You are on page 1of 7

Sebelum ini, usaha dan ketekunan telah berjaya membentuk tamadun Yunani dan Rom yang unggul tetapi

zaman ini telah berakhir pada 476M. semasa kejatuhan Rom Barat. Hal ini menyebabkan permulaannya Zaman Pertengahan di Eropah. Walau bagaimanapun, Zaman Pertengahan ini penting kerana telah menyediakan asas bagi suatu perubahan yang besar kepada masyarakat dan budaya Eropah. Selepas kejatuhan tamadun Rom, Eropah telah mengalami zaman mundurnya yang juga dikenali Zaman Gelap. Zaman Gelap merupakan peringkat awal Zaman Pertangahan. Di samping itu, Zaman Pertengahan dapat dibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat Zaman Pertengahan: Zaman Pertengahan Tahun Peringkat awal 476-1050 M. Peringkat kemuncak 1050-1300 M. Peringkat akhir 1300-1450 M. Pada zaman ini, kegiatan penjelajahan dan penerokaan serta perkembangan ilmu telah berlaku. Pada zaman ini, orang Eropah telah menyebarkan pengaruh mereka. Pada zaman Revolusi Perindustrian dan Imperialisme, pengaruh Barat masih diteruskan. Zaman Gelap merupakan peringkat awal Zaman Pertengahan dan berlaku pada tahun 476- 1050 M. Semasa Zaman Gelap, Eropah telah mengalami kemerosotan dalam bidang ilmu pengetahuan, perdagangan dan kehidupan perbandaran. Antara ciri-ciri zaman Gelap termasuklah pusat pemerintahan yang lemah, kegiatan ekonomi yang terhad, kelembapan perkembangan ilmu pengetahuan, serta sifat Gereja yang .Semasa empayar Rom Barat runtuh, kuasa pusat yang boleh mentadbir wilayah-wilayah juga musnah. Hal ini telah membawa kepada kemunculan golongan baron yang dikenali sebagai tuan tanah. Golongan petani telah terpaksa untuk mencari perlindungan daripada tuan tanah. Sebagai pertukaran, para petani terpaksa membayar cukai yang tinggi kepada pihak tuan tanah. Terdapat juga petani yang tidak berkemampuan untuk membayar cukai. Oleh itu, mereka terpaksa menyerahkan tanah mereka kepada golongan tuan tanah dan manjadi hamba. Tuan tanah juga dapat perlindungan daripada raja dengan memberi khidmat serta cukai kepada raja. Golongan raja merupakan asas kepada pembentukan sistem feudal di Eropah dan golongan penaung utama dalam sesebuah negara. Bukan itu sahaja, raja juga mempunyai golongan pembesar yang mendapatkan naungan daripada pihak istana dan golongan pembesar tersebut juga memberikan khidmat kepada golongan tuan tanah. Tambahan lagi, golongan hamba telah wujud dan golongan hamba terdiri daripada rakyat. Gereja Katolik merupakan institusi yang amat berkuasa dan memiliki hartanah yang banyak. Institusi ini memberikan fokus kepada kegiatan amalan agama dan ilmu keakhiratan. Ini menyebabkan gereja mengongkong kehidupan masyarakat Eropah. Kegiatan perdagangan tidak meluas dan sering diganggu oleh serangan orang gasar seperti Viking dan Magyar. Selain itu, kegiatan perdagangan ke Timur Jauh tidak dapat dijalankan kerana tidak berupaya menyaingi penguasaan orang Islam di Mediterranean. Oleh itu, mereka terpaksa menumpukan kegiatan ekonomi mereka kepada sektor pertanian. Seterusnyua, perniagaan barangan pertanian dikendalikan menerusi sistem tukaran barang kerana penggunaan mata wang terhad. Dengan menghadapi pelbagai masalah ini, Eropah telah mengguna pelbagai cara yang mengatasi masalah ini. Akhirnya, mereka telah berjaya dalam perkembangan dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, sosial, dan politik. Ini menyebabkan Zaman Gelap berkembang kepada Zaman Renaissance. Pada zaman ini, gereja memainkan peranan universal serta menjadi ejen penyatuan. Bukan itu sahaja, perubahan ekonomi hasil menyebabkan pertambahan penduduk. Hal ini demikian kerana peningkatan dalam aktiviti pertanian. Ini menyebabkan kemunculan kegiatan perdagangan yang maju.Seterusnya, kemunculan bandar-bandar seperti Venice,Milan

dan Florest di Itali telah berlaku. Berhubungan dengan itu, kelas pertengahan yang terdiri daripada artisan,pedagang,dan ahli perbankan dilahirkan dan status sosial seseorang itu tidak lagi berasaskan pemilikan tanah tetapi kekayaan. Perubahan politik berlaku apabila rakyat mula terlibat dalam kegiatan politik. Rakyat dapat menuntut hak menerusi institusi parlimen yang diwujudkan. Perubahan ini memeberikan hak politik kepada rakyat dan menjalinkan hubungan antara rakyat dengan pemerintah. Zaman Renaissance merupakan Zaman Kemuncak Pertengahan yang berlaku pada tahun 1350 -1600 M. Istilah Renaissance berasal daripada perkataan Itali iaitu renisciment yang bermaksud kelahiran semula. Istilah ini merujuk pada penghargaan semula ilmu dalam tamadun Yunani dan Rom. Asas Zaman Renaissance merupakan penegasan terhadap keupayaan manusia berfikir untuk berfikir untuk menyelesaikan masalah. Aliran fikiran ini dikenali sebagai humanisme. Antara tokoh Humanisme termasuklah Francisco Petrarch, Niccolo Machiavelli dan Giovanni Bocaccio. Ini menyebabkan kesediaan demi meneroka bidang dan kawasan baru kerana didorong oleh semangat inkuiri yang kuat. Bukan itu sahaja, bandar-bandar terkenal yang menjadi pusat antarabangsa seperti Venice,Genoa,Florence,Rom dan Milan telah dilahirkan . Sehubungan dengan itu, kedudukan strategik Itali telah mendorong Itali sebgai persimpangan utama dan pusat perdagangan antarabangsa. Oleh sebab itu, pertembungan budaya, bahasa dan agama telah menjadikan Itali pusat perkembangan idea baru. Ini menyebabkan kemunculan para pedagang kaya yang menggunakan kekayaan untuk mengindahkan bandar dan menjadikannya tumpuan para seniman dan cendekiawan. Para pedagang yang kaya itu kemudian menjadi patron atau penaung kepada para pelukis, ahli muzik, saintis dan penulis. Antara patron yang terkenal termasuklah keluarga Medici di Florence. Ini menyebabkan persaingan antara bandarbandar di Itali untuk mendapatkan seniman dan cendekiawan yang terbaik dalam pelbagai bidang oleh patron. Seterusnya, para seniman dan cendekiawan sering berkunjung dari bandar bagi tujuan menyiapkan tugasan secara tidak langsung menyebarkan idea Renaissance di Itali. Selain itu, Paus di Rom juga merupakan penaung kepada para seniman dan cendekiawan. Ini menyebabkan golongan penguasa Gereja di Rom mula menceburui pencapaian bandar seperti Florence. Oleh sebab itu, mereka ingin menjadikan Rom secantik bandar Florence. Golongan Gereja ini tidak bersedia menaungi ahli sains dan ahli matematik kerana khuatir kumpulan saintis tersebut akan mencabar pemikiran mereka. Para saintis menekankan kaedah pemerhatina serta penggunaan akal dan logik dalam menerangkan sesuatu fenomena alam tetapi pihak Gereja menekankan penjelasan tradisional. Antara kes perselisihan pendapat termasuklah kes Galileo Galilei yang menyatakan matahari sebagai pusat alam manakala gereja menyatakan bumi sebagai pusat alam. Ini menyebabkan pihak Gereja mencurigai para saintis dan meraka memberikan tumpuan terhadap seni lukis dan seni ukir. Sebagai contohnya, Paus Julius II telah mengupah pelukis dan pengukir terkenal seperti Leonardo Da Vinci, Raphael, dan Michelangelo untuk mencantikkan dan menghiasi gereja dan katedral di Rom. Pada masa itu, Katerdral St. Peter telah dibina. Pusat seni Renaissance telah berpindah dari Florence ke Rom. Pada masa ini, sumbangan individu daripada golongan pelukis dan pengukir tidak terserlah kerana mereka bekerja secara berkumpulan. Oleh itu, golongan ini mula bekerja secara bersendirian untuk mempelihatkan bakat masing-masing. Pelukis seperti Leornado da Vinci dan Michelangelo dikenali sebagai pelukis dan pengukir agung. Banyak tokoh Renaissance telah muncul di beberapa buah negara Eropah lain. Antara tokoh pemikir di England seperti Thomas More, Francis Bacon dan Willian Shakespeare telah muncul. Antara kesan Zaman Renaissance termasuklah kemunculan monarki baru. Kemunculan monarki baru yang mempunyai kekuatan dan kekuasaan yang diasaskan melalui kewujudan

kerajaan pusat dan kesatuan kebangsaan. Kekuasaan monarki ini telah diperkukuh dengan amalan pembayaran cukai secara langsung. Ini menyebabkan kuasa gereja doan kuasa golongan bangsawan bertambah kurang. Monarki baru ini terdapat di Portugal,Castile dan Aragon (Sepanyol),England,Perancis dan Belanda. Sistem perdagangan tempatan dan antarabangsa semakin berkembang dan meluas manakala kegiatan ekonomi sara diri kian pupus. Tambahan lagi, kemajuan dalam bidang matematik,geografi,kartografi (teknik melukis peta) dan astronomi menyebabkan perkembangan kegiatan penjelajahan dan penerokaan. Semangat Renaissance ini telah menekankan ciri-ciri inkuiri, keobjektifan, eksperimen dan merintis jalan kepada pembangunan dan perkembangan ilmu sains seperti biologi,fizik,kimia dan perubatan. Bukan itu sahaja, perubahan dalam pemikiran dan gaya hidup manusia melahirkan emosi yang dicerminkan di dalam muzik,lukisan,dan ukiran yang dihasilkan. Dari segi psikologinya,unsur emosi yang dicerminkan berjaya memupuk dan melahirkan budaya yang menyuburkan keyakinan diri. Ini menyebabkan perubahan sikap masyarakat terhadap pendidikan yang menekankan pemikiran logik,saintifik,falsafah,dan metafizik. Dalam zaman peringkat akhir Zaman Pertengahan, Zaman Reformation telah berlaku di Eropah Barat pada abad ke-16. Reformation berasal daripada perkataan reform yang bermaksud melaksanakan pembaharuan terhadap sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik atau untuk membentuk sesuatu yang baru. Gerkan ini merupakan suatu gerakan yang berlaku di Eropah Barat yang mempunyai kaitan dengan agama Kristian. Hal ini demikian kerana berlakunya kepincangan , rasuah dan penyelewengan apabila pihak Gereja Rom telah meningkatkan usaha pembangunan keduniaan. Selain itu, amalan golongan penguasa Gereja Katolik tidak selari dengan yang dianjurkan dalam kitab Bible menyebabkan ramai ahli masyarakat mempersoalkan kedudukan mereka. Golongan penguasa Gereja lebih cenderung mengamalkan gaya hidup para pemerintah dan bangsawan yang tidak mencerminkan kehidupan keagamaan. Seterusnya, penyelewengan dengan penjualan sijil Indulgences,iaitu surat pengampunan bagi penganut Kristian yang melakukan dosa merebak ke seluruh Eropah. Reformation bermula di Jerman dan gerakan ini berjaya sebab adanya mesin cetak ciptaan Johann Gutenberg yang membolehkan Bible dhasilkan masa yang singkat dengan harga yang murah. Pada tahun 1517, Martin Luther, profesor ilmu theologi di Jerman, mula mengambil langkah menentang amalan Indulgences. Dalam hal ini, Luther percaya yang manusia itu seharusnya bergantung pada kekuatan rohaninya dalam amalan penghidaman dengan mencabar kedudukan Gereja dan institusi paderi. Ini menyebabkan Luther memperkenalkan mazhab Protestan yang berasal daripada perkataan protesting yang bermaksud membantah yang mempersoalkan kewibawaan Gereja Rom Katolik dan golongan paderi. Antara kesan Zaman Reformation termasuklah Kristian berpecah kepada dua mazhab iaitu Katolik dan Protestan. Di Switzerland gerakan ini pada mulanya dipimpin oleh Huldreich Zwingli kemudian dipimpin John Calvin. Seterusnya, perang keagamaan telah berlaku di Perancis dan perang 30 tahun yang melibatkan Sapanyol, jerman, Bohemia, Denmark, dan Sweden. Peperangan mengikut mazhab itu telah mengakibatkan kemusnahan. Dalam jangka panjang timbul sikap tolenransi antara pengikut mazhab Kristian untuk mempergiatkan pendidikan dan penyebaran fahaman mereka. Akhirnya, kuasa gereja dicabar secara terbuka dan kuasa gereja terhadap monarki berkurangan disebabkan ingin membebaskan diri daripada penguasaan Paus di Rom. Cthnya semasa pemerintahan Raja Henry VIII , raja menjadi ketua kerohanian gereja Protestan Anglican dengan memutuskan hubungan dengan Rom.

Sebaliknya, sistem perdagangan tempatan dan antarabangsa semakin berkembang dan meluas. Ini kemudiannya menimbulkan kegiatan penjelajahan dan penerokaan yang berkembang seiring dengan kemajuan dalam bidang-bidang seperti matematik, geografi, kartugrafiserta astronomi. Dengan mempunyai pakar-pakar ini, penjelajahan dan penerokaan dapat dijalankan. Bukan itu sahaja, orang Eropah juga mempunyai semangat Renaissance untuk mencari laluan alternatif ke Timur untuk menjalankan penerokaan. Ini telah mendorong mereka untuk meneroka Lautan Atlantik dan akhirnya mereka berjaya menjadikan Lautan Atlantik sebagai laluan ke Timur. Antara kuasa-kuasa Eropah yang terlibat dalam penjelajahan dan penerokaan pada abad ke-15 termasuklah Portugal, Sepanyol, Belanda dan Inggeris. Antara sebab yang mendorong kegiatan penerokaan dan penjelajahan orang Eropah ke Timur termasuklah desakan ekonomi. Hal ini demikian kerana orang Eropah ingin mendapatkan barangan seperti emas,sutera, dan rempah ratus dari Timur. Raja Sepanyol dan Raja Portugal merupakan pemerintah yang bertanggungjawab memberikan galakan menjelajah ke Timur. Pada tahun 1494, Perjanjian Tordesillas telah ditandatangani untuk menamatkan persaingan mendapatkan tanah jajahan bahagian timur kepada Portugal manakala Barat kepada Sepanyol. Tambahan lagi, perdagangan rempah ratus dan sutera telah mendatangkan keuntungan yang besar kepada para pedagang Eropah. Bukan itu sahaja, orang Eropah ingin menyebarkan agama Kristian seperti yang ditekankan oleh penguasa gereja di Eropah. Kemunculan Monarki Baru di England,Perancis,dan Belanda telah menggalakan penjelajahan dan penerokaan ke seberang laut. Semangat kebanggaan bangsa telah mendorong orang Eropah untuk menjelajah di luar Eropah sebagai kebanggaan bangsa. Oleh itu, penjelajahan orang Eropah pada masa itu sering dirumuskan kata-kata gold, gospel and glory. Antara kesan penjelajahan terhadap masyarakat setempat dari segi poltik termasuklah pemimpin tempatan terpaksa membuat perjanjian dengan mengiktiraf kekuatan kuasa Eropah. Syarikat berpiagam seperti Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC), Syarikat Hindia Barat Belanda(WIC), dan Syarikat Hindia Timur Inggeris (EIC) yang telah diwujudkan menjalankan perdagangan dari Eropah hingga ke Carribean,Latin Amerika,Afrika,Indi,Asia Tenggara dan Asia Timur. Dari segi ekonomi, daerah di luar Eropah telah menjadi pembekal kepada keperluan masyarakat Eropah. Portugis telah menguasai pusat emporium dunia seperti Goa dan Melaka. Barangan yang dibawa dari Timur telah memperkayakan ekonomi dan gaya hidup masyarakat di Eropah. Jalan pelayaran perdagangan di Lautan Hindi, Asia Tenggara dan Laut Cina Selatan dikuasai oleh Portugal. Dari segi sosial, penduduk tempatan menerima agama Kristian yang dibawa oleh mubaligh Kristian. Penjelajahan Sepanyol dengan melakukan penaklukan ke atas Mexico dengan menundukkan tamadun Atzec,dan menakluk Peru dengan menghapuskan tamadun Inca. Penghijrahan beramai-ramai orang Sepanyol ke Amerika Latin telah mewujudkan sebuah masyarakat yang baru di wilayah tersebut. Setrusnya, para pemodal Sepanyol mengeksploitasikan buruh pribumi untuk bekerja di lombong dan di ladang mereka. Sikap sepeti semangat inkuiri, penerokaan ilmu pengetahuan, kegigihan usah dan keberanian harus diamalkan untuk menerima perubahan bagi mencapai kemajuan melalui Zaman Renaissance hingga zaman penjelajahan dan penerokaan di Eropah. Revolusi merupakan perubahan besar yang berlaku secara mendadak dan penyeluruh sama ada dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Revolusi yang berlaku dalam sesuatu bidang sering kali memberi kesan kepada bidang lain. Antara yang lebih khususnya adalah revolusi politik dan revolusi perindustrian. Revolusi perindustrian adalah revolusi yang berlaku mengambil masa yang agak lama dan secara berterusan. Sebelum Revolusi Perindustrian, Revolusi Pertanian telah berlaku. Oleh itu, Revolusi Pertanian dianggap sebagai asas

kemunculan Revolusi Perindustrian. Revolusi Pertanian dan menternakan diusahakan secara besar-besaran. Selain itu, kaedah baru diperkenalkan seperti penggunaan mesin, baja kimia, teknik baru dalam penanaman dan penternakan. Sistem saliran yang baik juga wujud pada masa itu supaya pengeluaran dapat dilakukan secara besar-besaran untuk tujuan perdagangan. Revolusi Pertanian bermula di England pada akhir kurun ke-17 dan merupakan perubahan besar dalam sektor pertanian untuk meningkatkan hasil pengeluaran. Kegiatan pertanian dan penternakan diusahakan secara besar-besaran. Selain itu, kaedah baru diperkenalkan seperti penggunaan mesin, baja kimia, teknik baru dalam penanaman dan penternakan. Sistem saliran yang baik juga wujud pada masa itu supaya pengeluaran dapat dilakukan secara besar-besaran untuk tujuan perdagangan. Di Britain, pengeluaran makanan dikendalikan secara kecil-kecilan sebelum berlakunya Revolusi Pertanian. Pegeluaran makanan yang dikendalikan secara besarbesaran semasa Revolusi Pertanian. Revolusi Pertanian yang berlaku di Britain adalah disebabkan oleh perubahan dalam sistem penggunaan dan pemilikan tanah. Wujudnya 2 sistem pemilikan tanah di Britain sebelum Revolusi Pertanian iaitu Sistem pemilikan tanah persendirian dan sistem pemilikan tanah awam. Golongan kaya memiliki tanah persendirian manakala tanah awam pula dimiliki oleh orang-perseorangan yang biasanya menggunakan tanah awam mengikut adat kebiasaan. Tanah awam biasanya digunakan untuk menjalankan kegiatan sara diri. Apabila penduduk di Britain semakin bertambah, hasil pertanian juga perlu dipertingkatkan.Tuan-tuan tanah mahu memanfaatkan tanah awam bagi tujuan pengeluaran pertanian secara besar-besaran. Pada abad ke-18, harga gandum telah meningkat, dan ini telah mendorongkan tuan-tuan tanah berusaha untuk meningkatkan pengeluaran. Tuan-tuan tanah telah mendesak Parlimen untuk meluluskan Akta Pemagaran Tanah untuk memagari tanah awam. Dengan ini, Prlimen England telah meluluskan akta untuk memudahkan proses pemagaran tanah pada abad ke-18. Melalui Akta ini, hampir 500 ribu ekar tanah telah dipagari antara tahun 1761 hingga 1792. Akta Pemagaran Tanah amat penting kerana munculnya tanah yang lebih luas untuk penanaman secara besar-besaran. Rakyat biasa yang bekerja di tanah awam dahulu akan hilang punca rezeki mereka dan dipaksa menjadi buruh di ladang dan juga ada yang berhijrah ke bandar dan menjadi buruh di kilang apabila berlakunya Revolusi Perindustrian. Selain itu, penggunaan kaedah atau teknik yang saintifik telah mencipta ciptaan baru pertanian telah mendorong Revolusi Pertanian di Britain. Teknik dan ciptaan baru membolehkan kegiatan pertanian dilakukan dengan lebih berkesan dan hasil yang dikeluarkan juga lumayan. Sistem Penggiliran Tanaman yang diperkenalkan oleh Lord Townshend telah memudahkan sebidang tanah boleh ditanam secara berterusan sepanjang tahun. Tanah itu ditanam dengan pelbagai jenis tanaman mengikut musim. Kebaikan sistem ini adalah ketidak pembaziran tanah kerana tanah tidak perlu dibiarkan kosong untuk memulihkan kesuburannya. Kesuburan tanah tidak akan terjejas kerana tanaman yang berlainan memerlukan nutrien tanah yang berlainan. Hasil pertanian yang bertambah akan melipat ganda pulangannya. Sistem penggiliran tanah Lord Townshed telah diperbaiki oleh Thomas William Coke pada tahun 1752 hingga 1842. Penciptaan mesin pertama oleh Jethro Tull juga telah digunakan untuk menggali dan menugal. Dia boleh menggali banyak lubang secara serentak. Kerja penugalan dan penanaman biji benih dapat dijalankan dengan lebih pantas juga. Seterusnya, pertanian komersial merupakan cara penanaman yang baru diperkenalkan untuk meningkatkan hasil pengeluaran pertanian. Apabila baja diperkenalkan dan digunakan secara meluas, tanaman bertambah subur dan hasil pertanian turut meningkat. Hasil pertanian bukan sahaja cukup untuk keperluan harian, lebihannya telah diperdagangkan.

Revolusi Perindustrian dikembang selepas Revolusi Pertanian dan Revolusi Pertanian telah menyumbang dari segi penyediaan modal. Para peladang yang menjadi kaya hasil daripada Revolusi Pertanian telah melaburkan lebihan modal dalam sektor perindustrian. Para peladang mengamalkan sikap yang sanggup mengambil risiko untuk melaburkan modal dalam bidang perindustrian. Seterusnya, dana yang diselamatkan boleh dilaburkan kerana Britain tidak perlu bergantung pada pengimportan bahan makanan dari luar seterusnya membantu pertumbuhan dan perkembangan industri. Bukan itu sahaja, rekaan dalam bidang sains dan teknologi dengan mencipta mesin baru dalam kegiatan perindustrian. Antara ciptaan baru yang dalam Revolusi Perindustrian adalah Water Frame, Spinning Jenny dan enjin berkuasa wap James Watt. Water Frame, alat pemintal benang dicipta oleh Richard Arkwright pada tahun 1769 dan mesin ini digerakkan dengan menggunakan kuasa wap. Spinning Jenny, mesin pemintal barang ciptaan John Hargreaves pada tahun 1770 dan mesin ini memerlukan penggunaan tangan untuk menjalankannya tetapi dapat memintal lapan jurai benang sekali jalan. Setelah mesin dicipta, pengeluaran barangan telah dapat dihasilkan secara besar-besaran. Enjin berkuasa wap James Watt dicipta oleh James Watt. Beliau telah membaiki enjin yang dicipta oleh Thomas Newcomen. Penggunaan arang batu bagi enjin berkuasa wap merupakan sumber tenaga perusahaan. Enjin berkuasa wap ini digunakan untuk memacu bot, memacu kenderaan di darat dan untuk menggerakkan mesin kegunaan enjin wap seperti Water Frame. Selain itu, semangat dan kegiatan keusahawanan telah mencetuskan daya kreativiti dan inovatif tokoh-tokoh perindustrian Britain. Tokoh yang penting iaitu James Watt dan Boulton. Mereka mempunyai kreativiti, semangat inovatif serta kegiatan keusahawanan dalam usaha revolusi perindustrian. Antara kesan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian termasuklah pertanian sebagai punca ekonomi. Kelebihan produk pertanian dieksport dan menyebabkan banyak para peladang menjadi pedagang antarabangsa. Pertanian telah menyedikan makanan yang cukup kepada tenaga buruh industri di bandar. Seterusnya, perdagangan antarabangsa telah ditingkatkan sebab lebihan produk hasil daripada Revolusi Perindustrian diperdagangkan pada peringkat antarabangsa dan keuntungan dapat dimaksimumkan. Selain itu, bidang pengangkutan dimajukan. Sebagai contohnya, kemajuan rekaan dan penggunaan kereta api berkuasa wap, menyebabkan gerabak boleh dipacu dengan lebih laju dan enjin berkuasa wap boleh menarik lebih banyak gerabak bagi mengangkut barangan dan pekerja kilang. Sistem pengangkutan laut dengan penggunaan kapal laut yang dikemudikan oleh jentera berkuasa wap dikemukan. Tambahan lagi, Revolusi Perindustrian telah memperkenalkan sistem perkilangan terutamanya kilang tekstil. Pada peringkat awal, Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian golongan buruh tidak mendapat layanan atau pembelaan yang sewajarnya. Pada abad ke-19, pekerja yang mahir memprotes dan memusnahkan mesin-mesin pemidang membuat stoking dan renda dikenali sebagai Pergerakan Luddite. Maka, Akta Antipenggabungan diwujudkan demi melarang para pekerja daripada bergabung dan bermuafakat atau menjalankan sebarang tindakan bagi mendapatkan gaji atau layanan yang lebih baik daripada majikan mereka. Sekiranya pekerja didapati melanggar peraturan tersebut,mereka boleh dikenakan hukuman berat oleh pemerintah. Pada masa itu, kanak-kanak dipaksa bekerja di lombong arang batu dan masa bekerja panjang melebihi 10 jam sehari. Pada tahun 1824,Akta Anti Penggabungan telah dimansuhkan dan penubuhan Kesatuan Sekerja buat pertama kalinya telah diizinkan. Pada tahun 1833,Akta Kilang digubal di Parlimen yang melarang kanak-kanak dibawah umur sembilan tahun bekerja sebaliknya diwajibkan ke sekolah. Selepas itu, had masa bekerja bagi kanak-kanak yang layak tidak melebihi sembilan jam sehari. Majikan perlu memastikan keselamatan para pekerja mereka terjamin. Pada tahun 1842,Akta Lombong

diperkenalkan untuk melarang penglibatan kanak-kanak perempuan dan wanita dalam perusahaan arang batu. Pada tahun 1847,memperkenalkan Akta Sepuluh Jam menetapkan agar pekerja wanita dalam perusahaan tekstil tidak bekerja lebih sepuluh jam sehari. Imperialisme diertikan sebagai penguasaan sesebuah negara yang lebih kuat terhadap negara yang lebih lemah. Penguasaan ini bertujuan untuk mendapatkan keuntungan dari segi politik dan ekonomi. Pada abad ke-15 dan ke-16 kuasa seperti Sepanyol dan Portugal telah menakluk dareah di Asia dan Amerika Latin. Mereka menjajah untuk mendapat bahan mentah yang sesuai dan dalam kuantiti yang banyak serta secara berterusan daripada tanh jajahan. Penjajahan pada Zaman Revolusi Pertanian yang bermula dari sekitar tahun 1870 diistilahkan sebagai Imperialisme Baru. Antara kuasa imperialisme termasuklah Jerman, Belanda, Perancis dan Itali. Antara faktor yang mendorong kedatangan kuasa-kuasa Barat ke Asia termasuklah bahan mentah yang boleh didapati dan terdapatnya pasaran bagi hasil pengeluaran industri masingmasing. Revolusi Pengangkutan mewujudkan sistem jalan kereta api dan penciptaan kapal berkuasa wap menyebabkan kuasa Barat berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan. Britain terpaksa mencari pasaran di Asia kerana Amerika Syarikat mengenakan tarif untuk melindungi industri mereka. Tambahan lagi, pihak Barat yang juga berhasrat untuk menyebarkan pengaruh tamadun dan agama kristian ke seberang laut. Seterusnya, semangat perlumbaan dikalangan negara Barat dalam kegiatan penaklukan kerana menganggap pemilikan tanah jajahan sebagai satu status kuasa yang kuat. Orang-orang Eropah menganggap usaha mengembangkan tamadun mereka sebagai satu tanggungjawab yang disebut oleh orang Inggeris sebagai the white mans burden,oleh Perancis sebagai mission civilisatrice,oleh Jerman sebagai tugas menyebarkan budaya dan oleh Amerika sebagai the blessing of the Anglo-Saxon protection. Imperialisme telah menyebabkan sistem pemerintahan dan pentadbiran di Asia Tenggara mengalami perubahan yang drastik. Para pemerintah tempatan terpaksa menerima para penasihat dan pentadbir dari Barat. Seterusnya, sistem politik perundangan peribumi telah ditukar agar menyamai sistem Barat. Persaingan kuasa-kuasa Barat mendapatkan tanah jajahan menyebabkan kuasa British telah campur tangan di Tanah Melayu,Burma,India,Belanda di Indonesia,Perancis menjajah Indo China dan Amerika menduduki Filipina. Bukan itu sahaja, kegiatan ekonomi peribumi dihapuskan dan distrukturkan agar dapat memberi manfaat kepada ekonomi negara metropolitan. Oleh sebab itu, kegiatan penanaman getah dan perlombongan bijih telah dikomersialkan untuk memenuhi keperluan industri di Britain. Sistem pendidikan Inggeris telah diperkenalkan tetapi terhad di kawasan bandar untuk memberi pendidikan asas dan melatih golongan pentadbir rendah bagi memenuhi keperluan pentadbiran penjajah. Kuasa Barat bertindak untuk mengimport buruh dari negara lain untuk menjadi tenaga kerja bagi keperluan kegiatan ekonomi komersial mereka. Sebagai kesimpulannya, semangat inkuiri, sifat kepercayaan diri, keghairahan menjelajah, idea yang imaginatif, kegiatan yang inovatif, kegigihan dalam keusahawanan, serta komitmen yang tinggi telah berjaya membawa Eropah keluar daripada Zaman Gelapnya. Rakyatnya telah bersikap bekerjasama untuk mencapai kemajuan. Oleh itu, kita haruslah bersikap seperti mereka demi mencapai kemajuan negara dan mencapai Wawasan 2020. Bagai bak kata pepatah bersatu,kita teguh, bercerai kita roboh.

You might also like