You are on page 1of 2

TAMAN SAINS

Satu tapak di kawasan sekolah yang membolehkan aktiviti pengajaran atau pembelajaran sains melalui kajian terancang dipraktikkan

Taman artificial yang ditanam aneka tanaman hias dan pelindung untuk mengindahkan dan menghijaukan di perkarangan sekolah

DEFINISI

Taman sains

TUJUAN

Mendedahkan matapelajaran sains kepada pelajar secara amali dalam persekitaran sekolah

Mewujudkan tempat pengajaran atau pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan serta membantu mempelbagaikan kaedah atau sumber pengajaran

Membimbing pelajar membuat kajian sains dan sekali gus memupuk semangat mencintai hidupan alam sekitar.

Mewujudkan kawasan rekreasi dan menceriakan lagi kawasan sekolah sesuai dengan konsep "sekolah dalam alam".

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Satu aktiviti sokongan yang membolehkan pelajar memerhati apa yang mereka telah belajar dalam situasi sebenar.

Pelajar dapat mengumpul maklumat secara langsung dan guru boleh mengajar sesuatu yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam bilik darjah

DEFINISI

Lawatan sambil belajar

TUJUAN

Meningkatkan pemahaman sesuatu konsep kerana pengalaman secara langsung

Menggalakkan penggunaan pelbagai deria dan ini membawa kesan kepada pembelajaran

Memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati perkaitan antara bahan maujud dan proses-proses yang berlaku

Menggalakkan pelajar untuk mengaitkan pengalaman diluar bilik darjah dengan pembelajaran kandungan disekolah

Menggalakkan pembelajaran eksperential dan lebih menyeronokkan kerana perbincangan bermakna bermakna berlaku dalam proses mengumpul maklumat.

Memberi peluang pelajar mengalami situasi sebenar dan ini akan mengekalkan ingatan pelajar terhadap perkara-perkara yang diajar

You might also like