You are on page 1of 27

Bimbingan dan Kaunseling

Nama : -Noor Adilah Binti Mohammed Shafie - Siti Jamilah Binti Zulkefli

Soalan tutorial 1
Apakah bezanya antara bimbingan dan kaunseling. Bincangkan prinsip dan falsafah bimbingan kaunseling diwujudkan dari segi membantu murid di sekolah.

Bimbingan
Guidance : memberi panduan atau nasihat
kepada seseorang.
Crow and Crow (1983); Konteks pendidikan bantuan atau pertolongan yang diberikan dengan betul kepada murid yang berkenaan.

Profesor Dr. Othman Mohamed (2000) ;

Kaunselor bimbingan & kaunseling UPM

Merupakan sebahagian daripada proses menolong. Melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat yang sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya.

Kaunseling
Shertzer and Stone (1968) ; Proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Arbuckle (1965) ; kaunseling bukan bertujuan menolong klien menyesuaikan diri dengan alam sosial, tetapi menolong individu memahami kelebihan, kelemahan dan potensi diri.

Patterson and Eisenberg (1983) ; proses pertemuan secara bersemuka antara seorang kaunselor dengan kliennya yang membawa perubahan kepada kliennya.

Blocher (1974) mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya.
Corey (1977) menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulakn masalah pada dirinya. James (1982) proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu.

Konsep Bimbingan dan Kaunseling


Guru biasa tidak mendapat latihan khusus dalam bimbingan dan kaunseling. Guru bimbingan & kaunseling mendapat latihan khusus dalam bimbingan dan kaunseling.

Perbezaan Bimbingan dan Kaunseling


Bimbingan Semua orang boleh memberi bimbingan. Dalam bimbingan ada kaunseling. Bimbingan untuk semua. Berlaku di mana-mana sahaja. Kaunseling Aplikasi teori dan pengetahuan. Ada bilik khas. Pertemuan secara bersemuka antara kaunselor dengan klien. Kaunselor bertauliah/lesen/menghad iri kursus B & K. Garis panduan kod etika

Rumusan Bimbingan
Suatu usaha untuk membantu seseorang melakukan sesuatu, diberikan oleh sesiapa sahaja, berbentuk arahan bukan saranan dengan pengawasan dan pengajaran yang berterusan. Individu terlibat biasanya tidak mengenali dan menilai potensi diri.

Rumusan Kaunseling
Proses menolong yang profesional, bertujuan membantu individu memahami diri dan alam persekitarannya. Dilakukan oleh kaunselor terlatih yang telah menjalani latihan khusus. Klien diberi alternatif dan saranan-saranan. Klien dapat meneroka dan mengenalpasti potensi diri.

Prinsip-prinsip Bimbingan dan Kaunseling

Diuruskan oleh kaunselor yang bertauliah

Peluang Tanggungjawab bersama

Merancang tindakan susulan Prinsipprinsip Dijalankan dalam situasi bersendirian

Mengikut prosedur atau tatacara

Hubungan mesra dan kepercayaan

Diuruskan mengikut etika

Tidak boleh dipaksa Dijalankan di dalam bilik khas

PELUANG
Tiap-tiap murid yang menghadapi masalah harus diberi peluang menerima perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, tanpa mengira kaum, status sosial, latar belakang dan agama atau kepercayaan.

TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling merupakan tanggungjawab bersama, iaitu kerjasama harus wujud bukan sahaja antara kaunselor dan murid yang memerlukan bimbingan, tetapi juga antara kaunselor dengan pihak sekolah termasuk rakan sejawat dan ibu bapa yang berkenaan.

MENGIKUT PROSEDUR ATAU TATACARA


Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling haruslah diuruskan mengikut prosedur dan peraturan atau tatacara yang ditetapkan. Ia menjadi berkesan apabila dirancang secara sistematik dan teratur.

HUBUNGAN MESRA DAN KEPERCAYAAN


Kaunseling ialah interaksi antara kaunselor dengan murid berdasarkan prinsip hubungan mesra, percaya, ikhlas dan jujur terhadap klien.

TIDAK BOLEH DIPAKSA


Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling hanya boleh diberi kepada murid yang sudi rela menerimanya dan tidak boleh dipaksa, termasuk memilih tempat perbincangan.

DIJALANKAN DALAM BILIK KHAS


Sesi kaunseling hanya boleh dijalankan antara kaunselor dan kliennya di dalam bilik yang disediakan khas.

DIURUS MENGIKUT ETIKA


Bimbingan dan Kaunseling harus diuruskan mengikut etikanya, demi memelihara hak murid. Segala maklumat murid adalah dianggap sulit dan hanya boleh didedahkan kepada pihak yang bersama membantunya sahaja atas persetujuan klien.

DIJALANKAN DALAM SITUASI BERSENDIRIAN


Bimbingan dan Kaunseling hendaklah dijalankan dalam situasi bersendirian antara kaunselor dan murid sahaja. Segala perkara yang dibincangkan haruslah dirahsiakan.

MERANCANG TINDAKAN SUSULAN


Tindakan susulan hendaklah dirancangkan selepas proses perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling agar memastikan masalah yang dihadapi, sama ada akademik ataupun emosisosial, tidak akan timbul semula. Contoh cadangan yang dilaksanakan ialah

DIURUSKAN OLEH KAUNSELOR BERTAULIAH


Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling hanya boleh diuruskan oleh kaunselor yang bertauliah atau guru bimbingan yang terlatih, iaitu orang yang mahir serta berupaya membimbing klien dirinya menyelesaikan masalah akademik ataupun masalah peribadi.

Falsafah Bimbingan dan Kaunseling

Murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran ataupun menimbulkan masalah disiplin memerlukan bimbingan guru untuk menolong mereka. Membantu mereka mengatasi masalah akademik ataupun masalah disiplin yang timbul. Memberi nasihat dalam pemilihan mata pelajaran elektif yang sesuai untuk kerjaya masa depan, di samping menganjurkan kem motivasi untuk murid-murid yang kurang berminat dan mempunyai motivasi rendah untuk belajar.

Perkaitan Bimbingan dan Kaunseling dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan secara berterusan dalam membimbing dan membantu diri sendiri. Perkembangan potensi individu dari aspek JERI Melahirkan insan yang seimbang dan harmonis serta berfikiran positif Menggalakkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan tanpa rasa putus asa.

Bibliografi
Mok Soon Sang (2010), Bimbingan & Kaunseling Kanak-Kanak. Puchong, Selangor. Penerbitan Multimedia sdn. Bhd

http://www.ppdpendang.edu.my/ppdpendan g/downloads/Pekeliling%20B&K100001.pd f http://azizijaafarjip.blogspot.com/2009/04/fal safah-pendidikan-guru.html

You might also like