You are on page 1of 2

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PARAS 5, BLOK J (SELATAN) PUSAT BANDAR DAMANSARA 50604

KUALA LUMPUR

Telefon : 03-2556900 Fax : 03-2535150 Kawat : PELAJARAN

Ruj. Tuan : Ruj. Kami : KP(BS)8591/Jld.VIII / (37) Tarikh : 3 September 1996

Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y.Bhg. Dato/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1996 : Pelaksanaan Kuasa Disiplin dan Hukuman Di Sekolah
Saya ingin membawa kepada pengetahuan Y.Bhg. Dato/Tuan/Puan bahawa ada sebilangan Pengetua dan Guru Besar, yang enggan atau lewat menjalankan kuasa disiplin di sekolah, khususnya dalam mengenakan hukuman kepada murid-murid yang terbukti bersalah melakukan kesalahan-kesalahan berat. Terdapat laporan di mana muridmurid yang bertindak seperti samseng dibiarkan begitu sahaja sehingga murid-murid lain yang menjadi mangsa merasa teraniaya, tanpa pembelaan daripada Guru Besar dan Pengetua. Hal seperti ini boleh merosakkan kepercayaan dan keyakinan murid terhadap guru dan sekolah serta tidak membantu membentuk sikap, nilai dan akhlak murid melalui pelaksanaan disiplin yang baik. 2. Perlu ditegaskan bahawa Pengetua dan Guru Besar adalah orang yang bertanggungjawab ke atas disiplin dan bagi maksud itu, mempunyai kuasa ke atas guruguru dan murid-murid. Di dalam melaksanakan kuasa disiplin, undang-undang telah meletakkan kuasa mutlak kepada Pengetua dan Guru Besar untuk memilih hukuman yang sesuai setimpal dengan kesalahan yang dilakukan, adil dan tegas. Hukuman hendaklah dikenakan supaya dapat memberi kesan mencegah bukan sahaja kepada mereka yang melakukan kesalahan itu sendiri supaya mereka tidak mengulangi kesalahan ini, tetapi juga kepada mereka yang berkemungkinan melakukan kesalahan yang serupa. 3. Sila tegaskan kandungan surat pekeliling kepada semua Pengetua dan Guru Besar di negeri Y.Bhg. Dato/Tuan/Puan. Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

(TAN SRI DATUK DR. WAN MOHD ZAHID BIN MOHD NOORDIN) Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

s.k

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Y.B. Datuk Seri Mohd Najib b. Tun Haji Abdul Razak Menteri Pendidikan Malaysia Y.B. Datuk Haji Mohd. Khalid b. Mohd. Yunus Timbalan Menteri Pendidikan Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn Timbalan Menteri Pendidikan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia Ketua Unit Perhubungan Awam Kementerian Pendidikan Malaysia

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

You might also like