You are on page 1of 5

Kebangkitan Semangat Kebangsaan Untuk Mengangkat Martabat Bangsa

Maksud Semangat Kebangsaan - semangat kebangsaan atau nasionalisme bermaksud perasaan cinta dan taat setia yang mendalam terhadap bangsa dan tanah air - semangat berjuang menebus maruah bangsa - semangat inilah mendorong kita berjuang membebaskan negara daripada British untuk membentuk negara merdeka dan berdaulat Perkembangan Negara Luar Memberi Inspirasi Perjuangan - awal kurun ke-20 berlaku gerakan kesedaran kebangsaan di Turki, Mesir, Jepun, China, Filipina, India dan Indonesia - perkembangan ini memberi inspirasi kepada penduduk Tanah Melayu untuk menentang penjajahan British a) Gerakan Kebangkitan Islam di Timur Tengah - berlaku akhir kurun ke-19 - kebangkitan dosebabkan kuasa-kuasa Barat memecahbelahkan dan menguasai empayar Islam Turki Uthmaniyah - pengaruh Barat di Turki mencetuskan Gerakan Pan-Islam iaitu gerakan untuk menyatukan seluruh umat Islam dan menentang penjajahan Barat - gerakan ini mempengaruhi dan menyatukan umat Islam di negara-negara Timur Tengah, India dan Asia Tenggara termasuk Tanah Melayu untuk menentang kuasa asing b) Gerakan Pemulihan Islam Mesir - gerakan ini turut mempengaruhi kebangkitan semangat kebangsaan di Tanah Melayu - tahun 1882 Mesir dijajah oleh British dan telah mencetuskan Gerakan Islah - Gerakan Islah atau Gerakan Pemulihan Islam ialah gerakan menyeru orang Islam berpegang kepada ajaran Islam sebenar berdasarkan al-Quran dan Hadis juga menyeru umat Islam supaya bersatu menentang penjajahan Barat di negara Islam - gerakan ini dipelopori Sayid Jamaluddin al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh - pengaruh gerakan ini disebarkan ke Tanah Melayu oleh pelajar yang menuntut di Mesir setelah kembali ke tanah air c) Perang Rusia-Jepun - tahun 1905 Jepun berjaya mengalahkan Rusia - pertama kali dalam sejarah moden sebuah negara Asia berjaya mengalahkan kuasa Eropah - kejayaan ini menyemarakkan semangat negara-negara Asia lain untuk menentang penjajahan Barat d) Gerakan Kesedaran Kebangsaan China - tahun 1911 berlaku Revolusi China yang dipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen - berjaya menumbangkan kerajaan Manchu dan menubuhkan sebuah negara republik China - keadaan ini membangkitkan kesedaran rakyat Tanah Melayu untuk menentang British e) Gerakan Kesedaran Kebangsaan Filipina - Jose Rizal memimpin perjuangan rakyat Filipina menentang penjajahan Sepanyol - Menubuhkan Liga Filipina untuk memajukan orang Filipina dan menuntut Sepanyol memberi layanan adil kepada rakyat f) Gerakan Kesedaran Kebangsaan India - gerakan dipimpin oleh Mahatma Gandhi - tujuan untuk membebaskan India daripada penjajahan British g) Gerakan Kesedaran Kebangsaan Indonesia - Soekarno menubuhkan Parti Nasional Indonesia untuk membebaskan Indonesia daripada penjajahan Belanda 38

Gerakan Islah Mencetuskan Kesedaran Kebangsaan Latar belakang Gerakan Islah di Tanah Melayu - awal kurun ke-20 semangat kebangsaan dibangkitkan oleh golongan pelajar berpendidikan di Universiti al-Azhar, Mesir - tahun 1925 terdapat 80 orang pelajar dari Tanah Melayu di universiti ini - mereka terpengaruh dengan idea pemulihan Islam oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh - sekembali ke Tanah Melayu mereka memulakan Gerakan Islah di Tanah Melayu dan dikenali sebagai Kaum Muda - tokoh penting seperti Sheikh Muhammad Thani bin Jalaluddin, Haji Abbas bin Muhammad Taha dan Syed Sheikh Ahmad al-Hadi Tentangan Gerakan Islah - idea pembaharuan Kaum Muda ditentang oleh Kaum Tua melalui akhbar Suara Benar dan Lidah Benar - Kaum Tua terdiri daripada golongan ulama dan pegawai agama yang tidak menerima idea Islah Kaum Muda - mereka berpegang kuat kepada adat dan agama Islam - pertelingkahan antara mereka hanyalah perkara kecil yang tidak melibatkan perkara pokok dalam agama Islam Tokoh Pelopor Gerakan Islah di Tanah Melayu a) Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin - lahir di Sumatera tahun 1869 - berpendidikan di Makkah dan di Universiti al-Azhar, Mesir - menerbitkan majalah Al-Imam - pernah dilantik sebagai Mufti Negeri Perak b) Haji Abbas Muhammad Taha - lahir di Singapura tahun 1885 - berpendidikan di Makkah - pernah dilantik sebagai kadi di kawasan Tanjung Pagar, Singapura - menerbitkan akhbar Neracha c) Syed Sheikh al-Hadi - lahir di Melaka tahun 1862 - mendapat pendidikan agama di Terengganu dan di Pulau Penyengat, Riau - sering berkunjung ke Makkah dan Mesir - mendalami idea perjuangan Syeikh Muhammad Abduh - menerbitkan akhbar Al-Ikhwan dan Saudara

Intelektual Mematangkan Perjuangan - Gerakan Islah menimbulkan kesedaran di kalangan intelektual Melayu - tahun 1930-an golongan intelektual ini menyemarakkan kesedaran kebangsaan Golongan Intelektual Pendidikan Melayu - golongan ini lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim, Perak - terdiri daripada guru-guru Melayu yang berperanan sebagai pemimpin masyarakat - MPSI disifatkan sebagai The Cradle of Malay Nationalism - Berganding bahu dengan golongan cerdik pandai agama untuk memajukan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan pendidikan - Usaha ini menimbulkan kesedaran untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British - Antara tokoh nasionalis ialah Harun Aminurrashid, Ibrahim Haji Yaacob dan Abdul Hadi Hassan a) Harun Aminurrashid - tokoh pejuang kebangsaan lepasan MPSI 39

- merupakan guru yang bersemangat kebangsaan - penulis yang aktif mempelopori penulisan puisi bertemakan semangat kebangsaan b) Abdul Hadi Hassan - seorang pensyarah MPSI - sentiasa menanamkan semangat cinta akan bangsa dan negara kepada para pelajarnya Golongan Intelektual Pendidikan Inggeris - berjuang menuntut hak orang Melayu dalam bidang ekonomi, pendidikan dan pentadbiran - menubuhkan persatuan dan bidang penulisan untuk memperjuangkan kepentingan orang Melayu a) Raja Chulan - mendapat pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar - tahun 1924 dilantik menjadi Ahli Majlis Perundangan Persekutuan - menggesa British meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu dan menambah peluang orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan b) Mohammad Eunos Abdullah - berpendidikan Inggeris di Raffles Institution, Singapura - merupakan orang Melayu pertama dilantik sebagai Ahli Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat - pernah bertugas sebagai Ketua Pengarang akhbar Utusan Melayu dan Lembaga Melayu - tahun 1926 menubuhkan Kesatuan Melayu Singapura c) Dato Onn Jaafar - berpendidikan Inggeris di England dan Kolej Melayu Kuala Kangsar - pernah menjadi pengarang akhbar Warta Malaya, Lembaga Malaya dan Warta Ahad - tahun 1936 dilantik sebagai Ahli Tidak Rasmi dalam Majlis Mesyuarat Negeri Johor

Perjuangan Nasionalisme Melalui Mata Pena Peranan Akhbar dan Majalah Melayu Antara peranan akhbar dalam membangkitkan semangat kebangsaan ialah; - mengkritik dasar British yang tidak menguntungkan orang Melayu - menyeru orang Melayu bersatu dan menghapuskan semangat kenegerian - menuntut kedudukan yang lebih baik dalam bidang pentadbiran, ekonomi dan pendidikan - antara akhbar yang berpengaruh sebelum Perang Dunia II ialah Warta Malaya (1930-1941) di Singapura, Majlis (1931-1941) di Kuala Lumpur dan Utusan Melayu (1939-1941) diterbitkan di Singapura - akhbar-akhbar lain ialah; - Lembaga Melayu (1914-1931) di Singapura - Pengasuh (1918-1941) di Kota Bharu, Kelantan - Majalah Guru (1924-1941) di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang - Al-Ikhwan (1926-1931) di Pulau Pinang - Saudara (1928-1941) di Pulau Pinang - Fajar Sarawak (1930) di Sarawak a) Akhbar Warta Malaya b) Akhbar Majlis c) Akhbar Utusan Melayu

Kegiatan Persuratan di Kalangan Orang Cina dan India a) Akhbar Orang Cina - orang Cina terbitkan akhbar sebelum Perang Dunia II - antaranya akhbar Lat Pau, Nanyang Siang Pau, Sin Chew Jit Poh dan Modern Daily News - tahun 1881 akhbar Lat Pau diterbitkan - melaporkan tentang kegiatan sosial dan ekonomi orang Cina di Tanah Melayu - juga menyiarkan peristiwa yang berlaku di negara China 40

- terdapat juga akhbar berbahasa Melayu yang diterbitkan oleh masyarakat Cina Peranakan (Baba dan Nyonya) - antaranya akhbar Surat Khabar Peranakan, Bintang Timor, Khabar Uchapan Baru dan Bintang Pra Pranakan - tahun 1884 akhbar Bintang Timor diterbitkan dan merupakan satu-satunya akhbar berbahasa Melayu yang berani melaporkan berita pemberontakan Dato Bahaman di Pahang - tahun 1930 diterbitkan akhbar Bintang Pranakan yang membicarakan hal ehwal masyarakat Cina peranakan yang menunjukkan taat setia kepada British sebagai pemerintah Tanah Melayu b) Akhbar Orang India - diterbitkan akhbar Ulaga Nesan, Tamil Nesan dan Tamil Murasa - pada 24 September 1924 akhbar Tamil Nesan diterbitkan di Kuala Lumpur - melaporkan berita tentang kegiatan sosial dan ekonomi orang India di Tanah Melayu - juga peristiwa yang berlaku di negara India - terdapat juga akhbar berbahasa Melayu diterbitkan oleh masyarakat Jawi Peranakan - antaranya Jawi Peranakan, Sekola Melayu, Taman Pengetahuan dan Tanjung Penagri - tahun 1888 akhbar Sekola Melayu diterbitkan dan dijadikan bahan rujukan di sekolah Melayu Kesedaran Kebangsaan Melalui Penulisan Kreatif - semangat kebangsaan dibangkitkan melalui karya kreatif seperti puisi, novel dan cerpen - karya kreatif menjadi saluran untuk menyuarakan perjuangan orang Melayu oleh golongan guru, penulis dan wartawan (i) Penulisan Puisi - sebelum Perang Dunia II banyak puisi bertemakan semangat kebangsaan dan disiar dalam akhbar dan majalah - tujuan untuk menyuburkan perasaan cinta akan bangsa dan negara, menyeru rakyat merebut peluang ekonomi dan mempertahan maruah bangsa (ii) Penulisan Novel dan Cerpen - melaluinya kesedaran kebangsaan dapat disampaikan kepada masyarakat lebih berkesan - karya-karya sastera ini bertemakan semangat perjuangan, nasib bangsa dan semangat cintakan tanah air - tema ini menimbulkan kesedaran di kalangan orang Melayu

Kesepakatan Menjamin Keutuhan Perjuangan - pertubuhan berperanan penting dalam gerakan kesedaran kebangsaan - pertubuhan di peringkat awal bersifat kenegerian serta memperjuangkan kepentingan ekonomi dan sosial - menjadi pendorong kepada kemunculan penubuhan bersifat pertubuhan Kemunculan Pertubuhan Melayu - golongan wartawan dan akhbar menimbulkan kesedaran politik orang Melayu dan mendorong menubuhkan pertubuhan untuk perjuangkan hak dan kepentingan mereka - antaranya; a) Kesatuan Melayu Singapura (KMS) Tujuan penubuhan adalah untuk; - menggalakkan ahli berperanan lebih besar dalam politik dan pentadbiran - perjuangkan kemajuan orang Melayu dalam bidang pendidikan - menjadi wakil Melayu berurusan dengan British bagi hal berkaitan dengan hak dan kepentingan orang Melayu b) Persatuan Melayu Selangor - dipimpin oleh Tengku Ismail bin Tengku Muhammad Yassin - memperjuangkan; - mendesak lebih ramai pegawai Melayu dalam kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri - keanggotaan askar Melayu 41

- menubuhkan angkatan laut dan udara Tanah Melayu c) Kongres Melayu Se-Tanah Melayu - tahun 1939 kongres yang pertama diadakan di Kuala Lumpur - dianjurkan bersama oleh Kesatuan Melayu Singapura dan Persatuan Melayu Selangor - tujuan untuk mewujudkan perpaduan kebangsaan di kalangan orang Melayu d) Persaudaraan Sahabat Pena - nama penuhnya ialah Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) - ditubuhkan tahun 1934 - dikendalikan oleh akhbar Saudara yang menyediakan ruangan untuk ahli-ahlinya menulis dan mengemukakan pendapat - cogan kata mereka ialah Hidup Bahasa Hidup Bangsa - menggalakkan ahli-ahlinya dari Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah bertukar pendapat - tujuan untuk meningkatkan semangat dan kesedaran kebangsaan di kalangan mereka e) Kesatuan Melayu Muda (KMM) - ditubuhkan tahun 1938 di Kuala Lumpur - merupakan pertubuhan Melayu bersifat politik yang pertama di Tanah Melayu - dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob - pemimpin yang lain seperti Mustapha Hussain dan Ahmad Boestamam - tujuan untuk menanamkan semangat perpaduan dan kesedaran di kalangan orang Melayu dan mempertahankan hak - berjuang membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British - bercita-cita menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia untuk mewujudkan Melayu Raya Pertubuhan Orang Cina dan India - sebelum Perang Dunia II orang Cina dan India di Tanah Melayu lebih menumpukan perhatian kepada keadaan yang berlaku di negara asal a) Pertubuhan Orang Cina - awal kurun ke-20 terdapat beberapa pertubuhan orang Cina di Tanah Melayu seperti Hsing Chong Hui dan Chung Ho Tang - menumpukan perhatian kepada negara China - terdapat juga orang Cina yang memberi perhatian kepada politik tempatan terutama oleh orangorang Cina yang lahir di Negeri-Negeri Selat atau Cina Peranakan yang menjadi warganegara British - tahun 1900 Persatuan Orang Cina Peranakan British telah ditubuhkan oleh orang Cina Peranakan yang berpendidikan Inggeris - antara tokoh-tokohnya ialah Tan Jiak Kim, Lim Boon Keng, Song Ong Siang dan Seah Liang Seah - presiden pertama persatuan ini ialah Tan Jiak Kim - antara pengasas utama persatuan ini ialah Lim Boon Keng - tujuan penubuhannya untuk melindungi kepentingan orang Cina Peranakan di Negeri-Negeri Selat - selain itu menggalakkan orang Cina Peranakan memperoleh pendidikan tinggi dan teknikal - mereka juga menunjukkan taat setia kepada British - antara tokoh golongan ini ialah Tan Cheng Lock b) Pertubuhan Orang India - terpengaruh dengan gerakan kebangsaan di negara asal sebelum Perang Dunia II - tubuhkan persatuan dengan tujuan melindungi kepentingan orang India di Tanah Melayu - awal kurun ke-20 golongan cerdik pandai India yang berpendidikan Inggeris menubuhkan persatuan India di bandar-bandar utama seperti Taiping, Kuala Lumpur, Melaka, Klang, Seremban dan Pulau Pinang - menjadi perintis kepada pembentukan pertubuhan yang menyatukan orang India di Tanah Melayu - tahun 1039 Persatuan India Pusat Tanah Melayu ditubuhkan - dipimpin oleh A.M.Soosay - merupakan gabungan 12 buah persatuan India dan 4 dewan perniagaan India - tujuan untuk memperjuangkan hak dan kepentingan orang India di Tanah Melayu 42

You might also like