You are on page 1of 5

Transformasi kurikulum

kebangsaan dilaksanakan sebagai usaha menyusun semula dan

menambah baik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) sedia ada.Transformasi kurikulum adalah untuk memastikan semua dibekalkan dengan pengetahuan,

kemahiran dan nilai yang relevandengan keperluansemasa bagi menghadapi cabaran abad ke21. Kurikulum transformasi ini dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).KSSR digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta mengekalkan prinsip-prinsip KBSR. KSSR merupakan penambahbaikan dalam aspek reka bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran,

bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. KSSR jugadiperkenalkan untuk menangani isuisu pendidikan seperti kepadatan jadual waktu, bilangan matapelajaran yang banyak serta keterlaluan penekanan kepada kecemerlangan akademik. KSSR member penekanan kepada pembelajaran menyeronokkan, pengurangan bilangan matapelajaran, serta member perhatian kepada pentaksiran berasaskan sekolah. Murid juga digalakkan meningkatkan penglibatan dalam kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah. Penghayatan serta pengukuhan nilai seperti perpaduan, alam sekitar dan patriotism juga diberi tumpuan. Fokus juga diberikan kepada penguasaan kernahiran membaca, menulis dan mengira.(3M) dan kemahiran yang keempat iaitu kemahiran menaakul. KSSR juga memastikan murid berupaya menguasai kemahiran nilai tambah seperti kreativiti dan inovasi, keusahawanan, dan kemahiran

Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK).Selain itu murid juga boleh berkomunikasi dalam pelbagai bahasa, beretika, mempunyai keyakinan diri, bersikap patriotik, menghayati dan mengamalkansemangat perpaduan dan cintakan negara.Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan kurikulum yang dinamik dan digubal bagi memastikan anak didik di sekolah dibekalkan dengan ilmu yang relevandengan keperluan dan cabaran abad ke- 21.

PERBEZAAN KBSR DAN KSSR Di antara perbezaan KBSR dan KSSR ialah : a) Reka bentuk kurikulum KBSR adalah berasaskan tiga bidang sahaja iaitu komuikasi,manusia dan alam sekeliling serta perkembangan individu.Manakala KSSR pula reka bentuk kurikulum berasaskan enam tunjang yang terdiri dari komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, perkembangan fizikal dan estetika, sains dan teknologi serta ketrampilan diri. b) Bahan kurikulum KBSR adalah SukatanPelajaran. Manakala bahan kurikulum bagi KSSR adalah Dokumen Standard Kurikulum. c) Reka bentuk kurikulum KBSR adalah Linear tetapi rekabentuk kurikulum bagi KSSR pula berbentuk Modular. d) Organisasi kurikulum KBSR bagi tahap 1(1,2dan 3) meliputi matapelajaran teras,wajib dan tambahan.Manakala bagi tahap II (4,5 dan 6) pula matapelajaran teras, wajib dan tambahan.Bagi organisasi kurikulum KSSR tahap 1(1,2 dan 3) pula mengandungi Modul Teras Asas, Modul Teras tema dan modul Elektif. Untuk Tahap II (4,5dan 6) pula Mata pelajaran Teras dan Elektif. e) Elemen KBSR berfokuskan Memahiran berfikir secara Kritis dan Kreatif. Manakala elemen KSSR pula ialah Kreativiti dan inovasi, Keusahawanan serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) secara eksplisit. f) KBSR berfokuskan kepada 3M (Membaca, Menulis dan Mengira. KSSR pula lebih berfokuskan kepada 4M (Membaca,Menulis danMenaakul).

Transformasi

kurikulum

persekolahan

merupakan

usaha

menyusunsemula dan menambahbaik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21.Dalam proses transformasi kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membuat penanda aras dengan kurikulum Negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan standing dengan pendidikan global. Melalui trasformasi kurikulum, Kurikululum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkukuh serta ditambah baik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). KBSR telah disemak semula bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa.

Pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menggunakan modul yang akanmenggantikanbuku teks oleh itu guru-guru telah dan sedang dilatih untuk KSSR. Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalambahasaMelayu dan bahasaInggeris. Pendekatan teknik P&P akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.

KESIMPULAN: Dunia pendidikan sekarang mengalami perkembangan yang sangat dinamik dalam arus globalisasi. Perkembangan ini juga menuntut perubahan dalam kurikulum.Seiring dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil inisiatif untuk menyemak dan melakukan penambahbaikan kurikulum.Tujuannya adalah bagi meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih releven dengan cabaran masa ini dan abad ke 21. Untuk menjayakanhasrat Kementerian Pendidikan, guru haruslah memainkan peranan yang penting bagi

mengupayakan pengajaran dan pembelajaran supaya lebih berkesan. Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripadasemua pihak termasuk penggubal dasar, pengurus kurikulum, ibubapa serta pihak berkepentingan. Matlamatnya adalah untuk memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, serta penerapan nilai.murni.Kurikulum ini dikajisemula adalah bagi memastikan kurikulum yang holistic dan sentiasa relevan bagi melahirkan modal insane seimbang yang dapat menangani cabaran dan masa depan.

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN DAN BAHASA MODEN KOLEJ SASTERA DAN SAINS UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SGRA3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH TAJUK: PERSAMAAN DAN PERBEZAAN UTAMA ANTARA KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR) DAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

DISEDIAKAN OLEH: 210160 ISMA RAHAYU BINTI ISMAIL 210157 AZLINA BT SHAFFI 210167 HAZIYAN BT ABDULLAH

DISEDIAKAN UNTUK : ENCIK MOHD ROSLI B. ABDUL RAHMAN

You might also like