You are on page 1of 1

70 TIPS MENCAPAI KEJAYAAN 70 TIPS MENCAPAI KEJAYAAN 1.

BIARKAN IA BERLALU Sebelum mencipta masa depan yang lebih baik, anda mesti lupakan segala keperitan dan kegagalan yang lepas. Sekali jatuh tidak semestinya anda akan terus jatuh. Elakkan anda jatuh di tempat yang sama berulang kali. Belajar daripada sejarah tetapi jangan jadikan ia sebagai halangan kepada diri untuk mencapai cita-cita. 2. KENANG BALIK KEJAYAAN LEPAS Kenang balik kejayaan demi kejayaan yang dikecapi sebelum ini walupun ia tidak sebesar mana. Belajar daripada kejayaan lepas sama pentingnya sepertimana anda belajar daripada kegagalan lepas. Walaupun anda bukan orang hebat tapi jangan padamkan kejayaankejayaan yang lalu dalam hidup anda. Ia adalah fakta bahawa anda sebenarnya boleh mencapai cita-cita anda. 3. IA TIDAK MUSTAHIL Mencapai apa yang anda inginkan dalam hidup adalah tidak mustahil. Sematkan apa yang diinginkan dalam hati tapi dalam masa yang sama semarakkan ia juga dalam minda. Terima hakikat yang anda boleh cipta kehidupan yang lebih baik. Keyakinan kepada hakikat ini menjadi batu loncatan untuk mencapai matlamat anda. 4. BERCITA-CITA BESAR Supaya ia mendorong dan membakar semangat anda untuk bertindak dan mencapai kejayaan, anda mesti bercita-cita besar. Jika anda tidak bersungguh tentang apa yang telah anda rancang untuk masa depan anda, anda tidak akan menemui inspirasi yang diperlukan untuk mengubah hidup anda. 5. Fikirkan Langkah Untuk Berubah

Wan Muhamad Azan W.Jaafar Jabatan Pelajaran Pahang

You might also like