa sahaja benda tempelan yang berulang pada setiap slide. Cukup lah sebut sekali sahaja. 2. Kurang visual (gambar/rajah dsb) -Cari masa mengoogle gambar yang sesuai dan menarik -Elakkan guna clipart -Pastikan orang paling belakang di dewan dapat melihat gambar tersebut 3. Kualiti yang teruk -Guna gambar yang jelas yang sesuai kualiti dengan saiznya -Guna font yang jelas, kemas, dan menarik 4. Serabut -Pastikan susunan idea tersusun -Pastikan jarak dan susunan antara perkataan atau imej adalah kemas dan sesuai serta tidak terlalu padat -Gunakan warna, gambar, dan susunan yang konsisten setiap slide -Warna dan gambar perlu selaras dan mengikut tema dan skema tertentu 5. Kurang persediaan -Pastikan guna masa mencukupi untuk menyediakan slide Power Point
Rujukan:

Desjardins, Jesse. http://www.slideshare.net/JesseDee/you-suck-at-powerpoint

You might also like