You are on page 1of 5

1.

PENDIDIKAN PEMBANGUNAN LESTARI

Definisi mudah bagi Pendidikan Pembangunan lestari atau dikenali sebagai Education for Sustainable Development (ESD) ialah proses yang menekankan kepada keperluan pemikiran holistik, pendekatan bersepadu dan berdisiplin untuk membangunkan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan yang lestari serta perubahan dalam nilai, tingkahlaku dan gaya hidup individu (The Earth Charter, 2012). Pengertian lain bagi ESD ialah pembangunan yang dilaksana untuk menghindari pelupusan sumber dan memastikan kerosakan minimum ke atas alam semulajadi dimana penekanan diberikan kepada keseimbangan antara memenuhi keperluan manusia dengan keupayaan sistem semulajadi untuk membekalkan produk dan perkhidmatan. Dunia pendidikan itu sendiri terlalu luas termasuk pendidikan sains, pendidikan teknik dan vokasional, pendidikan keagamaan dan lain-lain. Konsep pembangunan lestari muncul ekoran daripada kesedaran tentang kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan sumber alam sekitar. Pendidikan untuk pembangunan lestari ialah satu misi pendidikan yang mencari keseimbangan di antara kesejahteraan manusia dan perkembangan ekonomi bersama tradisi budaya serta penghormatan terhadap sumber semulajadi. Pendidikan untuk pembangunan lestari adalah luas dan menuntut usaha sepanjang hayat. Pembelajaran ini diperlukan oleh manusia untuk membaiki dan mengekalkan kualiti kehidupan sekarang dan generasi akan datang. Menurut UNESCO (2012), ESD adalah pendidikan yang mengetengahkan perkaraperkara berikut. Antaranya 1) mensyukuri dan memelihara pencapaian masa lalu 2) menghargai keajaiban dan kekayaan bumi serta makhluknya 3) hidup dalam dunia di mana semua orang mempunyai makanan yang mencukupi untuk kehidupan yang sihat dan proaktif 4) menilai, menjaga dan memulihkan bumi dan persekitarannya 5) mewujudkan dan menikmati bumi yang lebih selamat, baik dan adil serta 5) menjadi rakyat yang penyayang dimana menjalankan hak dan tanggungjawab mereka secara adil. Kata lain ialah ESD sebagai satu misi pendidikan untuk mencari keseimbangan antara kesejahteraan manusia dan perkembangan ekonomi bersama tradisi budaya serta penghormatan terhadap sumber semulajadi dan alam sekitar.

norelyaniabdullah@yahoo.com

Kunci untuk menggerakkan masyarakat ke arah kelestarian adalah melalui pendidikan dan latihan. ESD membuktikan bahawa penjagaan alam sekitar juga boleh diterapkan kepada kanak-kanak melalui medium pendidikan pada awal permulaan, diteruskan kepada pendidikan teknik dan vokasional yang merupakan antara elemen yang dekat dengan ESD dimana teknologi dan kemahiran-kemahiran yang berkaitan apabila dilaksanakan perlu mengambil berat mengenai persekitaran agar bumi yang baik ini tidak hanya dilimpahkan dengan kemajuan semata tanpa menghiraukan nilai-nilai lestari itu sendiri. Sekali lagi, ESD adalah bertujuan menyediakan peluang kepada individu untuk menggarap nilai, kecekapan, pengetahuan dan kemahiran yang membolehkan mereka menyumbang kepada masa depan yang berperikemanusiaan, adil, berdaya maju dan lestari dari aspek ekologi (UNESCO, 2009). Oleh yang demikian Decade for Education for Sustainable Development - DESD tahun 2005 hingga 2014 (selama 9 tahun) telah diistiharkan oleh UNESCO bagi pendidikan untuk pembangunan lestari dalam menangani impak pembangunan negatif. Walaubagaimanapun tidak adil jika dikatakan ESD ini hanya boleh diaplikasikan dengan pendidikan dan latihan semata-mata. Ia tidak harus dilihat secara sempit dimana ia perlu dimasukkan secara formal dalam pendidikan dan latihan ditempat kerja sebaliknya ESD ini ialah proses pengajaran dan pembelajaran melalui pemahaman dan orientasi ke arah pembangunan lestari yang boleh ditemui dalam masyarakat asalakan mereka

mengamalkannya dan merupakan pembelajaran sepanjang hayat (McKeown, 2002).

norelyaniabdullah@yahoo.com

2.0

PENDIDIKAN TEKNIK DAN PEMBANGUNAN LESTARI

VOKASIONAL

DAN

PENDIDIKAN

Pendidik dilihat sebagai individu yang mampu membantu menerapkan elemen lestari dalam diri pelajar teknik dan vokasional. Mereka bukan sahaja menerapkan elemen teknologi dan kemahiran, malah lebih positif terhadap idea penerapan pendidikan alam sekitar yang merentas kurikulum dewasa ini. Banyak kurikulum baru yang mengetengahkan pembangunan lestari atau mampan sebagai salah satu modul pendidikan. Universiti serta institusi kemahiran antara yang memainkan peranan besar dalam Pendidikan Pembangunan Lestari atau Education for Sustainable Development (ESD) dalam kurikulum merentasi kursus-kursus sedia ada. UKM antara yang membuktikan komitmen mereka terdahap ESD dengan mengemukakan Pelan Induk Kampus Lestari atas kesedaran bahawa Malaysia perlu berusaha untuk membangunkan dasar, polisi dan kerangka yang bukan sahaja boleh melestarikan alam sekitar, ekonomi, social dan budaya di Negara ini, bahkan membangunkan sektor penyelidikan dan pembangunan, inovasi dan pengeluaran teknologi yang mesra alam (Azroai, 2008). Masalah-masalah seperti penggunaan tenaga yang tidak efisien, pembaziran air, peningkatan pencemaran, pencabulan hak asasi manusia, penggunaan berlebihan, kenderaan persendirian dan sebagainya merupakan perkara yang perlu ditangani secara efisien oleh semua individu dimana visi ESD adalah untuk membudayakan masyarakat untuk memikul tanggungjawab untuk mencipta masa depan yang berterusan dimana komponen ESD yang perlu diberi perhatian antaranya 1) masyarakat iaitu kesedaran yang perlu dipikul mengenai alam dan persekitarannya, 2) persekitaran alam contohnya kebersihan, kepenggunaan sumber dll 3) ekonomi dan 4) budaya masyarakat iaitu kesedaran mereka. Contoh yang sangat mudah dan boleh ditafsirkan oleh semua individu ialah aspek menyeimbangkan alam dengan mengurangkan penebangan pokok untuk menghasilkan kertas, sebaiknya menggunakan kertas yang dikitar semula untuk menjimatkan sumber alam. Perkara yang sangat ringkas untuk difahami tetapi amat sukar untuk dilaksanakan tanpa adanya pendidikan dan kesedaran dalam diri. Oleh yang demikian, ESD yang heboh diperkatakan antara pendekatan yang mampu membantu pelajar teknik dan vokasional memperolehi pengetahuan dan makna tentang pembangunan dan perkembangan lestari secara terperinci dalam profesion mereka. Juga mampu mengembangkan sikap positif ke arah kepentingan pembangunan lestari dunia.

norelyaniabdullah@yahoo.com

2.1

ISU DAN CABARAN PERLAKSANAAN PENDIDIKAN PEMBANGUNAN LESTARI DALAM PTV

Pembangunan pembangunan lestari yang kompleks. Pembangunan lestari merupakan konsep yang sangat kompleks untuk dilaksanakan dan sentiasa berubah-ubah. Ramai ahli-ahli cerdik pandai menghabiskan masa bertahun-tahun untuk mengkaji dan berusaha untuk menentukan pembangunan lestari dan membayangkan bagaimana untuk mencapainya. Ini kerana pembangunan lestari sangat kompleks dan sukar difahami dan dilaksanakan, juga sukar untuk diajar. Malah yang lebih mencabar ialah tugas untuk merorientasikan keseluruhan sistem pendidikan untuk mencapai pembangunan lestari seperti yang diwarwarkan. Kejayaan dalam ESD yang perlu dicapai akan mengambil masa yang lama dan menjadi mahal berbanding kempen kerajaan lain. Isu alam sekitar dan pembangunan lestari merupakan kempen yang sangat kompleks untuk diaplikasi oleh masyarakat berbanding kampen kesedaran lain seperti kampen memandu dengan berhati-hati, kempen membaca dan sebagainya. ESD yang kompleks dan rumit ini salah satunya berpunca daripada interaksi yang rumit dan sistem komunikasi semulajadi manusia. Cabaran juga kepada pendidik untuk menyampaikan maklumat agar telus kepada masyarakat tanpa ada sedikitpun kekeliruan dan keraguan. Membangun dan melaksanakan ESD dalam kurikulum sedia ada. Perlaksanaa ESD memang telah lama wujud dalam setiap pendidikan termasuk pendidikan teknik dan vokasional dan setiap negara termasuk Malaysia. Contohnya subjek pembangunan mampan, pendidikan alam sekitar dll adalah pendidikan yang berorientasikan ESD dengan satu tujuan iaitu untuk pembangunan lestari dan menjadikan bumi lestari. Hakikat sebenar melihat dimana ESD perlu dilaksanakan secara menyeluruh dari komponen yang dinyatakan. Dalam sesetengah masyarakat ESD ini dilihat sebagai satu keperluan tetapi bagi sesetengah masyarakat yang lain pula, ia dilihat sebagai tidak perlu dan diabaikan. Walau apa pun pendangan masyarakat, pendidikan melihat ia sebagai keperluan dalam merencah pelajarnya ke arah keseimbangan hidup. Walaubagaimanapun usaha ke arah mengorientasikan kurikulum berasaskan ESD terbatas dari aspek pendidik yang akan mendidik mengenai pembangunan lestari. Mengajar ESD seperti mengajar teori disebalik konsep abstrak atau mengajar prinsip-prinsip lestari melalui hafalan. Tetapi ESD sebenarnya adalah memberikan pelajar kemahiran, perspektif, nilai dan pengetahuan hidup secara komuniti dan bermasyarakat. Ini yang kadangkala tidak dapat dilaksanakan oleh pendidik (McKeown, 2002).
norelyaniabdullah@yahoo.com

RUJUKAN

Azroai, A. M. (2008). Kerangka Program Pendidikan Berterusan Bagi Bidang Teknik Dan Vokasional Berorientasikan Pembangunan Lestari. McKeown, R. (2002. Education for Sustainable Development Toolkit. Waste Management Research and Education Institution. What is ESD, (2012) Dicapai pada 2012, November,23 daripada http://www.earthcharterinaction.org/download/education/what-is-ESD.pdf UNESCO World Conference on Education for Sustainable Development (2009) Dicapai pada 2012, November,23 daripada http://www.esd-world-conference2009.org/en/background-information/desd.html Pendidikan Pembangunan Lestari Dicapai pada 2012, November,23 daripada http://www.scribd.com/doc/91955717/Pendidikan-Pembangunan-Lestari Pendidikan Pembangunan Lestari Dicapai pada 2012, November,23 daripada http://www.scribd.com/doc/52497785/Pendidikan-pembangunan-lestari

norelyaniabdullah@yahoo.com

You might also like